CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, December 10, 2014

Visualkan impian!!

Assalamualaikum

Hari ni mama dapat perkongsian yg penuh makna dari mentor bisnes dan idola mama..iaitu kak ieda..

Kak ieda nak kami visualkan segala impian kami..dan kami kena tentukan bilakah waktunya impian itu tercapai..

Iya benar sekali...ini bukan kali pertama mama dgr pendapat yg mengatakan kita kena visualkan impian kita.. tapi ini adalah kali pertama mama bersemangat nak buat..

Banyak sebenarnya impian..tapi mama persembahkan separuh drpdnya.. insha Allah mama akan sambung memvisualkan impian mama itu..

Kenapa kita perlu visualkan apa yg kita inginkan?
Ini adalah kerana adrenalin kita akan lebih memacu utk mencapainya jika kita dapat melihat sesuatu yg ingin dicapai..
Sebelum ini..mama byk mencatat apa yg mama mahu.. sebenarnya cara itu kurang merangsang keinginan kita..

Selepas kita visualkan..kita letakkannya di ruang yg jelas untuk kita dapat lihat semaksima mungkin..
Kerana lagi kerap kita melihatnya..lagi kita seakan dicabar untuk mendapatkannya..

Banyak cara utk kita visualkan impian.
Dapatkan gambar2 yg mewakili impian kita..lalu kita tampalkan di ruang yg kita ingini...atau kita juga boleh melukisnya sendiri..
Tapi saya tak pandai melukis... pasti ada kegusaran itu yg bakal timbul di hati mereka yg kurang berseni...
Segera tepis rasa itu..
Jika ingin lukis impian kita..lukislah dari hati kita.. usah hirau komen atau reaksi org lain.. percaya pada apa yg kita rasa..
Lagipun kita bukan nak masuk pertandingan melukis...hihi..
Cuba sedaya mampu..andainya tak mampu juga..carilah gambar objek2 yg boleh mewakili impian kita..

Ini apa yg mama lukis...


Bila mama tunjuk kat papa...
Bahagian family yg dia nampak dulu..huhu...


Thanks papa...mama tau papa akan sentiasa support mama..dan doakan mama...love you so much...
(Mohon feeling jap)

Kenapa mama tunjuk kat sini..
Bukan nk gebang..bukan nak cakap besar..
Tapi bagi mama semua berhak berimpian..
Jadi mama mohon doa dari semua... pasti ada doa dari kalian yg diterima Allah...

Mama dahulukan ucapan terima kadih yg tak terhingga..

Jom visualkan apa yg kita impikan..
Pastinya impian tersebut perlu dipacu dgn usaha, doa dan tawakal..
Segala yang berlaku adalah atas keizinan Ilahi...

Wassalam..


Wednesday, December 3, 2014

Benci ORANG curang!!!!

Assalamualaikum..

Ni nak story sikit...

Dulu...
Mama sikit punya kesian kat Dahlia (ni cerita bersiri lakonan Dira Abu Zahar, Hans Isaac dan Raja Ilya) sebab punya la teruk suami dia..time anniversary diorang..boleh dia pi mengaku curang.. curang pulak bukan curang biasa.. siap ke alam fana cinta dah laaa (faham naaaa)
Punya la baiknya Dahlia berkorban apa saja..even sempena anniversary Dahlia siap belikan rumah impian mereka..kononnya nak habiskan waktu cuti kat situ..tepi pantai... romantik...tapi hubby dia bagi pengisytiharan curang sebagai hadiah....gerammmm rasanya..geram bertambah geram bila curang dengan best friend sendiri..

Hari ni..
Mama tgk lagi cerita yg lebih kurang sama.. tajuknya Satu Hari (lakonan Remy Ishak, Sara Ali dan Rita Rudaini).. bezanya kali ni..si isteri yang curang..
Plot hampir sama..cuma tak tau la macam mana lagi sebab baru episod pertama. Tapi kejadian pengisytiharan curang ni pun terjadi pada hari anniversary..dan si suami iaitu Remy Ishak ni pun baru je beli rumah impian isterinya..dan menurut isterinya Rita Rudaini.. mmg dia dah curang to the max..dan pasangan curang pun kawan baik mereka..

Perasaan mama:
Mama mmg geram dan beremosi kalau tgk citer gini... dulu time mama marah lelaki yg curang pada isteri..ada member tanya..macam mn kalau isteri yg curang.. now.. mama yakin mama bukan memihak pada gender tapi mama memihak pada keadilan.. kalau wanita yg curang pun..mama mmg geram..
Jadi ini semua atas individu..

Walaupun jalan cerita melayu lebih kurang... tapi mama ambil tu sebagai isu biasa sbb apa yg ada dalam drama kebanyakannya adalah diambil dari isu masyarakat..

Jadi:

  1. sekarang ni mmg ramai yg curang dan tak setia
  2. sekarang dah kurang semangat setia kawan.. semua nak penting diri..
  3. setiap orang anggap material dapat membahagiakan hidup
  4. kurang komunikasi antara pasangan
  5. bertindak ikut nafsu...bila dah terlanjur baru gigit jari..
  6. bila hati dah tak sayang dan tidak menghargai.. segala yg baik yg diberikan oleh pasangan sudah tidak nampak nilainya
Ya Allah hebatnya godaan dunia... semoga Allah jauhkan kita daripada fitnah dunia..

Sekian untuk kali ini..nak gi beli minyak rambut papa... kbai...

Wassalam..

Resepi: Spaghetti bersama Telur Sotong

Assalamualaikum..

Ini cerita hujung minggu lalu..
Bangun pagi..tak tau nak buat sarapan apa..
Mata yg kuyu ini terpandang la bungkusan spaghetti..
ermmm jom berspaghetti je laaaaa...
Tapi....papa ngak sukaaa sgt...
ok... kita buat je..papa makan jugak sikit..boleh la buat alas perut... nanti kita fikir cara lain utk buat perut papa kenyang (beli nasi bungkus pun boleh..hihi)
Spaghetti ni feveret anak2..diorang dah lama suruh mama buat.. mama pun beli la apa yg patut..tapi buatnya je belum...sorry darlings mama...

Memandangkan ketika itu masih pagi..mama pun ambil keputusan utk tiru idea Chef Riz..
Tak perlu susah-susah.. PREGO kan ada..semudah 1,2,3


So...
Bermula aktiviti mama... mama just add satu bahan protein yg special iaitu... TELUR SOTONG.. tepuk tangan sikitttttt....

Mama sebenar geli je rasanya nak tulis tajuk entry ni resepi.. sbb mama guna yg ready made..tapi bila fikir..ok la kan.. resepi bagi yg naaakkkkk sgt masak utk keluarga tapi tak cukup masa atau sifat 'M' menebal dalam diri..korang faham kan 'M' tu apa kannnnn..... omputih kata lazy...hihihi.. so kita simple2 aje... simplemama je kannnnn...

Bahan-bahan

1/2 peket spaghetti
Sos Prego Cheese and Herbs (kecil)
Bawang besar didadu
Mentega
Mixed Herbs
Serbuk lada hitam
Garam
Sosej
Telur Sotong

Cara membuatnya
- Tumiskan bawang besar menggunakan mentega..kacau sampai naik bau dan kekuningan
- Masukkan telur sotong..kacau biar sebati.. goreng sehingga nampak separuh masak.
- Masukkan pula sosej..
- Kemudian masukkan Sos Prego Cheese and Herbs
- Masukkan air ke dalam tin sos tadi...tuangkan ke dalam sos yang kita masak tadi
- Kacau biar sebati..masukkan sedikit serbuk lada hitam
- Perasakan..jika tawar..tambah sikit garam
- Masukkan mixed herbs
- Bila nampak dah cukup masak..boleh la dihidangkan..
(jika ada sayuran pun bagus dimasukkan..contohnya sayur brokoli, carrot)

Senangkannnnn...


Telur sotong ni mmg best.... sesiapa sekitar kb leh contact mama utk dapatkan TELUR SOTONG...yummmy...

Sunday, November 23, 2014

Mahar di Kelantan

Assalamualaikum

Cuti sekolah bermula...maka bermulalah edisi menyempurnakan senarai undangan perkahwinan..
Memang dah jadi trend..cuti sekolah la time paling famous utk buat kenduri.. senang nk kumpul kaum kerabat..

Macam biasa.. benda yg ramai orang nak tahu dan nak dengar time akad nikah ialah tentang mahar..
Kalau kat negeri lain..org tak ambil kisah pun sebab mmg sama je..tapi istimewanya di Kelantan.. mahar yang disebut dalam akad berbeza sikit.. bagi kita di Kelantan ..wang hantaran adalah mahar..
Jadi dalam akad..akan kedengaran banyak la jumlah RM yang akan disebut..

Ada lagi sebenar orang luar Kelantan yang tak dapat terima cara ni..diorang terkejut kena bagi banyak..hihi
Sebenarnya bagi mama tak de banyaknya kerana bagi kami di Kelantan.. apa yang disebut mahar itu..itulah yang wajib diberi oleh suami.. keluarga perempuan tidak lagi meminta wang pendahuluan utk majlis perkahwinan seperti mana yg diamalkan oleh masyarakat di luar Kelantan..kiranya majlis kawin akan diurus sendiri tanpa bantuan daripada pihak lelaki.. kecualilah pihak lelaki nak sponsor..lagi bagussss..hihi

Bagi mama..antara hikmahnya wang hantaran dijadikan mahar adalah untuk kesenangan perempuan.. semoga perempuan yang dikahwini itu ada bekalan dalam meneruskan kehidupan selepas menjadi isteri...
Kerana wang mahar adalah hak mutlak isteri..sesiapa pun tak boleh menyentuh mahar itu..semoga para isteri memanfaatkan mahar itu sebaik mungkin..agar keberkatan berterusan..

Namun yang mendukacitakan ialah...tetap jua ada perlumbaan dan perbandingan di situ.. memandangkan jumlah mahar disebut ketika akad...ramai yg meletakkan harga yg tinggi atau cuba melebihi antara satu sama lain.. kononnya malu jika kedengaran mahar yg rendah.. kononnya tak syok jika anak kita rendah maharnya dari anak jiran atau saudara kita yg lain...
Ya Allah..matlamat utk menjaga anak perempuan kita dah semakin lari dari asasnya..kita lebih kepada niat untuk menunjuk.
Bila aje satu perkahwinan dimulakan dengan wujudnya riak.. apakah lagi nilai yg tinggal..
Susahnya nak membetulkan paradigma masyarakat kita.. kadang2 mak ayah pengantin perempuan dah tak kisah dgn jumlah mahar anaknya...tapi still juga ada mulut2 yg menjaja cerita.. suara sumbang yang menyesakkan...

Tinggi dan rendah mahar tidak boleh dibanding begitu saja kerana setiap daripada kita punyai tahap materialiti yang berbeza.. terkadang jika sesorang lelaki yg memang berkemampuan..dia nak bagi mahar yang agak tinggi jika dilihat dalam pasaran perkahwinan..itu adalah hak dia..mungkin jumlah itu biasa baginya.. janganlah sewenang dituduh dia nk menunjuk..
Jika seseorang lelaki yg sederhana dan dia tak mampu utk bagi mahar yg tinggi..jgn dipaksa dia berbuat begitu..berilah dia peluang utk memberi yang seikhlas mungkin..

Bagi mama... yang penting kita lebih tahu apa yang kita rasa.. apa yang kita buat.. fikirlah sebelum bertindak..kerana segala akibatnya kita dan anak2 kita yang akan tanggung...berpegang pada prinsip.. jika ada orang lain yang nak bagi pendapat..ambillah jika selari dgn hukum Allah dan memberi kebaikan..jika pendapat mereka hanya menambah keburukan.. berikanlah senyuman yang paling manis buat mereka dan doakan mereka..





Thursday, November 20, 2014

Kenapa susah untuk didik anak?

Assalamualaikum

Selamat pagi..
Awal hari ni.. pukul 10 mlm td dah tidur..bangun balik pukul 12.30 pg..untuk masak sikit..esok jamuan kat PASTI abang Uyeeh..

Sambil kemas apa yg patut kat dapur..tetiba mama terkenang kejadian pagi tadi.. pagi tadi ada majlis penyampaian hadiah dan sijil kat Tabika Abg Iqy..
Ya Allah... betul-betul menguji minda dan hati..
Ceritanya..Iqy dah dua bulan tak pergi tabika.. ekoran kejadian dia lari dari tabika secara senyap-senyap.. bila tanya kenapa..dia cakap taknak pergi lagi..
Memandangkan dia masih empat tahun papa dan mama tak nak ambil risiko..takpe la..tak payah pergi. Kami bimbang dia lari lagi dan tentu korang boleh gambarkan apa kemungkinan yang boleh berlaku apabila seorang anak kecil berseorangan di luar rumah...tak sanggup nak fikir..minta dijauhkan segala musibah..
Tapi sebenarnya mama pun tak sangka dia nak hadir ke majlis penyampaian hadiah tu..mungkin bila disogok akan diberikan banyak hadiah.. biasalah kan. Kita yg dewasa ni pun suka kalau orang nak kasi hadiah..

Sebenarnya mama tak sepatutnya terkejut atau kecewa dgn apa yang berlaku..sebab mama memang kenal anak mama yg sorang tu.. dia seorang yang konfiden bila dia benar-benar yakin dia di zon selamat.. jadi memang susah untuk berlagak normal di tempat yang ada ramai orang yang dia tak biasa dan ditambah pula dia menjadi fokus utama..senang citer Iqy ni jenis low-profile sgt.. tak suka tayang diri.. kecuali la di hadapan orang yang dia dah biasa..ermmmm terlalu nak tonjol pula...

Time nama dia dipanggil..dia taknak keluar. Punah harapan mama nak ambil gambar dia time terima sijil dan hadiah.. kiki.. lepas lama dok pujuk..dia masih lagi melentokkan tubuhnya dan mengunci langkah..mukanya ditunduk ke bawah..walau digesa tak nak bergerak langsung...akhirnya mama dia yg tergodek-godek pergi ambil hadiah..
Yang best bila mama kembali ke tempat bawa hadiah..terus excited nak buka...ermmm pulakkkkk....

Ya....memang betul setiap anak..lain perangainya..lain cara didiknya...
Nak tak nak mama kena fikir cara kreatif dan banyak berdoa dalam mendidik anak-anak syurga.

Kenapa susah nak didik anak?
Kenapa mak ayah kena banyak mengkaji anak-anak dalam cari jalan terbaik untuk mendidik?
Kenapa perlunya ilmu keibubapaan?
Dan kalau nak kira masih banyak lagi soalan yg nak ditanya dan perlu dicari jalan penyelesaian..

Untuk semua soalan di atas dan lain-lain soalan yang berkaitan kenapa perlu jaga dan didik anak ... mama rasa mama tahu sebabnya..

KERANA ANAK ADALAH HARTA ABADI..ANAK PUNYA FUNGSI BESAR KEPADA KITA..KITA YANG MEMERLUKAN MEREKA. KERANA DOA ANAK YANG SOLEH MERUPAKAN SALAH SATU KOMPONEN YANG MENJADI BEKALAN KITA SELEPAS KITA MATI.

Jadi motivasi untuk tidak rasa lemah dan kecewa dalam mendidik anak...always keep on mind.. anak itu aset kita.. jika nak bahagia dunia akhirat...salah satu caranya didik anak dengan baik...didik dengan cara Islam.

ANTARA JALAN UNTUK 'TACKLE' ANAK

  1. KUNCINYA SABAR DAN JANGAN BANDINGKAN ANAK KITA DENGAN ORANG LAIN TERMASUK SAUDARANYA SENDIRI..
  2. FIKIRKAN KEISTIMEWAAN ANAK ITU.. KADANG2 KITA TERLALU FOKUS PADA SATU KELEMAHAN ANAK KITA..DAN MENGABAIKAN BANYAK LAGI KEISTIMEWAAN ANAK KITA
  3. LEBIH TERBUKA DAN JANGAN CEPAT BUAT KONKLUSI ATAS SEGALA TINDAKAN ANAK KITA
  4. PELUK DAN SENTIASA LUAHKAN RASA SAYANG DAN BETAPA PENTINGNYA MEREKA PADA KITA 
  5. BACAKAN DOA DAN BANYAKKAN AMALAN SEDEKAH DEMI MEREKA
  6. KENAL DAN LAYAN DENGAN MESRA KAWAN-KAWAN MEREKA
  7. MASAK UNTUK MEREKA.
  8. ELAKKAN PERGADUHAN DI DEPAN ANAK. DAN JANGAN MELEPASKAN KETIDAKPUASAN HATI KITA TERHADAP PASANGAN KEPADA ANAK.
  9. IBUBAPA KENA BANYAK BERBINCANG DAN BEKERJASAMA.
  10. SOLAT BERJEMAAH DAN BACA AL-QURAN BERSAMA

Mama rasa banyak lagi kot cara yang bagus untuk berdamping dgn anak.. yg di atas hanya contoh yg mampu mama fikir pada masa ini..


Selamat berusaha semua ibubapa..jangan pernah berhenti belajar..ilmu kehidupan terlalu luas dan sentiasa berubah..

Mama sayang anak-anak mama..

Monday, November 17, 2014

Detox water!!

Assalamualaikum

Mama pun tak sangka yang mama boleh terjebak dgn detox water..
Yang penting mama try juga melibatkan diri kerana setelah membaca banyak kebaikan mengamalkan detox water a.k.a infused water..

Tapi mama buat yg basic je dulu..
Actually mama first trial hari Sabtu yg lalu...
Mama letak limau nipis yg mama potong bulat2.. pastu mama nampak ada kiwi..mama pun letak gak la...konon buat variasi la..
Esoknya mama pun dgn confident minum... ya Ampun...pahit sungguh..haha
Namun dalam hati ni dok positifkan diri... pahit kan ubat...
Fuhhhh... dengan kiwi sekali jadi pahit..tp Alhamdulillah lepas dua tiga teguk..tekak dah boleh terima..

Dan semalam..mama buat lagi detox water..kali ni guna lemon...
Still gak rasa pahit tp tak ketara sangat... pahit masam ...ok la tu...

Cara buat detox water ni senang aje..
Letak separuh botol kita tu dengan ais..masukkan lemon atau apa2 jenis buah atau herba yang korang nak..kemudian penuhkan botol dgn air biasa... goncang2 sikit.. Lepas tu masukkan dalam peti ais... Selepas 4 atau 5 jam..dah boleh minum..yeayyyy... senangnya korang buat malam.. esoknya dah boleh minum..

Senang je kannn...jom buat detox water... amalkan cara hidup sihat..






Sunday, November 16, 2014

Jom tengok ulaqqqqq...

Assalamualaikum

Jom tgk ulaqqq kat Muzium Negeri Kelantan...

Event ni mmg abang uyeeh dah request sejak sebulan yg lalu..
Time mama drive..berhenti kat traffic light dan dia terbaca ada promo pameran ular... terus nak pergi..
Hiiii..mama ckp kat uyeeh yg mama geli.. uyeeh pergi ngan papa la yeee...

Tapi demi anak akhirnya mama pergi juga...bersempena hari jadi papa 14.11.14.. papa belanja pergi...

Banyak sungguh soalan dr uyeeh dan iqy.. qysya pulak excited sungguh..tak takut langsung...paling qysya suka tgk ialah aksi 'Gadis dan Ular'..



Lepas tengok ulaqqqq... papa belanja aiskrim...yummmyyyy...thanks papa..


Friday, November 14, 2014

Ini harimu...sayangku

Assalamualaikum

14.11.14
.
Such a beautiful day for a special man..
.
It's your day...papa
.
Happy birthday, sayang
.
Semoga hidup sayang akan sentiasa diberkati Allah di dunia dan akhirat..
.
Semoga Allah akan terus memberi mama peluang untuk sentiasa menjadi pendamping papa..berkhidmat untuk papa... mendamaikan hati papa dan menyejukkan jiwa papa
.
Sesungguhnya hari ini adalah hari pertambahan usia.. semoga ia akan menjadi detik dan tanda aras untuk papa mengingati apa makna kehidupan..apa yg kita perlu dalam kehidupan.. semoga segala amalan baik akan dipertingkatkan..kita akan berusaha bersama..
.
Semoga papa terus tabah mengharungi ujian daripada Allah..
.
Semoga kembali sihat dan cergas..
.
Mama dan anak-anak syurga kita terlalu sayangkan papa.. semoga kasih sayang di antara kita tidak melebihi kasih dan cinta kita pada Allah dan Rasul..
.
Ya Allah berkatilah kehidupan kami sekeluarga di dunia dan akhirat..
.
SELAMAT HARI LAHIR, SAYANGKU..




Saturday, November 8, 2014

Resepi : Penkek Sultana

Assalamualaikum..

Hari2 hujan ni kami asyik lapar je..melainkan papa yg masih sakit..
Rasa macam nak makan lempeng je... huhu.. orang bandar panggil penkek...huhu

Mama buat yg simple je...
Inilah rupanya...


Bahan-bahan

2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu minyak masak
2 cawan air - kalau nmpk pekat lagi..tambah lg.. tp jgn cair sgt..
Sedikit garam

Cara membuatnya
- campur kesemua bahan.. kacau dan sebatikan
-  bila semua bahan dan melarut.. tapis adunan.. 
- panaskan non-stick pan.. dan boleh la mulakan memasaknya. Ala-ala apam balik
- taburkan kismis 
- bila dah agak masak..terbalikkan..
- kemudian angkat dan hidangkan..
- boleh dimakan dengan mencicahnya ke dalam susu pekat, madu atau coklat..
- jika korang nak mkn begitu sahaja, time korang tabur kismis, sila taburkan gula sedikit..

Selamat mencuba..


Thursday, November 6, 2014

Allah sayangkan papa

Assalamualaikum

Selamat pagi...hihi
Tentu ada yg telah diulit mimpi indah..tapi mata mama ni tak mengantuk lagi..

Entah la tak mengantuk la pulak..
Bila tgk wajah papa dan anak2 yg dah tidur..tenang sikit rasa hati..
Iya la selepas peristiwa yg mendebarkan tadi berlaku.. gastrik papa menyerang lagi..
Mungkin pada orang lain..biasa la kan..tp agar mendebarkan bagi kami yg tak pernah mengalami..
Balik dari kerja tadi tgk wajah papa lesi dan penuh kebimbangan.. tanya la kenapa.. papa cakap takde apa cuma dada sesak sikit..
Ok..pelawa minum taknak.. urut la sikit2..
Tanya la kat papa..kot-kot nak gi klinik.. tapi papa senyap aje..
Mungkin sbb mmg dah tahu...time nak maghrib ni klinik kawannya tu mesti la tutup..
Papa nampak resah.. tak selesa baring kat katil..pergi baring kat kerusi panjang di ruang tamu..mama tgk wajah dia..nampak sangat muka menahan sakit...
Tetiba aje papa cakap nak pergi klinik..
Mama ckp..klinik mesti buka dalam lebih kurang pukul 8 mlm ..
Untuk confirm doktor ada atau tidak..mama pun call la doktor...Alhamdulillah doktor ada..bila aje bagitau yg papa sakit..terus doktor suruh bawa papa ke klinik..
Ya Allah...syukur... terus mama dan papa pergi bersiap..lps aje solat maghrib kami pun bersedia utk pergi ke klinik..
Cabaran pun datang.. pada mulanya kami bercadang untuk  tinggal aje hero2 dan heroin kami di rumah.. tp rupa-rupanya..semua yg diharapkan untuk minta tolong jaga..ada aktiviti tersendiri... so..apalagi..nak buat mcm mana...kita angkut semua pi klinik..
ROMBONGAN MAMA KE KLINIK!
Sampai ke klinik doktor check dan ermmm kena masuk air nampaknya papa..
Dannnn.....papa mmg gerun sikit bab cocok-cocok ni...


Nampak muka papa time kena cocok...
Hihi...
Dan kami pun tunggu la papa ... ada dua kerisauan dalam hati mama.. risau kat papa dan risau kat 3 anak syurga mama tu.. diorg kena tunggu lama dan semestinya byk drama akan terjadi..
Thanks Dr Ariff yg mmg sporting dan sabar dgn karenah kami...

Papa,
Ketahuilah Allah sayang pada papa ...sebab tu Allah uji papa..
Allah tak lupa pada papa dan Dia nak pastikan papa tak lupa pada Dia..
Setiap ujian ada hikmahnya..semoga dengan sedikit ujian ini.. semakin dekat papa dengan Allah.. semoga dapat menyucikan dosa-dosa sebelum ini..

Mama sayang papa.. Alhamdulillah semoga dgn keuzuran papa ini..mama akan dikurniakan kesempatan untuk lebih berbakti kpd papa demi mencari pahala dan keredhaan Allah..


P/s: coretan ni ditaip selepas kami pulang dr klinik.. so dah sehari..tp sekarang baru nk post..








Tuesday, November 4, 2014

Gastrik menyerang

Assalamualaikum

Pagi tadi macam berdebar sikit..
Papa whatsapp cakap pergi check kat hospital..
Ya Allah..hati isteri mana yg tak berdebar bila aje dpt berita gitu..

Memang dah 2-3 hari papa bagi tau yg dia rasa tak sedap badan.... dada tu rasa macam sesak je..

Tadi pagi pun dia ada mengadu.. mmg nak bawa je dia ke klinik ptg ni.. tup tup dia dah pergi..tak tahan sangat...

Bila check..gastrik...
Doktor masukkan ubat ..
Papa cakap sakit gak..

Alhamdulillah lps tu boleh balik opis dan buat kerja.

Kesian sayang mama..

Ya Allah peliharalah kesihatan suamiku..




Kawan papa ambil gambar dalam emergency room..nk hantar kat mama..
Gambar ni bernilai..sbbnya...misi kat situ marah kat dia sbb dok ambil gambar time rawatan..hihi

Dua jam lepas..papa hantar gambar ni...


Dah tersenyum..lega rasanya..
Alhamdulillah..

Sunday, November 2, 2014

Oat Cookies by Quaker

Salam semua

Mama rasa begitu lapar...
Oh please..help me..
Apakan daya malas la nk pi cari nasi atau makanan..

So..cari apa yg ada dlm laci meja Nobita..
Jumpa biskut oat..

Ok la jugak kan..lagipun tadi dah heavy breakfast.. mama dah makan nasi lemak dan kuih muih..

So ...sesiapa yg malas macam mama...beli biskut oat drpd Quaker ni..best dah boleh tampung kelaparan korang..

Terdapat dlm byk perisa...so google2 la kat store berhampiran..


CELCOM 1 Malaysia

Assalamualaikum...

Nak citer benda sedih.... huhuhu

Intro citer...
Mama ni pelanggan Celcom 1 Malaysia.. RM25 setiap bulan utk plan internet..
suka la guna.. walaupun hanya 1 GB tapi walaupun dah habis.. still boleh guna internet selagi tempoh tamat tak habis..cuma slow la skit.. untuk whats app dan fb..ok je..

huhuhu..tapi....

Sejak Celcom lancar dan upgrade sistem...semua tu dah tak boleh...huaaaaaaa...
habis je 1 GB..terus mobile data bergerak dan kikis credit...
Anak mama pulak suka nengok youtube... sehari dah habis 1 GB...dan mama tak tau...so.. tetiba je tgk kredit habis...tolonggggggg..

Frust la jugak..

So apa yg patut mama buat...???

Tukar plan atau tukar provider??

<masih buntu>


Rozita Che Wan ♥ Zain = Princess Comel

Assalamualaikum

Huiii... semua dok viral citer anak Che Ta dan Zain..
Alohaiiii...mmg comelll...geram nak cubit2..
Tahniah Che Ta dan Zain...Kombinasi cantik dan hensem... dengan izin Allah jadilah princess yg anggun comel dan memikat..

1 November 2014... baby comel mereka menjenguk dunia... semoga jadi baby solehah..

Mesti Che Ta excited dapat baby girl... macam mama hari ti..iyalah kan sebelum ni dua orang hero..
Mesti mengerlip la baby comel tu..mummy org glamer...hihi..




Che Ta lepas bersalin comel jaaaa...
Berbeza dgn mama...huhu
Tahniah naaaa...

Rindu la pulak time princess Qysya mama baby dulu..



Selfie... susah nk buang tabiat!!

Assalamualaikum

Busy ke?
Mama busy gak..marking paper students..
Korang dah selfie ke hari ni?
Hihi..
Mama dah...macam sukaaaarrr nk buang tabiat..
Mmg dari dulu sula selfie..sebelum term selfie diperkenalkan..dulu panggil ambil gambar sendiri je...
So sorry ye if ada yg menyampah...
Selfie ok kott..cuma jgn melampau...
Mama kurang dah selfie kat facebook.. mama selfie pun sebab nk whatsapp kat papa..
Kikiki..


Dulu kalau nk selfie mesti kalut cari apps camera 360..
Sekarang tidak lg..
Thanks Dhia Ardini...
Menambahkan keyakinan mama..

Hihi..

Tuesday, October 21, 2014

Resepi: Sosej Gulung Berkeju

Assalamualaikum

Hari ni baru dapat upload dan citer sikit pasal juadah breakfast anak2 syurga mama weekend hari tu..

Diorg kalau hari cuti makan byk dan request mcm2.. Alhamdulillah..yg diorang request tu alahai sonanggg ajo...


Bahan simple je..

Sosej, roti sandwich, 1 biji telur, keju keping, lada sulah, minyak

Cara membuatnya:

Tekan atau gelek roti sandwich dengan gelas atau roll pin.. biar sampai penyek dan nipis...dan padat dan segalanya..
Lepas tu letak keju.. satu keping keju boleh dibahagi dua atau tiga..terserah kalau nak byk keju pun takpa..
Letakkan sosej atas keju dan bolehlah terus menggulung sampai padat..
Bila dah siap gulung semua, celup gulungan roti tadi ke dalam telur yg telah dipukul bersama lada sulah .
Lepas dah celup terus goreng dalam minyak yg telah dipanaskan.. jangan lama2 sgt goreng tu..


Bila dah siap goreng..toskan minyak atas tisu..
Lps tu potong kecil2.. ermmmm..mmmg sedap..

Nak mkn celup sos cili pun boleh...

Selamat mencuba..

Mizz Nina vs Mama

Salam semua..

Hari jaga exam.. so mcm takut boring..mama pun pinjam Mingguan Wanita yg baru..gambar cover Mizz Nina..

Alahai cunnnnnyerrr...tenang aje menengoknyaaa..


Comelkan.. nak tgk versi mama?


Haha..jgn nak termuntah... mama upload gambar ni bukan sebab mama ni sama ngan Mizz Nina tapi sebab mama rasa warna hijab dan baju kami nak mcm sedondon...huhuhu..

Jangan mareeee naaaa..

Mama bersusah pyh ambil selfie nk tiru gaya dia..haha..
Iyalah siapa la yg mama nk suruh..malu ehhh... tp bila dah siap gambar ni.. ok la ..tak malu la jika org nk tgk..kiki

Saja jeeee...perangai tak boleh blah..sekali-sekali.. papa nengok ni mesti geleng kepala...kuikuikui..



Monday, October 20, 2014

Kasut MERAH nak lawan KAK RED

Assalamualaikum

Hari ni nak story pasal kasut merah..
Kenapa beli kasut merah??



Mungkin jawapan ni poyo..tp itulah hakikatnya..
Mama beli kasut ni sebab ingat kat Kak Red...huhu..tapi tu sebab no.2 la kenapa mama beli..nak tau sebab pertama?? Sat lagi mama citer yeeee..
Cantik je tgk Kak Red pakai kasut merah...

Memang mama minat merah cuma tak pernah lg beli satu kasut yg full kaler merah..
Dan mama mmg akui of coz takleh lawan langsung Kak Red..hihi..sebab paling ketara... harga kasut laaa...Kak Red main ribu riban...mama RM5 je..
Tak percaya...betul... kasut ni harga asal lbh kurang 25-30..tp sebab mmg tokey kedai tu nak lelong dah...so RM5..
Hahhh..tu la sebab utama mama beli kasut ni..

Lps tu paling best...Kak Red of coz beli kat boutique atau mall yg besar dan glamer kannn... mama pun beli kat tempat glamer gak..plg glamer kat Malaysia... PASAR MALAM... hihi..
Apa2 pun.best pakai kasut ni..boleh laaaa..
Alhamdulillah...

So..jgn marah ye..mama guna Kak Red dlm ini punya entry.. tp itulah kebenaran..may be pengaruh Kak Red kuat...so apa2 yg merah mesti ingat dia...hihuuuu..
Babai..sekian story mama...

Tuesday, October 14, 2014

Resepi : Puding Roti

Assalamualaikum

Hari ni mama nak share resepi yg memang ramai dah tau...
Saja je nak share pada yang belum tahu atau pada yg sebelum ni buat puding roti tp guna resepi lain..

Mama pun pertama kali buat guna resepi ni..sebelum ni mama buat cara lain..

Yang ni..mama minta dari kakak mama yg tersayang..kak ya..

Sebelum apa2..jamu mata dulu naaaa...



Ni dia resepinyaaaa...


Rendam tu tak lama...dalam 5-10 minit jee.. gula pulak atas selera laa..mama letak lbh kurang 3-4 sudu makan..

Selamat mencuba..

Sunday, October 12, 2014

Contest KURUS CARA SELAMAT

Assalamualaikum

Dah lama mama tak buat contest..

So kali ni mama nak anjurkan satu contest utk memilih DUA ORANG yang bertuah untuk KURUS DENGAN SELAMAT.. bersama NESLEEM ..
Alhamdulillah ..produk ini ada KKM..


Syarat:
1. Nama dan biodata ringkas
2. Beritahu berat badan korang..
3. Beritahu kenapa korang nak kurus
4. Gambar full body korang..
5. Korang boleh bagi link blog korang kat ruang comment kat bawah ATAU kalau korang tak ada blog..korang boleh aje whatsapp semua detail dan gambar kepada 011-17909711
6. Seandainya korang terpilih..korang mestilah bersedia menjadi testimonial mama utk produk ini..
7. Anda hendaklah berfikiran positif dan bersedia bekerjasama dengan professional
8. Contest tamat pada 30/10/2014

HADIAHNYA:
1. Korang akan diberikan SEBOTOL NESLEEM
2. Hadiah iringan

Di sini mama nak buat penekanan.. KURUS bukan keutamaan untuk kelihatan cantik.. kita kurus bukan kerana nak menunjuk.. kita kurus untuk kesihatan dan memudahkan pergerakan..jadi mama harap tiada isu sensitiviti di sini.. mama faham perasaan orang yang memiliki tubuh yang gempal..kerana mama juga pernah begitu..sekarang ni pun mama bukanlah terlalu kurus..namun Alhamdulillah mama rasa lebih yakin dan sihat..

Pesanan mama..jangan ambil ubat untuk kurus sebarangan...ok...


Tolong HEBAHKAN .. mana tau hebahan korang bermanfaat untuk yang lain...


Isu Maybank.. berhati-hati tau..

Assalamualaikum

Hari ni mama bagi review sikit pasal isu insurans ETIQA kat Maybank hari tu..ala hari yg mama buat amukan tu..hihi...

Mama terus up status kat FB Maybank..


Bukan nk bikin panas..tp mama tak tau dah nak salur kat mana..lgpun mmg pun FB Maybank merupakan medium utk khidmat pelanggan so..tak salah rasanya..
Tak lama lepas tu ada balasan dari pihak Maybank..


Lepas aje dia minta... mama pun terus reply mesej..bagi maklumat yg dikehendaki..

Lepas tu Maybank balas balik..bagitahu yang report telah dibuat..apa2 diorang akan call..

Alhamdulillah..keesokan harinya..ada seorang wakil Maybank KL telefon..
Dia tanya situasi sebenar..Mama pun cerita la..mama sebenarnya boleh faham prosedur Maybank dalam nk terminate apa2..cuma yang mama rasa terkilan ialah jawapan dan reaksi yg kurang professional dr FINANCIAL EXERCUTIVE kat Maybank Wakaf Siku..

Kemudian dlm miggu lepas..Pegawai yg telefon mama hari tu bg tau kes mama dah settle.. ada refund dari pihak insurans..walaupun kadar refund tu tak berbaloi...ermm takpe la asal selesai...

Cuma yg mama kesalkan..kenapa pihak insurans ETIQA mewajibkan pembayaran insurans hayat tambahan apabila kita membuat investment dgn mereka.sedangkan dlm investment itu sudah tersedia insurans hayat tersendiri.. bagi mama ini satu cara utk dapatkan duit pelanggan secara halus..
Sebabnya sekiranya pelanggan malas nk urus penamatan..memang diorang akan terus potong je la dari simpanan...untung la diorang.. dan jika pelanggan berkalut nk tamatkan pun...diorang dah dapat la sikit duit pelanggan...apatah lagi proses nk tamatkan tu banyak songeh...lepas tu refund yg dapat pun tak penuh...cuba bayangkan berapa mereka dapat ambil duit pelanggan....pelanggan bukan seorang tau... may be beribu2 dalam sehari..
Oh dunia kapitalis sungguh...
Sabar je lah...

Friday, October 3, 2014

Resepi : Kerutuk Ketam Simplemama

Assalamualaikum..

Hari ni mama nak kongsi apa yg mama masak hari ni..macam biasa resepi campak2 je...alahai senang je.. percayalah semua org boleh buat..

KERUTUK KETAM


BAHAN

5 Ketam
5 sudu besar rempah kerutuk adabi - jadikan pes
1 kotak santan yg kecil
6 ulas bawang merah *ditumbuk
2 ulas bawang putih * ditumbuk
1 inci halia * diketuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan perisa

CARA MEMBUATNYA

Tumiskan dalam minyak yg panas bawang yg ditumbuk. Pasti sehingga naik bau..
Kemudian masukkan pes kerutuk. Kacau hingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak..masukkan sikit air.
Masukkan halia...kacau lagi..masukkan ketam.. sebatikan dgn bahan yg ditumis..
Masukkan santan..kacau supaya tidak berketul..
Tambahkan air mengikut tahap kepekatan yg diingini.. tapi jgn terlalu cair.. mama masukkan nisbah satu kotak santan kecil..2 kotak yg sama utk air..
Bila dah mendidih..perasakan dgn garam dan bahan perisa.
Jika nk letak lada besar pun ok..
Dah siap..
Sedap dimakan dgn nasi yg panas2...

Alhamdulillah anak2 dan papa tersayang makan dgn lahapnya.. uyeeh dan iqy mmg minat sungguh ketam.. puas hati mama...
So..selamat mencuba..memasaklah utk family walaupun simple2 je..ok..hihi

Thursday, October 2, 2014

Minyak oooohhh minyak!!

Assalamualaikum..

Oooohh..kenapalah mama nak jugak tulis pasal isu yg mmg paling trendy sekarang ni...uffffff....

Tapi nak jugakkkk...sikit je ...ok...pleaseeee...

Ditujukan kpd semua pemimpin..(adakah yg baca blog mama ni?? Ermmm lantaklah..kata nk lepas tension)
"Wahai pemimpin yang budiman...alangkah indahnya sekali-sekala turun ke lapangan hidup rakyat marhaen secara bersembunyi.. rasailah pengalaman hidup kami semua...sesungguhnya kehidupan kami memang bahagia..namun kami tersepit..terhimpit...tertekan.. dan seumpama dipaksa menadah tangan dan menelan apa saja yg kamu tetapkan.."

Sekian..

Wednesday, October 1, 2014

Suburkan cinta suami isteri

Assalamualaikum......

Hari ni tgk kat fb....ada kawan upload satu gambar yg mencengkam rasa..
Kiranya satu pesanan dan motivasi diri..


Yuppp..

Mama mmg setuju sangat2.. jika ada sayang..rangsang lah selalu hubungan suami isteri...biar sentiasa memekar..

Mama bercakap melalui pengalaman.. mama tak tau wanita lagi rasa mcm mn...tp bagi mama...bila dah ada anak..tanpa kita sedar hati kita dan minat kita jadi lebih berbagi..

Tapi alhamdulillah...Allah bagi mama ingatan..
Walaupun kita terlalu sayang kat anak..sebagai isteri kena dahulukan suami... if anak merengek..kita kena cakap elok2 ngan suami..minta izin nak bersama lebih lama dengan anak..
Mungkin nampak simple kan.. kita wanita selalu aje fikir " alah..aku jaga anak..anak suami aku juga..takkan suami nk terasa kot"..
Haaaahhh..itulah silapnya kita..ye mmg suami yg waras takkan terasa dan rela..tp apasalah kita bermanis mulut utk minta kebenaran atau minta maaf jika terlalu byk masa dihabiskn dgn anak berbanding dgn dia.. kenapa perlu buat begitu?? Ini adalah kerana suami ni manja...walaupun muka ganas tapi jauh di sudut hati..dia nak sangat isteri memanjakannya...
Tak percaya??? Cubalahhhhh...

Suami mmg suka ada perubahan pada kita.. tp of coz la perubahan ke arah kebaikan dan didedikasikan utk dia..

Jadi..senang cerita isteri jgn ambil mudah..suami pun kena la cuba lebih memahami isteri... wanita suka penghargaan..dan please la suami semua..penghargaan bukan dalam bentuk kebendaan sahaja... kata-kata pujian yg sikit2 pun dah boleh buat hati isteri cair.. itu tanda hatinya ikhlas sayangkan kamu..tp if kamu mampu..bagi la sekali-sekala hadiah berharga..ermmm senyum seharian la isteri kamu....

Sebenarnya banyak perkara yang nampak remeh dan biasa tapi boleh menghasilkan kesan yang luar biasa..

Fikirlah...korang lebih tahu diri korang dan pasangan korang...

Paling penting...tetapkan cinta kepada Allah melebihi segalanya.. insha Allah cinta yg lain akan hadir sendiri..

Jom kita berusaha bersama...



#nak cantik dan sihat kerana suami..mama guna dhia ardini cosmetic.. www.dhiaardinikb.blogspot.com




Tuesday, September 30, 2014

PERANGKAP MAYBANK!!

Assalamualaikum..

Hari ni entry mama pasal Maybank..
Mama bengang teramat ngan Maybank hari ni
Actually benda dah berlaku dalam 4 bulan lalu..tp kesabaran mama masih bertahan..tp kali ni mmg tak tahan..
Citernya mama bukak la akaun Maybank utk urusan bisnes kesayangan mama tu...iyalah ramai customer request nk transfer duit ikut Maybank..
Bank besar la katakan...customers ramai la tuuuu...
Time nak bukak akaun..dia salurkan mama dekat sorang FINANCIAL EXECUTIVE yang mmg grand la kan...jangok ore kelate kato... kiranya mmg melawa la..muka pun manis..
Mama akui... yg mama sikit blur..mama just aim nk buka akaun..
Tetiba dia kempen supaya mama buat saving rm100 sebulan..kiranya duit tu terkumpul.. nanti 5 years later kalau nk bawa keluar ... boleh la..bersama keuntungan..since dia mention itu Islamic investment...so ok je la...
Tapi bersama saving tu ada life insurance dari ETIQA TAKAFUL INSURANCE sebanyak rm20.50..
Memandangkan mama dah ada life insurance... mama cakap tak nak la.. so FE tu cakap...mama boleh buat pembatalan..tp mama kena datang semula...dalam dua tiga minggu..
Ok le kalau mcm tu...
So..dlm dua tiga minggu mama pun pergi la utk buat pembatalan..
Mama kena isi borang dan taruk signature...
So mama pun rasa free...sbb dah beres...
Tapi bila check utk bulan tu..aikkk ada lg potong...oooo.. tp mama boleh consider sbb may be Maybank dah set system ke apa...jd utk bulan pertama tu ok lerrr..
Bulan kedua mama tak ingat nk check penyata..
Tp bulan ketiga mama terperasan yg rm20.50 masih dipotong dr akaun mama... mama pun check yg bulan lepas...eh mmg ada la..
Alamakkkkk...
Mama pun pergi la ke bank nak tanya...cari FE yg hari tu..aikkk tak de...
Tanya FE lain pun takde..
Sabar..
Minggu seterusnya pergi lagi..tp malangnya mama..masih tak dpt nk berjumpa ngan FE..
Tup..tup...bulan ni masih lg dipotong rm20.50
Mungkin bg sesetgh org itu jumlah yg sikit tp bagi mama besar ertinya...andainya mama tak buat apa pun dgn duit tu..mama rasa jauh lbh baik mama bagi sedekah kat org miskin dari bg free2 kat bank yg sah-sah kaya...
Jadi hari ni mama pun pergi la cari FE itu..
Dia pun check la dalam system..
Ermmm.. dia consider mmg ada pemotongan..
Alasan yg diberi ..dia dah fax kat Maybank Kuala Lumpur...jd dia tak boleh buat apa la..sbb semua KL yg urus...adusss sonangnyoooo jawapan ekau....
Habis tu kenapa kau tak minta feedback?
So..dia pun kasi kat mama borang yg sama mcm hari tu...
Mama tanya...yg ni mcm mn resultnya nanti..
Dia cakap..dia akan fax...tp KL yg urus..
So..kalau KL tak urus..ini bermakna duit tu akan terus dipotong begitu sahaja???
Bayangkan ini mama sorang... cuba fikir berapa ramai lagi customer yg dieksploitasi oleh Maybank?????
Jadi mama akan tunggu...FE tu cakap akan call mama bila settle..kita tunggu dan lihat..
If bulan depan masih lg ada pemotongan... ada lahhh yg nak kena amukan mama ni...

Kepada sayang2 semua..jgn percaya pada janji bank..
Kepada sayang2 yg kerja Maybank atau bank2 yg lain..mama minta maaf tp mama seriously bengang tahap gaban.. tolonglah buat kerja dgn cepat dan tersusun...kesian org menanggung akibat...jgn la time nak menjual senyum sampai telinga...tp bila ada problem ...mulut tu masam mcm boleh nk dijerut...
Kepada pihak bank..jangan dok nk perangkap orang je...

Wassalam.

Monday, September 29, 2014

Kak Redmummy my idol

Assalamualaikum

Pagi ni macam biasa jenguk sikit my idol blogger Kak Red...
Wowwww....terduduk mama..
Kak Red buat pendedahan earnings dia...walaupun mama rasa dia manage dapat banyak lg kot..
Oh nooooo..


Hebat..awesome..tp mmg worth la sebab Kak Red mmg hardworking..
You deserve darling..
Even you never knew me..(standard la idola mana kenal semua followers dia)..
Ya Allah..bilakah mama dapat menggapai income begitu???
Untuk dapat income gitu..usaha kena tambah ok mama....
Ok..kepada semua yg nak berblog..kena rajin ok....
Express apa  yg korang nak..tp jangan sampai cari musuh..
Babaiiii...

Monday, September 15, 2014

Violetta Lunch Set by Tupperware

Assalamualaikum..

Jujurlah kannnn.. jarang geng wanita yang tak minat tupperware..walaupun dibibir habaq "isshhh..mahai naaa...tak berbaloi kottt" tapi di sudut hati paling dalam tetap dok berkenan..
Mama pun tak tau Tupperware jampi customers terutama wanita pakai apa...adoiiiii...
Mama pun salah sorang yg terkenaaa..
Kalau ikut hati...bangkrap tiap bulan...

Huhuhu...

Terbaru mama beli Violetta Lunch Set..
Lama dah berkenan...ni baru ada hati nk beli..tanpa dirancang...adoiii...parahhh..

Jadi alang membeli..mama mmg bertekad nk guna..so mama kena bawa bekal laaaas...

Itu tekad mama...mungkin sukar..tapi kita cuba naaaaaa....
Dah beli mahal2.. guna jaaaaa laaaa..
(Level mahal adalah bersifat individu..mungkin org lain rasa murah jaaa...up to you)

Sebelum beli mama ada alasan..
Pertama sbb mama nak sangat beg ala tote dia tu...comel satu hal..tp mmg berguna.. jika sebelum ni susah nk cari plastik atau paper bag yg boleh letak tupperware muat2.. bila ada tote ni.. tak risau dah..
Keduanya sebab warnanya cantik sgt..mmg memukau..
Ketiga sebagai peransang untuk mama bawa bekal...kasi semangat..
Boleh terima tak alasan mama????
Haruslah kannnnn..hihi..


So..selamat bawa bekal... kempen bangun awal utk memasak....

Resepi: Roti Berkeju bersama Sosej

Assalamualaikum..

Ni dia satu lagi resepi yg alahai senang jerrrr..
Mama buat first time hari Jumaat yg lalu..
Mama ambil idea dr resepi mudah kat FB tapi buat cara mama..

Bahan- bahan
Roti sandwich
Telur
Cheddar cheese keping
Sosej yg direbus
Marjerin

Cara membuatnya:


  1. Tekap roti.. boleh guna gelas atau apa2 je..
  2. Letakkan roti atas pan.. letak cheese di tepi2 roti....Oleskan marjerin atau lebih bagus olive oli kat pan penggoreng.. panaskan
  3. Tindan dgn sekeping roti yg berlubang lagi..tambah marjerin di tgh lubang roti..gunakan api yg kecil
  4. Masukkan sebiji telur ke dalam lubang roti

  1. Masukkan sosej yg telah direbus dan dipotong kecil ke atas telur..
  2. Letakkan lebihan kepingan cheese tadi di atas sosej
  3. Letak bulatan roti..hasil tekapan tadi di atas cheese.. tekan sikit..cheese jadi bahan untuk melekatkan..Bila dah agak2 telur dah agar masak.. boleh terbalikkan kejap.. 
  4. Papa enjoy the meal..thanks papa coz sudi makan..even belum buat dgn perfect..
In sha Allah next time mama buat lagi.. coz hero2 dan princess belum try..dio tidur lagi time ni..
Lagipun roti time tu tinggal dua keping je...so sad..

So..selamat mencuba..



First time ever Aidijuma!

Assalamualaikum..

Pernah tak dengar kisah org yg memuja dari jauh...
Ala2 secret admirer?
Begitulah al-kisahnya diri mama ini..
Dah lama kepingin nak mencuba Aidijuma...huhu..tapi tak berkesempatan..

Kenapa nak cuba???
  1. Of course la sebab Juma yg cantik manis (dgn harapan nak secantik Juma...hihi)
  2. Corak yg cantik 
  3. Multifunction tudung.. boleh je pakai untuk urusan rasmi dan santai.. tapi pilihlah corak yg bersesuaian..
  4. Aii..dah glamer..dah jd trend..mama pun nak la jugak..huhu
Kenapa lambat cuba???
  1. Bertangguh
  2. Lama dah tak pergi KBMALL..lokasi concept store Aidijuma KB
Ermmm..tu je alasan yg mama mampu fikir setakat ni..

Semalam mama beli Aidijuma White Label.. yg sales..hihi.. eh murah jeee.. RM10..beli dua ok..(bangga ke?)
Dgn alasan nak try dulu...dan yg paling penting takut papa terkejut kalau beli 10 helai..
Lepas tu yg dia promosi tu ada beberapa corak je...so.. ambil yg the best..walaupun..mmg nak semua corak..huhu..
Apabila Aidijuma buat sales.. harganya jadi sama ngan tudung ala2 Aidijuma..
Actually bg mama yg tak pandai nak tgk kain..mama rasa sama je jenis kainnya..
Tapi iyalah label is everything...hihi.. nak try kan..
So kepada yg nak try Aidijuma..try la..sebab tak mahal pun... mampu milik..kalau yg biasa2 bajet mcm mama..tunggu sales ye.. kiki..
Tapi seriously mama tgk harga tudung Aidijuma yg paling mahal kat situ bawah RM50..
So ok la kan...
Selamat mencuba...
Next time hara sgt2 papa belanja..hihi..

Ada macam Juma tak???? Okbai...

Resepi: Wrapped Beef Salads

Assalamualaikum

Today mama nak share satu resepi yg mudah.. mama kategorikannya dlm hidangan appertizer..

WRAPPED BEEF SALADS

Bhn2
Wholegrain wraps
Beef burger
Kobis purple
Mini salads
Tomato
Minyak masak/ marjerin
Sos thousand islands

Cara membuatnya

  1. Sapukan marjerin pada pan penggoreng..  gorengkan daging burger..sampai masak..bila dah masak..ketepikan dahulu..
  2. Potong sayuran untuk membuat salads..
  3. Potong dadu daging burger tadi..
  4. Masukkan daging ke dalam bekas sayuran salads tadi
  5. Masukkan sos thousand islands secukupnya ke dalam campuran salads dan daging.. gaul sampai sebati
  6. Panaskan wholegrain wrap.. oleskan sedikit marjerin padanya
  7. Bila wrap dah lembut dah panas.. angkat dan letakkan di atas papan pemotong..oleskan sos thousand islands di atas permukaan wrap
  8. Letakkan salads daging tadi ke atas wrap tadi..gulungkan dengan rapi
  9. Potong wrapped beef salads mengikut saiz yg disukai
  10. Siap...boleh dihidangkan

P/s: korang boleh guna roti pita..atau apa sahaja...

Selamat mencuba!!!!

Sunday, September 14, 2014

Boling Time!!!

Assalamualaikum..

Tadi mama ada cerita yang mama main boling... Bowling Tournament dianjurkan oleh students yang amik subject Co- Curriculum..
Mama ni setahun sekali je main boling..
Hihihihi...



Tapi best la gak kan...boleh bergembira dan release tension ngan kwn2 opis...
Menang atau kalah.. bkn soalnya...

Resultnya??


Yeayyyyy...dapat no 2.. 
Terkejut???
Kami lagi terkejut..
Hihi..
Terfikir pulak.. mcm mana la org lain main... adakah semua tak reti main?? Hihi..sbb kami yang adooooo ni dapat no 2.. 
Sowiiii semua....
Lap u ollsss...
Alhamdulillah rezeki kami..





AidiJuma didahulukan!!!

Assalamualaikum

Hari ni kolej buat tournament boling kat KBMALL..

Dah lama tak mai KBMALL..

Tp bila sampai kat sini..tetiba ternampak concept boutique AidiJuma dah buka..
Apalagi..paham-paham je la..

Hihuhu..

Don't worry..mama ambil yg sale je ye papa....

Murah dan cantik...





Bermulalah game boling setahun sekali mama ... so korang bayangkanlah sendiri betapa hebatnya mama main boling..ngeh 3x..

Thursday, September 11, 2014

Buffet = Makan banyak

Assalamualaikum

Sayang-sayang semua dah makan ke?

Mama makan banyak hari ni..

Kerana ada buffet di kolej..

Student Food & Services dan Students Hotel masak hari ni.. masak utk kelas..tp jual utk semua .

Murah je RM11 utk setiap org..

Alhamdulillah dah kenyang..

So ...korang lunch apa hari ni?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan