CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, February 28, 2013

Diarah ke Obstetrics and Gynecology????

Di entry yg sebelum ni mama ada cerita yg mama kena jumpa doktor pakar sebab due date mama utk bersalin tak dapat dipastikan dgn tepat...terdapat percanggahan berikutan baby dlm kandungan mama kelihatan kecil dan tidak selari dgn perkembangan minggu kiraan..jadi doktor harus pastikan adakah due date itu salah atau baby yg bermasalah dan tidak membesar dgn normal.

Mama pun pergi la jumpa semalam...malangnya doktor pakar masih tak dapat pastikan dgn jelas berikutan jangka masa kehamilan mama dah mencapai 37 minggu.. nak ukur tulang paha atau tulang belakang baby dah tak berapa predict hasilnya...dlm masa yg sama doktor juga bimbang sekiranya ada sesuatu yg abnormal kpd baby..

Mendengar kata doktor, mama dah terasa sebak..mama jadi tak keruan..kebimbangan merajai hati mama..
Berikutan itu mama diarahkan untuk ke Jabatan Obstetrics and Gynecology HPRZ II..
Doktor kata, mereka akan ambil sampel darah di saluran yg menghubungkan baby dan placenta (uri) dan beberapa ujian lagi... mama kabur tentang prosesnya..mulut mama terkunci utk bertanya lanjut kerana sekiranya mama membuka mulut saat itu..mama yakin.. mama akan menangis...
Mama tak kuat utk menghadapinya...

Apa yg pasti..kes mama dah dihantar ke sana...dan segala persoalan, Insya-Allah akan terjawab pada 3/3/2013 nanti..apa yg mama harapkan, baby mama akan dilahirkan dgn sempurna dan sihat tubuh badan... mama harap rakan2 semua akan bersama mendoakan mama dan baby....

Dugaan dan ujian drpd Allah buat mama dan papa..cekalkanlah hati kami....

Wednesday, February 27, 2013

Root Canal Treatment Episod 2

Salam semua.. 
Rindunya nak menulis kat sini..tp terpaksa dilupakan sekejap kerana sakit gigi... argghhhh...
Dek kerana tak tahan dgn kesakitan yg luar biasa... mama pun ambil keputusan nak pergi lagi ke klinik yg buat RCT untuk mama tu..tp sebelum pergi ke sana mama pergi dulu ke klinik kesihatan daerah utk regular checking antenatal ni..semalam mama kena jumpa doktor pakar sebab doktor yg biasa mama jumpa tu kata, baby mama agak kecik...
Dalam keadaan muka mama yg membengkak, bibir yg kering dan menggelupas, dan tidak ketinggalan kesakitan yg amat sgt...mama pun pergi la..tunggu hampir 2 jam lebih... ya Allah lamanya....kepala ni dah berdenyut2..nasib baik papa ada teman...
Masuk dlm bilik pakar, dia cakap yg dia tak boleh scan baby sebab mesin scan tu macam tak jelas..alahai... pulak...dia suruh mama ke klinik tempat dia bertugas keesokan hari (HARI NI la).. dugaan sungguh...
Bila mama cakap pasal sakit gigi..dia suruh mama refer doktor gigi dekat klinik tu jugak..
So, selepas aje jumpa dia..mama pun segera ke klinik rawatan gigi...
Doktor tu terkejut bila lihat mama...nurse dan doktor kat situ seolah memahami kesakitan mama..tetapi doktor Ahmed Faisal tak boleh nak buat apa2 sebab mama masih terikat dgn rawatan klinik swasta.. dia cuma boleh bagi ubat antibiotik pada mama.. antibiotik yg dibenarkan utk perempuan mengandung...dan dia juga bagi MC pada mama...
Dlm keadaan ujan yg lebat mencurah..begitu jugalah perasaan mama ketika itu... mama tekad mama kena ke klinik Dr Azman..mama kena tahu kenapa walaupun dah tebuk balik gigi tu...darah nak nanah yg terkumpul belum keluar...papa kata maybe lubang belum ada..ermmm ada logiknya jugak..
Lepas ambil Uyeeh kat school..kami balik dulu..mama makan ubat dan tidur..sebab mama dah keletihan yg teramat sgt.. makan pun tak boleh sgt..walaupun mama tak kunyah dekat kawasan yg sakit tp impact pergerakan kunyah tu menyebabkan mama sakit....
Lepas bgn dr tidur..mama baru dah pukul 3.30 ptg..mama baru nak solat Zohor..sbb td mama mmg tak memang tak boleh nak menunduk rukuk dan sujud langsung...
Lepas solat terus pergi.... dlm keadaan hujan... gerakan wiper kereta pun seolah2 menghukum mama..
Sampai aje kat klinik... Alhamdulillah klinik tak ada pun pesakit jd mama tak perlu menunggu lama..
Masuk aje... mama segera cakap yg mama tak boleh nak keluarkan darah dan nanah dr bengkak... bila doktor tgk..dia ckp saluran tu agak terhalang.. ooooh patut la..betul ckp papa...
hari tu doktor dpt keluarkan sikit sbb dia guna alat yg kecil mcm jarum...
doktor pun tebuk lagi gigi mama.. nak kasi lubang membesar... dan time tu jugakmama dpt rasa ada satu aliran menerpa keluar dr lubang tu..Yessss..nanah tu dah keluar... doktor pun segera menekan tempat bengkak tu utk make sure..nanah tu betul2 keluar... dah time tu hanya ALLAH yg tahu kesakitan mama... mama cuba menahan jeritan sebab mama tau doktor terpaksa tekan...utk keuarkan nanah yg agak beku dekat permukaan.. time tu hanya kaki mama aje yg meronta2.... air mata keluar tanpa dipaksa... kepala mama berpusing2..tp mama relakan dokor menekan bengkak mama lebih kuat...biar aje..lebih baik doktor terus tekan...dr dibiarkan begitu...
Beberapa minit kemudian..mama dibenarkan bangun..bengkak masih ada..tp mama la pulak yg kena meneruskan proses menekan bengkak tu sendiri nanti..
Langkah mama terhuyung-hayang..bila keluar aje dr bilik doktor, mama tgk papa duduk di luar klinik...tak tahan katanya tgk mama sakit..
Mama segera ke kereta dan minta papa jgn terus drive sebab mama rasa sgt sakit kesan pengeluaran nanah td.. ada la dlm 10 minit kami berlabuh dlm kereta... dgn hujan yg makin menggalak di luar...
Bila dan ok..barulah kami bergerak...
Tapi nak dijadikan cerita sempat singgah di MYDIN MALL Kubang Kerian..sbb nak beli puting susu budak dua org tu...ermm dlm keadaan bengkak dan masih sakit mama mentup mulut mamadg tisu... tp biasalah kan..mama rasa seolah2 semua org yg mama jumpa kat Mydin tu memandang mama pelik.. adakah itu kebenaran atau perasaan mama sahaja??? mungkin dia pelik kot sbb mama dok asyik tutup mulut je...
Alhamdulillah...mama semakin ok...

Dan hari ni.. bengkak mama dah menyusut byk.. mama pun dah boleh nak melayan kerenah anak2... dah boleh mkn..dah rasa semakin sihat...cuma petang ni mama kena ke klinik kesihatan Ketereh utk jumpa doktor pakar... harap mama dan baby dlm kondisi yg baik...

Kesakitan mengajar kita utk lebih bersyukur dan mendekati Allah... semasa mama sakit..mama berdoa byk2 pada Allah..sekiranya kesakitan yg diberikan ini adalah ujian tanda Allah kasih dan balasan dr kelalaian mama selama ini ...mama redha..semoga bebanan di akhirat mama akan dikurangkan... berprasangka baik kepada setiap dugaan Allah dapat menenangkan kita..Wassalam..

Monday, February 25, 2013

Root Canal Treatment Episod 1

Root Canal Treatment (RCT) iaitu rawatan akar gigi... RCT ni dilakukan ke atas gigi yg telah rosak agar gigi boleh berfungsi semula...RCT dilakukan utk mengelakkan gigi drpd dicabut...
Tak pernah mama sangka mama pun akan mengalami RCT dlm hidup mama...mama terpaksa melakukannya kerana nak mengelakkan gigi drpd dicabut..al-maklumlah gigi yg sakit itu gigi depan... tak sanggup mama nak cabutdan pakai gigi palsu...of coz la sebab utamanya kerana malu...tolonnnggggg...

Semua ni bermula pertengahan Januari lalu..mama tetiba je sakit gigi..sakit dekat gigi depan belah kanan..tempat tu mmg mama dah buat tampalan sebab karies..sejak dr sekolah lagi..
Iya ni la akibat jika lalai menjaga gigi... sebenarnya gigi mama tu tak de la teruk sgt..tp bila aje tampalan dah lama dan tercabut..mama sepatutnya segera pergi baikpulih..tp kerana sikap suka menangguh .. kerosakan gigi menjadi semakin teruk..dr luar nmpk OK jer..tp rupanya memburuk kat dlm akar..

Gusi mama membengkak.. mama rasa sakit teramat sgt..semua perkara jadi tak kena..anak2 nak mendekat pun mama rasa serabut je...of coz la bila sakit gigi, kepala pun berdenyut2..
Tiada pilihan..ke klinik gigi juga la jawabnya..mama ke klinik yg biasa mama pergi KLINIK GIGI DR AZMAN di Kubang Kerian... mama suka dgn cara rawatan doktor sebab baik je dan tak menyakitkan hati...
Doktor cadangkan mama buat RCT sebab akar gigi mama dah rosak..bengkak yg mama alami itu sebenarnya darah bercampur nanah yg berkumpul di gusi...memandangkan gigi yg terlibat ialah gigi bahagian hadapan mama redha walaupun mama tak tau mcm mn cara rawatannya... mama pernah dgr tp tak pernah ambil tahu...
Kesakitan yg teramat sgt menyebabkan mama menyerahkan segala keputusan kepada doktor..mama cuma berharap lepas ni NO MORE SAKIT2 dan PENING2... seksa oiiii..
Doktor cakap mama kena mengalami 3 kali proses..so mama kena dtg la la utk prosedure yg seterusnya.. OK la doktor..apa saja asal OK....

Utk yg pertama no doktor buat lubang di belakang gigi mama yg sakit.. lubang tu bersambung hingga ke gusi... doktor kata di nak pastikan darah dan nanah yg berkumpul dan membengkak di gusi keluar... doktor tarik akar gigi mama..ermm mmg dah rosak bersalut nanah...huhu...malunya...
doktor tekan dekat bengkak..hanya Allah yg tahu sakitnya.. tp Alhamdulillah..lps tu terasa Ok ..mungkin sebab nanah dan darah mulai keluar...
Doktor tak bagi suntikan dan antibiotik kpd mama memandangkan mama mengandung....jadi mama terpaksa bersabar menghadapi kesakitan... Doktor suruh mama dtg kembali dlm masa 3 hari lagi..

Tiga hari lepas tu mama ke klinik lagi... kali ni doktor hanya membersihkan lubang yg ditebuk...Alhamdulillah tiada lagi bengkak pada gusi mama...temujanji seterusnya dalam masa 5 hari...

Lima hari kemudian mama ke klinik lagi, sememangnya mam sudah tidak merasai sebarang kesakitan lagi..lagipun mama nak sangat lubang ni ditutup sbb kadangkala menyusahkan mama tiap kali makan sbb ada saja makanan yg nak terlekat kat lubang..

Hari pertama selepas lubang ditutup mama terasa tetiba ada sedikit benjolan..tp mama tak rasa sakit pun.. mama ingat itu mungkin kesan drpd rawatan..memandangkan tak sakit..mama abaikan..
Mama tunggu hingga seminggu, bengkak pada gusi iaitu pada tempat yg sama sebelum mama buat rawatan semakin ketara..dan gigi yg diberi rawatan RCT sakit kembali...aikkk macam pelik...sepatutnya mama dah tak perlu menanggung kesakitan berikiutan gigi tu dah dibuang akarnya..

Dan semalam mama dah tak tahan lagi... mama harus ke klinik...kerana kesakitannya menjadi seperti sebelum mama buat rawatan dulu...kepala mam berdenyut2 dan pipi membengkak..sakit jika disentuh..dan air muka mama pun dah berubah..kesan daripada bengkak kat gusi..macam cucuk BOTOX kat bawah hidung...

Malam tadi papa bawa mama ke klinik...dan hasilnya doktor cakap RCT mama mungkin tak berjaya... jadi doktor akan buka balik tampalan hari tu...
Ya Allah ..tampalan utk RCT adalah tampalan kekal dan ia begitu sukar utk dibuang....mama yg tak boleh dicucuk sebarang ubat penahan sakit menanggung kesakitan yg lebih kuat drpd rawatan terdahulu... tapi kalau tak buat begitu mama dah tak terfikir lagi caranya..pembaikpulihan harus dilakukan..mama tak sanggup nak berpantang dlm keadaan gigi yg sakit..

Walaupun doktor cakap dia ada keluarkan nanah dr gusi mama tp mama belum dpt keluarkannya sendiri macam dalam proses rawatan terdahulu..jesteru sehingga ke saat mama menulis entry ini mama masih berjuang dlm kesakitan...dan kesakitan itu hanya ALLAH yang tahu...mungkin kesakitan berganda ini disebabkan kesan daripada doktor buka tampalan kekal itu..mama cuma berharap semuanya akan reda,,,sebab mama dah tak tau nak buat mcm mn..nak tekan benjolan..mama tak sanggup sebab kesakitan teramat sangat..sekiranya nanah dpt dikeluarkan..mama fikir mama akan semakin ok..

Ini adalah antara dugaan mama semasa mengandung kali ni.. mama berdoa agar Allah mengurangkan kesakitan mama kerana dalam keadaan mengandung 9 bulan ni...mama terasa amat tersiksa... dgn kerenah Uyeeh dan Reefqy..mama rasa nak nangis... tapi sekiranya dgn kesakitan ini..membuatkan mama menginsafi diri dan tanda ujian Allah..mama redha..kerana Allah Maha Mengetahui...

Doakan mama ye....





Wednesday, February 20, 2013

Aduhai Nabila... aduhai Fazurina....

Hari ni mama tak berapa sihat... hidung ni dok gatal2...berair... demam la tu.. mmg tak berapa daya rasanya..sebenarnya sejak semalam lagi dalam tekak ni terasa gatal2 dan perit yg teramat... batuk2 kecil pun ada.... mohon doa dr kawan2 semua...dlm keadaan mama yg mengandung 9 bulan ni... mmg letih la sikit.... namun ini adalah dugaan dr Allah... semoga mama boleh melewati dugaan ini dgn redha...

Namun ada lagi berita yg menjadikan temperature badan mama bertambah... walaupun mereka tak de kaitan secara khusus dgn mama namun mama rasa tetap ada pertaliannya kerana isu ini isu ISLAM...

Pertama isu Nabila Huda yg komen pasal ramai sgt yg dok kritik dia berdasarkan perwatakkan luarannya sahaja...


Astaghfirullah adik....mengucap byk2...fikirkan kenapa ada rules dlm kehidupan...fikir secara positif....Al-Quran diturunkan sebagai medium utk menyebarkan peraturan, kehendak kehidupan yg diingini oleh Allah Yang Esa terhadap hamba-Nya... semua benda hidup ada cara dan peraturannya... haiwan, pokok, gunung , lautan ada peraturannya... cuba bygkan lautan tidak mengikut peraturannyadan hadnya...pasti kita akan diancam tsunami setiap hari atau tiada pasang surutnya... kiranya semua planet tidak mengikut peraturan orbitnya pasti perlanggaran antara planet akan berlaku..kiranya haiwan tiada peraturannya pasti tiada kitaran habitatnya...
Jadi kalau kita membenci peraturan yg telah ditetapkan...tiada tempatlah utk kita di muka bumi ALLAH...
Nabila meluahkan rasa hati dgn emosi.. tanpa menggunakan akal, iman, taqwa...sekiranya kita tidak mengikut tuntutan dalam Islam kita akan lebih SICKKKKKK!!!!!...
Semoga kita semua terhindar drpd berfikiran begitu....semoga Allah membuka pintu hati Nabila..kerana hidayah Allah itu tidak terjangka oleh kita...kepada semua..jgn terus menghentam Nabila...tp berdoalah utk dia dan semua umat Islam....kepada yg berada dekat dgn Nabila bimbinglah dia....

Seorang lagi artis yg agak individualistik komennya ialh Siti Fazurina.. ekoran daripada pendedah aurat ketika majlis resepsinya... jawapan yg diberikan agak berani, lancang dan kurang cerdik....Sebelum ni kita tau yg Fazurina merupakan salah seorang artis yg berhijrah...pastinya peminat akan terkejut bila mana dia membuka sedikit auratnya kembali...


Dia mengatakan seksi itu adalah haknya... dia juga meminta supaya tidak dikritik dan biarlah Allah sahajayg menilainya...
Nak tergelak pun ada bila baca statement itu... klise je jawapan mereka... cuba fikirkan sebab Allah turunkan Nabi dan Rasul, khalifah, imam, ulama di muka bumi ini? bukankah utk memimpin... usaha diragui Allah yg UTAMA akan menilai setiap apa yg kita lakukan..namun harus diingat ada pihak yg telah diamanahkan Allah utk memimpin umat Islam....

Bukankah Allah ada berfirman dlm surah Al-Asr..yg bermaksud; "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. kecuali mereka yg berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 kepada kesabaran" 

Jadi tak salah kalau ada yg menegur...ambillah yg baik utk jadikan pedoman dan buruk jadikan sempadan....

Tuesday, February 19, 2013

Amah KEJAM dipenjara 20 tahun...

Ermm..amah yg kejam yag melambung bayi 4 bulan tu dah dikenakan hukuman... 20 tahun...ermmm macam tak cukup je... dah la ada hati nak cabar Mail Lambung la tu...


Truly speaking..mama tak tgk pun video tu..mama dgr drpd member2 je..mama tak sanggup nak tgk la......

Kesian adik Hareez...moga cepat sembuh dan aktif.... kepada ibu Hareez, Nina. dan suami...semoga tabah mengharungi segala dugaan.....Ini adalah dugaan Allah....



Semoga kita dijauhkan drpd malapetaka begini... semoga episod menyayat hati ini tidak akan berulang.....

Sunday, February 17, 2013

Seks luar tabii - cuba liwat lembu????

OOOO...nooooo...dah lama tak dgr berita macam ni kan... tadi mama ada baca dalam paper..kat Batu Pahat rasanya..ada warga Bangladesh cuba meliwat lembu.... semasa dijumpai oleh pemilik lembu terbabit, lembu tersebut telah diikat kaki2nya.. warga Bangladesh tu yg memakai kain pelikat dan berbaju T telah pun menyinsingkan kainnya... dan menampakkan punggungnya...ermmm memang dlm tempoh cubaan...

Sebenarnya dia pernah ditangkap untuk kesalahan yg sama dan telah diberi amaran oleh penduduk kampung sebelum ni.....Pemilik lembu telah mengejar dan menangkap warga Bangladesh dan pihak polis telah dipanggil utk melakukan siasatan...

macam2 hal..menzalimi binatang pun perbuatan yg keji dan terkutuk...binatang pun tak macam tu.... takut bila mama dengar...walaupun tidak melibatkan warga tempatan...tapi ini suatu ancaman...minta dijauhkan daripada kita....


Wednesday, February 13, 2013

Sophea Natasha.....


So muktamad sudah ...itulah nama pilihan Dr Sheikh Muzaphar dan Dr Halina buat PUTERI ke-2 mereka.......

Sungguh indah dan Insya-Allah akan membesar menjadi seorang yg cukup INDAH dan SEMPURNA....



Produk Kuruskan Badan pilihan ramai

Kandungan mama dah mencecah 8 bulan lebih..so sekarang mama dalam perkiraan nak beli 1 produk tu...hehehe..lewatkan...org lain mama rasa kandungan 5-6 bulan dah ada semua... entah kenapa kali ni mama tak excited sgt nak cari ubat lepas bersalin....(jgn tiru ek)

Tapi lepas survey..mama nak le try satu produk baru di pasaran..of coz la mama nak body yg ramping, sihat dan bertenaga...lepas bersalin nanti cabaran yg mama akan hadapi lebih drpd sekarang... mama kena kumpulkan tenaga agar baby boleh menyusu dgn sihat, cukup dan happy.. selain tu mama perlukan tenaga utk jaga abg2 kepada baby dan of cozmy darling papa kpd baby....

Dlm nak sihat..rasanya badan pun kena dijaga la kan..agar penampilan menyakinkan dan cantik di pandangan mata papa.... papa nak mama dpatkan berat badan 50 kg...apa????????????????????

Seriously..mama tak pernah pun dpt berat badan 50 kg selepas berat badan 50 kg yg dilepasi semasa masih remaja... org ckp NO TURNING BACK...berat badan mama melangkah dgn laju.... selepas tamat ijazah hari tu pun mama hanya berjaya turunkan berat badan sehingga 54kg....

Ohhhh papa....macam mana ni.....lagipun berat badan mama time mengandung kali ni TERLAMPAU la banyak...dah mencapai 75 kg.....OMG.... ke mana harus mama buang 25kg itu....ada sesiapa nak LEMAK dan DAGING mama????? hehehe...kalaulah boleh didermakan..mama dah lama dah buat cenggitu....

Bila mama buat pemerhatian dan drpd keinginan mama sendiri....mama dpt detect beberapa kriteria produk kuruskan badan yg boleh menambat hati orang ramai terutama wanita...

  • produk yg tidak memerlukan pengguna BERSENAM
  • produk yg tak perlu PANTANG sebarang makanan
  • produk yg SAH HALAL dan SELAMAT
  • produk yg SEDAP
  • produk yg CEPAT berkesan
  • produk yg mempunyai TESTIMONI yg ramai dan menyakinkan
  • produk yg nampak CANTIK dan CLASS
huihhhh..byk lagi kot...tp sekarang DUIT bukan lagi ISU utama....
Ermm..so mama nak beli yg mana ekkkk.....????????

Kena terus mencari ni.....



Isteri dikehendaki SEGERA!!!

Eh..mcm2 dunia sekarang ni......terbaru seorang pelakon drama radio IBRAHIM OTHMAN,83 tahun yg popular sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an dulu ...drama 'Kebun Pak Awang nak menawarkan harta milikannya yg bernilai lebih kurang sejuta lebih kepada sesiapa yg sudi menjadi isterinya dan sudi menjaganya...

Dia yg kecewa dgn tindakan anak2nya yang seramai 7 orang yg tidak dtg menuntutnya sebaik sahaja dia keluar drpd wad kerana rawatan sakit saraf dan trauma..

Mungkin ini cara terbaik kepadanya kerana dia juga ingin hidup di rumah dan tidak mahu terus hidup di Pusat Jagaan A-Fikrah Malaysia....

Kesian pulak mama bila baca kisah ni... minta dijauhkan ....

Mungkin ada orang menganggap kenyataan ini lucu atau sesuatu yg tak masuk akal...tp bagi mama ini adalah antara luahan hati seorang warga emas yg juga mahukan belaian...walaupun mungkin akan ada yg akan mengatakan sesiapa yg menerima tawaran ini adalah seorang yg materialistik....namun anggaplah itu sebagai GIVE and TAKE.. keikhlasan dtg drpd hati.... hanya Allah yg tahu apa sebenarnya yg ada dlm hati setiap drpd kita...

Foto
Banglo milik Ibrahim di Taman Keramat yg bernilai lebih RM1.8 juta....

Ibrahim Othman

Friday, February 8, 2013

Setia Hujung Nyawa...

Nampak cerita yang menjadi fenomena di TV3 sejak sebulan lebih yg lalu dah melabuhkan tirai...pelakon yg banyak membariskan pelakon yg masih SEGAR ni...mampu menyuntik rasa penonton utk menontonnya..


Mama bukanlah salah seorang yg fanatik...mama tak sempat nak tgk..lagipun timing dia main tu tak berapa kena...time tu la nak mandikan anak..nak prepare solat...nak kemas2 sikit bilik,,,

Namun adik2 mama tak ketinggalan menontonnya..dan kepada yg tak sempat menontonnya bolehlah menonton di TONTON.COM.MY...sekarang ni semuanya di hujung jari....sama ada nak atau sempat ke tidak aje menjadi jawapannya...

Walaupun mama tak tgk..mama boleh agak dan faham keseluruhan cerita...semua ni hasil drpd penerangan adik mama la....

Errmm..cerita kisah remaja (El) yg dah terlanjur dgn kekasihnya.. disuruh berkahwin dgn seorang lelaki lain (Zain) yg tunangan yg telah melarikan diri sebelum majlis pernikahan ...perkahwinan yg pada dasarnya adalah utkmenutup malu kedua2 belah pihak mencetuskan konflik dalam diri mereka berdua yg terpaksa tinggal sebumbung...namun merka bermula dgn mencuba menjadi kawan.. sebenarnya sebelum perkahwinan yg dirancang, mereka pernah bertembung dan seolah terpegun di antara satu sama lain...kiranya terdorong drpd persaan itu..cinta mula menyemai dari dlm diri sedikit demi sedikit walaupun tanpa luahan rasa...
Kehamilan Ersalina hanya diketahui oleh ibunya dan doktor peribadi sahaja..El sendiri tidak mengetahuinya..
Namun rahsia kehamilan terbongkar bila El jatuh dan keguguran.. Zain yg tak pernah menyentuh El terpana seketika dan mula memberikan layanan yg buruk buat El..
Ditambah pula ada sahabat karib Zain iaitu Hadi yg menjadi batu api demi menjarakkan hubungan El dan Zain..
Mummy Zain yg tidak dpt menerima kekurangan El mula menghalang hubungan mereka... El dan Zain menjadi menjauh bila Zain kemalangan dan koma..
Namun pastinya drama ini happy ending bila aje mummy Zain dpt menerima segalanya kerana menyedari Zain juga bukanlah insan yg baik dahulu..Zain juga pernah terlanjur... dan dia juga mengetahui semua ini menjadi parah bila ada pihak yg bermulut longkang seperti Hadi...

Lakonan Nelydia Senrose semakin meningkat..Amar Asyraf memang hebat...Zila dan Raja Ema tak usah cerita la..penuh pengalaman...

Persoalannya kenapa baru sekarang mama review cerita ni?

  1. sebab mama tak tgk..so mama rasa malas nak share
  2. sebab mama baca komen sahabat mama..
So korang nak baca tak komen sahabat mama tu....??? drpd FB Hasniza Ibrahim

Sikit 'review' untuk cerita Setia Hujung Nyawa (SHN) 

Saya tak tengok full episod, ini sekadar pandangan saya yang tak seberapa. 

Pada saya, cerita ini cuma ada satu mesej/contoh positif per sebelas.. Sepuluh daripadanya adalah negatif. 

Pertama. Cinta yang 'menghalalkan' zina antara El dan Ikram adalah salah dan tak wajar dijadikan teladan. Wajib dijauhi.

Kedua.. Sikap ibu El yang tidak jujur dengan mengahwinkan anaknya yang telah hamil anak luar nikah adalah tidak wajar dan menganiaya orang lain.

Ketiga.. Sikap Sofea yang membatalkan perkahwinan pada saat awal adalah tidak wajar dan menjatuhkan maruah.

Keempat.. Eliza dan Zain. Minum arak untuk berhibur dan lepaskan tekanan adalah haram.

Kelima... Setelah mabuk, Eliza dan Zain hampir melakukan zina. Haram.

Keenam.. Sikap Hadi dan Ikram yang mengganggu isteri orang, sekaligus merobohkan rumah tangga orang adalah tidak wajar. Berdosa.

Ketujuh.. Sikap Zain dan El yang membuka aib rumahtangga, cerita rahsia suami isteri pada orang luar adalah salah di sisi agama.

Kelapan.. Sikap El yang lari dari rumah... Menumpang rumah Zehra yang juga rumah Ikram adalah keterlaluan.

Kesembilan dan kesepuluh.. Hadi dan Eliza minum arak (dalam cerita ni Eliza mabuk tiga kali atau lebih) mabuk kemudian berzina.. Ini adalah dosa besar, haram dan haram.

Buat masa ini, ini saja yang larat saya kongsi.

Saya menyeru tv3 dan Suhan movies supaya tidak hanya memikirkan keuntungan material semata-mata di kemudian hari... Mohon tayangkan cerita yang bermanfaat atau setidak nya tidak memudaratkan.

Cerita Setia Hujung Nyawa adalah contoh drama yang rosak lagi merosakkan.. Semoga lebih sensitif dan... Bertakwalah kepada Allah.. Takutlah pada hari akhirat

Mama secara peribadi bersetuju dgn pendapat kwn mama....iyalah zaman sekarang ni ramai penerbit drama dan filem terlalu ingin menceritakan apa yg sebenar berlaku dlm masyarakat secara terang-terangan namun mengaitkannya dgn sesutu yg boleh membuai perasaan penonton..sehingga penonton yg menonton merasakan yg negatif itu pasti ada happy ending...

Sepatutnya skrip perlu diubah agar segala permasalahan itu sentiasa dpt diakhiri dgn penyelesaian secara Islam.... contohnya di dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih..cerita itu pun pernah menunjukkan seorang gadis yg menerima pelajaran luar negara yg mengamalkan cara pemikiran bebas yg tersasar dr landasan Islam...namun   kerana pendekatan yg bagus dan cara olahan yg cukup menampilkan keperibadian Islam...penulis skrip, pengarah cerita tersebut dapat menunjukkan kepada penonton bagaimana Islam menjadikan gadisitu kembali ke landasan Islam sejati..namun nilai kebudayaan dan pemikiran masyarakat setempat tetap tidak diabaikan...

Ini hanya pandangan seorang mama yg bimbang dgn pengaruh media dalam membesarkan anak2..sebab susah juga utk kita menerangkan satu persatu kepada anak2 ni... mohon ampun jika tersalah kata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan