CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tips buat SURPRISE!!!

Saturday, August 22, 2015

Kepulangan yang dinanti

Assalamualaikum

Selepas kahwin, mama tinggal dgn famili mentua...Alhamdulillah famili mentua mmg baik... tapi setiap ptg Khamis smama mmg dah gelisah utk pulang ke kg mama..tak jd hal sbb dlm 20 minit dah sampai..
Ramai yg tanya "memang balik tiap minggu ke?"
Atau juga yg ckp "ooo..kalau hr cuti tak jumpa la dia sini (kat umah mentua)"
Tapi sebenarnya ada juga masa yg mama tak balik.. lebih2 lg kalau ada event atau ada sesuatu yg penting di rumah mentua..
Awal-awal kahwin pun papa ada jugak ckp "kenapa selalu tak sabar nk balik, bknnya jauh pun lgpun tiap2 minggu balik?"
Jawapan yg mama pun tak tau nk jawab. Tapi yg pasti waktu itu mama rindu mek (kini arwah Al-fatihah), ayah dan rumah. Mama rindu wajah mek yg pasti duduk di pintu rumah setiap petang Khamis walaupun mama tak call pun cakap nak pulang..
"Kenapa mek dok sini?" tanya mama..
"Dok eh..sajo ambik angin" atau mcm2 lagi alasannya..
Tapi mama tahu dia tunggu mama..dia mmg hrp mama balik.. ayah yg gemar membaca kat meja makan akan segera ke muka pintu dgn wajah yg ceria.. Ya..mama tahu mereka mengharap kami pulang..tapi mereka tak pernah telefon suruh balik sbb mereka tahu mama sudah jadi isteri orang..
Mama terlalu rindu seraut wajah mek..
Kini bila pulang..selepas mek telah 'pergi' seraut wajah ayah yg tersenyum riang sahaja yg tinggal.

Saat yg paling sedih ketika mek masih ada ialah ketika kami anak2nya ingin pulang...dia akan duduk di birai tangga dan tersenyum nipis.. seolah sengaja menenangkan diri walhal dia merasa sedih.. lambaian mek sentiasa meruntun hati mama..pastinya hati kakak2 mama yg lain..

Dan kini sampai sekarang...setiap kali nak tinggalkan rumah..mama sentiasa membayangkan mek melambai-lambaikan tangan..

Dan sekarang mama tak berpeluang lagi bertemu mek..insha Allah di syurga kita bersua..semoga kita insan terpilih..

Jadi bagi sesiapa saja..selagi berpeluang..telefon lah ibu. pulanglah ke kampung kerana kita tak tahu apa akan terjadi nanti.. adakah kepulangan dulu sama dgn kepulangan hari ini..

Semoga Allah memberkati dan mengampunkan dosa ibu bapaku ..ibu bapa mentuaku..suamiku..kaum keluarga..anak2 dan seluruh umat Islam...


2 comments :

yong suhana mohd saperi said...

Betul...sementara mereka masih ade,selalu2 lah balik..memandangkan suami jugak seorang yg mudah membenarkan jika akk nk blik kg..kekadang bawak anak 3org(8,4,1)naik bas..bertukar2 bas sbyk 3x asalkan dpt balik..ade masa nya seminggu sekali naik bas..dgn perjalanan ambil masa 3jam ++

yong suhana mohd saperi said...

Betul...sementara mereka masih ade,selalu2 lah balik..memandangkan suami jugak seorang yg mudah membenarkan jika akk nk blik kg..kekadang bawak anak 3org(8,4,1)naik bas..bertukar2 bas sbyk 3x asalkan dpt balik..ade masa nya seminggu sekali naik bas..dgn perjalanan ambil masa 3jam ++

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan