CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, November 20, 2014

Kenapa susah untuk didik anak?

Assalamualaikum

Selamat pagi..
Awal hari ni.. pukul 10 mlm td dah tidur..bangun balik pukul 12.30 pg..untuk masak sikit..esok jamuan kat PASTI abang Uyeeh..

Sambil kemas apa yg patut kat dapur..tetiba mama terkenang kejadian pagi tadi.. pagi tadi ada majlis penyampaian hadiah dan sijil kat Tabika Abg Iqy..
Ya Allah... betul-betul menguji minda dan hati..
Ceritanya..Iqy dah dua bulan tak pergi tabika.. ekoran kejadian dia lari dari tabika secara senyap-senyap.. bila tanya kenapa..dia cakap taknak pergi lagi..
Memandangkan dia masih empat tahun papa dan mama tak nak ambil risiko..takpe la..tak payah pergi. Kami bimbang dia lari lagi dan tentu korang boleh gambarkan apa kemungkinan yang boleh berlaku apabila seorang anak kecil berseorangan di luar rumah...tak sanggup nak fikir..minta dijauhkan segala musibah..
Tapi sebenarnya mama pun tak sangka dia nak hadir ke majlis penyampaian hadiah tu..mungkin bila disogok akan diberikan banyak hadiah.. biasalah kan. Kita yg dewasa ni pun suka kalau orang nak kasi hadiah..

Sebenarnya mama tak sepatutnya terkejut atau kecewa dgn apa yang berlaku..sebab mama memang kenal anak mama yg sorang tu.. dia seorang yang konfiden bila dia benar-benar yakin dia di zon selamat.. jadi memang susah untuk berlagak normal di tempat yang ada ramai orang yang dia tak biasa dan ditambah pula dia menjadi fokus utama..senang citer Iqy ni jenis low-profile sgt.. tak suka tayang diri.. kecuali la di hadapan orang yang dia dah biasa..ermmmm terlalu nak tonjol pula...

Time nama dia dipanggil..dia taknak keluar. Punah harapan mama nak ambil gambar dia time terima sijil dan hadiah.. kiki.. lepas lama dok pujuk..dia masih lagi melentokkan tubuhnya dan mengunci langkah..mukanya ditunduk ke bawah..walau digesa tak nak bergerak langsung...akhirnya mama dia yg tergodek-godek pergi ambil hadiah..
Yang best bila mama kembali ke tempat bawa hadiah..terus excited nak buka...ermmm pulakkkkk....

Ya....memang betul setiap anak..lain perangainya..lain cara didiknya...
Nak tak nak mama kena fikir cara kreatif dan banyak berdoa dalam mendidik anak-anak syurga.

Kenapa susah nak didik anak?
Kenapa mak ayah kena banyak mengkaji anak-anak dalam cari jalan terbaik untuk mendidik?
Kenapa perlunya ilmu keibubapaan?
Dan kalau nak kira masih banyak lagi soalan yg nak ditanya dan perlu dicari jalan penyelesaian..

Untuk semua soalan di atas dan lain-lain soalan yang berkaitan kenapa perlu jaga dan didik anak ... mama rasa mama tahu sebabnya..

KERANA ANAK ADALAH HARTA ABADI..ANAK PUNYA FUNGSI BESAR KEPADA KITA..KITA YANG MEMERLUKAN MEREKA. KERANA DOA ANAK YANG SOLEH MERUPAKAN SALAH SATU KOMPONEN YANG MENJADI BEKALAN KITA SELEPAS KITA MATI.

Jadi motivasi untuk tidak rasa lemah dan kecewa dalam mendidik anak...always keep on mind.. anak itu aset kita.. jika nak bahagia dunia akhirat...salah satu caranya didik anak dengan baik...didik dengan cara Islam.

ANTARA JALAN UNTUK 'TACKLE' ANAK

  1. KUNCINYA SABAR DAN JANGAN BANDINGKAN ANAK KITA DENGAN ORANG LAIN TERMASUK SAUDARANYA SENDIRI..
  2. FIKIRKAN KEISTIMEWAAN ANAK ITU.. KADANG2 KITA TERLALU FOKUS PADA SATU KELEMAHAN ANAK KITA..DAN MENGABAIKAN BANYAK LAGI KEISTIMEWAAN ANAK KITA
  3. LEBIH TERBUKA DAN JANGAN CEPAT BUAT KONKLUSI ATAS SEGALA TINDAKAN ANAK KITA
  4. PELUK DAN SENTIASA LUAHKAN RASA SAYANG DAN BETAPA PENTINGNYA MEREKA PADA KITA 
  5. BACAKAN DOA DAN BANYAKKAN AMALAN SEDEKAH DEMI MEREKA
  6. KENAL DAN LAYAN DENGAN MESRA KAWAN-KAWAN MEREKA
  7. MASAK UNTUK MEREKA.
  8. ELAKKAN PERGADUHAN DI DEPAN ANAK. DAN JANGAN MELEPASKAN KETIDAKPUASAN HATI KITA TERHADAP PASANGAN KEPADA ANAK.
  9. IBUBAPA KENA BANYAK BERBINCANG DAN BEKERJASAMA.
  10. SOLAT BERJEMAAH DAN BACA AL-QURAN BERSAMA

Mama rasa banyak lagi kot cara yang bagus untuk berdamping dgn anak.. yg di atas hanya contoh yg mampu mama fikir pada masa ini..


Selamat berusaha semua ibubapa..jangan pernah berhenti belajar..ilmu kehidupan terlalu luas dan sentiasa berubah..

Mama sayang anak-anak mama..

1 comments :

Vitamin Terbaik said...

Betul tu mal..kadang2 apa yg dibuat sgt2 menguji kesabaran sebagai ibu. Jd keynya ialah sabar. Semoga kita menjadi ibu yg sabar dlm melayan kerenah ank2.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan