CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, July 31, 2013

Mama dan pantai..

Dulu...kalau nak jalan2.. mama jarang nak pilih nak pergi pantai...mama tak berapa gemar sbbnya pasir akan melekat2 kat kaki... angin kuat di pantai menyebabkan mama asyik nak pegang2 je baju..bukan apa..angin tu menghempas badan mama tu menjelma pelbagai bentuk kat badan mama ni...mama rasa rimas la... tak rasa freedom..lebih2 lagi kalau pantai tu ramai orang...

Tapi sekarang ni adalah jugak keinginan nak ke pantai.. lebih2 lagi Pantai Irama Bachok.. hari yg menggembirakan ialah hari Jumaat sebab kat situ ada pasar malam (lebih teruja nak pasar malam sebenarnya).. sekarang ni sejak princess lahir...mama tak pergi lagi.. macam susah la nak jalan kat pasar malam yg bertempat di tepi pantai.. dgn anak2..princess tak begitu merisaukan tp yg dua org hero lagi tu yg agak mencabar minda dan fizikal...

Sekarang ni mama dah boleh terima yg pantai mmg mendamaikan.. (walaupun masih tak suka air masin yg menyebabkan badan jd melekit2).. dan setiap kali ada masalah rasa nak pergi menjerit kat pantai je... dek kerana tu la papa akan a little bit concern kalau mama request nak ke pantai secara tiba2..apatah lagi di malam hari.. hahhhh...itu menunjukkan emosi mama tak berapa stabil la tu... 

Oh ya..mama paling suka tgk sunset.. dan kalau berpeluang nak tgk sunrise.. tp papa asyik potong line je... susah la..payah la...anak la... ooooooo ... papa sometimes nak juga feel romantic...chetttt...

Mungkin ada yg rasa mama ni annoying..hahaha..lantaklah.. tp mama selalu nak menjadikan diri mama macam dalam novel dan drama...that's my bad habit...iyalah kan heroin yg ada masalah selalu ke pantai..tgk laut... menjerit2.. hahaha..koya la mama ni... mama selalu aje nak drive ke pantai sorang2... rileks... berfikir.. menangis.. iyalah kan time ada masalah..tp selalu tak dapat kerana.. pantai agak jauh dr bandar dan mama malas nak drive... lagipun mesti papa tak izinnya... tak nak la mama.. nanti derhaka pulak.. until now..walau sebesar mana pun konflik dgn papa..mama still akan bagitau papa ke mana mama nak pergi..iya..he's my hubby..dosa tau kalau tak minta izin..

Kesimpulannya.. pantai still bukan pilihan pertama utk bercuti tp pilihan utk damaikan hati sekejap... oh pantai anugerah terindah......  Alhamdulillah..

Tuesday, July 30, 2013

Jodoh Itu Milik Kita...

Ermmm... minggu lepas dah tamat dah cerita bersiri Dahlia ... Dan menyusul selepas ni Jodoh Itu Milik Kita...cerita yg diadaptasikan dari novel terlaris nukilan Sara Aisha..

Menyajikan pelakon yg hebat2 semuanya.. Penerbit drama ni ialah Puan Ziela Jalil... Malam tadi baru ada the making of drama tu...ermmmm macam best... teruja la mama..hehehe... Gambar kat bawah mama snap kat TV je..hehe..







Kannnn..hebat...kann.. ada Farid Kamil, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Syazwan, Zain Saidin...

Sinopsis berdasarkan apa yg mama dgr semalam la...

Dahlia lakonan Tiz Zaqyah telah ditinggalkan oleh bakal suaminya Syafiq lakonan Syazwan pada hari perkahwinan mereka... demi menutup malu... Aariz Danial lakonan Farid Kamil telah bersetuju utk menjadikan Dahlia isterinya... Aariz Danial ialah abang kepada Syafiq.. (mama rasa abg angkat coz Aariz berkahwin demi membalas budi keluarga tersebut)..
Banyaklah konfliknya... pergolakannya... nak tahu kena tgklah....

Dari blog penulisnya mama nak petik satu kata2 doa yg diucapkan oleh Aariz Danial..

"Ya Allah, aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia..Dia wanita sempurna dan aku tidak layak untuknya"

Waduhhhhh...kata2 tu pun dah terlebih power utk mendorong mama menontonnya....tak sabarrrrr...

eh ada lagi... quote yg tangkap lentoqqq..

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai, kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita... jodoh yg Allah telah tetapkan sejak azali"


Ermmm..kepada peminat novel.peminat drama berantai.. jom kita.....Katanya mulai 19 Ogos 2013.... lepas raya...kat Astro Mustika HD Ch 134...

Monday, July 29, 2013

Kambing bakar KTC!

Salam semua... puasa tak hari ni? Mama puasa tau ...mama tak tinggal puasa pun lagi..because mama kan fully breastfeed. Lambat la sikit... papa bimbang..dia tanya acap kali sama ada mama ni preggy ke????  Hehe.. mama pun tanya dia adakah dia tak suka kalau mama preggy... papa ckp kalau dah rezeki terima je..tp kalau boleh jarak..
Lg bagus... kesian kat Qysya.. kecil lg..hehe..
La panjang la pulak celotehnya
Sebenarnya mama nak citer pasal lauk feveret papa.. kambing bakar...
Dalam.bulan puasa ni agak kerap la jugak papa beli kambing bakar dgn black pepper sauce.. dan yg terbaru dia beli kat depan Kelantan Trade Centre (KTC) kambing tu dibakar oleh pekerja restoran kat KTC tu la..
Oklah juga rasanya... mama makan gitu2 je kambing sbb mama sensitif sikit..
So kepada penggemar kambing bakar boleh le cuba ye..



Wednesday, July 17, 2013

Alkisah Ramadhan

Korang suka dgr HOT FM AMKREW tak? Tiap2 hari mesti ada panggilan hangit, kan.. tapi sempena Ramadhan ni.. panggilan hangit telah dihentikan buat seketika.. iyalah kan tak eloklah mengenakan org gitu...
Slot tersebut telah digantikn dgn slot ALKISAH RAMADHAN BERSAMA PROF HJ IZI..
Ia mcm sketsa yg mengandungi nasihat dan komedi.. mmg real la.. prof suka sgt tiru suara Fifi... haha..
Mama selalu dgr yg ulangan dlm pukul 4.50 ptg gitu ia ke udara..lebih kurang..
Mmg terbaik dan boleh bikin pecah perut..tp kontrol2... puasa kan. Hehe
nnt dgr2 la ye... dlm lawak ada isinya...
Selamat beramal......

Diri yang disalahertikan

Salam..
Pernah tak niat korang disalahertikan??????
Korang dah baik sgttt nk tolong atau nk cakap sesuatu tp tanpa sempat buat.
Orang dah kesimpulan..
Luka rasa hati kan..
Nak menangis pun ada..
Tapi sabar je la.. tmbah pula skrg ni bulan Ramadhan...
Feeling sad... huuuuuuuu

Tuesday, July 16, 2013

Takziah Dira!

Dira ialah salah seorang pelakon yg mama minat..sebabnya dia nmpk rilex dan mmg berbakat..
Mama nk ucapkan takziah pd Dira dan family atas kehilangan bapa tercinta, Datuk Seri Abu Zahar.. beliau merupakan bekas ketua menteri Melaka yg kelapan. Dikhabarkn meninggal krn komplikasi kencing manis..
Semoga seluruh family redha dgn ketentuan Ilahi..




Thursday, July 11, 2013

Selamat Berpuasa!!!

Mama nak ucapkan selamat berpuasa buat semua.. walaupun hari ni dah hari kedua..still boleh kan.. puasa kan sebulan.. mama sebenarnya ada masalah nak buka blog mama semalam....

Mama nak minta maaf kiranya ada menyakitkan hati atau membuat korang sengal dengan mama..soriiii... kita click kan...tak leh marah2..

Sempena Ramadhan ni jom pertingkatkan amalan kita... banyakkan bersabar dan hidup dlm harmoni....

Gambar hari pertama puasa.... 
So macam mana semlam? mama ok...walaupun ada mengantuk sedikit pada tengahari... petang tu dalam setengah jam sebelum buka..mama rasa sakit perut..may be masuk angin..al-maklum la badan mama mmg mudah berangin....

Jadi..jom sama2 berjimat di bulan Ramdhan..kalau ada lebih rezeki..bersedekah la..jom kita try sama2...

Ajihs Nasi Lemak....

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaa... fuh panjangnya... itu menandakan rasa puassssss.... hehehe.. bukan apa..sebenarnya dah lama mama nak ke Ajihs Nasi Lemak.. sejak dari mengandungkan Qysya lagi..
Kiranya salah satu yg mama idamkan ialah nak gi mkn di Ajihs Nasi Lemak.. ini semua pasal Piya (Badri Radzi a.k.a Captain Marvel)

Minggu lepas papa bawa kami ke sana.. tp abg Uyeeh tak pergi..kesian dia... kalau dia dpt pergi mesti dia excited sgt2..lain kali la ye syg...

Dalam hati ni berdoalah supaya Piya ada kat situ...tp may be sebab kami pergi lambat atau Piya mmg tak datang..so tak dpt la bertentang mata dgn Piya..cheeewaaahhh.....

Mama dan papa makan nasi lemak ayam plus kerang..ermmm sedapppppp...Reefqy tak makan apa2 pun.. minum je..dan jgn tanya air apa..sebab of coz la air laici....hantu laici....hehehe..




Nanti boleh la kalau nak ke sana.. di Berek 12 Kota Bharu... tak tahu kat mana?? tanya aje ...kebanyakan orang KB tahu lokasinya.. maklumlah kedai femes...

Monday, July 8, 2013

Resepi Kek Biskut Cheese

Fuh nama resepi pun mixed kau.. saje je lebih selamba aje kan..hehehe..sori kepada cikgu2 Bahasa Malaysia....

Kek yg simple..tak perlu bakar2...

Photo: Bestnya pagi ni bfast dgn tiramitsu..memang terbaik..thanks to Pn. Akmal Ismail cz mencipta pemanis rasa seindah bingkisan utk OSC....

BAHAN2
Biskut Cheese .. jenama Julie's atau Hwa Tai... kalau biskut jenama Hwa Tai bentuk 4 segi...utk 4 lapis satu dalam tray 7 inci persegi dah cukup beli satu bungkus... tapi kalau jenama Julie's kena beli 2 bungkus sbb biskut dia lebih kecil..atau beli je apa2 jenama...asalkan cheese cracker kosong..



1/2 tin Susu pekat (kalau tin rendah tu boleh la pakai semua)
250 gram cream cheese (sebarang jenama.. yg glamernya Philadelphia..tp mama kdg2 guna yg Anchor)

Milo atau apa2 mcm Vico atau Cadbury Chocolate... tabur ikut suka..tp tabur byk la sedap kan...hehe
Nestum
Oat
(korang boleh je nak tabur apa2 yg logik ditabur... utk menyenangkan mama guna tg instant Nestum Oat..sbb mcm dah lengkap..dalam dua sachet dah ok..tp kalau korang nak tabur byk lg la sedap.)



CARA MEMBUATNYA

  1. Putar cream cheese bersama susu pekat. Pastikan cream cheese tersebut dlm suhu bilik...kiranya keluarkan cream cheese tu lebih awal sebelum nak buat..yeee sayangku...
  2. Pastikan kedua2 bahan bersatu dan sebati... berdua bersatu macam lagu Forteen.. 
  3. Kemudian ambil bekas.. susun biskut cheese kat dalamnya...
  4. Bila dah susun..lapiskan dengan adunan cream cheese bersama susu tadi... 
  5. Bila dan menutupi biskut (jgn tebal sgt.).. taburkan dgn milo, nestum dan oat..
  6. Ulangi lagi langkah di atas.. lapisan teratas mestilah ditutupi dgn adunan cream cheese bersama susu, ditaburi milo, nestum dan oat... (mama cadang dalam 3 atau 4 lapis sahaja.. tinggi sangat macam tak ngam nak potong)
  7. Sejukkan dalam peti... bila dah set atau keras sikit... boleh menjamu selera...
Mudah kan... tak percaya?? sila percaya.. Anak2 mmg suka makan biskut cheese ni.. mak budak..bapak budak pun join.. sehingga menjilat jari... Mama suka buat sebab dia senang dan tak remeh.. sesuai utk dibawa ke majlis pot luck....
Sebenarnya kek biskut cheese ni macam variasi lain utk kek batik.. 
Cubalah ye... tak akan menyesal... tp jgn selalu..nanti gebu la pulak.. habis diet mak.....

Selamat mencuba.....

Tuesday, July 2, 2013

Chef Li's Trader in da house!!!

Semalam papa tak kerja ... time petang tu mama telefon...alahai kesian kekasih hati mama ni..belum makan lagi....so.. jom makan papa..my treat... laju je papa..apa lagi kalau ajak makan LAMB CHOP....hehehe

Selepas ambil princess Qysya.. kami pun pergi la ke tempat biasa... alahai CLOSE la pulak... so kami mula la tak tentu arah... iya lah benda plan tak menjadi...
Tapi kami pun tawakal je la ke tempat lain.. malas sebenarnya nak pergi jauh2.. Iyalah dah pukul 6.30 ptg... nnt rushing nak Maghrib pulak..

Destinasi kedua dalam fikiran time tu ialah restoren HAZA BISTRO...kami pun pergi la..
Tetiba aje sampai kat sana...aihhhh kenapa dah tukar owner ke??? sebab signboard dia dah bertukar.. tapi owning kat depan tu masih lagi ada nama HAZA BISTRO... business signboard tu tertera nama Chef Li's Trader...


Ermmm..takpe..try je la...

Bila masuk aje.. mama tgk ruang kat dlm restoren tu dah dikecilkan.. dulu HAZA BISTRO luas..tp sekarang dah dikecilkan..dan dijadikan premis lain.. so ini menguatkan telahan mama..ermm..may be dah bertukar pemilik la tu...

Tak kisahlah... niat nak tanya pekerja kat situ tapi malas la nak menyibuk (baik hati sikit)..

Jomm..cerita pasal menu plak... byk pilihan dari India, Melayu, Barat, Jepun... ermmm macam2 la... mama tak sempat nak tgk dgn detail..iyalah kan..princess merengek-rengek..Uyeeh pulak..ermmm hyper mcm biasa...

Time tunggu order sampai jom snap snap dulu...





Order dah sampai..
Papa of coz la Lamb Chop...


Pilihan mama Fresh Japanese Udon..
Tak pernah pun makan...saja nak try..


Uyeeh yg tak boleh tgk burger... order Burger Bakar...


Oh..heaven... mmg best..papa puas hati... tp Uyeeh terkejut tgk burger bakar tu hitam...hahaha..kelakar sbb sebelum ni Uyeeh biasa makan burger bakar biasa aje...oh anak mama....tergelak mama ngan papa bila dia cakap yg burger tu hitam..hangit...

Fresh Japanese Udon tu mmg sedap... Lamb chop superb... daging tebal dan juicy...

Boleh datang lagi ni kata papa... yess.. Alhamdulillah...papa puas hati...

Lagi puas bila Nescafe tarikkk...gelas besar lagi...hahaha..


Tanda puas hati...


Licin semuanya...... kenyangggggg....

Tapi ada rahsia... mama pakai selipar jepun je datang kat sini..shhhhh malu..... terpakai selipar kat opis.. malas dah nak tukar.. redah je..ni kan musim hujan..hehehe


Next time kita bawa Iqy..sian dia tak gi semalam sb tidur... hehehe..

Jadi sesiapa yg ada di Kota Bharu.. silalah ke Chef Li's Trader... mama syorkan sbb mmg memenuhi citarasa mama... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan