CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, October 31, 2012

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...

Pagi tadi mama dtg dengan agak tergesa2....huihh...penat sekali..pastu sampai ofis...naik tangga lagi..cuaca pun panas.....peluh pun mula menghiasi hidung...(org kata kuat cemburu)..
Pagi2 lagi dah berpeluh......air-cond pun tak terasa sejuknya...

Sekarang ni dah pukul 12 lebih...ermm ingat nak basuh kereta.. al-maklumlah kereta tu dah teruk sgt..
Al-kisahnya kawasan rumah in-law mama ni tak luas..nak parking bawah garaj mmg tak dapatnya...kat bawah garaj tu dah ada kereta maother-in-law, kereta myvi kami, dan of coz motor yg tiga bijik tu....mana nak muatnya 1 lagi..terpaksa la parking kat luar...kat situ pulak bawah pokok mangga..getah2 mangga tu memercik halus kat kereta...kena sental bagai jugak tu....

Tapi sebaik aje mama melangkah ke pintu ofis...barulah mama perasan....hujan rintik2 sudah memenuhi bumi...
itulah kan..baru pagi tadi mama terasa panas yg sgt terik..kejap aje perubahan berlaku....tanpa kita sangka..

Teringat pulak peribahasa 'KUSANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI'...
Pandai nenek moyang kita create peribahasa begitu.....melihat perubahan alam..mengaitkan dengan diri...

Tetiba je dalam berjalan ke kereta lagu 'GERIMIS MENGUNDANG' nyanyian Slam bermain2 di benak...
Lirik2nya boleh dijadikan panduan..mengingatkan juga diri supaya sentiasa mendoakan yg terbaik untuk diri dan semua orang kerana perkara yg tak terjangka pasti akan mengundang dalam kehidupan kita...sesungguhnya ALLAH sahaja YANG MAHA MENGETAHUI...

Dan bila dah hujan datang menjengah..kita pun tak tahu bila akan reda... bersabar dan terus bersabar...pepatah lama,'sediakan payung sebelum hujan' ....eermmmm...sesuatu yg boleh dijadikan pegangan hidup juga...





Dalam Hati Ada Taman...Meletop!!!

Semalam mama tgk rancangan baru kat Astro ..dua jenis... 1 rancangan hiburan gossip yg diberi nama 'MELETOP' dan satu lagi drama 'Dalam Hati Ada Taman'
Korang tengok tak???


MELETOP tu ok la jugak ....rancangan tu menampilkan dua pengacara yg sedang meningkat naik Nabil dan Neelofa...fuhhhh cantiknya Neelofa..melepak2 putihnya..


Ok la jugak diorang jd host...rancangan lebih kurang macam 'Melodi' dan 'Propaganza' tp ditambah beberapa slot la kan...macam 'Parody'...Parody ni diorg ambik sedutan dari mana2 cerita..diorg tukar dialog...semalam diorg ambik scene dalam citer 'Adam & Hawa'...
Paling best bila dia melakonkan gossip yg meletop..semalam dia melakonkan semula kononnya gossip percintaan 'Apex dan kekasihnya Lieuney'....agak kelakarlah kan...Meletop bersiaran secara langsung pada hari Selasa jam 10 malam....korang suka..korang tgk la ye....

Pastu mama tgk citer terbaru di Astro..citer bersiri 'Dalam Hati Ada Taman' lakonan Elfira Loy, Randy Pangalila, Amy Mastura, Riezman, Hanez Suraya, Amar Asyraf dan ramai lagi..yg bestnya buat kat Paris you...bertuahnya jadi pelakon..boleh jln2...tambang free pun dah ok.....



Citer dia pun nmpk best..Amy Mastura..macam biasa la kecoh dan funny..seorang ibu tunggal yg membesarkan anaknya Bella (Elfira) ..tapi kalau nak rasa feelnya kena la tgk episod seterusnya... citer ni akan menemui kita pada setiap Isnin 9.30 malam....

So, makin byk rancangan terbaru..atas pilihan kita la nak menonton ke tidak....mama kalau sempat tonton..kalau tak mama rekod la dulu..ada tu yg mama rekod pun mama tak sempat nak tgk..hehehe.....bagi kat anak2 dan adik2 je la tgk tv...zaman dah berlalu....hehe...

Ok daaaa..nak breakfast dulu..muahhhhh..

Tuesday, October 30, 2012

Pemenang Anugerah Bola Sepak Malaysia 2012


Ermm...nampak pemenang Anugerah Bola Sepak Malaysia 2012 sudah diketahui...mungkin ramai dah sedia maklum....so di sini mama hanya nak tempek maklumat yg mama ambil dari SOKERNET.COM.. dan mSTAR Online
Saje je untuk menghiasi blog mama ni...

Keputusannya adalah:

Persatuan Terbaik: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talha (Kelantan)
Pemain Paling Bernilai (MVP): Norshahrul Idlan Talha (Kelantan)
Jurulatih Terbaik: B. Sathianathan (ATM)
Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan (ATM)
Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (Selangor)
Pemain Muda/Harapan Terbaik: Rozaimi Abdul Rahman (Sabah/Harimau Muda/Selangor)
Pemain Import Terbaik: Marlon Alex James (ATM)
Kelab Terbaik: Sime Darby FC
Kelab Penyokong Terbaik: ATM
Pengadil Terbaik: Nafeez Abd Wahab
Anugerah Khas Bola Sepak 2012: Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat
Anugerah Khas Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia 2012: Kementerian Pendidikan Malaysia

Pemain Paling Bernilai....(mesti fulus byk masyukkk lepas ni)
So, apa korang rasa.... keputusan dah muktamad..terima aje ler..FAM punya kuasa....

Siti Nurhaliza umpama tak pakai tudung...

Mama rasa pasti ramai yg marah ngan mama sebab tulis macam ni..iyalah kan mama komen ikon hiburan yg paling disegani di Malaysia sekarang ni...hehe...

Sorry la pada penggemar fanatik Datuk Siti yang anggun ni...mama personally kagum dgn kewibawaan dan aura Datuk Siti..malah mama juga merupakan pengguna satu dua produk SimplySiti...

Truly, mama tak terkejut pun dgn penampilan Datuk Siti sebagai cover Majalah Wanita keluaran November 2012.. kalau sepintas lalu tgk..seumpama tak pakai tudung...sebelum ni pun kita sedia maklum yg Datuk Siti terkenal dgn personaliti yg bertudung tapi jambul still tersergam...hehehe...Inilah gaya Datuk Siti sebagai cover Wanita November 2012...




Tapi kali ni nampak agak ketara..maybe kerana Datuk Siti menggayakan serkup dari kain lace hitam...penampilan Datuk Siti seolah2 ingin nampak seumpama orang yg tidak bertudung langsung... Adakah Datuk Siti malu untuk menonjolkan diri sebagai seorang yg bertudung walaupun tidak sempurna???...Mama cakap ini bukan sesuatu yg pelik kerana beliau pernah menggayakan gaya ikon Madonna untuk Majalah Glam keluaran Januari 2012....

Mama bukanlah org yg tepat untuk menilai gaya seseorang...mama bukanlah org yg baik dan sempurna..ini cuma luahan ekspresi mama setelah melihat gaya beliau... Mama yakin beliau sudah dewasa dan waras dlm menentukan gaya beliau...

Walaubagaimanapun Wanita keluaran November 2012 ini mempunyai byk sisipan yg menarik dan memberi motivasi kepada kita....

Mama pun dah memiliki majalah ni...kan mama dah kata aura Datuk Siti sungguh kuat....menarik2 mama utk membeli...kerana bagi mama semangat dan keazaman beliau sememangnya boleh dijadikan tauladan dan contoh yg berguna...

Bagi mama apa yg baik kita mabil dan jadikan contoh dalam meniti kehidupan... apa yg tak berapa elok jadikan sempadan dalam menilai diri kita... Ingat tau hidup ni ibarat roda...kita tak tau bila kita akan berada di atas dan bila pula kita terperosok di bawah...Apa yg kita boleh doakan agar kita akan berada disisi Allah di syurga yg kekal abadi dan sentiasa dalam keberkatan hidup..

Dalam mendoakan kebaikan untuk diri jgn lupakan doakan untuk orang lain jua.. Penting diri hanya akan merugikan diri....

Wallahu a'lam... love you all....

* jom saling berpesan2 pada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran...

Monday, October 29, 2012

Felt Oh Felt! di musim perayaan...

Sebaenarnya dah lama mama tak buat projek felt ni...sehingga sehari sebelum raya haji baru2 ni BFF mama minta tolong jahit untuk mereka 1 family... katanya nak pakai baju tu semasa majlis sambutan birthday dua org PUTERINYA yang comel tu...

Mama seriuosly kebuntuan idea krn al-maklumlah dah lama tak merekacipta design felt dan of coz la sebab masa begitu terhad..mama kena siapkan pulak semasa perayaan....

Mama rushing menjahit...seriously mama begitu kepenatan...namun mama begitu teruja nak buat..sebab mama tau BFF mama tu mesti happy giler kalau mampu buat mereka... Walaupun hasilnya tak de la terbaik namun sekurang-kurangnya mama dah berjaya membuatkan dua puteri tu bergembira...hehehe...untuk papa dam mama mereka mama just tulis MAMA dan PAPA aje..tak sempat hehehe...

Untuk Faqihah ,6 tahun



Untuk Qaseh,3 tahun

Buat papa dan mama mereka... sorry tak sempat nak  tambah  rekaan....
Harap mereka puas hati dan bahagia selalu..HAPPY BIRTHDAY buat Kakak(Faqihah) dan Qaseh....

Ayam Panggang ...Simple and Delicious...

Mama sebenarnya tak tahu nak masak apa sempena raya ..Mama ingat nak masak spagetti je..iyalah senang dan sedappp...tapi bila memikirkan papa yg agak tak berapa LIKE.... hehehe (jiwa Melayu kental la katakan)... mama rasa tak kot.. malas la pulak nak masak banyak jenis....lagipun abg ipar mama pun ada yg tak gemar spegetti..ayoyooo..

Jadi mama pun fikir la juadah lain... susah gak nak sesuatu yg special tapi senang dan mudah sbb raya kali ni mama ada projek FELT la... tolong kawan je....nanti mama story lenkali ok...

So, mama dgn kuasa veto telah merancang satu juadah yg senang tp may be ramai yg suka...

Mama ada dgr dr member2 opis mama iaitu Kak Dini dan Kak Midah yg diorg nak buat nasi carrot...bunyi macam sedap..kelainan ni...mama pun tanya dan usyar la cara membuatnya...
Diorg nak buat Kuah Dalca...ermm mcm best...mama pun usyar gak..hehehee

Sampai kat umah mama pun story dekat kakak2 mama pasal plan juadah mama..dorg setuju ngan nasi carrot tp kakak sulung mama tak berapa suka Dalca...so mama kena fikir lagi la ni...

Lepas fikir secara logiknya mama pun buat sesuatu yg senang..mama biasa la suka yg simple2 aje...
Mama pun rancang nak buat:

  • Nasi carrot
  • Ayam panggang
  • Sup
Senang kan..tp mama rasa family mama boleh kot menerimanya...hahaha..papa??? ayam panggang orait je..sup ok...tang nasi tu...mama akan standby nasi putih sbb melalui pengalaman lalu papa tak mkn nasi berwarna2 ni..mcm nasi minyak dan nasi hujan panas...(macam mama time kecik dulu...skrg mama dah boleh mkn semua)..

So, mesti korang dah tak sabar nak tgk hasilnya kan..tapi mama upload gambar ayam panggang ala mama je la ye...sebab ini first time mama buat dan berdasarkan naluri mama sendiri...cehhhhh....(koya)

Ayam Panggang ala Simplemama

Sorry la kalau korang nmpk tak menyelerakan..tapi sumpah best..tp itu kata papa la...hahhaha..papa mmg komen terbaik je sbb bimbang mama merajuk..hehehe..

Tapi mama nak jugak bgtau cara mama buatnya...

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih *
1 inci halia* (lbh kurang je..kalau nak lebihkan pun ok)
Garam secukup rasa*
1 kiub ayam*
5 sudu besar Sos black pepper 
3 sudu besar kicap manis

bahan * ditumbuk halus...

Caranya: Lumurkan bahan yg ditumbuk pada ayam secara menyeluruh....
Kemudian ambil sos black pepper dan kicap... lumurkan juga... 
Kemudian perapkan ... letak dlm peti...tutup bekas yg digunakan dgn plastic wrapped atau aluminium foil..kalau nak senang letak dlm tupperware tp jgn la tupperware yg mahal ye..nnt mana la tau hasil perapan tu melekat...nangis la pulak....

Mama perap malam sebelum mama nak panggang....baru mesra rasanya....

Pastu panggang...mama potong ayam kepada 4 bahagian sbb mama tak de oven besar nak panggang seekor ayam..mama panggang guna ni je....mudah je kan...nak guna bakar arang ala satay pun boleh.....


Bila ayam yg dipanggang mcm nak masak, korang sapu la sos black pepper...barulah dia tak kering...kalau yg perap tu masih ada, korang letak kat ayam tu...
So, kalau korang nak cuba...silakanlah...senang, mudah dan Alhamdulillah boleh la tahan rasanya....

Selamat mencuba.....


Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Mama kat sini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua ...semoga korban anda semuanya diterima oleh Allah SWT...Mama tahun ni tak berkorban...Insya-Allah tahun depan....

Mungkin ada yg menganggap raya korban atau juga dikenali sebagai raya haji tak semeriah raya puasa...tapi sebenarnya kedua-dua hari raya ada keistimewaan dan keberkatannya tersendiri... sebagai umat Islam kita wajib menganggap kedua-dua perayaan adalah kurniaan Allah SWT dan mempunyai sebabnya yg tersendiri...Usahlah membandingkan dari sudut kemeriahannya sahaja..

Mama bukanlah seorang yang pakar untuk membahaskannya dgn lebih lanjut.. Namun jom lah kita sama2 mengenali dan menghayati secara hakiki erti hari raya dalam kehidupan kita..

Kepada yg berada di Makkah sekarang ni...yg sedang menunaikan Rukun Islam kelima..Alhamdulillah..Allah telah menjemput kalian sebagai tetamu-Nya tahun ini..kalian adalah dikalangan org yg beruntung dan terpilih...doakan mama dan keluarga dapat ke sana jua....

Kepada yg dah balik kg...mesti seronok kan..mama yg dah sememangnya duduk kat kg..menunggu aje la sanak-saudara yg pulang...

Nak masak ape ek??? Iyalah kan raya bukan selalu...sesekali berkumpul mesti nak rasa sesuatu yg special..tapi macam biasa..jgn dilupa saudara kita yg tidak mampu dan sedang berduka...sekiranya tidak mampu memberikan sesuatu..berikanlah mereka DOA...semoga diterima Allah....
Sesiapa yg berdoa pada hari ini yakni hari Wukuf...doanya Insya-Allah dimakbulkan..so jom berdoa byk2... semoga pintu langit terbuka dan doa kita diterima Allah....

Then..itu aje la..mama pergi dulu..jumpa lagi..jgn makan daging banyak2 nanti PENING...hehe..jaga kesihatan diri...love you all....muahhhhhhhhhh...



Wednesday, October 24, 2012

Betty Banafe pilih lelaki BIJAK..

Alhamdulillah...akhirnya pintu hati aktress dan penyanyi tanahair yg cukup dikenali ramai, BETTY BANAFE memilih seorang lelaki Mat Salleh utk menjadi RAJA dihatinya....


Tetapi harus diingat, alasan lelaki Inggeris atau lelaki asing bukanlah kriteria utama pilihannya...
Dia memilih BRUCE DARGUS dan telah melangsungkan pertunangan pada 14 Jun lalu kerana lelaki tersebut seorang yang bijak...Betty merasa sungguh selesa bersama Bruce kerana Bruce berpengetahuan luas... memang mama akui, kecerdikan dan pengetahuan boleh menyebabkan seorang lelaki itu tampak menarik, mempersona, berkeyakinan dan hebat....soal rupa dah jatuh nombor yg seterusnya.....kalau hensem tapi OTAK UDANG....sakit hati mak....hehehe...

Bruce ni ada 3 ijazah....wow...hebatnya..mama nak habiskan 1 ijazah pun terkehel-kehel...hehehe...

So, mama harap..bila dah bijak dalam bidang akademik...Bruce akan bijak juga dalam mengendalikan rumahtangga sebab kadang2 kebijaksanaan dlm bidang akademik belum dapat menjanjikan kebahagiaan dan keberkatan dalam institusi kekeluargaan...

Menurut Betty, family dan semua yg mengenalinya pun dah merestui hubungannya dgn Bruce...sekarang ni Bruce dalam usaha mendekatkan diri dgn agama Islam...Alhamdulillah...

Selamat berbahagia kepada Betty dan Bruce...semoga mahligai impian yg diharapkan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Betty dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 8 DISEMBER 2012....Majlis resepsi yang hanya dihadkan untuk 100 orang sahaja akan berlangsung pada 14 Disember 2012 di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru
Barakallah..


Sumber: Cari.com 

Amazing Zulfahmi Khairuddin

Siapa Zulfahmi Khairuddin??? Kalau dulu mesti ramai yg tak kenal...tapi sekarang namanya dah cukup familiar..dan sesiapa yg tak tahu semestinya orang yg tak mengikuti arus perdana la...hehe...then mama rasa korang boleh la google2 maklumat pasal dia...bukan apa may be one day dia akan memberi jasa yg bermakna buat negara setanding Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Pandalela Rinong dan yg sewaktu dgnnya...

Inilah dia Zulfahmi tu....


Zulfahmi dilahirkan pada 20 Oktober 1991..di Banting, Selangor...Beliau merupakan pelumba Motorsikal Negara yg bertanding dlm Moto3..Mula berlumba pada tahun 2009 dalam acara 125cc.. Beliau berjaya mendapat petak pertama dalam Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012 di Sepang pada 21 Oktober 2012 yg lalu..Walaubagaimanapun dia mengakhiri perlumbaan dgn menduduki tempat kedua di belakang Sandro Cortese...

Tetapi..pencapaian itu cukup membanggakan negara...Malaysia mmg mendambakan ada pelumba yg berjaya naik ke podium.....lebih2 lagi bermain di laman sendiri....Mama cukup bangga la dgn Zulfahmi..muda lagi...Time beliau menang tu..dia baru menyambut hari lahirnya yg ke 21...kiranya baru berumur 21 tahun 1 hari...kiranya hadiah birthday la tu...



Mama tak la begitu tahu sangat pasal race motor ni tapi mama rasa nak sangat letak kisah Zulfahmi dlm blog mama sebab mungkin boleh bagi link untuk org lebih mengenali Zulfahmi...sebab dia boleh jadi idola ramai org....Tahniah kepada ibu bapanya yg berjaya mendidik Zulfahmi dan dapat mengesan bakat anak dgn jayanya...Mama berharap Zulfahmi tidak akan lupa diri dan sentiasa berjasa buat keluarga, negara dan agama...

Zulfahmi dah menunjukkan langkah terpuji dgn melarikan diri semasa upacara sembur2 champagne semasa di podium....Alhamdulillah...tapi kesian pada negara kita kan....disirami oleh air syaitan...kenapa tiada ketegasan oleh pihak berwajib...atau kerana kita terlalu ingin menjaga hati orang bukan Islam.....

Sebenarnya mama ada jugak kebimbangan di hati bila tgk Zulfahmi melangkah ke podium...takut terkena arak..tapi keran didikan dan pegangan agama yg baik...Zulfahmi dgn beraninya melarikan diri...begitulah yg kita nak...kita perlu bertegas dan yakin dalam beragama....Allah sentiasa ada dan akan menolong kita...



So....semoga kita semua dapat melahirkan generasi yg berani, bijak, beragama dan berhemah....
Wassalam....

Tuesday, October 23, 2012

Baby Photo Recruitment by Drypers

Hai kengkawan yg mama sayangi....of coz terurtamanya mama's CLICKS...

Mama ni mmg seorang yg mudah terpengaruh dgn sebarang iklan....hehehe...korang macam mana...tapi harus diingat jangan terpengaruh sebarangan...THINK FIRST kata omputih...

Dah byk hari dah mama tgk iklan yg menari2 dekat blog mama pasal Baby Recruitment Photo yg dianjurkan oleh lampin pakai buang yg terkemuka di seluruh dunia...DRYPERS....

Photo: Si manja anda boleh membintangi komik buatan bayi pertama di Malaysia iaitu Drypers Sungguh Ceria Adventures! 

Emel-kan gambar bayi anda bersama butiran berikut: Nama Penuh Anda, Nama & Umur Bayi Anda, serta No. Tel dan Alamat anda ke EMEL facebook@drypersmalaysia.com dengan subjek "Baby Photo Recruitment".

Terma & Syarat: http://on.fb.me/SXNJ86

Ermmm..penyakit MALAS menguasai mama dalam nak cari gambar terbaru utk baby mama (baby lagi ke???)of coz la Reefqy..coz skrg ni mama jarang amik gambar dia..papa pulak pun mcm tu..sejak pakai smartphone ni dia amik gambar ...kemudian guna aplikasi Instagram..pastu simpan je dlm phone dia...cheetttt...

Tapi hari mama rasa mama nak cuba la lagi pun tarikh tutup dah  tak lama...26 hb 10 ni habis la.....
So mama pun carilah gambar adik yg paling latest dlm simpanan mama....Mana tau ada rezeki...kalau tak menang pun tak pe...asalkan mencuba..tapi mama teringin sgt nak tgk gambar adik Reefqy diaplikasikan dlm bentuk komik...sesuai sgt dgn jiwanya yg ala2 komik dan lucu...



Jom la try..kejap je ...jom try sama2...hehehe...selamat mencuba..cepat tau dah tak lama nak tamat tu....

Emel-kan gambar bayi anda bersama butiran berikut: 

Nama Penuh Anda, Nama & Umur Bayi Anda, serta No. Tel 

dan Alamat anda ke EMEL facebook@drypersmalaysia.com 

dengan subjek "Baby Photo Recruitment".


Adam & Hawa

Assalamualaikum....hai..selamat pagi .....

Korang yang mengikuti cerita Adam & Hawa pastinya sekarang tgh asyikdan angau dgn citer tu kan....ermmm mama dan papa antara yg sentiasa tertunggu2 setiap siri...skrg ni baru episod 33..malam ni 34...aisey lambat lagi la nak habis...citer ni ada 80 episod semuanya...

Dalam pada dok tgk citer kat TV.. kawan mama begitu excited dan terus membeli novel nukilan Aisya Sofea tu...al-maklumla dulu tak pernah baca pun....bila dia dah beli dan habis baca dlm masa 1 hari aje....mama pun memaniskan mulut nak pinjam la...hahaha....

Kepada yg berminat nak beli buku Adam & Hawa..beli la..sebab bukan semua yg ada dlm buku terhidang kat TV dan begitu lah sebaliknya....kita akan rasai pengalaman yg sama tp plot2 yg berbeza... of coz la tak semua yg ada dlm novel boleh diadaptasikan....itu kata kawan mama la...

Jadi untuk memahaminya dgn lebih lanjut...mama akan memulakan misi mama hari ni..hahaha.... dlm usaha nak mengkaji isi novel dan membandingkannya dgn siri TV...(alasan padahal gatal nak tau jln citer cepat2)

Sebelum ape2 jom bergaya dulu....ewaaahhhh....


Buku ni berharga RM19.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM22.90(Sabah/Sarawak)

Monday, October 22, 2012

The Sandwich Cream Cracker by Lexus


The Sandwich Cream Cracker ni one of the favourite biscuit mama....mama suka yg ada coklat krim...
Memandangkan mama dah kehabisan biskut tersebut kat dlm drawer opis mama, mama pun mencarinya kat mall berdekatan.... (of coz bayar la...bkn cari saje2)

Sampai aje kat rak biskut tu ...mama dgn terujanya mencapai bungkusannya..beli satu je...hehehe..(tu pun kecoh satu dunia ke??)
tapi macam besar sikit la kali ni...ada bagi lebih ke??? mama loike sangat2 la kalau ada percuma atau bagi lebih2...

Kali ni kat bungkusan tu dia cakap ada free MINI The Sandwich Cream Craker... Bite Size tulisnya kat situ... ok mcm barang baru ni...or mama yg ketinggalan..tapi mama sure brg baru sbb Lexus bagi free ni sbb nak promosi la tu....

Bila sampai opis..mama bukak..dan of coz la mama lebih tertarik nak tgk yg bahagian free tu... ok ke tak rasanya....

Dan hasilnya....ermmm mmg biskutnya kecik aje...lebih kurang 1/4 dari yg biasa..bentuk bulat....kalau yg biasa ala2 segiempat tepat....dan rasanya ermmmm sedap...lebih mesra mulut...sbb comel aje..masuk pulak kat mulut comel mama..kuasa berganda la.....

Tgk la mama makan...mama ambil gambar guna webcam...terpaksalah mama enterframe sekali...telefon mama dah tak leh bluetooth...jd korang terpaksalah melihat kegirangan mama mkn MINI The Sandwich Cream Craker berperisa coklat ni..mama amik cepat2 takut opismate perasan plak...aikkk malu ehhhh....kalau korang dekat dgn mama leh la kongsi....hehehe...
yummyyyy...cubalah baru tau...





Perjalanan penyokong The Red Warriors...

Semalam, Ahad 21/12/2012...seluruh Kelantan bercuti sempena Piala Malaysia 2012..cuti ni mmg dah diberi..kalau kami kalah pun cuti ada gak sbb Tok Guru takut nanti semua rush nak balik...bahaya plak...thanks atas keprihatinan pemimpin...

Mama petang tu pergi la mkn2 dgn papa dan Uyeeh..adik Qi ikut Mak Ngah dia jln2...niat hati nak gi mkn kat dekat tepi2 jln Kuala Krai-Kota Bharu sbb time2 macam ni mesti rombongan peminat dr Stadium Shah Alam pulang.. Mama syok la kalau bertembung dgn diorg...mesti hon-hon...itulah semangatnya org Kelantan...hahaha...

Ramai gak yg lalu dgn bendera TRW berkibar kat kereta.... macam2 jenis kereta ada... dalam banyak kereta ada jugak terselit kereta2 yg sudah agak uzur...

Papa terus bersuara " Ganas, berani la diorg naik keta gitu je sampai Shah Alam... Tawakal la tu"

Mama hanya tersenyum..betul lah kata papa tu..kebiasaannya kami selalu bimbang nak ke mana2 sbb kereta mcm tak best la..lama tak servis la..bukan apa takutlah kalau tetiba break down ke ape ke...Tapi bila melihat  keadaan kereta makhluk Allah itu..mama rasa sayu dan terharu...mereka tawakal ke Shah Alam dlm keadaan kereta yg uzur...mereka hanya berbekal semangat...

Hari ni mama baca satu lagi kisah di Facebook I Love Kelantan...cerita perjalanan satu keluarga ke Stadium Shah Alam....

Inilah momen terbaik bagi seluruh rakyat Kelantan untuk edisi Piala Malaysia 2012. 3 beranak bertolak dari Kota Bharu pada hari Jumaat malam dan selamat sampai ke Stadium Shah Alam pada jam 7 pagi di stadium Shah Alam.

Perjalanan dengan menggunakan duit sendiri, minyak kereta RM70, tiket untuk 3orang RM120, makan dan minum RM50 . Jumlah keseluruhan hampir RM240 untuk keluarga ini. Namun, ia tidak sedikit pun menghalang 3 beranak ini untuk turut hadir memberi sokongan demi The Red Warrior tercinta. Sampai seawal jam 7pagi, solat subuh di Masjid Seksyen 13 dan terus menunggu di persekitaran Stadium untuk menyaksikan perlawanan pada jam 8.45malam.

Mungkin keletihan agaknya, mereka mengambil ruang untuk merehatkan mata dan penat memandu 8 jam dari Kota Bharu . Hanya tidur beralaskan kain pelikat dan berbantalkan jersi The Red Warrior. Mungkin ini antara salah satu dari puluhan ribu cerita bagaimana rakyat Kelantan dari seluruh pelusok Malaysia bert
andang ke Stadium dengan pelbagai cara , halangan mahupun cabaran.

Yang pasti, mereka ini tidak mengharapkan apa-apa subsidi ataupun tiket percuma yang selalu digunakan oleh penyokong negeri lain. Mereka datang dari jauh atas matlamat yang satu, menyokong pasukan TRW tanpa ada penat dan jemu. Mereka tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk datang memberi sokongan.

Kini, selepas hampir 4tahun membina sebuah jenama. Bolasepak Kelantan telah berada pada tahapnya yang tersendiri. Mempunyai jenama pakaian sukan sendiri, penyokong yang paling ramai, penaja pasukan yang paling banyak, mempunyai album Dikir Warrior dan pelbagai lagi meletakkan Kelantan dihapan maju 5tahun daripada negeri-negeri lain. Jika pemimpin no 1 Malaysia menghina Kelantan negeri paling miskin, beliau sendiri pun masih tercari-cari identiti sendiri dan tidak mampu menyatukan rakyat negerinya sendiri untuk berdiri sama tinggi dengan penyokong The Red Warrior. Memang benar, ada rakyat negeri kami miskin tapi itu tidak bermakna rakyat miskin tidak mampu memenuhkan setiap inci ruang Stadium Shah Alam. Mungkin rakyat negeri kaya dah terlupa 'jalan' untuk ke stadium.

Kami rakyat Kelantan datang ke negeri anda bukan untuk merempat, tetapi menguasai.

Saat Pok Dogo menulis rencana realti ini, laju jah airmata Pok Dogo turun. Sekuat-kuat hati lelaki Pok Dogo, sero sayu,kagum dan terharu atas semangat yang ditunjukkan oleh semua rakyat Kelantan.

Nukilan : Pok Dogo
Untuk I ♥ KELANTAN.




Sayu rasa hati..inikah pengorbanan org Kelantan??? mereka tidak mengharapkan balasan...mereka cuma mengharapkan permainan yg bersemangat dari para pemain.... Kepada pemain semua...cubalah bermain sebaik mungkin..kemenangan dah jadi No 2.... semangat perjuangan yg utama...

Jangan hampa kami semua..jauhi rasuah...dan jangan mudah lupa diri....

Kepada pembaca blog mama yg berasal dr negeri lain..ini bukan bingkisan yg nak menunjuk2..mama cuma memaparkan apa yg terjadi....pasti ada yg lebih hebat di negeri kalian kerana kalian lebih mengenali dan mencintai negeri kalian...jadi jgn lah menyampah dgn coretan mama, ye..ini hanya perkongsian biasa....sekiranaya kalian tak suka tak apa....

Bluetooth...


Mama yg tak berapa pandai sains dan rekacipta ni mmg seakan tak berapa dapat meneka kenapa Bluetooth dinamakan sedemikian..kenapa blue? kenapa bukan red? kenapa bukan green? purple atau nama lain????? kenapa???? aihhhhh...akhirnya mama malas nak memikirkannya lagi....nak mencari jauh sekali...bagi mama guna aje lah kemudahan tu...hehehe (jgn tiru mcm mama,ok)

Sumber dari Wikipedia menerangkan tentang asal-usul nama BLUETOOTH

Perkataan Bluetooth ialah versi anglicised Blåtand raja Denmark,sempena nama raja abad kesepuluh Harald Denmark, yang menyatukan bahagian- bahagian Norway dan suku-suku Denmark ke dalam sebuah negara tunggal (hasil menyatukan suku-suku yang sebelumnya berperang, termasuk suku dari wilayah yang sekarang bernama Norwegia dan Swedia).Dengan keupayaan raja itu sebagai perhubungan rakyat, Nama Bluetooth digunakan mirip dengan teknologi bluetooth sekarang yang boleh menghubungkan pelbagai peralatan seperti komputer personal dan telefon selular.Logo bluetooth berasal dari penyatuan dua huruf Jerman analog dengan huruf H dan B (singkatan dari Harald Bluetooth), iaitu (Hagall) dan (Blatand) yang kemudian digabungkan.


Oooo...tapi itu bukan matlamat mama menulis hari ni....mama sebenarnya sedih sbb dah byk hari bluetooth telefon mama tak berfungsi...rasanya setting ok je..mama tak pernah usik apa2...

Pada mulanya mama ingat yg lappy mama yg problem sbb connection between them failed....pastu tetiba member mama nak tumpang bluetooth dr phone dia ke lappy mama...aikkk ok2 jer...mana aci...tension...

Walaupun handphone mama bukanlah smartphone ...telepfon biasa2 aje... tp ia amat berguna ...mama suka amik gambar kat phone tu sbb senang aje mama nak bluetooth ke lappy..kebanyakan gambar tu penting sbb mama nak letaklah dlm blog ni...mama malas la nak amik guna kamera atau tumpang phone canggih papa.....

Segala kitaran hidup berblog mama tergendala..ini yg merunsingkan mama....sooooo takde mood.....

Saja je sebenarnya nak kongsi STRESS mama dgn sesiapa sudi membacanya....sorry.......



Khairul Fahmi ucap terima kasih kat Twitter

Alhamdullillah TRW juara Piala Malaysia 2012...
Lepas aje menang dgrlah mcm2 komen...Coach ATM, Sathianathan pun tak puas hati..katanya pemain Kelantan nama je ramai org2 muda tapi selalu jatuh macam buah nangka..Pemain import ATM, Marlon Alex James pun tak berapa puas hati jugak...katanya pemain Kelantan macam dah berusia 75 tahun...hehehe..biasa la komen2 cenggitu..dah kalah mesti lah emosi pun lebih...kalau TRW kalah pun mesti ada gak keluar statement membela diri..apa2 pun TRW dah menang...TREBLE lagi sbb sblm TRW dah menang Liga Super dan Piala FA.... bukan senang nak dpt tu...

Khairul Fahmi Cik Mat (Apek) dekat twitternya ucapkan terima kasih kat peminat semua.... ermmm.. sama2 la Apek..kami peminat ni pun ucap terima kasih gak sbb tlg jaga gol dgn baik...w/pun bolos 2 gol..tp prestasi dan usaha kamu mmg terbaik....


Keluar isu ramai pemain TRW yg jadi tumpuan pihak negeri lain terutama JOHOR...ermmm Alhamdulillah jadi tumpuan jugak korang..itu semua rezeki koranglah...pilihlah dgn tepat....mungkin ada baiknya tukar angin..walaupun kami kat Kelantan ni semuanya pasti akan rasa kehilangan.....

Saturday, October 20, 2012

Piala Malaysia: Kelantan vs ATM


Kejap lagi sepak mula final Piala Malaysia 2012...ermmm amacam kepada yg terlibat mesti berdebar2 kan? selagi belum berakhirnya 90 minit... dua2 pihak mempunyai harapan dan berhak mengatakan yg mereka akan menang.....

Mama??? of coz positif Kelantan akan menang....hehehe....apa2 pun gud luck dan stay cool...walaupun mama tau mama ialah antara penyokong yg akan berdebar hingga ke wisel penamat.....

Kepada semua pemain mama doakan yg terbaik...semangat tu penting..kalah menang adat perlawanan...yg penonton nak tgk ialah kesungguhan utk berjuang..guna segala skill...pemain ke-12(penyokong) sentiasa berdoa agar segalanya berhasil  Kelantan mesti TREBLE ok...

Uyeeh malam ni lengkap pakai baju bola..semangat dari petang tadi lagi..papa kali ni tak gi stadium...alasannya dia tak suka sebab main kat Stadium Shah Alam..tak best katanya....


Thursday, October 18, 2012

Adab-adab Bermusafir


Insya-Allah tak lama lagi iaitu pada 26/10/2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H, kita akan menyambut Aidil Adha...atau pun dikenali juga Hari Raya Haji a.k.a Hari Raya Korban....

Tentunya ada dikalangan kita yang nak balik kampung.... tentu ini masa yg ditunggu2....yg sememangnya menetap di kampung macam mama ni tak sabar tunggu kepulangan adik-beradik, saudara-mara, rakan-taulan yg duduk kat luar..hehehe..segala menu yang nak dimasak pun dah dirancang.....itulah tanda excited...hehe

Dalam mama dok tunggu nak solat Zohor ni, mama sambung balik baca Majalah Anis keluaran Oktober 2012 yg menampilkan Masterchef pertama Malaysia iaitu Dr Ezani Farhana....sejuk je tgk wajah Dr yg tersenyum manis...

Dalam kolum adab pada keluaran ni, Ustaz Abd. Wahab Ali menulis tentang adab2 sebelum musafir...mungkin ada yg dah tahu dan jelas tentangnya..Alhamdulillah....tapi pada yg belum mengetahuinya atau terlupa...kat sini mama nak tolong sampaikan segala yg telah ditulis oleh ustaz tersebut  menikut olahan mama ..diharap memberi manfaat....

ADAB-ADAB SEBELUM MUSAFIR..

  1. Tujuan yang baik - kita bermaksud utk bermusafir ke tempat2 yg baik dan berniat baik..sebagai cth nak balik kg sebab nak tgk mak ayah..perjalanan akan lebih berkat..selain tu berniat nak sambung silaturrahim pun niat yg baik...
  2. Solat dua rakaat - Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa perkara yg terbaik yg ditinggalkan oleh seorang lelaki kpd keluarganya sebelum musafir adalah solat dua rakaat. Kita akan merasa lebih yakin dan lebih selamat krn kita telah memohon keberkatan drpd Allah...
  3. Hari Khamis bukan Jumaat - Sunat bermusafir pada hari Khamis. Nabi SAW tidak menggalakkan bermusafir pada hari Jumaat krn itu akan menyebabkan tertinggal solat Jumaat..sekiranya boleh dielakkan, hendaklah sedaya upaya mengelakkannya.
  4. Musafir pada waktu malam - Nabi SAW juga menggalakkan supaya bermusafir pada malam hari kerana lazimnya perjalanan pada waktu malam lebih mudah dan cuaca pun nyaman. Perjalanan seumpama menjadi singkat. Seperti dalam pesanan baginda, "bermusafirlah pada malam hari kerana ia memendekkan perjalanan". 
ADAB-ADAB KETIKA MUSAFIR
  1. Bawa beg kecil berisi barang peribadi - Ketika bermusafir Nabi SAW pun ada satu beg kecil yg diisikan siwak, sikat, cermin dan celak. Ini akan memudahkan kita utk bersuci.. Nabi SAW telah menganjurkan sifat peribadi yg tersusun..Ada jugak kaum lelaki yg merasakan benda ni remeh dan macam pompuan..ha...skrg tgklah Nabi SAW pun buat tau...ini bkn soal remeh lg tau..
  2. Takbir dan tasbih - Ketika kenderaan menaiki bukit, melalui tempat tinggi, atau ketika kapal terbang akan berlepas, sunat menyebut Allahu Aknar beberapa kali. Apabila kenderaan menuruni bukit atau kapal terbang mendarat, ucapkanlah Subhanallah.
  3. Banyakkan berdoa dan memohon doa - Doa org yg bermusafir ini berkat kerana Nabi SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar yg ingin bermusafir supaya tidak lupa mendoakan baginda dan sekalian yg ada..
  4. Sunnah al-Huda (nyanyian musafir) - Bagi menghilangkan ketegangan dan keletihan dlm perjalanan, disunatkan juga mendengar nyanyian.Nabi SAW sukakan nyanyian. Ketika bermusafir, Nabi menyuruh sahabt yg pandai bersyair seperti Kaab bin Zuhair utk mengalunkan syairnya.. Tapi nasihat mama jgn pilih lagu yg melalaikan..hehehe...ermmmm syair..lepas ni mama nk bersyair la dlm kereta ketika bermusafir dgn papa....tapi satu je mama takut papa tak mampu nak drive sbb terkesima..hehehe 

So..apalagi..jom balik kampung... Perjalanan yg biasa akan menjadi LUAR BIASA jika kita amalkan adab-adabnya...selamat bermusafir......opps selain drpd tu jgn lupa bawa balik OLE-OLE atau hadiah..walaupun ianya kecil tetapi memberi makna yg besar bagi yg menerimanya.. kepada yg menerimanya pula kena menghargai setiap pemberian....barulah kemesraan akan lebih terjalin..oh indahnya....


P/s: jgn lupa baca doa naik kenderaan......Insya-Allah selamat....

Tahajjud pertamaku....


Alhamdulillah selepas 30 tahun mama diberikan nyawa dan kehidupan di dunia oleh Allah SWT... akhirnya mama melakukan sesuatu yg telah lama terpendam utk dilakukan...

Sebelum ni mama hanya berkira2 dan berdoa supaya sampai masa utk melakukan tahajjud mama yg sebenarnya.... mama akui mama pernah melakukannya semasa di sekolah dulu..tapi itu bukan dr lubuk hati mama..itu hanya demi memenuhi program sekolah....

Perasaan bersyukur krn diberikan kesempatan utk mama memulakan sesuatu yg baik dan dituntut agama...solat tahajjud ialah solat sunat yg utama selepas solat fardhu...

Mama sebenarnya berkira2 utk menulis di blog kesayangan mama ni...mama bimbang timbul riak atau pra-sangka org lain yg mama ingin menghebahkan kebaikan diri...tp mama kuatkan hati kerana Insya-Allah semuanya akan dipelihara oleh Allah..mama hanya ingin berkongsi pengalaman mama...dan menjadikannya tatapan buat mama sendiri..maaf kiranya ada yg tidak senang dgn penulisan mama hari ni...

semangat nak solat tahajjud ni membuak2 bila mama membaca pendapat seorang kawan mama yg melakukan tahajjud..mama segera mencari info tentang solat tahajjud..mama membaca kelebihannya dan mama mula merindui utk melakukannnya....alhamdulillah setakat ini mama sudah memulakan solat dhuha... dan hampir setiap hari mama mengerjakannya..sekarang mama tekad utk bertahajjud...doakan semoga mama istiqamah....

Semalam sebelum tidur mama berniat agar mama dibangunkan utk tahajjud... Alhamdulillah mama berjaya bangkit dari tidur...walaupun ketika itu sudah 4.45 pagi... mama berkira nak mandi fajar tapi bimbang waktu kian menghampiri subuh..mama hanya memberus gigi.....Insya-Allah mama akan cuba mandi fajar kerana mandi pd waktu fajar adalah amat bermanfaat....

Mama mengambil buku solat sunat mama...dan membukanya ..mama cuba menghafal doa ketika sujud akhir...doa selepas solat mama akan membacanya dr buku...Insya-Allah mama akan menghafalnya juga..semoga dipermudahkan olah Allah..

Selepas berdoa..mama merasa sayu..teringatkan diri yg penuh dosa..dan kerdilnya diri mama....Sesungguhnya Allah Maha Pengampun ..semoga Allah mengampunkan dosa mama.. mama mula terasa kebenarannya solat tahajjud..mama merasa lapang kerana berjaya mengadap Allah di waktu itu...
Air mata mama mengalir laju...tanpa dipaksa dan direncana....

Mama terasa sungguh indah kerana masih dikurniakan kehidupan oleh Allah...mama masih mampu menatap wajah2 kesayangan mama... semoga nyawa yg diberikan Allah ini akan dimanfaatkan oleh mama sebaik mungkin.....

Mama berdoa semoga mama akan bersama2 papa mengerjakan solat tahajjud suatu hari nanti.....Insya-Allah....

Ya Allah semoga kau tetapkan hatiku dalam mendambakan diriku dalam syiar-MU....


Wednesday, October 17, 2012

Choi Minho in person....

Alamak..alamak..alamak...inilah fenomena hari ni..sesiapa yg minat Korean show macam mama mesti kenal jejaka ini.... comel, berbakat... menjadi kegilaan anak2 gadis dan mak2 org (of coz mama la..haha)...Tapi ini bukan bermakna mama tak minat artis melayu..hehe (ayat takut Zed Zaidi marah)

Ni zaman rambut panjang2 gitu....

Adusss..meruntun kalbu....dia nampak sweet dan baik...sopan..

CHOI MINHO la siapa lagi..drama terbarunya "TO THE BEAUTIFUL YOU" sedang hangat disiarkan di ONE TV ASIA saluran AstroHD 393... kat Korea dah habis dah...so mama dah khatam la citer ni..mama tgk online je..sebab mama jenis yg tak sabar...hehehe...


Kenapa la dia kiut sgt...hehehe...
Semalam mama tgk dia kat rancangan "YOU And I"...alahai .....tp suka tgk sbb comel je la...hehehe...

Ni gambar time citer To The Beautiful You ..budak sekolah  yg mewakili Korea dlm acara lompat tinggi..yg menjadi kegilaan ramai...watak mahal gitu...

Ni serba sedikit pasal Minho...mama amik Wiki....


  • Name: 민호 / Minho
  • Real name: 최민호 / Choi Minho
  • Nickname: Flaming Charisma Minho, Froggy, Minjung,Prince Minho
  • Profession: Singer, actor, model and host
  • Birthdate: 1991-Dec-09 
  • Birthplace: Incheon, South Korea
  • Height: 184cm
  • Weight: 70kg
  • Star sign: Sagittarius
  • Blood type: B
  • Family: Father/professional soccer coach Choi Yoon Kyum, mother, older brother Choi Min Suk
  • Talent agency: SM Entertainment, EMI Music Japan, Avex Taiwan

Ni gambar time pre-debut..hahaha..still cute cuma belum pandai style......
So...enjoy... tgk la citer To The Beautiful You.... best...dan lucu...boleh la nak release tension.....

Dreamcloud by Natasha Hudson

Aduh artis cantik yg berbakat besar ni dah melebarkan sayapnya ke dalam bidang rekaan la pulak...iyalah kan sebelum ni kita biasa dgr dia berlakon menyanyi, menulis buku cerita, menulis puisi, modelling, melukis....fuhhhh banyaknya bakat dia... jeles mama...hehehe...

Tau tak mama story2 pasal siapa ni???? ala pasal Natasha Hudson yg gojes tu....

Sekarang ni dia dah ada brand tudung sendiri yg dinamakan DREAMCLOUD.... alahai kiranya tudung komtemporari la ni..kepada sesiapa yg berani dan ingin kelainan tapi still nampak cantik dan gojes....anda la yg kami cari..................cubalah... aikk macam sesuai aje mama ni jd business partner...hehehe..

Bukan apa, mama berkenan la tgk Natasha dan Cristina Suzanne (heroin drama Bicara Hati) tu pakai... macam kena aje..ala2 Urban English gitu...so sesiapa yg nak nmpk class dialu-alukan... (atau mungkin krn mereka Pan-Asian???? sebab tu nmpk lawa????)

Dalam pemerhatian mama tudung ni sesuai utk digayakan disemua occassion..cuma korang kena pandai la pilih gaya yg mana dan jenis yg mana...



Ermmm siap ada VIDEO promosi lagi...chantekkk...meleleh mama tgk....tapi berani ke nak cuba?????


dan satu lagi... dan apa lagi....try la.. Mama rasakan kalau nak cuba berfesyen kita kena berani dan yakin....barulah kecantikan itu hadir dgn sendiri.... Harap papa cubalah usahakan utk mama satu ekkkk...hehehehe....

Tuesday, October 16, 2012

Wonder Girls berbaju kurung....auwwwww

Manisnya bila tgk Wonder Girls ni pakai baju kurung.... pandai ambil hati org Malaysia..itu baru betul..hehehe...sekurang2nya boleh promote baju tradisional kita pada masyarakat Korea....mereka dtg sebab nak jumpa mama..oppppps...eh tak ke??? LOL.... hehehe...diorg dtg sbb ni.......


Hebat jugak mereka ni menari, sekaligus membuktikan tak perlu seksi utk menari dgn baik...hehehe...org pro la katakan....

Korang boleh jenguk2 YOUTUBE cari la ye...lagu 'BE MY BABY'...time konsert tu...boleh la berdansa sambil pakai baju kurung dgn diorang yg jelita dan putih melepak...jeles mama...

Mesti ramai yg nak ber'baby' dgn diorg bila tgk kesopanan mereka..hahaha


 Ni pulak foto diorg..cunkan.....



Auwwwww.......

Budak Setan dah nak kawin...

Hehehe...seram je tajuk...tak baik tau mama...mengata sapa????
Eh takde la..mama tak mengata ek....tak baik mengata org tak tentu pasal...

Ni hah...citer pasal pelakon terkenal tu...Farid Kamil tu....dia kan mainkan watak budak setan dlm citer Lagenda Budak Setan...takpe budak setan tu dah insaf..

Farid Kamil dah mengesahkan yang dia akan menamatkan zaman bujang trang tang tang dgn gadis ayu pilihannya yang baru aje diselamatkan oleh Badang dari alam Magika...hehehe..Diana Danielle....

OOOO.....pasangan ideal gitu..macam mama dan papa...kuang..kuang..kuang....

Mereka telah mengumumkan yang dia akan menikah pada 3 November 2012... Alhamdulillah...baguslah...kahwinkan sunnah....

Tahniah........ (oh terkenang hari kawin ngan papa...berdebar je....hehehe)

#03 Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Tayangan Perdana PE3

Happy nya dia............

Dugaan Hari Bahagia Datuk Lee Chong Wei

Dalam kemeriahan menjalankan upacara pra-perkahwinan dan perkahwinannya....Datuk Lee Chong Wei (jaguh badminton negara dan dunia) dan pasangan Wong Mew Choo ditimpa satu masalah... Premis pejabat milik LCW telah dipecah masuk oleh perompak... Premis yg terletak di Bandar Puteri Puchong itu diurskan oleh abang LCW. Kesian kan..nak buat cam na...begitu la adat dunia... dikala ada gembira di situ ada sedihnya... kerugian dianggarkan RM30,000....
Yang sedihnya satu dari komputer jenis Apple yg hilang tu ada gambar2 pre-wedding LCW dan WMC... alahai......takutnya kalau gambar peribadi hilang..dah la....LCW ni terkenal.....

Semua tu masih dalam siasatan...dan pastinya LCW berharap kes ni akan dapat diselesaikan dgn segera...takpe..PDRM kan cekap....harap semuanya akan beresssss......

Tapi dalam kesedihan ni jom kita hiburkan sedikit hati dgn menatap gambar pre-wedding LCW dan isteri tersayang WMC...

Perkahwinan berlangsung Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa di Sepang Gold Cost... waduhhhhh...romantik gitu.....









Semoga berkekalan jodoh mereka.....

Wednesday, October 3, 2012

Fasha Sandha mengidam PAJERI NANAS?

Orang mengandung ni mcm2 yg dia idamkan..tak kira la dia tu artis ke..anak raja ke..rakyat jelata ke....mama ni pun selalu mengidam..

Kali ni Fasha mengidam nak makan one of mama's favourite.. PAJERI NANAS... hehehe..tak sangka secitarasa kita rupanya...

Memandangkan ramai yg cakap nanas tu buah yg tajam dan tak sesuai untuk org mengandung...malah ada yg keguguran ..Fasha ni sedikit risau la nak makan walaupun hatinya memang dah kepingin sesangat nak makan...... siap tanya pendapat peminat2 lagi....


Mama pun mengalami benda yg sama.... utk dpt keyakinan baik tanya org ramai2 skit.... tapi apa yg boleh mama ckp lain2 org lain penerimaannya..contohnya mek mama dulu ok je time mengandung mkn nanas..malah nanas baginya adalah penambah tenaga..kalau tak mkn terasa sgt2 lemah... ada gak member seopis mama yg selamba je mkn nanas time preggie...

Mama pulak tak sure mcm mn...tp mama pernah mkn pajeri nanas time mengandung..in case skrg ni mama tgh pregnant dan mama pernah mkn pajeri nanas ..hehehe...tp dlm jumlah yg sikit la...terliur sgt... mama tak mkn nanas yg fresh... tambah pulak mama mmg tak suka mkn nanas fresh gitu..kalau buat kari, pajeri, gulai kuning bersama ikan kering dan acar tu mama feveret la pulak...

Tapi nasihat mama pd sesiapa yg nak sgt mkn ...kita kena tgk keadaan diri dan condition baby dlm kandungan kita...kalau mmg dah disahkan ok dan sihat oleh doktor...boleh la try skit...tp kalau kita ni mmg mempunyai masalah dan pernah keguguran...elakkan la..sbb bagi mama mengidam ni a matter of emotion... cuba muhasabah diri.. dan mama percaya semua akan sanggup berkorban selera dan keinginan dlm memastikan anak dan baby dlm kandungan terpelihara...

So kepada semua ibu2...jaga diri kita dan keluarga kita....love you....

Tuesday, October 2, 2012

Google for MILO..

Wooowww...what's that??? Mata mama meliar ke dlm plastik shopping member mama...
'Oh...mug MILO....beli yg 1 kg ni dpt la mug ni..' member terus explain kat mama...

Dlm hati mama terus menari2....ala2 teruja...nak jugak...nak pusing balik ke shopping mall malas....

'Tak habis lagi kan promotion dia?' tanya mama.
'Tak lagi, sempat lagi kalau nak beli... ni ha dia kasik lagi hadiah 1 kotak air minuman milo dan harga dia pun kurang skit..'
Wah ada lagi best la.....

Hahaha...itu citer 2 hari lepas....semalam punya citer..lps mama balik dari Business Talk, mama pun singgah la shopping mall tu nak Google for MILO ..kenapa mama panggil Google?????..sbb mama teringin sgt2 nak beli ......nak beli la sbb MILO budak dua org kat rumah tu dah habis....actually yg utama mama nak mug tu..hehehehe..boleh en Google..mama pinjam nama you....hehehe...

Terus ke rak MILO...ermmm still ada tp.....harga dah kembali ke harga asal dan time nak tuntut tu..salesgirl tu hanya kasi mug.....air kotak MILO dah takde .....huhuhu...takpe la tak kan nak marah dia.... mama ni yg tak bernasib baik....

Tapi mama masih tersenyum lebar... mama dpt mug MILO edisi 1990... utk kumpul semua mug mama kena beli 3 kali lagi..itu kalau stok mug yg mama nak tu ada....

Inilah kesemua 4 koleksi MILO..dulu hingga sekarang...



Mama beli yg peket ekonomi je....
Jom kepada yg suka memiliki dan mengumpul brg hadiah gini mcm mama...jgn lepaskan peluang..ok..

Ikon negara!!!

Semalam mama tak jenguk pun blog sbb mama seharian bersama 4 Ikon negara.... mama begitu teruja ....
Nak tau tak mama jumpa siapa?

Mama jumpa org2 yg byk memberi mama inspirasi dan kdg2 membuatkan air liur mama meleleh tatkala melihat wajah mereka atau mendengar kisah mereka...

Mama jumpa....mereka semua..


Hebatkan.... tak sangka ek..bila kita jumpa org yg hebat kita juga akan rasa hebat.... mama semakin setuju dgn kata2 itu..malah Datuk Dr Maznah pun kerap kali menyebutnya...

Masa utk mendengar amanat dari setiap seorg drpd mereka tak lama tp aura mereka melekat dgn cepat... bagaimana kalau dpt sentiasa bersama mereka...bertuahnya org2 yg berjaya berada di samping mereka....

Dah lama mama nak jumpa sgt dgn Datuk Maznah.. sejak kecil lg mama melihat beliau... mama tau beliau Iron Lady...gelaran tu sentiasa melekat di hati mama...setiap kali beliau bg motivasi...berdiri bulu roma mama.... beliau simbol keberanian...
Norman  KRU pulak simbol salah seorg artis yg bijak mencipta peluang... dia berwawasan.. dia berani... Kiranya semua adik-beradik dia hebat la...Yusry, Edry semua mempunyai cita2 dan impian yang diorang sedaya upaya cuba realisasikan.....
Dr Irfan Khairi merupakan simbol org Malaysia yg genius... dia bijak menggunakan kemahirannya utk mencipta kejayaan sehingga menjadi jutawan Internet...
Senator Dato' Rahim pula simbol anak Melayu yg berjaya dlm bidang yg dikuasai org bukan bumiputra.. dia bijak dan berjaya dalam bidang Hartanah... dah lama mama nak tgk wajah beliau....

Alhamdulillah mama berkesempatan mengambilsedikit ilmu dan motivasi daripada mereka..

Mama nak sgt ambil gambar mereka tp hehehehe..mama guna kamera telefon yg adooo je la..




Harap masih ada berkesempatan utk berjumpa dgn org2 yg hebat lagi...smoga mama pun boleh berjangkit...hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan