CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Saturday, December 19, 2015

Baikku Diam Saja...

Assalamualaikum....

Terasa nak mengomel hari ni...harap maaf..

First of all..iya memang mama cerewet.. papa cakap mama ni sangat cerewet... tapi mama rasa perkataan tu terlalu negatif....so mama ubah jadi mama ni BUKAN CEREWET tapi PARTICULAR..
apakahhhh???? so harap no objection ok...

Mama ni sempoi tapiiiiiiiiiii....hihi...mama ni jenis yang ada beberapa disiplin yang sentiasa dijaga. Arwah mek (al-fatihah utk my lovely mom) mama dulu suka tegur dalam banyak hal.. time tu mama anggap itu bebelan dan leteran yang sungguh menyedihkan.. (mama ni teruk..tapi mostly anak dara pemalas akan berfikir gitu).. Walau bagaimanapun seiring peningkatan umur, otak mama dah digest yg itu semua BUKAN leteran yang menyedihkan tapi transfer knowledge yang berguna.. Mek ialah mentor mama... dan mama adalah protege yg lambat pick-up (LAMPI).. Menyesal sangat sebab tak guna ajaran sifu dari awal..

To be truth, mama mmg tak mengikut 100% apa yang mek cakap... tapi sebab benda tu selalu diulang dan mama still buat walaupun time dalam keadaan terpaksa... semua yang mek cakap melekat dalam minda dan sanubari...itu yang membentuk sedikit disiplin dalam diri.. tq mek...

Jesteru diri mama ni dah macam terikut arwah..suka tegur dan buat sesuatu ada caranya... may be some people tak suka my style. Dulu mama selalu rasa macam stress bila org mcm tak leh terima cara kita.. dulu mama selalu just direct bagitahu apa yg salah apa yg betul.. tapi harus diingat mama selalunya tegur org yg mama rasa mama mmg nak dia buat benda betul dan tak ulang kesilapan mama...(org yang mama sayang la maksudnya)

Tapi kadang2 niat kita tak sampai ke hati org itu... mama hanya dapat pandangan sinis.. memang susah nak tarbiyyah org..Kenapa ye? Mungkin masih ada terselit rasa "perasan" dalam diri mama.

So... mama ambil inisiatif tarbiyyahkan diri mama dulu.. sebab kita tak mampu nak ubah org... kita hanya boleh ubah diri kita.. rupanya mmg susah utk nasihatkan org tapi dalam masa yang sama kita nak elak hati kita rasa kita lebih baik daripada org yg kita nasihatkan. So mean... Oh jahatnya mama..

Jadi misi mama...cuba sucikan hati... berprasangka baik.... bagi peluang pada org... buat amal ibadat byk2.. positifkan diri... hadir majlis ilmu...didik anak dari kecil (melentur buluh biarlah dari rebungnya) ======> doakan mama...please....

Untuk langkah keselamatan.. mama cuba untuk tidak lagi terburu-buru menegur kesilapan org (mengikut tafsiran mama la)... mama cuba cool.. perhati dulu...baikku diam saja... keep praying...

Kesannya.. mama kelihatan tidak ngam dengan org berkenaan. Mama byk berdiam...sbb mama bimbang apa yg mama cakap disalahtafsirkan.. Sekiranya berdiam adalah yang terbaik.. mama sedia.. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mama dan semuanya....






Tuesday, November 17, 2015

Some Things Are Better Left Unsaid

Assalamualaikum..

Siapa suka main sorok-sorok.. hide and seek.. hihi.. uihhhh kita kalau zaman dulu agenda wajib la tu petang-petang..awal-awal lagi janji ngan member.. biasanya lepas asar la kan.. kalau time cuti sekolah..pagi2 lagi pun ada yg dah start main..
Kali time jadi si pencari tu..fuhhhh stressnya tuhan je tau kalau susah nk jumpa yg menyorok..

Apa yg kita dpt dari main sorok-sorok tu?
Kita dpt peluang utk sorokkan diri kita..sembunyikan diri kita.. sedaya upaya cari tempat yg baik punyerrrr...
Dan si pencari tu dgn sedaya upayanya mencari..
Kebiasaannya dpt la jumpa..kalau si pencari tu surrender pun.. kita tetap akan keluar dr tempat kita sembunyi..dan org akan tahu juga..
Iyalah...boring juga atau paling tak boleh blah...lama2 nanti kena sorok dek hantu baru tauuuu..hihi

Begitulah dalam hidup kita... kita terkadang cuba menyorokkan sesuatu.. tanpa kita sedar.. bukan selamanya kita mampu sembunyikannya..suatu hr nanti pasti ada org yg tahu.. atau lebih teruk lagi..kita yg mendedahkannya sendiri tanpa tidak disengajakan atau disengajakan..
Tak mustahil kita akan terlepas cakap..jd secara tak sengaja kita mendedahkan..
Dan kita mungkin akan directly bagi tahu semuanya bila kita sendiri dah tak mampu menanggungnya lagi..

Sebagai manusia yang lemah kita sentiasa lupa..kita terlalu ingin menyembunyikan sesuatu kerana perasaan bimbang, takut, malu dan lain2 kepada manusia..
Jesteru itulah..org yg tak mahu berpuasa di bulan Ramadhan secara sengaja sanggup mkn bawah katil, dlm semak dan tempat yg tragis lg hanya krn tak mahu org tahu..takut org tangkap..takut kena usung dlm van jenazah..takut mak marah...malu dgn org...

Kita lupa ada Yang Maha Berkuasa yang sentiasa memantau kita.. tp kenapa kita hanya takut pada manusia? Kenapa kita tidak takut langsung pada Allah..temanya senang..ini adalah kerana mata kasar takkan pernah dapat melihat kewujudan Allah..Nafsu di dalam hati dan diri telah menutup segala mata hati..

Tapi pernah dengar tak satu quote "Some Things Are Better Left Unsaid" --------> biarkan terus terbuku di situ..usah diberitahu, usah dirungkai seandainya jika kita tahu pendedahannya hanya akan menambah derita..

Terkadang kita tak mampu nak luah apa yg tersirat kerana bimbang lebih memudaratkan.. jika itu ketentuan, satu pertimbangan yang jitu perlu dilakukan.. kerana banyak aspek perlu difikirkan.. adakah itu bersifat menutup pekung di dada atau bersifat pembelaan.

Mohonlah petunjuk dari Allah... sekiranya menyembunyikan itu adalah yang terbaik.. mohonlah agar Allah menjaga setiap sudut peluang rahsia itu akan terdedah. Mohon Allah pelihara setiap aib yang terbentang.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui....

Happy Birthday Papa Amriel Gonzales..

Assalamualaikum..

Walawehhhh lamanya tak menjenguk kat sini...

Hari ni pun dah 17 November 2015

Dah lepas 3 hari dah birthday sayang manjaku suami tercinta..

Birthdaynya pada 14 November...

Sayang, sorry tahun ni mama tak ada di samping papa untuk meraikan hari bahagia papa..dan mama masih bagi apa pun kat papa..

Tahun ni papa so busy dengan program sampaikan birthday sendiri pun tak ingat..

Semoga papa bahagia dunia akhirat..jadi lelaki yang soleh di dunia dan akhirat..
mama dan anak2 sayang papa forever...
Moga impian kita akan tercapai..

Nanti kita jumpa next week ye.. love you so much...

Sunday, September 6, 2015

Selamat Hari Lahir Mama

Assalamualaikum

Throwback entry...ngeh3x

This year.. mama dah 33 tahun..
hihi...
dah tua la sayang.

Alhamdulillah diberi kesempatan utk bersama dgn papa,anak3 dan family..

Birthday mama pada 30 Ogos
so dekat ngan hari merdeka..so senang la nak balik..cuti byk sikit..gini la hidup org di perantauan..dok mengira cuti je..hihi

So hari tu papa bawa mama g jln2.papa minta cuti..keh3x.. tq sayang...

Happy birthday to me.. tq pada arwah mek (al-Fatihah) dan ayah..sbb menjadi malaikat yg melahirkan mama ke dunia ini..

semoga tahun menjadi tahun yg penuh keberkatan kpd mama dan famili dan seluruh umat Islam semua..






Tq papa for the card and gift..mama betul2 tak sangka..love u so much..

Semoga kasih sayang dan cinta kita kekal buat selamanya...semiga hidup kita sentiasa diberkati Allah..



Saturday, August 22, 2015

Kepulangan yang dinanti

Assalamualaikum

Selepas kahwin, mama tinggal dgn famili mentua...Alhamdulillah famili mentua mmg baik... tapi setiap ptg Khamis smama mmg dah gelisah utk pulang ke kg mama..tak jd hal sbb dlm 20 minit dah sampai..
Ramai yg tanya "memang balik tiap minggu ke?"
Atau juga yg ckp "ooo..kalau hr cuti tak jumpa la dia sini (kat umah mentua)"
Tapi sebenarnya ada juga masa yg mama tak balik.. lebih2 lg kalau ada event atau ada sesuatu yg penting di rumah mentua..
Awal-awal kahwin pun papa ada jugak ckp "kenapa selalu tak sabar nk balik, bknnya jauh pun lgpun tiap2 minggu balik?"
Jawapan yg mama pun tak tau nk jawab. Tapi yg pasti waktu itu mama rindu mek (kini arwah Al-fatihah), ayah dan rumah. Mama rindu wajah mek yg pasti duduk di pintu rumah setiap petang Khamis walaupun mama tak call pun cakap nak pulang..
"Kenapa mek dok sini?" tanya mama..
"Dok eh..sajo ambik angin" atau mcm2 lagi alasannya..
Tapi mama tahu dia tunggu mama..dia mmg hrp mama balik.. ayah yg gemar membaca kat meja makan akan segera ke muka pintu dgn wajah yg ceria.. Ya..mama tahu mereka mengharap kami pulang..tapi mereka tak pernah telefon suruh balik sbb mereka tahu mama sudah jadi isteri orang..
Mama terlalu rindu seraut wajah mek..
Kini bila pulang..selepas mek telah 'pergi' seraut wajah ayah yg tersenyum riang sahaja yg tinggal.

Saat yg paling sedih ketika mek masih ada ialah ketika kami anak2nya ingin pulang...dia akan duduk di birai tangga dan tersenyum nipis.. seolah sengaja menenangkan diri walhal dia merasa sedih.. lambaian mek sentiasa meruntun hati mama..pastinya hati kakak2 mama yg lain..

Dan kini sampai sekarang...setiap kali nak tinggalkan rumah..mama sentiasa membayangkan mek melambai-lambaikan tangan..

Dan sekarang mama tak berpeluang lagi bertemu mek..insha Allah di syurga kita bersua..semoga kita insan terpilih..

Jadi bagi sesiapa saja..selagi berpeluang..telefon lah ibu. pulanglah ke kampung kerana kita tak tahu apa akan terjadi nanti.. adakah kepulangan dulu sama dgn kepulangan hari ini..

Semoga Allah memberkati dan mengampunkan dosa ibu bapaku ..ibu bapa mentuaku..suamiku..kaum keluarga..anak2 dan seluruh umat Islam...


Thursday, August 20, 2015

Hati yang tersakiti

Assalamualaikum ..

Berbicara soal hati ni memang tak pernah habis. Tak akan habis..

Daripada perkataan HATI.. terlalu banyak interpretasi yang dapat kita huraikan.

Soal hati memang rumit..

Bagi mama hati ni sesuatu yang cepat bagi reaksi.. apatah lagi jika dicuit oleh sesuatu yg bermakna..

Jadi hati ni memang mempunyai hubungan yang cukup kuat dengan fikiran dan iman kita.

Apa akan jadi jika hati disakiti... tahap kesakitan pada hati dikawal oleh oleh fikiran.. sebagai contoh jika orang yang menyakiti itu ialah orang yg kita sayang..sakit yang kita rasai bertambah.. jika terlalu kejam diperlaku...kesakitan hati akan kuat terasa.
Di saat itu keimanan dalam diri amat didambakan agar kita dapat membuat keputusan berdasarkan iman.

too much to tell.. suddenly i'm totally out...sorry...





Wednesday, August 19, 2015

Raya yang lalu...

Assalamualaikum...

Lamanyaaa ya Allah tidak menulis kat sini... lupa? jemu?
Oh tidakkkk..mana mungkin.
Inilah satu-satunya tempat mama berkongsi masalah..luahan.. dan ideal..kat sini je segala itu bersemadi dan terus terukir..kalau nak luah kat tempat lain..mungkin ada yang tak nak dengar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..hahaha

Baru berkesempatan....sorriiiiii..

Untuk kenangan di hari tua..mama tepekkan gambar raya kami kat sini...


Ni raya pertama..berjubah kami tahun ni

Ni raya kedua...

Soo..ampuni dosa mama ye...

Kosong-kosong temanya

Saturday, July 25, 2015

Rindu mek..

Assalamualaikum

Di saat ini..mama terlalu rindu kpd arwah mek..
Terlalu rindu..
Alhamdulillah raya yg lalu...sempat juga mama melawat kubur mek..
Lawatan kubur hanyalah simbolik..kerana setiap hr tak pernah sekali..ingatan ini padam dari merindui insan yg paling byk berjasa kpd diri ini..

Kekesalan sentiasa ada krn tak dpt menjalankan tugas sebagai anak yg solehah..ampunkan anakmu yg kuat menentangmu ini dulu wahai mek...
Anak yg kasar dan selalu ingin menang..anak yg kadang malu dgn dirimu..anak yg jahil yg sentiasa merasakan ibubapa org lain lebih baik..

Ya Allah byknya dosaku..namun mama yakin mek sentiasa menghalalkan dan memaafkan anak yg cukup berdosa ini..kerana hati mek terlalu mulia..

Dalam tegasmu...dalam leteranmu..dalam rengusanmu..terkandung kasih sayang...hanya anakmu ini yg jahil..yg dangkal...ampunilah anakmu ini..

Kehilanganmu bagai meragut separuh nyawa anakmu ini... tanpa mama sedar, mek adalah sumber kekuatan mama..doa mek yg sentiasa mengiringi hidup mama.. doa seorang ibu yg tiada berhijab..terus kpd Allah..insha Allah..

Dan sekarang..mama kehilangan doa tersebut..

Namun keyakinan mama sentiasa ada... doa-doa mek masih kekal mengiringi anak-anak mek..kejayaan kami adalah dari doa mek yg tak pernah henti kepada Allah..doa seorang ayah yg tak pernah jemu bermunajat kpd Allah kerana sayangkan anak-anak..

Terima kasih mek dan ayah..

Selamat hari raya.. rindu nak berhari raya dgn mek..Alhamdulillah masih ada ayah...

Semoga arwah mek bahagia bersemadi di sisi Allah..kami pasti menyusul..moga ada ruang utk kita bersama...

Thursday, June 4, 2015

Aku Bukan Bidadari

Assalamualaikum

Perumpamaan selalu menyatakan.."cantik umpama bidadari"

Cantikkah bidadari?
Al-quran juga ada menyebut tentang bidadari..pastinya bidadari syurga.. kejelitaan yg tiada bandingan dgn manusia di dunia..
Jesteru wujudlah perumpamaan di atas..untuk menggambarkan kecantikkan yg tiada cela..
Cantiknya seorang bidadari bukan hanya pada rupa, gerak gaya, budi bahasa tp cantiknya dari segala sudut..

Setiap isteri mendambakan takhta menjadi bidadari buat suaminya di syurga nanti..insha Allah..
Mama pun begitu..

Namun persoalannya apakah yg mama lakukan utk mencapai impian itu?

Usah impikan menjadi bidadari.. tapi impikan syurga Allah..kerana itulah matlamat kita... berusaha menggapai tempat di sisi Allah..

Insha Allah segala apa yg baik pasti akan kita dapat seandainya syurga milik kita..

Jadi pasakkan niat menuju syurga Allah..

Amin..

Wednesday, June 3, 2015

Cinta Jarak Jauh - Episod 2

Assalamualaikum

Cerita cinta yang tak berkesudahan..

Jika kita berjauhan dengan orang yang kita sayang..apakah yag paling buat hati kita sedih?

Jika mama... mama paling sedih jika papa atau sesiapa yg kat kampung cerita pasal moment bahagia mereka..sebagai contoh...adik Qysya dah begitu petah berbicara... ye mama tahu..sebab hari2 mama telefon..tapi mama telah terlepas banyak aksi mereka..

Mungkin nampak enteng..tapi itu adalah antara moment yg seorang ibu ingin rasai..

Lepas tu mama jadi lebih sedih bila papa bagitahu yg adik Qysya seolah-olah kurang kasih sayang dan macam tak terurus..
Hati mama mana yg tak tersayat..

Tapi papa cepat2 bagitahu yang dia akan berusaha meluangkan masa dan buat anak2 gembira..

Perkara yang sama timbul di fikiran mama...wajarkah mama di sini??

Ya Allah teguhkan hati hamba-Mu...aku ke sini atas takdir-Mu.. aku serahkan segalanya pada-Mu..kerana kedatanganku dan kepergian jauhku dari keluarga adalah atas redha suamiku..

Maafkan mama wahai semua kesayangan mama...







Monday, June 1, 2015

PUTRAJAYA Magic Of The Night 2016

Assalamualaikum

Minggu lalu berlangsung Magic Of The Night di Putrajaya anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia bagi tahun 2016..

Kiranya ini adalh tahun kedua penganjurannya..

Dan ini juga tahun kedua Majlis Daerah Tumpat diberikan kepercayaan oleh Tourim Kelantan untuk mempersiapkan BOT BERHIAS....

Of coz papa terlibat...dalam dua minggu papa and the gang berkampung kat sini...Happy???
of coz laaaa... tapi bukan boleh jumpa selalu sebab papa banyak kerja...
dan paling sedih anak2 syurga kami berada kat kampung..semestinya diorang terlalu sedih.. Maafkan mama dan papa..

Tahun ni..since mama duduk kat sini..boleh la lihat proses pembuatan bot berhias... dan paling best...design nya adalah dari idea papa...caya la papa....

Proses pembuatan bermula di Kelantan lagi... tapi masih banyak lagi yang perlu ditambah setibanya di Putrajaya..terutama dari segi lighting dan susun atur...malah ada juga arca seperti Al-Quran bersama rehalnya dibuat di sini..









Melihat ketekunan mereka semua membuatkan mama rasa nak tabik...sebab setiap proses memang meletihkan.. dan memerlukan tahap kreativiti yang tinggi...

Selepas dua minggu di sini..mereka berjaya menghasilkan bot berhias yang memang mempunyai tahap yang bagus berbanding tahun lepas..tahun lepas mereka mmg masih mencari identiti dan kehendak pertandingan pun masih samar...






Cantik tak?????????????
Ternyata pada tahun ini sedikit sebanyak usaha mereka terbalas...Kelantan berjaya meraih Naib Johan bagi kategori Pencahayaan Terbaik...

Sesuatu yang tak dijangka....sesuatu yang amat indah... terbayarlah jua penat lelah mereka....

Tahniah Kelantan..next time cuba lagiiiii.....

Hari Ibu buat MAMA

Assalamualaikum..

Hari Ibu dah berlalu...
Namun sebenarnya setiap hari adalah hari Ibu..
Tapi mungkin sebab dah jadi budaya..kita mmg happy aje nak sambut hari Ibu..bagi mama selagi tak taksub dan tidak melakukan sesuatu yg melanggar akidah kepada Allah...dan tidak mengabaikan tanggungjawab kita pada ibu pada hari2 yang lain.. sambutlah.. macam hari lahir kita la kan...
Maaf jika ada yang tak setuju...

Anak mama yang sulung dan yang kedua memang dah tahu pasal Hari Ibu.. Cikgu-cikgu di sekolah yang beri info..
Actually si abang iaitu Uyeeh dah lama tahu...
Tapi tahun ni mmg berbeza kerana tahun ini mama berjauhan dari anak2 syurga mama..berjauhan dari peneman mama di syurga nanti.

Sehari sebelum Hari Ibu, mama sudah kena pulang kembali ke Putrajaya..jadi anak2 mama ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mama..

Sungguh menyentuh hati...



Abang Uyeeh mewakili adik2 memberikan mama bungkusan di atas... of coz la dari rupa mama dah tau bentuk hadiahnya... tapi mama cuba berteka-teki dengannya..
Berkali-kali dia meminta maaf kerana tidak menyediakan hadiah yang lebih elok pada pandangan.. dia mengatakan tak punya waktu untuk ajak papa pergi membeli...


Apabila dibuka terdapat sebatang pen merah dan utusan cinta teragung yang bisa membuatkan hati mama meruntun..

Ya Allah..anakku..

Terima kasih sayang... bukan hadiah yang mama pinta... mama hanya pinta doa dari anak2 mama..


Terima kasih sayang atas ingatan..Maafkan mama kerana tidak dapat bersama kalian...maafkan mama.....

Wednesday, April 29, 2015

Cinta Jarak Jauh - Episod 1

Assalamualaikum..

Diam tak diam dah dua bulan lebih hubungan cinta jarak jauh mama dan famili..

Merasa jugak rupanya kami dengan ujian ini..syukur Ya Allah..
Positifkan diri..Allah terlalu cintakan hamba-Nya..mana mungkin Dia akan memberikan sesuatu untuk menyusahkan hamba-Nya..

"Kema..strong la engkau..aku nampak kau ok je duduk jauh ngan anak.." sapa salah sorang bos mama..

"Hihi..gitu la puan..kalau sedih tak ke mana.. saya jugak yg menderita.. jujurnya sapa la tak sedih puan."
Itu aje la yg mama mampu jawab. Dan itulah kebenarannya..

"Iyala kannn... mak mana yg tak sedih.. tp kau tough la..kalau aku..demam je laa," balas bos saya lagi..terus aje dia ceritakan kisah dia tinggalkan anak time pergi kursus kat Sarawak..menangis setiap malam..tu pun hanya utk tempoh dua malam..

Mama nangis ke? Terus terang mmg ada juga mama nangis..tp mama tau yg mama kalau nangis pd mlm hr..esoknya mata akan bengkak dan menyepet...kalah org jepun..so..mmg takkan boleh cover...kepala akan pening..nyawa tak lepas.. dan pastinya hr esok akan menjadi stress...kalau boleh mama mmg akan elakkan..

Mama bila tahu result yg mama perlu duduk jauh ngan famili.. inner motivation mama datang dgn sendiri..
Mama bukan nk kata yg mama ni seorang bermotivasi tp mama cuba sedaya mungkin sbb mama tahu..diri kita saja yg tau kekuatan kita..

Alhamdulillah mama pernah diuji dgn ujian yg getir dulu..jd semangat yg mama himpun sejak dari zaman kebangkitan, masih berbaki dan sentiasa mama cuba suburkan..
Maka terbuktilah setiap ujian yg kita rasa getir itu pasti ada hikmahnya.. kalau bkn secara langsung..secara tak langsung mesti akan dpt juga kita rasa kesannya..

Dari ujian lampau mama belajar erti hidup ini hanya pinjaman..kita hanyalah hamba Allah..tidak pernah ada hak memiliki sesuatu..segala yg ada di bumi dan segenap alam semesta dan alam2 lain hanyalah milik Allah Yang Maha Esa.. sebagai hamba mama akan terus belajar untuk redha pada ketentuanNya..

Untuk papa, anak2 dan ayah.. tiada cucuran air mata bukanlah bermakna mama tidak sedih..bkn bermakna mama rasa berlapang dada berjauhan.. tp itu saja usaha mama agar kalian tidak merasa bimbang dan gusar dgn keadaan mama di sini..

Mama akan cekal berada di sini.. kerana mama tahu kalian merestui mama... terima kasih kerana menyokong mama tanpa jemu..

Alhamdulillah..mama berpisah jarak tempat sahaja..ada rezeki kelapangan masa drpd Allah..mama pasti pulang..Insha Allah.
Bila dikenang mama jauh beruntung berbanding mereka yg berpisah alam dgn yg tersayang.. tiada lg peluang berjumpa di dunia..hanya mampu berdoa bersatu di Jannah...

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..




Tuesday, April 28, 2015

Benar atau salah?

Assalamualaikum


Terkadang kita berada di persimpangan dilema utk membezakan sesuatu tindakan itu benar atau salah..

Kenapa??

Sebab terlalu banyak perkara yg berlaku mempunyai sebab dan jawapan yg subjektif.. jawapan yg memerlukan pertimbangan dari segala sudut.. mungkin benar di pihak kita.. tapi salah di pemikiran pihak lain dan begitulah sebaliknya...

Umpamakan permasalahan kita seperti bumi ... bumi itu bulat..tiada sudut tepat utk menentukan penjurunya...apa yg mampu kita lakukan hanyalah mencipta dan mengandaikan simetri di dalamnya.. maka wujudnya sudut yg kita agungkan kebenarannya..
Begitulah jua permasalahan kita.. kita mencipta pelbagai bentuk bayangan, andaian, pembuktian utk menyelesaikannya..  tanpa kita sedar itu adalah dari konteks dan perspektif kita semata..
Mungkin terdapat perbedaan dalam sorotan perspektif orang lain..

Jesteru..lapangkan dada..buang keegoan. Bagi ruang untuk orang lain berhujah... beri kesempatan untuk insan lain membentangkan idea mereka..

Semua orang bebas untuk bereksperimentasi..bebas mencipta perisai melindungi jiwa dan raga..

Gunakan akal.. pastinya akal yang sihat adalah hasil dari disuburi oleh iman kepada Allah S.W.T.

Ingatlah sebijak mana seseorang manusia tidak akan pernah mampu menandingi Allah Yang Maha Bijaksana..

Usah takbur wahai jiwa yang lemah.. semua yang kita ada hanyalah pinjaman dari Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah..
Himpunkanlah segala kekuatan akal dan keimanan yang kuat supaya kami mampu membuat segala pertimbangan dengan adil, benar dan semata-mata demi meraih keredhaan-Mu..

Bicara ini buat diriku..
Bicara ini buat kekasihku...
Bicara ini buat zuriatku..
Bicara ini buat yang menyayangi..



Sunday, April 26, 2015

Hatiku gundah

Assalamualaikum

Apakah kejadian yg paling tak best jika kita duduk jauh ngan family?

Banyak...

Antaranya..bila anak telefon menangis-nangis.. tak tau sbb apa sbb tak dgr pun apa yg diadunya..
Bila tanya papa baru...rupanya dia asthma..

Yuuuppp itu lahh abg uyeeh..dia just menangis dan menangis..yg mama dgr hanyalah dia sebut mama...mama..mama

Ohhh anak..mama rasa nk terbang aje..

Papa cuti kerja dan bawa abang ke klinik.. nebulizer ..
Thanks papa

hati ni rasa tak keruan..

Selepas papa hntr gambar dan tunjuk abang dah ok..baru lega rasanya..

Semoga papa dan anak2 sihat selalu..

Hari Jumaat ni kita jumpa yeee...miss all of u so much..


Friday, March 27, 2015

Hikmah perpisahan

Assalamualaikum wbt

Dah lama mama tak check-in kat sini.. mama tak de la busy tp bila kat umah sewa..line internet tak berapa ok la..

Mama akhirnya faham bagaimana perasaan bila berjauhan dengan anak, suami dan keluarga. Alhamdulillah kerana Allah beri mama lalui ujian ini..bukan semua orang dapat merasainya.

Syukur kerana melalui ujian ini..mama jadi makin mengerti ERTI PINJAMAN DALAM HIDUP.

Ya... segala yang kita ada dalam hidup ini hanya pinjaman dari Allah.. Allah terlalu sayang pada hamba-hamba-Nya lantas segala perkara yang diberikan kepada hambaNya mengikut perkadaran yg hanya Dia sahaja yang tahu.

Lantaran terlalu banyak kurniaan dari Allah manusia sehingga lupa bahawa kita tiada hak ke atas setiap sesuatu.. kita ego menyatakan apa yg kita miliki adalah hak mutlak kita. begitu juga dgn mama. Mama terlalu banyak melakukan kesilapan.. banyak yg mama lupa..banyak yg mama sengaja abaikan walaupun mmg mama sedar.

Ternyata pemisahan jarak dgn org yg mama sayang mengajar erti kesyukuran yg banyak.. bersyukur kerana mama hanya dipisahkan dgn jarak bukannya dgn dunia.. Insha Allah ada kelapangan dan rezeki dari Allah mama akan dapat berjumpa mereka...
Cuba bayangkan mereka yg terpisah antara dunia dgn org yg mereka sayang. berpisah dunia bermakna perpisahan kerana kematian.. usah fikirkan org lain kerana mama juga pernah mengalaminya..berpisah dgn ibu kandung.. terlalu sedih kerana kita tahu takkan bersua lagi melainkan jika diizinkan Allah di akhirat kelak.

Mama juga bersyukur kerana mama lebih menghargai org yg mama sayang.. mama jadi lebih banyak bersabar dgn karenah anak2.. mama byk bersabar dgn papa..

Apa yg paling penting mama dapat membuang sedikit ego mama..mama semakin sedar keterbatasan upaya mama..mama tak boleh melakukan semua benda sendirian. sebagai contoh.. mama berterima kasih kerana papa dan seluruh keluarga bersusah payah menjaga anak2.. Terima kasih semua...
Mama termalu sendiri memikirkan yang selama ini mama mmg tak begitu percaya pada orang lain utk menjaga anak mama untuk tempoh waktu yg lama.. akhirnya mama tunduk.. Alhamdulillah ya Allah atas kesedaran ini...

Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusan mama, papa, anak2, kaum keluarga, sahabat-handai dan umat Islam semua..

Thursday, March 5, 2015

Selamat hari lahir puteraku Amal Reefqy

Assalamualaikum

Buat pertama kalinya mama tiada di kala anak mama menyambut hari lahir..
Walaupun kami jarang buat majlis..tp ucapan dan pelukan tak pernah mama lupa berikan pada anak2..
Kali ni hari lahir abe Iqy yg ke-5 pada 2/3 yg lalu..mama takde di sisi..

Alhamdulillah..papa beli kek utk meraikannya..thanks papa..
Walaupun mama jauh di mata...kalian semua terpatri sentiasa di hati mama..
Selamat hari lahir Iqy sayang..


Akulah penjawat awam itu

Assalamualaikum

Mama ada announcement...yg biasa je..
Mama sebenarnya baru aje melaporkan diri di dalam perkhimatan awam..

Sekarang mama sedang menjalani kursus Program Transformasi Minda dan pra-penempatan..

Apa yg agak sedih..mana terpaksa berjauhan ngan papa dan anak2 syurga mama..
Apatah lagi mama ditempatkan bertugas di Putrajaya...

So bermulalah sessi PJJ yg tak pasti bila penamatnya..

Kali ni mama kongsi gambar kat tempat kursus.. kursus selama 2 minggu lebih..hari ni yg ke 10..




Ya Allah lambatnya lagi nk berjumpa ngan anak2..sabarlah wahai mama..

Tuesday, February 10, 2015

Pimpin dengan HIKMAH

Assalamualaikum semua..

Pernah tak korang rasa nak marah atau meluat yg teramat sangat sehingga terfikir..

"Ya Allah..kenapa la dia mcm tu..tak kan tak boleh fikir yg benda tu salah?"

ATAU

"Aku tak kan buat macam tu kat dia..terang2 lg benda tu berdosa..kenapa la dia pendek akal?"

ATAU

"Aku tak boleh bersama dia lagi..dia jijik...dia jahat.."


Dikala itu mmg totally dia salah... tanyalah pada siapa pun..mmg dia yg membuat onar...lebih parah onar itu membibitkan dosa..

Nasihat mama ketika masih waras ni... tarik nafas dulu...pejam mata...gambarkan yg baik2 aje.. istighfar... SEBELUM nak melempiaskan segala macam cacian..kutukan..kemarahan...tekanan atau rasa sedih..

Andainya pada pandangan mata hati kita..dia terlalu jahat..dia terlalu lalai..dia terlalu sebal.. JADI..jangan kita jadikan diri kita begitu juga..

Sedarkah kita..dgn sewenangnya melepaskan kemarahan..ketidakpuasan hati.. kita juga melakukan yg sia2 ..sesuatu yg tak baik...sesuatu yg negatif..seperti tanggapan kita terhadap dia..

RENUNGKAN..

NEGATIF  +  NEGATIF  =  NEGATIF

Andainya bagi kita...dia SALAH. Jadi manfaatkan apa saja yg BENAR dalam diri kita utk membetulkan atau merangsang perubahan dirinya ke arah yg POSITIF..

Jesteru..

Dalam hidup berumahtangga..jika kita sedar pasangan kita terpesong drpd syariat Islam..jauh dari norma hidup bermoral.. UBAH DIRI KITA DULU..pancarkan perubahan kita...semoga aura POSITIF meresap ke dalam diri kita dan pasangan kita..

Bersyukurlah kerana Allah memberi kita idea, hidayah dan pengetahuan yg baik sehingga kita mampu membezakan baik buruk...halal dan haram.. dek kerana itu, kita sedar..kita tahu jika pasangan kita berbuat salah...jadi pandu dia dgn HIKMAH bukan terus memberi TOHMAHAN..
Rawat hatinya yg sakit dgn terlebih dahulu merawat hati kita...

Dalam perkahwinan bukan semua yg indah akan terjadi.. bukan sesempurna coretan dalam novel..
Namun kita boleh mencipta mawaddah dgn terus berpegang kpd Al-Quran dan As-sunnah..

Apa guna jika punyai 1000 kebaikan..tetapi tidak dimanfaatkan..

Wassalam...

P/s: sahabat sekalian..tolong ingatkan mama dikala hati ini tidak mampu bertahan...segala yg baik hanya milik Allah..


Thursday, February 5, 2015

Sukarnya memaafkan..

Assalamualaikum..

Susah tak kalau nak memaafkan orang yg buat salah dgn kita? dan orang tu dah berkali-kali buat salah dgn kita?

Bagi mama setiap orang wajar diberi peluang utk berubah dan kemaafan.. cuma sekiranya kita adalah orang yang sentiasa mengulangi kesalahan yang sama...cuba renungkan adakah kita layak untuk diberi peluang?

Kita kena ingat manusia ni ada banyak kelemahan.. kesabaran ada hadnya..
Kadang2 kita selalu gunakan alasan yang kita ni manusia yg tak sempurna utk merayu kemaafan dari manusia lain.. tanpa kita sedar yg mereka juga adalah manusia yg juga serba kekurangan.. mereka juga ampuh..

Jesteru itu, sebelum meminta kemaafan dari manusia...pintalah keampunan dari Allah SWT dahulu...pohonlah agar Allah betulkan hati kita...bersihkan segala dosa kita...tingkatkan iman kita..jauhkan kita dari terus terjerumus ke dalam lembah dosa.. moga-moga dengan taubat kita kepadaNya..Allah akan subur rasa cinta ke dalam hati orang yg kita sakiti...moga mereka akan memaafkan kita dan silaturrahim akan kembali menguntum..

Jangan biarkan permohonan maaf hanya hiasan di bibir demi melepaskan diri dari tersepit dalam ranjau masalah..

Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Ilahi..

Sebaik pengaduan hanya pada Allah..di saat kita buntu untuk membuat keputusan.. hanya Allah tempat berserah..

Memaafkan org lain..bukan ganjaran utk mereka tapi ketenangan utk kita..

Wassalam..

Wednesday, February 4, 2015

My way...

Assalamualaikum..

Dalam bulan ni mama didatangi rezeki yang tak disangka...
Biasalah mama hanyalah manusia yang lemah..kala diberi rezeki yang baik.. masih ada kegusaran yg bertaman dihati..terlalu memikirkan kemungkinan yg tak baik berlaku sekiranya rezeki itu disambut..sehingga membuatkan mama lupa utk terus mengucapkan Alhamdulillah... ya Allah.. kerdilnya mama..
Alhamdulillah papa menyedarkan mama...

Benar...setiap apa yg diberikan Allah pasti tiada kepuasan dihati manusia yang lemah ini..kenapa?
Kerana kita penuh ketamakan..

Kenapa pantas mengeluh?
Sewajarnya ucaplah Alhamdulillah terlebih dahulu..
Selebihnya barulah dibuat pertimbangan..

Ampunilah aku Ya Allah..
Aku lupa kerana dalam diriku terlalu menuntut segala yg baik buat diriku..
Egonya aku...

Membuat pertimbangan untuk memilih jalan hidup adalah terlalu sukar..
Kerana kita tak mampu menilik dan melihat masa depan kita..
Kerana keterbatasan upaya kita..
Namun Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang membekalkan kita otak untuk berfikir, hati untuk merasa perasaan, iman untuk dijadikan asas dan agama untuk dijadikan panduan...
Terlalu banyak bantuan Ilahi namun kita tetap jua buntu dan masih meraba-raba..
Kenapa???
Kerana kita sentiasa tak pernah puas dan ingin yg terbaik..

Di saat lemah.. hanya bersujud..bertafakur dan mengangkat tangan menadah doa kepada Allah SWT pengubat kebimbangan..

Ada yang bertanya... "tak menyesal ke?"

Mama hanya mampu tersenyum.. mama tak berani nak cakap apa2..sebab belum terjadi apa2..
Apa yg mampu mama jawab..

"Saya cuma berharap Allah tempatkan saya di tempat yg Dia redhai.. seandainya itu adalah pilihanNya..Insha Allah segala urusan akan dipermudahkan.. sekiranya di kemudian hari ada masalah yg timbul..moga Allah kuatkan hati dan iman saya... kerana sepanjang hidup kita pasti akan sentiasa diuji"

Mohon doa dari semua..
Satu perjalanan baru bakal bermula..





Tuesday, January 27, 2015

Jom puji anak kita

Assalamualaikum

Mama rasa happy je baca status atau apa baik secara verbal atau bertulis berkenaan dgn seorg ibu atau ayah yg puji anak..ucapkan benda yg baik serta bagi gelaran yg baik pada anak..

Lihat dgn positif ...ok!!!

Puji anak mcm ckp...hensemnya anak mama..solehnya anak ibu... sopannya anak baba..dan lain2..bknlah suatu yg negatif atau bersifat menunjuk2.. ia sebenar perangsang utk buat anak lebih dihargai.. utk diri kita sendiri rasa menyayangi..supaya diri kita juga disayangi.. lontaran percakapan yg indah memberi aura positif dan menenangkan jiwa..

Macam mana nak cambahkan tabiat puji anak dgn cara positif?

  1. Praktikkan..istiqomah dlm melakukannya..
  2. Jangan malu
  3. Jangan hiraukan cakap org.. buat seikhlas hati
  4. Hargai anak
  5. Ingat bahawa anak anugerah Allah.. pastinya Allah hanya memberikan hadiah yg terbaik buat kita.. 
  6. Jangan suka mencari keburukan anak sehingga kita rasa malu utk mengaku mereka anak kita
  7. Bersyukur dan redha atas kurniaan Ilahi
Rangsanglah kasih sayang pada anak..biarkan hati dan jiwa mereka merasa tidak sabar utk berbual dan berkomunikasi dgn kita..buatkan nereka rindu dgn suara kita.. buat kita sentiasa berada dalam doa mereka..

Jaga anak kerana itulah aset yg kekal bersama kita di dunia dan akhirat..

NAMUN dalam menjunjung anak sendiri..jgn sesekali memijak anak orang lain.. elakkan riak..perbetulkan niat dan lakukan kerana Allah..

Ini hanya pendapat mama yg naif...
Wassalam..

Baby shower

Assalamualaikum

Hari ni mama curi2 baca gossip artis..hihi..time student jawab test...kiki

Terbaca pasal satu pasangan yg buat baby shower..

Adoiiii...

Baby shower sebenarnya adat org bukan Islam.. lebih kurang mcm versi melenggang perut utk budaya masyarakat Melayu..
Sbbnya dibuat time si ibu sarat mengandung..
Cuma baby shower ni just mkn2..ambil gambar..bagi hadiah..wish good luck kat mommy-daddy-to-be..
Adat melenggang perut pula..seorang mak bidan akan dipanggil utk jamah perut si ibu..iyala kan jamah perut si ayah nak buat apa..kannn????hihihi
Kalau zaman dulu mmg banyak kerja yg mak bidan buat..siap golek2 buah kelapa..nk tau jantina baby..
Tapi sekarang..masyarakat Melayu dah mula kurang buat gitu..sebab fahaman agama pun makin baik..jadi kebanyakan famili yg nak tunggu kelahiran baby lebih suka buat solat hajat dan doa selamat..lebih baik dan berkat..Insha Allah..

Tapi sekarang ni alahai ramai yg nk buat baby shower..ok je bagi mama cuma yg tak ok..keadaan majlis tu.. kebanyakan yg buat baby shower tak consider bab tutup aurat..dan apa yg dituntut dlm Islam..
Malah ada satu pasangan artis tu.. sebelah siang buat baby shower..pakai baju maternity paras lutut je.. malamnya buat doa selamat..nmpk tak kat situ ada pengasingan dlm mengamalkan cara hidup..sungguh liberal..astaghfirullahaladzim..

Buat keputusan jgn hanya guna akal.. sbb akal kita kdg2 byk dipengaruhi prinsip hidup kita...jgn guna iman dan ajaran Islam..insha Allah dpt jln keluar..

Saturday, January 24, 2015

Mangsa banjir juga...

Assalamualaikum

Lega rasanya boleh check-in kat sini.. wilayah maya mama ni..

Ya Allah dah lebih sebulan mama tak buka blog ini...
Bukan dah fed up tapi sbb banyak sgt halangan... jadi kebanyakan cerita yg mama nak kongsi..semuanya terakam kat memori aje..

Byk peristiwa yg besar berlaku..

13/12/2014 - anak lelaki mama yg sulung berkhatan..so mama sibuk la jugak jaga dia..nasib baik tugas menjaga tu banyak dilaksanakan oleh kakak mama.. mama tak boleh cuti..huhu..

Dua minggu lps tu sibuk ngan majlis kawin adik ipar..
Almaklum la majlis dibuat dan dirancang dlm tempoh yg singkat..
24/12/2014 - majlis pun berlangsung dgn meriah..alhamdulillah.

25/12/2014 - mama agak busy.. mujur la cuti..so boleh tolong mak mentua kemas rumah..so letih..
Namun hari itu bkn hari yg biasa.. pada hari ini kami didatangi pelawat yg tidak diundang namun tak kan pernah mampu utk menolaknya..
Itulah banjir....

Iya.. kami adalah antara mangsa banjir di bumi Kelantan..

Iya..mmg rumah family papa (juga tempat family kecik kami tinggal) ditenggelami air bah kuning..dalam rumah lebih kurang 150 cm kedalamannya.. namun itu masih tak mampu melawan derita mangsa banjir yg lain..

Semoga kita semua tabah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan