CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, November 28, 2012

Isteri Hairie Othman seiras Syafinaz Selamat

Selamat pengantin baru buat Hairie dan gadis pilihannya Dalia Diyana..
ermm cantik dan tampan kedua mempelai di pelaminan yg indah..cheewah...

gambar kahwin Hairie Othman

gambar kahwin Hairie Othman
Seriously cantik dan grand pelamin ni.....jeles.....

gambar kahwin Hairie Othman
Cantik dan fresh ajer wajahnya.....

Tapi kan bila perhati lama2..mama perasan yg wife Hairie ni seiras penyanyi dan guru vokal terkenal tanahair, Syafinaz Selamat...tapi tak tau la kalau korang tak kata gitu...sorry ye..jgn marah..itu hanya dr pandangan mata bundar mama ni je....

Syafinaz Selamat

Apa2 pun tahniah buat Hairie dan Dalia..semoga bahagia sampai ke syurga....Aminnn....

Photo credit to: Momentlicious.... mmg kelasssss....

Apex minta maaf kepada MALAYSIA..

Penjaga gol terhebat kita buat masa ini memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kegagalannya menyelamatkan jaringan gol dlm perlawanan menentang Singapura tempoh hari..


Selepas dipersalahkan oleh Rajagopal..Apex mungkin rasa sangat sedih...
Apa2 pun semua yg terlibat bertanggungjawab...sepatutnya ini bukan masa nak menuding jari kpd sesiapa... Sepatutnya ini masa kita semua berganding bahu...

Good luck untuk Apex...Good Luck untuk Malaysia...

P/s: kadang2 mama rasa baik Malaysia kalah supaya FAM boleh buat sesuatu kpd Rajagopal..sbb nanti kalau menang mesti Rajagopal lagi sombong... namun sebagai rakyat yg cintakan Malaysia... Mama cepat2 melupakannya..mama berdoa agar Malaysia berjaya mengekalkan kejuaraan..tapi dlm masa yg sama, mohon FAM lebih serius dan lebih rasional dlm membuat keputusan....

Tuesday, November 27, 2012

Mr World 2012 tanpa Ahya???

Seperti yg dirancang Mr World 2012 telah berlangsung di Kent... acara Mr World ni kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dgn Miss World...Acara tu berlangsung selama 2 minggu bermula 9 November dan acara Grand Final pada 24 November 2012 yg lalu...
Pemenangnya pun dah diketahui iaitu Mr Columbia, Francisco Javier Escobar Parra.. Second Runner-up pula Mr Philippines, Andrew Wolff..

Mr World 2012/13
Mr Columbia

Mr World & Runner Up Philippines
Mr Columbia dan Mr Philippines
Persoalannya di manakah Ahya..anak pelakon Normah Damanhuri yg digembar-gemburkan akan mewakili Malaysia dlm pertandingan itu??? Apakah itu hanya spekulasi sahaja atau Ahya tidak dibenarkan untuk menyertainya memandangkan beliau seorang Islam??? ermm..itu mama pun tak pasti...apa2 pun Mr World dan Miss World sememangnya tidak sesuai disertai oleh orang Islam..kerana terlalu banyak benda2 yg boleh mengancam akidah.... 
Apa2 pun good luck untuk Ahya jika bidang modelling menjadi pilihannya..tapi jangan sesekali meminggirkan agama....peace....

Mama Boikot JOHAN..

Mama dan papa rasa geram sangat kat Johan tu....eh eh bukan main lagi dia ye...buat tafsiran sendiri pasal Ain...itu la ye kalau dah ala2 gila talak...hehehe...
Dia sepatutnya sedar yg Ain dah pilih Am...yg dia tak puas hati tu apasal?????? sibuk nak gi pinang isteri org.....pastu tk leh terima yg dia direject ..time dia nak keneng Azie, Ain tak pulak kisah...Ibu dia pulak tak sedar yg anak dia yg buat onar... terus-terusan nak marah Ain...sungguh tak patut dan tak rasional...


Mama ni beremosi sungguh kalau tgk citer...hehehe..lebih2 lagi bila papa pun join sama...hehehe...bila dalam keadaan waras,baru sedar yg semua tu hanyalah cerita dalam drama...

Kepada yg belum tgk Adam  dan Hawa, silalah berbuat demikian..sekiranya alasan anda untuk tidak menonton hanya kerana anda dah tau jalan cerita sbb dah khatam novel dua tiga kali...mama nak ckp kat sini yg anda tak rugi pun menontonnya krn cerita drama dan novel ada byk kelainan... kalau dalam novel pembaca hanya disajikan dgn cerita Am dan Ain..tp dlm drama watak Azie, Johan, ahli2 keluarga mereka dikembangkan juga...itu yg konflik jiwa Johan tiba2 muncul tu..kalau dlm novel Johan redha aje dan berbahagia dgn Azie....
Dan kerana itu mama jadi macam tak sabar nak tunggu setiap episod....tak sabar nak tgk ke'sweet'an Am dan Ain yg malu2 kucing kat Am...



Datuk Rajagopal salahkan Apex???

Sementara menunggu perlawanan kedua buat Malaysia di AFF SUZUKI CUP 2012...macam2 spekulasi terus berleluasa tersebar..

Terbaru Datuk Rajagopal dikatakan menyalahkan Apex secara total di atas kekalahan Malaysia kepada Singapura...


Ini adalah salah satu rumusan yg dikeluarkan olah peminat sukan...mama baca dalam FB ...

Ekoran kekalahan 3-0 kepada Singapore, Rajagopal dengan bodoh sombongnya meletakkan bebanan dan  kesilapan Khairul Fahmi Che Mat sebagai punca utama Malaysia tewas Ahad lalu. Namun dia terlupa punca utama Malaysia tewas malam tersebut adalah kegagalannya membentu skuad first eleven yang terbaik.

Gol pertama : Pertahanan cuai, menyebabkan Shahril bebas dan memaksa Apek keluar sedikit untuk menyelamatkan gawang. Kata Gopal, ini salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Gol Kedua : Apek sedaya upaya menumbuk bola yang meluncur laju ke arah gawang, kita kena waras bola itu masih belum gol. TAPI , Bunyamin yang duduk berhampiran Shahril cuma sekadar berdiri dan tengok sahaja Shahril menanduk bola muntah tersebut. Kata Gopal, ini salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Gol Ketiga : Ketika gol ini, defend tidak berada di posisi asal, 2 pemain Singapore bebas dihadapan gol sehinggalah Duric menghasilkan gol. Kata Gopal, ini juga salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Hasilnya, dikhabarkan Apek tidak diturunkan untuk perlawanan menentang Laos esok dan Gopal tetap menyalahkan Apek tentang prestasi lemah Skuad nya.




Bagi mama sekarang ni bukan masanya nak menyalahkan sesiapa..bila aje permainan itu dimainkan secara berpasukan, setiap yg terlibat seharusnya tidak boleh lepas tgn ..semuanya bertanggungjawab dan mempunyai saham ...begitu juga dgn jurulatih dah mereka yg terlibat secara langsung...
Kenapa nak disalahkan Apex..dia merupakan org terakhir menerima bola...sepatutnya pemain pertahanan dan pemain tengah pun wajar disalahkan kerana tak berupaya menepis bola dan melarikan bola jauh dari pintu gol...

Sekiranya setiap pemain dinilai secara individu..jadi sekiranya beroleh kemenangan berikan sahaja medal kpd pemain yg berjaya menjaringkan gol krn secara jelas kita nmpk dr gol dia kita beroleh kemenangan...pemain lain, jurulatih, pengurus, pembantu perubatan dan pembantu lain2 jgn dok beria naik podium nak ambil medal jugak...

Time menang semua nak merasa..time kalah menuding jari pada seorang..sungguh tak profesional... mungkin pihak pengurusan yg membuatkan pemain bermain dlm tak tenang... kenapa hanya Apek yang dinilai..kenapa diri sendiri tidak pernah menerima kesalahan...
Bagi mama FAM terlalu byk bagi muka pada Rajagopal.. sebelum ni org tak berani nak tegur dia sbb takut digantung dan didenda oleh FAM..setakat ni hanya Datuk Seri Annuar Musa saja yg berani mengur FAM dan Rajagopal...tp lihatlah kesannya..Datuk Seri digantung jawatan dan didenda..usahlah dimanjakan lagi Rajagopal ni...kalau tak Harimau Malaya akan pupus...

Kesian Apex.....sabar ye...

Berat badan berlebihan ketika hamil...

Oh no...inilah yg paling mama risau..bila mana time pergi regular checking untuk pregnancy berat badan mama naik mendadak...sob..sob..sob...
Ke mana harus kuadu masalah ini....
Mama macam biasa la lepas tension kat papa... tapi respon papa pulak,: " ermmm, papa dah agak dah dah..papa tgk mama berselera bukan main..tu la papa dah tegur..nak tegur byk kali takut mama sakit hati pulak"..
What??? itu bukan penenang hati papa..itu pemanas hati lagi ada la...tp..mama tau mama yg salah...mama pun ckp2 la dgn kakak2 mama..ermm jawapan yg hampir sama dgn papa...hampeh..semua org blame mama..
Tp realitinya, mama yg la yg salah percaturan...chettt..

Berat badan mama sebulan setengah yg lalu 64 kg...fuhhh...hehehe.. bila gi check minggu lepas dah 70kg...Nurse kat klinik tu double-checked berat mama..worried kalau2 ada yg usik mesin timbang tu..tapi check la brp kali pun 70 kg tu juga yg tertera....
Mama dah panik..mama bkn apa..mama yg dah berpengalaman mengandung 2 kali tau akibatnya...mama kena jumpa doktor..regular checking akan dipercepatkan kpd 2 minggu..dah kalau doktor tak puas hati mama kena dtg check darah 3 kali dlm sehari..kena minum air glukos la...tensionnya...mama mesti kena minta cuti atau half-day atau minta permission keluar jap...
Time tu jugak terkenang jadual kelas yg pack dan mcm2 kerja yg belum buat...adussss...
Kenapa la mama tak berhati2 dr awal...
Kwn mama ckp klinik kerajaan je yg prihatin gini ..kalau klinik atau hospital swasta tak la macam tu sekali..ermmm..saat tu jugak..mama terfikir knp la mama tak gi check kat swasta aje...
Adusss..mama..wake up...semua dah terlambat...usah berkalau2..byk kalau nanti buat dosa aje..ALLAH tak suka..benda dah jadi..bertenang ok...

Mama disuruh pergi the next day..sbb bagi nurse tu, mama dalam keadaan kritikal..bimbang nanti jd sakit lain pulak..lebih teruk takut effect baby..mama cuba kaw tim nak pergi hari Ahad..tapi bila aje dgr mcm tu mama terus dileteri mereka..Ya Allah nmpk macam mama tak serius..Alamak sorry..tapi mama betul2 susah nak minta cuti...tapi bila dah dileter..mama surrender..nmpknya mama kena tukar jadual ..tension...

Esoknya mama tergedek2 la pergi ke klinik..mama tunggu dekat sejam barulah nama mama dipanggil...simple aje nurse tu ckp," Ermm, hari ni doktor cuti la..awak dtg ptg Ahad la ye..."
Aikk biar betul, semalam beria marah kat mama..hari ni doktor pulak takde..mama rasa nak meletup tapi mama tahan..sbb mama masih waras..sabar mama..sabar

Hari Ahad baru ni mama pun pergi lagi..pergi belah ptg..tunggu dlm setengah jam,nama mama dipanggil.. " sebenarnya hari ni doktor takde la belah ptg.. macam ni la sy timbang je awak dulu..."
What???????? Takde lagi??????? Tension...mama cuba mengukir senyum paksa....Berat mama maintain 70 kg....hehehe..mama seriusly lps terkejut berat naik mendadak hr tu..mama dah tak mkn malam..Tapi yg mama kesalkan..nurse sibuk dok cakap yg bahaya berat badan naik dan suruh mama buat further checking tapi bila pergi..doktor pulak takde...doktor kat klinik tu ada dua...dua2 takde..oh klinik kerajaan... mama terkilan la jugak.....
Kerana kesian kat mama yg kena berulang ke klinik, nurse tu suruh mama dtg pada hari regular checking aje...ermmm..iyalah..merajuk doh ni...

Berat badan normal yg perlu dinaikkan ialah 10-15 kg dr sebelum hamil.... ermmm mama rasa kenaikan mama ni disebabkan juga berat badan mama yg tinggi ketika belum hamil...bila dah hamil..mana lah boleh diet sebarangan..so puan2 sila kawal berat badan anda....supaya tak jadi macam mama....hehehehe...

Monday, November 26, 2012

Harimau Malaya yg kusayang...

Hari ni isu yg paling tinggi ratingnya tentulah cerita kekalahan Harimau Malaya 3-0 kepada Singapura semalam..sob..sob..sob... mama sedih ..sbb mama kalau bab negara ni mmg touching lebih... mama tak tgk ...mcm biasa sbb tak nak menerima kekalahan tapi mama dengar aje..sebab mama duk kat dalam bilik..kat luar bilik papa, abah dan yg lain2 menonton....

Hari ni macam2 tajuk berita yg ditujukan kepada pasukan kita..tajuk2 yg mama boleh simpulkan sebagai tanda kekecewaan yg menebal....mama lebih suka mengambil segala tulisan itu sebagai AMBIL BERAT...kita komen sbb prihatin..kita komen sebab sebelum berlangsungnya perlawanan ni dah byk nasihat yg dilemparkan kpd jurulatih Datuk K.Rajagobal tp semuanya tak diendahkan oleh beliau..Ini kerana beliau terlalu optimis terhadap barisan pemain pilihan beliau...Antara tajuk2nya ialah..


:: Harian Metro : HARIMAU MENGAUM? KE MENGUAP?
:: Utusan Malaysia : 'Langkah Sumbang'
:: Sinar Harian : 'Dah Agak Dah'
:: Berita Harian : Harimau Lembik!



Semalam baru perlawanan peringkat kumpulan yg pertama buat kita..harap perlawanan selepas ni ada sinar buat kita...doa jer la ye...kalau tak harimau mengaum akan jadi harimau tersepit

Byk kata2 kejian yg dilemparkan kpd Apex krn melepaskan 3 gol..ermmmm bukan salah Apex aje..ke mana pertahanan kita????? ke mana yg lain...main bola bukannya kena harap 1 player aje...

Ini pula kata2 dari Shahril (kapten Singapura) yg menjaring 2 gol semalam..


Mama tak tahu ini komen sebenar ke tak sebab mama baca dekat FB...tapi kalau lah betul..mama rasa tak salah sbb itu kebenaran..kerana THE RED WARRIORS tak pernah kalah kepada Lions sebelum ni..dah semalam dalam barisan pertamaSingapura, 7 org pemain Lions diturunkandan dalam barisan kita hanya 2 atau 3 org.......fikirlah sendiri..

Tapi Misi Harimau Malaya kita belum berakhir..kita masih ada peluang..so berusahalah Harimau2 sekalian kerana seluruh rakyat mendambakan sesuatu drpd kalian.....GOOD LUCK!!!

Nabil dah jadi DADDY!

Tahniah Nabil coz dah jadi daddy pada baby girl yg gojes gitu....tahniah juga buat isterinya Nazira..

gambar anak nabil

Alhamdulillah, sempurna sudah family Nabil..pasni dapatkan ramai anak lagi...mama jeles la tgk org dpt baby girl..mama doakan mama pun dapat baby girl jugak.... Aminnn...

gambar nabil dan anaknya

Tahniah..semoga baby menjadi anak yang solehah...Semoga Nabil success bersama BOBOI dalam Maharaja Lawak Mega 2012...

Gambar Pre-Wedding Apex dan Leuniey

Photolicious menghidangkan gambar2 yg begitu membuka selera.. gambar pra-perkahwinan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex... cun sangat ...

gambar pra perkahwinan apek dan leuniey

gambar pra perkahwinan apek dan leuniey
Aksi mcm ni tak perlu kot...terlalu daring utk mereka yg belum ada ikatan yg sah..

gambar pra perkahwinan apek dan leuniey

gambar pra perkahwinan apek dan leuniey



gambar pra perkahwinan apek dan leuniey

ermm..macam artis.....tahniah....harap GOL Malaysia tidak dilupakan....

Thursday, November 22, 2012

Khairul Fahmi dah Leuniey bersatu pada 28 Disember 2012

Seperti yg telah diumumkan di sidang media yg bertempat di Royale Bintang Damansara, Khairul Fahmi Che Mat dan pasangannya Nur Eilunie Natasha telah memilih 28 Disember ini sebagai tarikh penyatuan mereka..
Tahniah...
Kepada peminat Apek...don't sedih2 ok....tak dapat Apex..Tamby pun ok....hehehe...

Khabarnya tajaan perkahwinan dah mencecah RM300,000..fuhhh..baguslah tu...
Semoga mereka berbahagia selalu...

kawin apek

Malam sebelum pengumuman secara rasmi itu dilakukan.. rancangan hiburan terbaru yg dihoskan oleh Nabil dan Neelofa telah menghubungi Leuniey utk bertanyakan perihal itu....

Apex sebelum ini pernah dikaitkan sebagai penyebab terputusnya ikatan pertunangan di antara Leuniey dan bekas tunangnya Hisyam..tapi kedua2 pihak menafikannya sekeras2nya.... Jodoh tu kan ketentuan Allah...jangan persoalkan lagi ek....

Semoga keduanya akan sentiasa bersabar dlm melayari bahtera perkahwinan...

Leuniey PERSIS Janet Khoo...

Hai semua...

Hari ni mama penat sikit..sebab tu baru update blog..ditambaah plak wi-fi kat opis tak berapa bagus...mama penat sbb hari byk kelas dan pagi2 lagi mama kena ke klinik untuk antenatal..mama terlebih berat atau dgn kata lain berat badan mama naik mendadak..ayoooyo..mama kena jumpa doktor sbb bg nurse yg check mama..masalaah mama tu BESARRR sgt..sebesar badan mama sekarang....hehehe...tapi sygnya doktor takde pulak selepas mama menunggu lebih dr 1 jam... mama rasa nak menjerit kat situ gak..tension....

ok lah..malas dah nak ingat peristiwa pagi tadi..
Jom borak2 ngan mama..

Hari ni mama nak berborak pasal bakal isteri Apex... Apex penjaga gol Malaysia dan The Red Warrior yg hot tu la...
Bila mama perhatikan wajah Leuniey ni nak sama macam Janet Khoo..pelakon bukan Melayu yg berbakat dan fasih berbahasa Melayu tu..dah lama dah tak muncul kat TV..ke manakah menghilang....????
Mama rasa mesti dah ramai yang menyedari dan perasan dgn persamaan mereka...mama merasa lebih yakin yang Leuniey ni persis Janet bila aje mama tgk cover majalah Nona yg menampilkan gambarnya bersama Apex.. bila perhati betul2..macam Apex bergambar dgn Janet pulak..


Cuba korang perhatikan...


See... hampir sama kan...tapi bila mama perhati dgn teknik solekan yg lain ada la perbezaannya juga...iras2 tu still ada...

It's ok dua2 comel dan jelita....














Monday, November 19, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012..

Maharaja Lawak Mega kembali lagi buat musim kedua pada 16 Nov yg lalu..sebelum bermulanya episod pertama, episod preude utk menentukan peserta terakhir yg dapat masuk bertanding untuk merebut gelaran Maharaja Lawak Mega.. kerusi panas semasa prelude itu berjaya direbut oleh kumpulan BALAS yg menewaskan MAMU dan KECHIK..


Peserta2 terdiri drpd:-













Pertandingan episod pertama yg berlangsung pada hari Jumaat yg lalu bagi mama tidaklah memuaskan hati mama secara keseluruhan..masih byk group yg tidak bersedia dan belum panas bak kata  juri2 pada musim ini yg terdiri drpd AWIE, LISA SURIHANI, NAJEEB ALI dan WULAN..


Bagi mama tiada istilah belum panas atau belum bersedia kerana mereka yg bertanding dalam MLM ini seharusnya sentiasa bersedia krn mereka bkn calang2 pelawak..mereka pelawak profesional..mereka ada nama..dan ada yg telah berpengalaman pada tahun  lepas...Tapi menghampakan...

Bagi mama yg paling menonjol ialah JOZAN, JAMBU dan SAYWHO.. BALAS pulak lawak ok tapi terlalu byk double meaning..bila terlalu byk, ermm naik menyampah pulak....rugi la sebab diorg sbnrnya boleh melawak... BOBOI ok tapi mama nak lebih lagi sbb mereka mampu... PI MAI..DADIDU..kena tingkatkan dan naikkan taraf pelawak senior...kalau tak habis la.... SABUN biasa2 aje....

Papa punya minat lawak JOZAN sampaikan lepas aje habis show live...diulang2 nya persembahan tu..tapi mmg kelakar sbb Johan sebijik Awie...haha..Awie pun sampai nak menangis tgk lawak diorg...


Juri pada tahun ni mmg susah gak nak suruh diorg gelak terutama Awie...sbb dia dah biasa dgn lawak..jadi mmg susahlah nak geletek hati dia... tapi ini semua tugas baru buat juri2...semoga mereka boleh jadi juri yg best ok....


Birthday PAPA!!!

Hari Rabu yang lalu (14 Nov 2012) birthday papa....hehehe..
Hari baru keluar entry....sorry papa...mama tau papa tak kisah sbb papa suka birthday tidak dirayakan sgt... papa pun macam mama...simple ajer....

Tapi mama sempat la gak buat kek coklat utk papa..kalau diikutkan papa mmg tak berapa suka kek tp  mama buat kerana anak2 sedara ramai yg suka..hahaha....jahat kan...



Inilah keknya..ada yg komen tulisan atas kek ya rabbi..teruk..hahaha..ada yg kata abg dan adik yg tulis..hohoho..begitu teruk?? Actually mama la yg tulis.. mama sedar mmg teruk..tp mama mmg tergesa2 sikit hari tu..tp truly tulisan mama mmg tak berapa comel..hahaha..

Walaubagaimanapun kek ni sedap tau....so abaikan kehodohannya....tapi yg boleh mama ckp.mama buat kek ni seikhlas hati mama buat papa..

Sunday, November 11, 2012

Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan..


Hari ni 11 November 2012...merupakan HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD KE-V....Allahu Akbar...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ke bawah duli tuanku di dunia dan di akhirat..semoga ke bawah duli tuanku kekal memerintah mengikut lunas2 Islam dan menjadi role model yg berguna kepada semua rakyat Kelantan khususnya.

Alhamdulillah kami di Kelantan dapat la cuti 2 hari... hari ini dan esok..yahooo...best..boleh rehat..walaupun ytak ke mana2..tp dapat berehat pundah cukup baik..tak leh gi jalan2 ...coz papa kena kerja....berehat bersama dua org putera ni aje la....hehehe...(rehat dlm erti kata jaga anak..so bayangkanlah ye...)

Mama bercuti satu minggu terus..hehe..sambung Deepavali dan Awal Muharram...hari Rabu 14hb...ofis bagi cuti...bersorak anak2 murid mama...ermmmm....

So kepada yg free2 leh lah ke Istana Negeri sebab kat situ ada Ekspo MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan) Bolehlah bawa anak tgk2 Istana Negeri..bukan selalu .... julung2 kali buat kat istana...tapi mama pun belum pergi lagi...hehehe....


Bye...

Saturday, November 10, 2012

Bubur Kacang Hijau Bersama Krim Jagung...

Hari mama habiskan separuh hari mengemas bilik..huhu..tapi still gak macam sarat je lagi bilik...baju yg dah kecik dan mmg tak berpotensi nak pakai walaupun lepas bersalin atau kurus sikit, mama let go pada adik2...Iyalah kan dah 30-an tak kan nak pakai baju ala2 remaja lagi...

Sambil mengemas mama teringat yg santan segera yg mama beli hari tu masih ada separuh..erm kalau dibiarkan nanti rosak ..rugilah membazir...Mak mentua mama lebih suka guna santan segar..ermmm mama bukan tak suka santan segar tapi mama beli santan tu in-case ketiadaan santan segar...

Teringat yang masih ada kacang hijau yg belum pun mama guna..dah lama beli..dekat sebulan dah...mmg hajat dihati nak buat bubur tp sentiasa aje tak jadi...dan ada setin jagung ala krim berjenama ADABI yg mama beli pun belum digunakan..

So dgn rela dan ikhlas..mama pun memulakan langkah.....
Sebelum tu kpd yg tak pandai atau tak pernah terfikir nak buat tapi rasa nak makan..ini resepi utk korang..pada yg dah biasa buat..dan dah expert..sorry la kalau ada kesilapan..mama buat cara mama..cara yg simple tapi Insya-Allah masih boleh diterima tekak untuk dimakan...mama kan simple aje..jangan marah...

Bhn2 nya

1 cwn kacang hijau
500 ml santan
Manisan atau gula melaka (secukup rasa dan warna)
1 tin jagung ala krim (mama guna jenama ADABI)
Air (mengikut citarasa kalau suka cair bykkan sikit)
Gula (jika perlu atau nak maniskan lagi)
Secubit garam
2 helai daun pandan

Cara membuatnya:

Rebus kacang hijau ..tambah air jika macam nak kering.rebus sampai empuk - mama ambil masa selama setengah jam lebih dgn periuk ditutup dan api perlahan ...semasa merebus korang kena kacau2 gak sbb takut melekat kat bwh periuk..unless korang guna non-stick atau periuk tekanan....(sebaiknya kalau tak tergesa2 mengidam macam mama ni, korang dinasihatkan rendam dulu kacang hijau tu dalam 2 atau 3 jam...barulah tak perlu tunggu lama nak suruh dia empuk..selepas direndam tu, arwah mek mama cakap kalau digoreng tanpa minyak dulu..lagi best sbb naik bau harum kacang...)

Lepas dah empuk, masukkan santan..didihkan .. kemudian masukkan manisan (mama guna manisan kerek sebanyak 2 kerek) lepas tu masukkan secubit garam... masukkan jagung ala krim..kacau...kuah akan sedikit memekat dan creamy..itu yg best tu...Rasa2 lah kan..kalau nak manis lagi..tambah la sikit gula...bila dan mendidih...masukkan daun pandan..biarkan dalam 2 tiga minit....siap untuk dihidangkan buat yg tersayang...

So inilah hasilnya...


Bubur ni sedap dimakan time panas2 atau selepas disejukkan dlm peti....papa suka makan bubur kemudian cicah roti....

So, selamat mencuba dan untuk tambahkan kesedapan jgn lupa baca bismillah, selawat dan buat dgn ikhlas...hehehe...

Mama nak makan ni..bye...



Keputusan Anugerah Skrin 2012

Dah selesai dah majlisnya...bertemakan Dunia Fantasi...oklah walaupun sketsa yg disediakan sedikit meleret2..Tapi byk babak yg best...Lagu Dealova nyanyian Misha Omar menggamit memori cinta MAMA dan PAPA...cheewah...Prop yg disediakan mmg hebat..cantikkk...Ella yg jadi Cinderella begitu kiut..hehehe..havoc giler Didie Alias dan Amyza ... Penceritaan cinta Puteri Anastasia (Rita Rudaini) dan Putera Arjuna (Adi Putra) sgt menarik..hehe.. Lakonan Fizz Fairuz paling best..

Keputusan Anugerah Skrin 2012

  1. Lakon Layar Terbaik - Bunohan 
  2. Lakon TV Terbaik - Di Telapak Kaki Bonda
  3. Videografi Terbaik - Aku Mahu Terbang
  4. Laporan Khas Berita Terbaik - Bom Jangka (Berita TV9 Amin Hayat Abdul Rahim)
  5. Drama Komedi Terbaik - Eli dan Epit
  6. Rancangan Realiti Terbaik - Jemputan Umrah (Basirun Othman)
  7. Anugerah Artis Harapan Pantene - Puteri Balqis (Pelarian)
  8. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Bella )Labour Day Special)
  9. Pelakon Pembantu LelakiTerbaik Drama - Namron (Parit Jawa)
  10. Pelakon Pembantu WanitaTerbaik Drama - Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
  11. Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular (Nurul Huda)
  12. Pelakon Pembantu WanitaTerbaik Filem - Lisa Surihani (Ombak Rindu)
  13. Pelakon Pembantu LelakiTerbaik Filem - Syafie Naswip (Songlap)
  14. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Maya Karin (Onmbak Rindu)
  15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam (Ombak Rindu)
  16. Dokumentari/MajalahTerbaik - Dunia Tersembunyi
  17. Rancangan Muzikal Terbaik - Anugerah Juara Lagu (Nurul Huda)
  18. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Ruminah Sidek (Parit Jawa)
  19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
  20. Pengarah Terbaik Filem - Effendee dan Fariza Azlina (Songlap)
  21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
  22. Anugerah Yasmin Ahmad - Pierre Andre
  23. Drama Rantaian Terbaik - Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies)
  24. Filem Terbaik - Bunohan
  25. Drama Terbaik - Di Telapak Kaki Bonda



DSC_0168_Selebriti Di Sekitar Karpet Merah Anugerah Skrin 2012 - ROTIKAYA

DSC_0257_Selebriti Di Sekitar Karpet Merah Anugerah Skrin 2012 - ROTIKAYA


DSC_0590_Selebriti Di Sekitar Karpet Merah Anugerah Skrin 2012 - ROTIKAYA



Gambar kredit to ROTIKAYA.COM
Dah habis.....selamat malam semua...mama nak gi dodoi Uyeeh dan Iqy tidur....nanti kita sambung lagi,ekkk....babai.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan