CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, March 21, 2013

Ketuban Darah

Hari ni merupakan hari kedua mama MC sebab mama terseliuh kaki..tak sangka terseliuh sikit je tapi bengkaknya agak teruk la..may be mama dalam proses kehamilan...
Pagi ni, tokma (my lovely mother-in-law) yg hantar Uyeeh ke sekolah..mama takut bengkak mama semakin teruk kalau masih drive kereta..

Rasa mengantuk la pulak..selepas makan roti canai, mama pun taking short nap.. sebenarnya nak relax2 je, tp biasalah..bila dah baring...terlelap la..
Tapi asyik tersedar aje...
Mama sebenarnya berkira2 nak solat Dhuha..mama ingat dalam pukul 11 pagi nak buat la...
Jam baru je menunjukkan 10.30 pagi.. eh rasa nak terbuang air la... kekerapan buang air mmg dah biasa bagi org yg mengandung dan nak sampai due macam mama ni..

Mama bangun perlahan2..iyalah..kaki dah la sakit..huhuhu..  tetiba je macam sesuatu keluar...Ya Allah tak menyempat la pulak...dah terbuang air ke... adoyaiiii...

Pergi aje ke bilik air...agak terkejut...bukan terbuang air tapi ada kesan sedikit darah pada seluar mama...
Ermmm ini mesti kes ketuban darah... ohhhh..it's the time... so mama kena get ready...bila2 masa je ni..
Tp perut belum sakit apa2... time Uyeeh mama pernah ketuban darah tapi time Iqy, doktor yg pecahkan...

Saat begini mama cek balik beg baby, beg mama, dan segala yg perlu dibawa ke hospital..

Dah telefon papa yg dok kat opis... anytime ni papa...

Di sini mama minta maaf kalau ada salah dan silap..mama manusia biasa..mesti ada punya...
Mama harap mama dan baby akan selamat dan sihat...nanti kita jumpa lagi ye....Insya-Allah...

Love you all...

Monday, March 18, 2013

That Winter, The Wind Blows

That winter, the wind blows... satu lagi cerita Korea yg best tahap wajib tonton..

Cerita yg bisa membuai sesiapa sahaja..of coz la sebab jln ceritanya dan hero heroin yg cun... heroinnya mmg feveret mama.. Song Hye Gyo.. pelakon drama No.1 Korea..


Song Hye Gyo
Jo In-Sung
Sinopsis:
Drama yg berkisar tentang seorang lelaki yg macho dan hensem, Oh Soo.. dia merupakan anak yg ditinggalkan di bwh pokok ketika musim salji.. mempunyai 2 org bestfriend, Jin Sung dan seorg lagi yg juga bernama Oh Soo.. dia menjadi penjudi dan tidak percaya lg pada cinta selepas kematian kekasihnya.. dia mula menjadi player..
Kwnnya yg juga bernama Oh Soo merupakan sebenarnya anak org kaya tp terpaksa hidup susah krn penceraian ibu bapa.. dia hidup bersama ibunya dan adiknya hidup bersama ayahnya yg kaya-raya. ibunya meninggal dunia menyebabkan hidupnya lebih derita..krn amanat ibunya dia tidak mencari ayahnya w/pun dia mengenali ayahnya. dia sentiasa menghantar surat pd adiknya.. tp tiada balasan. adiknya tidak mengetahui tentang surat itu krn adiknya telah menjadi buta. tp takdir menentukannya krn akhirnya adiknya mengetahui dan berusaha mencari abgnya krn ayah mereka sudah tenat.. abgnya menggunakan alamat hero yg juga bernama Oh Soo..jd adiknya yg bernama Young telah mencari abgnya di situ..berlaku sedikit  kekacauan pd hari itu..menyebabkan abgnya dilanggar kereta dan meninggal dunia. Oh Soo ditangkap polis krn dituduh menyeleweng..dia diperangkap oleh perempuan yg ditolak cintanya.. pada hr yg sama juga ayah Young dan Oh Soo meninggal dunia.
Oh Soo (hero) dipenjara selama setahun.. apabila dia keluar dr penjara, dia sudah tak nak menjadi penjudi lagi dan ingin berubah, namun nasibnya malang krn dia perlu membayar kembali wang yg kononya diseleweng olehnya.. pada masa yg sama peguam keluarga mendiang Oh Soo mencarinya Oh Soo yg telah mati.. kerana terdesak Oh Soo (hero) menyamar sbg Oh Soo yg telah mati. byk peristiwa yg berlaku dan konflik yg melanda hidup Oh Soo.. pertemuannya dgn Young menghidupkan kembali kepercayaan cinta dlm dirinya..bagaimanakah kehidupannya??? kena la tgk smpai habis ye..

Cerita ni ada disiarkan di ONE TV ASIA...saluran Astro 393..setiap hari Rabu dan Khamis jam 8.55 malam. baru je main kat tv bermula 13 Mac 2013 yg lalu... tp mama ni kan seorang yg tak boleh sabar..mama suka tgk online.. kat online sampai ke hari ni dah episod 11. dan mmg ternyata best..mama tengok kat dramacrazy.net.. korang boleh je taip dia punya tajuk... dan boleh la menonton...byk elemen cinta, kekeluargaan, lucu la jugak..dan yg paling byk romantik dan sedih.....ohhhh....

Ini linknya http://www.dramacrazy.net/korean-drama/that-winter-the-wind-blows/ 

Selamat Menonton..

Sunday, March 17, 2013

Isteri buat salah, suami yg tanggung!!!

Mama pernah dgr yg kebanyakan lelaki yg terjerumus ke dalam neraka adalah disebabkan oleh wanita....
Mama sentiasa berdoa agar mama tidak akan menyusahkan lelaki2 kesayangan mama seperti ayah, papa dan anak2 lelaki mama..Dalam setiap doa mama, sentiasa mama berdoa agar segala dosa yg mama lakukan biarlah mama yg menanggungnya... jgnlah mereka dibebani dosa mama....semoga Allah memakbulkan doa mama....

Mama juga tak mahu org2 kesayangan mama bersedih kerana mama... mama yg buat, diorg yg derita dan tension..tapi mama juga manusia biasa, mama kdg2 alpa.. mama terlanjur kata dan perbuatan sehinggakan org sekeliling mama terutama papa yg terpaksa menghadapinya..Untuk itu maafkan mama...

Mama byk buat salah kerana mama agak cerewet..itu adalah sifat mama...mama byk memikirkan rasional dlm membuat pertimbangan.. mama fikir asalkan hati mama ikhlas mama dah buat yg terbaik..
contohnya dlm menasihati adik2 mama, mama hanya fikirkan yg terbaik buat mereka... mama ingat sebagai kakak, mama boleh mengeluarkan pendapat dan teguran.. dan mereka akan menilai dan tidak melenting....tapi sebenarnya mama silap sebab, adik2 zaman sekarang sudah tak berapa nak terima yg seorang kakak boleh menasihati mereka.. dan seorang kakak sudah tak boleh menunjukkan seniority mereka.. adakah kerana org zaman sekarang terlalu memikirkan kesamarataan dlm setiap sudut...
oooohhh, rupanya mama masih seorg yg konservatif...

Rupanya susah utk menjadi seorang kakak..lebih2 lagi kalau kita ialah seorang kakak ipar..sebab di kala ketidakpuasan hati hadir, kata kunci 'orang luar' itu akan menggamit kembali... mama mmg baru belajar menjadi seorang kakak.. mama adalah anak bongsu dan mama punya 5 org kakak..bila dah berkahwin, mama dihadiahkan ALLAH enam org adik ipar yg semuanya perempuan..
Mama tak tau nak ckp mcm mana, di kala mama rasa diorg ada buat silap, mama tak dpt tegur dgn berkesan krn mama dpt rasakan mereka seolah2 tidak mahu mendengarnya..mungkin krn mentua mama pun pasangan yg tidak suka berleter kpd anak2 mereka..jd bila mana tetiba sahaja ada yg menegur, sukar utk adik2 menerimanya..mereka mmg adik2 yg baik tp kerana budaya tegur-menegur bukanlah budaya mereka, mereka seakan tertekan jika ada yg menegur mereka...

Yang paling menyedihkan jika ada konflik kerana teguran itu, papa yg merasa tertekan...kesian papa...sepatutnya sebagai isteri, mama kena membahagiakan papa.. untuk itu maafkan mama... kadang2 terfikir juga, lebih baik mama pejamkan mata dan zipkan mulut.... adakah itu yg sebaiknya? adakah mama hanya boleh membiarkan segala yg tak berapa baik berlaku tanpa berbuat apa2...

Terasa juga hati ini bila mana niat baik disalaherti... mama tahu mama tidak sempurna.. tp sampai bila kita harus menunggu kesempurnaan diri sebelum kita layak menegur dan menasihati org lain... jika kesempurnaan yg kita tunggu, sampai ke mati lah kita hanya perlu menguncikan mulut kerana sampai bila2 pun manusia biasa tak akan sempurna. Tiadalah guna Allah menurunkan surah Al-Asr...jika tidak kita mengamalkannya...
Mama tak marah jika mama ditegur... mama tak kisah jika ada yg membenci... kerana mama sememangnya memerlukan bimbingan.....

Pengalaman akan mendewasakan kita, Insya-Allah.....

Saturday, March 16, 2013

Erti hari yang INDAH...

Ustaz Azhar cakap "Seindah mana pun hari yang telah kita lalui, ia tak akan muncul lagi.." Iya mama mmg akui semua itu...Memori yg tercipta takkan dapat diulangi semula... kalau adapun tak kan sama 100%.

Kerana itu byk pepatah yg mengatakan tentang masa yg tak dpt diputar kembali..

Jadi hargai setiap kenangan indah dan setiap detik bersama yg tersayang....

Mama ada byk kenangan indah.. kenangan bersama arwah Mek mama dulu... (semoga Allah merahmati rohnya)... kenangan bersama kakak2.. bersama ayah.... perkenalan dgn papa, pernikahan dgn papa, melahirkan Uyeeh dan Reefqy... ermmmm, byk lagi la...
Tak lama lagi mama akan melalui detik terindah lagi..mama bakal melahirkan baby yg ke-3... setiap kelahiran baby adalah indah tp tetap tak sama flow ceritanya...

Jadi bagi mama jadikan segala yg INDAH yg pernah menjengah dlm hidup kita sebagai memori berharga yg boleh dijadikan panduan dan perangsang dalam menjalani kehidupan.. dan jangan dilupa pada pengalaman yg BURUK..bukan semua di dalam kenangan itu buruk..pasti ada iktibar dan pedoman yg boleh dijadikan tauladan...

Wassalam...

Thursday, March 7, 2013

Air Batu Campur tanpa susu???

Sebenarnya mama dah lama teringin nak makan air batu campur (ABC)...tp tak sempat aje..lagipun kat sekitar opis ni tak de tempat yg jual ABC..
Hari ni hujan di Kota Bharu..ermmm nak makan apa ye..papa cuti hari ni..Ingat nak ajak makan..tp sayang dia dah makan la..kesian mama...
mama pun jalan la gelek2 pergi beli barang kat shopping complex yg paling hampir dgn opis... lepas beli brg...rasa nak cari makanan la...
Ermm mkn sup mesti best kala mendung macam ni... so mama pun order la sup perut kat kedai tepi shopping complex tu..sambil tunggu..mata melilau tgk apa yg ada kat dlm kedai tu, sebab dah lama mama tak makan kat situ...eh..ABC dah jual la..hr tu lama tak ada.. rasa nak mkn tu tetiba je dtg....
So mama pun order le...pekerja yg ada kat situ hanya angguk2 kepala.. eh, faham ke tak ni...ermmm dari fizikal dan rupa paras, mama rasa dia orang Indonesia la..
Mama pun duduk je kat meja berdekatan..kemudian pekerja yg lain pula dtg, "kakak, kita takde bekas utk bungkus, letak dlm plastik boleh tak?" nada2 dialek Indon kedengaran..
"ermm, ok la"..mama rasa ok je la, nnt balik opis mama letak aje dlm mangkuk.
Selepas nasi sup perut mama siap, mama pun ke kaunter nak bayar ABC.. harganya RM2.50..mama pun kasi RM3.. pekerja Indon tadi pun menunjukkan baki kepada mama..ada 3 keping syiling 20 sen..."betul wang pulangannya, kak?"
Mama pun dgn tersenyum mengambil 2 keping syiling 20 sen. " yang sekeping lagi ni ganti dgn nilai 10 sen..saiz dia kecik lagi" terang mama pada dia...
Dia tersenyum sambil menyerahkan syiling 10 sen pada mama.." baru belajar, kak"..
"Eh,tak pe" balas mama..
Balik aje opis..ermm sedikit menghampakan kerana ABC itu tanpa susu..mama tak pernah makan ABC tanpa susu..tak de la nikmat susu..malah mama memang suka letak susu byk2..frust...
Ermm, nmpknya adik2 Indon itu tadi bukan aje kena belajar matawang kita, tp nak ABC pun masih kena belajar..nasib baik ada susu kawan mama, mama pun ambil la sedikit...
Hari ni mama makan nasi sup perut dgn ABC.. dan sekarang mama rasa perut mama dipenuhi air..sesuatu yg mama tak patut lakukan.. adakah mama menurut nafsu?? ermm, mama pun harus belajar bagaimana nak berfikiran rasional..sepatutnya mama tidak mengambil ABC kerana mama dan makan sup perut..kedua2 tu menyumbang kepada masalah kerap buang air..iyalah kan mama kan dah sarat sekarang, tanpa minum air yg byk pun mama asyik nak buang air, apalagi kalau minum ABC di hari mendung dan hujan ni....
Smile aje la.........

Filem KERAT 14

Semalam mama tengok citer KERAT 14... ala lakonan pelakon sensasi Aaron Aziz dan jelitawan Siti Saleha...


Citer dia berkisar tentang pasangan kekasih Haziq (Aaron) dan Zara (Siti Saleha). Citernya bermula bila mana Haziq mengajak Zara ke night club utk sambut beday Zara.. Zara yg tak biasa pada mulanya ingin menolak tp selepas dipaksa oleh Haziq, dia mengikut juga...
Samai aje di disko tu, Haziq yg sememangnya terlibat dlm jualan pil or something like that menjalankan bisnesnya dahulu dan meninggalkan Zara keseorangan terkontang-kanting dlm disko tu...kesempatan diambil oleh Aril (Ali Arami) utk mendekati Zara...Aril yg mempunyai agenda jahat telah menyapu minyak pengasih agar Zara mengikut ckpnya.. Haziq yg melihat kemesraan mereka merasa cemburu dan memukul Aril. Merekaberdua segera meninggalkan disko tu.. Aril yg tak puas hati segera mengikut kereta mereka..dan akhirnya sampai ke rumah Zara.. Haziq yg masih belum selesai urusan segera ke tempat lain tp berjanji utk dtg kembali..Zara yg dlm keadaan hanyut naik ke rumah..Aril menjejaki rumah Zara dan menjumpainya.. Aril mengambil kesempatan dlm keadaan Zara yg tidak waras..dia mencuri rantai Zara yg baru dihadiahkan oleh Haziq dan dompet Zara..dia juga cuba mengambilkesempatan ke atas diri Zara.. Haziq yg baru dtg ternampakaksi mesra mereka berdua terus meluru dan memukul Aril..Pergaduhan mereka berlarutan dan tanpa disengajakan Aril terbunuh...
Untuk menutup kes Haziq mengerat Aril. Tapi biasalah poliskan cekap..kejap je boleh detact..tambahan pula plastik yg membawa keratan badan Aril ada yg terbuka.. dan lebih mengharukan polis menjumpai dompet dan rantai kepunyaan Zara... so bertitik tolak dr itu, mereka menjejaki Haziq dan Zara...
Senang aje jln ceritanya..cerita yg diklasifikasikan sebagai thriller tp tak thrill langsung kalau mama tengok..
Semua cerita mendatar dan tak ada unsur suspense atau menguji minda. Jalancerita yg boleh diagak.. dan lebih sesuai utk drama biasa..
Lakonan Aaron, Siti Saleha, Zamarul Hisyam (Inspektor), Ali Arami (Aril) dan Fauziah Ghous(Shasha, bestfriend Zara) mmg best tp jln cerita dia terlalu biasa..rugi la pulak rasanya...
Walaubagaimana masih boleh diambil beberapa tauladan..

  1. jangan keluar malam, nnt terdedah pada bahaya yg tak disangka
  2. jangan ke tempat yg boleh mengundang maksiat dan melalaikan seperti disko..kerana di situ umpama pintu neraka
  3. jangan hanyut dlm cinta, perlu ada ketegasan dan prinsip dlm diri..jgn kerana cinta, ikut aje ke mana saja
  4. jangan pakai seksi
  5. hormati ibu bapa
  6. hormati undang-undang
  7. kawal emosi diri
  8. jangan terlibat dengan benda khurafat
  9. tiada jln mudah utk dptkan sesuatu
ermmm, byk lagi la kiranya...

Ali Arami, pelakon yg agak berbakat..
Kepada yg nak tgk...boleh aje..mama tgk kat You Tube aje..ini linknya kalau nak tgk.. https://www.youtube.com/watch?v=xgSwfkc4JeA



Bye...itu aje..sori kalau ada yg tak suka dgn komen mama...ini hanyalah pandangan mama sebagai seorang penonton.....

Tuesday, March 5, 2013

Terbaru 2013

Salam semua...

Malam ni papa keluar....Uyeeh dah tidur..Iqy pun keluar ngan Tok Ma dan mak2 sedaranya...katanya nak gi shopping kat kedai buku SMO..al-maklumlah Cik Eka dapat baucer buku 1Malaysia...so mama rasa macam nak berblog-walking la..pregnant mcm mama ni mana la larat dah nak walking2 kat luar..setakat alam maya ok la...hehehe..

Mama ni suka berposing tp dlm masa yg sama mama pun suka ambil gambar..tp bila pregnant ni mama jadi malas la nak berposing... time mengandungkan Uyeeh seingat mama hanya dua tiga keping je..itupun sebab ambil gambar time raya dgn family...

Tapi sempena majlis kahwin sepupu papa hari tu mama pun menyibukkan diri la jugak..itupun papa la yg beria nak ambil...

Nak tgk tak mak buyung ni???

Berhenti solat di Masjid Beijing, Rantau Panjang...majlis akad nikah pun dijalankan di situ



Bersama Uyeeh dan adik2 ipar

Bergambar bersama pengantin

Bye...

Baby normal..Alhamdulillah.....

Salam..

Macam yg pernah mama gi tau dlm entry sebelum ni yg mama kena pergi ke Jabatan O&G pada 3/3/2013..So mama pun pergi la ke sana...pergi dengan papa..
Kebetulan..ramai sgt hari tu preggy mama yg ada masalah... iyalah kan..kalau ke situ semuanya mesti ada masalah atau disyaki ada masalah.

Mama dalam penuh debar menunggu utk berjumpa dgn pakar O&G...dalam hati tak putus2 berdoa agar semuanya selamat..

Selepas pendaftaran, mama kena jalani regular checking utk ibu mengandung...selepas tu baru la mama berjumpa dgn pakarnya....

Ermmm..seorang doktor yg nmpk tenang dan penuh keibuan..tenang sikit tgk wajahnya..dia tgk semula fail mama dan hasil laporan scan sebelum ni...dia putuskan mama kena jalani ujian scan sekali lagi kat situ...lepas ada result baru masuk balik jumpa dgn dia...

Alhamdulillah setelah di'scan', doktor memutuskan yg perkembangan baby mama normal dan mengikut yg seperti diharapkan... cuma mungkin tarikh 'due' sahaja yg salah ... dia pun menukar tarikh due mama daripada 16 Mac 2013 kepada 28 Mac 2013..

Namun doktor tetap juga menasihati mama agar sentiasa memantau pergerakan baby dan sekiranya ada tanda2 kelahiran..segeralah ke hospital....

Mama rasa bersyukur dan berdoa agar baby sentiasa dilindungi Allah s.w.t..

Dalam pada mama menunggu giliran utk menjalani rawatan di situ..mama sedar yg lebih ramai lagi yg mempunyai masalah yg lebih drpd mama..mama berasa insaf dan berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kami semua..

Untuk repeat test, mama dikehendaki ke O&G pada Ahad depan....sekadar nak melihat perkembangan baby.....Insya-Allah selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan