CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, April 24, 2012

MPKB melancarkan operasi...

Baru kejap tadi MPKB buat operasi anhkat motor yg parking di tempat yg salah..diorang parking tempat letak kereta.....hohoho...
Kesian.....
Ada 3 orang student mama yg terkena....




Minum 3-in-1 bahaya??????



OOOOOO....sebenarnya mama memang dah realise benda ni...tp bak kata penulis artikel tu..kita pilih 3-in-1 sbb lebih senang dan lebih murah....

Tapi dalam tak sedar kita telah mengabaikan diri kita....ayooooo...mama everyday minum 3-in-1....sama la ngan papa..sob..sob..sob...

Kalau dah 3-in-1 bahaya...yg 5-in-1 tu tak la mcm mn..hehehe...

Chicken McBites!!

Hai..korang dah try Chicken McBites tak???



Mama baru je try minggu lepas..hahaha..terkebelakang la mama ni...tp mama sefamily suka laaa...
Soooo, semalam papa belanja lagi kami di McD...oh noooooo...habis diet mama...

Chicken McBites ni hidangan ala carte...dia ada dalam 10 pieces dan 20 pieces....dia lebih kurang Chicken McNugget cuma dia lebih kecil dari segi saiz...kiranya sekali ngappp dah selamat ke dalam perut...





Turun BERAT BADAN dengan AIR KOSONG??????


Statement ni mama rembat dari wall kawan mama UMI...dia bagi petua turunkan berat badan...sumber asal mama tak tau tp takpe sebab petua ni tak memudaratkan diri kita....

Petua turunkan berat badan dengan air kosong:

1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =
(40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan:
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.


So..senangkan .....boleh la try...mungkin agak sukar pada mula2... tapi tak salahkan kalau hati terlalu memBUAK nak kurus...

Selamat mencuba....mama pun tgh try ni....

Thursday, April 12, 2012

Ayahku...tersalah didiagnosis..

Ayah berdepan dgn keaadaan kritikal sejak dua minggu lalu...sejak dari itu juga kerisauan tak pernah luak drpd hati kami adik-beradik. Kakak2 mama yg dok Ipoh, Melaka dan Kuantan balik...
dua minggu lepas ayah dah dimasukkan ke hospital besar...doktor cakap ayah ada sakit di bahagian paru2 ...nama sakit dia COPD...mungkin kerana habuk yg melekat pd paru2 dan kerana ayah merupakan seorang perokok tegar....tapi selepas 2 hr 2 mlm di hospital..ayah dikeluarkan..dari pemerhatian kami tiada byk yg dilakuakn doktor..sekadar membekalkan ayah dgn 'inhaler' dan memasukkan air ke dlm bdn ayah..dan rutin hari2nya hampir 3-4 kali sehari ambil darah dari badan ayah...tp kami tak boleh komen itu..may be itu prosedur biasa w/pun ada keraguan dihati kami...iyalah takkan nak bawa kat makmal 2-3 kali sehari darah ayah..
Mama terfikir..mungkin ayah dijadikan bahan latihan kepada pelatih2 jururawat utk test ambil darah...kalaulah mcm tu..mmg tak patut sbb ayah kelihatan terlalu lemah..
Selepas tu ayah pun dibawa keluar..kami redha bila doktor kata yg ayah sukar diubati..kami terfikir paru2 ayah dah benar2 rosak sampaikan doktor takmampu buat apa..

Tapi yg jelas ayah masih sukar utk bernafas..dan bila ayah mkn..ayah akan rasa sakit..
Kejadian yg lebih menggemparkan terjadi Khamis lepas bilamana ayah hmpr tersungkur ketika duduk..lidah ayah terjelir keluar seumpama sukar bernafas...Kak Nie yg menjaga ayah kat rumah segera menelefon mama...bergegas mama ke rumah ayah dr tempat kerja...
Kakak2 mama bergegas pulang ke kampung...kami memanggil doktor dr klinik swasta ke rumah...terdpt sedikit percanggahan bila mana mama memberitahu tentang sakit ayah..doktor kata simptom COPD tak terlalu nyata pada ayah krn ayah tidak batuk..

Selepas berbincang kami adik beradik..kami tidak mahu lagi terkapai2 tak tau penyakit sebenar ayah..walaupun kebenarannya nnt pahit..kami perlu harungi..kami tak rela tgk ayah sakit lagi dan paling tak rela jika ayah tersalah diberi ubat..

Kakak mama bawa ayah ke KPJ Perdana Specialist Hospital..setelah berjumpa pakar..rupa2nya ayah kekurangan darah. HB ayah dah turun sehingga 5.2..HB normal bagi seorang lelaki ialah 13...dan paling mengejutkan terdapat ULSER di dlm usus ayah....Ya Allah..ini rupanya sakit ayah patutlah ayah sakit bila makan dan bila ayah buang air besar, keluar darah...

Doktor menasihati ayah dimasukkan ke dlm wad...

Ayah lesu selepas proses endoskopik...dimana satu kamera dimasukkan melalui mulut ayah  utk meninjau ke dlm usus ayah..

Di dalam wad, 4 pain darah ditambah...ulser ayah dirawat....


Kakak sulung mama yg sama2 menjaga ayah sepanjang di Perdana Hospital...

Di akhir rawatan ayah....

Alhamdulillah ayah telah keluar wad pada hari Selasa lalu ...ayah tak sakit lagi time makan...cuma ayah cakap sakit pinggang..may be sbb ayah berbaring terlalu lama semasa proses memasukkan darah..
Ayah kena berpantang makanan yg keras dan pedas...

Mama ucapkan terima kasih kepada semua yg mendoakan ayah...semoga ayah sihat kembali...semoga kita semua dirahmati Allah....Terima kasih papa sebab memahami tugas mama sebagai seorang anak..

Monday, April 9, 2012

Fesyen Artis di Karpet Merah ABPBH25

Bila aje time anugerah...fesyen artis yg org paling nak tgk..mulalah ramai yg jadi pengkritik bebas...hahaha

ni mama amik dr Google....

















oooooooo...fesyennnn...cantik semuanya.....

Aaron bintang paling POPULAR!!!

Tahniah mama ucapkan kepada Aaron Aziz sbb menang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian yg ke-25....itulah hasil ledakan OMBAK RINDU...



Maya pun menang kategori Pelakon Filem Popular....



Tapi sebenarnya itu tak begitu mengujakan mama kerana Aaron bukanlah pelakon No 1 dihati mama..tp mama still positif yg Aaron deserve for that TITLE..ialah filem goreng habissssss...

Mama lebih teruja tengok kemenangan FIZZ FAIRUZ...semua org termasuk dirinya tak sangka dgn kemenangan dlm kategori Pelakon TV Popular...walaupun mama rasa dia dah patut menang time Nur Kasih tgk glamer dulu...tak lama lg boleh kawin..kesian Almy Nadia dah lama tunggu......



Mama pun suka sgggttttt bila Johan a.k.a BOTAK menang...dia memang telah dijangkakan...Artis Baru Plg Popular..



Kemenangan Fasha Sandha pun mama memang harapkan sbb mama plg minat dia...hehehe..



Siti Nurhaliza pulak dpt Anugerah Sri Perak....mmg hebat dia..tak de yg boleh lawan...



dan yang pastinya pengacara2 yg ganas2 ....hahaha...




Dah selamatttt..tunggu tahun depan pulakkkk...

Wednesday, April 4, 2012

Hadiah buat MAMA!

Korang...mama nak kongsi berita gembira tau.....mama dpt hadiah SPESEL dari papa....

Ini dia....taraaaaaaaaaaaaaaaaa...


Mesin jahit Singer 8280.... mama dah lama dah teringain nak beljar menjahit....akhirnya termakbul...senyum sampai ke telinga mama...sayanggggggggggggg papa....

Bila dah ada mesin jahit ni mama rasa perasaan yg luar biasa...perasaan gembira..fikiran pun dok ingat ko mesin sokmo.....maka terhasil produk2 kat bwh...mama try jahit sarung bantal...sbb mama rasa setiap org yg baru belajar jahit kena pandai jahit sarung bantal...selepas terkial2 akhirnya mama berjaya....terlalu gembira sb mama belajar sendiri..sob..sob..sob...pastu mama masukkan bantal Uyeeh dan berikan pada Uyeeh...

Lebih happy lagi Uyeeh suka sgt2...dia tak habis2 puji sarung bantal mama...hehe..siap kasi cium kat pipi mama..ooohh penghargaan mcm tu buat sakit belakang mama menjahit dah hilang...haha...sayang Uyeeh...papa pun puji...Uyeeh suruh mama buat lagi..w/pun mama tau yg sarung tu taklah hebat mana tp mama still happy...nanti mama buat byk2 ok...


Cubaan sulung mama bukannya sampul bantal kat atas...sebenarnya benda pertama yg mama jahit ialah tudung....cantik tak????


Maksud mama tudung tu..mama tak usah ditanya memang CANTIKKKKKKKKKKKK sgttttttt....hehehe...kata papa la...org lain mama tak tau...

Tuesday, April 3, 2012

Lagu "BAWAKU PERGI" diharamkan?????????

Hishhhhhh...mama pernah memberikan komen pasal lagu ni ....oooooo rupa2nya bukan mama sorang...


Credit to : MEDIASEMASA , Qarma Musiq Production


Kenyataan Akhbar Daripada Malique Mengenai Lagu ‘Bawaku Pergi’

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik. 
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali . Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga‘. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh‘. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam . Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja. 
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. 

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique
Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.

Kalau itulah jawapan Malique ..nak buat mcm mn kan....setiap org punya hak bela diri....tp still bagi mama lagu ni tak relevan...biarlah Malique nak ckp mama kuno ke....negatif ke....kerana:

  1. kalau dikira niat Malique menulis adalah ditujukan kpd kehidupan dia dan isterinya...oklah..tp pernahkah Malique terfikir yg setiap kali pendengar mendgr lagu mereka jarang sekali berkhayal tentang kisah penulis lagu...kebanyakan orang akan cuba memasukkan dirinya ke dlm cerita lagu tersebut..so mama rasa lagu yg tak elok liriknya berupaya mempengaruhi pemikiran pendengar w/pun lagu itu hanya berdurasi 4 minit..
  2. Betul la kata Malique..apa sgt dgn lagu 4 minit ni..tak akan la dpt mempengaruhi anak2 lari dari rumah...ermmmm...tapi pernahkah Malique terfikir tentang cetusan idea...kdg2 kita memperolehi ilham dari mendengar sesuatu..tak sampai seminit pun dah boleh menyumbang kpd idea yg besar...so sekiranya Malique memikirkan tanggungjawab sosial, mama rasa Malique tak akan pernah mencipta lirik ini...
Sayangkan....mama suka sgt lirik2 yg dibuat oleh Malique sejak dari dia bersam TOO PHAT lagi...lirik dia penuh mesej..terbaru lagu 'Aku Maafkan Kamu' dendangan Jamal feat Malique...penuh jiwa lagu tu..lirik sampai dan membuatkan kita bersemangat....

Mama harap Malique tak terasa hati dgn pandangan mama...mama memang kurang arif...mama cuma ordinary person yg suka mendgr lagu, muzik dan lirik..mama mengikut penilaian mama...semua org berhak meluahkan....maaf jika tersinggung.....

IZARA cover majalah EH!

Mama terpandang cover Majalh EH bulan ni..ermmmm IZARA AISHAH la....


Tapi mama minta maaf sgt2 kat Izara, Majalah EH!, family Izara dan peminat beliau...mama tak berapa suka laa..nmpk weird sikit pada pandangan mata mama ni.. may be gambar tu diambil utk tonjolkan elegant dan class tp mama rasa wajah Izara nmpk tak fresh la..mama suka sgt tgk Izara tapiiiii bukan utk kali ini.....

Tapi kalau korang suka...up to you.....semua org boleh bagi pendapat kannnnnn???????

Safee Sali bercerai...

Alamak mama terkejut sebenarnya baca paper pagi tadi...tetiba aje mama teringat pada satu laporan akhbar semalam...SAFEE TAK CURANG rasanya tajuk entry kat akhbar tu..tapi mama yg begitu sibuk semlm (iye ke???) tak begitu mengendahkannya....mama ingat itu hanya satu tajuk entry yg nak kasi sentap peminat Safee..mama jugak ingat dia nak ckp yg walaupun dia tak main kat Malaysia dia tak curang dgn negara dia...hahaha...samapai begitu sekali mama berfikiran positif...tak tergambar pun yg entry tu pasal perpisahan Safee dgn isterinya Sabrina....

Tapi nak buat mcm mn dah tak de jodoh...kesian anak2 dia..harap lepas ni jangan diabaikan anak2..yg terpisah hanyalah ikatan perkahwinan. Hubungan dgn anak2 tak akan pernah terputus....

Ya Allah panjangkanlah jodoh mama dan papa...mama jugak berdoa agar jodoh korang dgn pasangan masing2 berpanjangan sampai ke SYURGA abadi....

Engagement planner in the making....

Hai semua...

Lama dah mama tak coret2 kat sini...
Actually dalam 2 minggu lepas kesihatan ayah mama begitu mendukacitakan...
Ayah kena tahan kat wad..dan mama yg tukang jaganya...kemudian bila discharge, ayah masih memerlukan pemantauan dari kami....
Semua kakak mama balik...bila dah balik semua ayah begitu happy...lepas dapat nasihat dr doktor..kami tau la mcm mn nak handle sakit ayah...apa sakit ayah??? nanti mama cerita ek dlm next entry..

Sekarang mama nak citer pasal tugas baru mama...
Mama telah dilantik utk menjadi Engagement Planner utk pertunangan adik ipar mama..hahaha...



Tajuk entry macam HEBAT je kan...sebenarnya biasa2 je...mama tlg2 je...tolong buat hantaran dan arrange pelamin...hehehe...

Sekarang ni semester pendek dah mula..sooooooooooooo mama begitu busy sebab time semester pendek ni jadual kelas begitu padat..pastu mama kena uruskan deco hantaran lagi...beli brg...Pertunangan lambat lagi ....bulan Jun nanti tp...tahukah anda yg masa berlalu begitu pantas......so mama kena cepat...iyalah nanti nak tolong urus rumah lagi...... dengan anak2 lagi yg semakin hebat beraksi......dgn papa yg sentiasa ingin dimanja...dgn byk2 lagi....


Sooo, memandangkan mama bukan selalu buat hantaran..mama kena google2 la gak....nasib baik mama memang minat ngan benda kreatif ni w/pun level kekreatifan mama tak de la sgt...

Hehe...wish me luck....nanti mama update lagi ekkkk tentang ROAD TO THE ENGAGEMENT...adiossss...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan