CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, November 8, 2012

Nadia menjawab isu BUKA TUDUNG..

Sekarang ramai artis yg mula bertudung...Alhamdulillah ..baguslah... bagi mama tak kiralah apa niat dia..itu urusan dia dgn Allah..asalkan dia dah memulakan langkah pertama untuk tutup aurat, itu sudah perkembangan yang bagus..Istiqamah dan ikhlas akan datang dgn sendiri ..semua itu rencana Ilahi..so usah pertikaikan niat mereka...baik kita doakan mereka dan diri kita sendiri..kita yg bertudung ni pun kena sentiasa memperkukuhkan iman dan keikhlasan kita... jauhi riak... (nasihat utk mama juga)

May be ada yg pernah tgk gambar Nadia, penyanyi 90-an yg popular dgn lagu Salam Untuk Kekasih...penyanyi dr Sabah tu....bertudung...so ramailah org termasuk mama yg kepochi ingat dia dah bertudung...of coz la kan..penyanyi yg seksi dan menggoda tu dah bertudung..bersyukurlah kan...


TAPI...usah tertipu ye...hehehe..sebenarnya dia tak bertudung lagi buat masa ni.. menurut dakwaannya dia dilihat bertudung krn waktu tu dia ke majlis agama..so kena ikut tema la...ok...oooooo..mama tersalah sangka...oppppsss....Jadi menurut Nadia jgn lah dok tuduh dia buka tudung sebab nak nyanyi balik...

"Ketika duduk di KL sebelum ini, saya akui kerap menghadiri kuliah agama di kawasan Ampang. Apabila muncul di majlis ilmu dan agama tentulah saya menjaga aurat sebagai Muslimah.
"Ketika itu pula saya tidak aktif menyanyi, jadi mungkin sebab itu orang yang nampak saya berimej tersebut menyangka saya sudah berhijrah.
"Kini apabila saya muncul kembali dalam bidang seni, timbul pula cerita kononnya saya buka tudung dan dedahkan aurat kerana mahu menyanyi semula," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.


Lepas tu dia cakap...

"Saya kecewa dengan sikap segelintir pihak yang anggap diri mereka alim lantas memandang rendah pada wanita Islam yang tidak menutup aurat.
"Pakaian bukan ukuran. Apa juga saya pakai dan lakukan saya sentiasa ingat Tuhan dan agama.
"Tidak baik jika kita mudah menilai dan menghukum orang lain menerusi luaran tanpa mengenali seseorang terlebih dahulu," katanya.


Haaaa.....kecewanya Nadia...tapi kan..mama rasa peminat yg komen Nadia buka tudung tu pun sebenarnya kecewa jugak la tu..may be sebelum ni diorang ingat Nadia dah mentup aurat..tapi tetiba tgk Nadia buka tudung dan seksi balik...bagi mama itu luahan kekecewaan mereka la tu kot...
Kepada peminat atau pengomen..dah la komen..dgn statement dr Nadia tu nmpk la dia tak suka dikritik isu itu...
Kepada Nadia usah pisahkan isu aurat dgn ingatan kepada Allah dan agama..kerana sekiranya kita benar2 mengingati Allah dan agama..pasti kita akan ingat suruhan-NYA..
So...mama tak berani nak komen ..just bagi personal view...yg lain atas penilaian diri sendiri...tapi kdg2 kena jugak tanya dari org lain sbb diri sendiri selalunya sentiasa ingat nak yg mudah aje...

Ya Allah tetapkan hati kami..jgnlah engkau pesongkan hati kami selepas Engkau berikan kami hidayah-Mu....


1 comments :

nazayiena said...

Ingatkan dah bertudung....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan