CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, November 27, 2012

Datuk Rajagopal salahkan Apex???

Sementara menunggu perlawanan kedua buat Malaysia di AFF SUZUKI CUP 2012...macam2 spekulasi terus berleluasa tersebar..

Terbaru Datuk Rajagopal dikatakan menyalahkan Apex secara total di atas kekalahan Malaysia kepada Singapura...


Ini adalah salah satu rumusan yg dikeluarkan olah peminat sukan...mama baca dalam FB ...

Ekoran kekalahan 3-0 kepada Singapore, Rajagopal dengan bodoh sombongnya meletakkan bebanan dan  kesilapan Khairul Fahmi Che Mat sebagai punca utama Malaysia tewas Ahad lalu. Namun dia terlupa punca utama Malaysia tewas malam tersebut adalah kegagalannya membentu skuad first eleven yang terbaik.

Gol pertama : Pertahanan cuai, menyebabkan Shahril bebas dan memaksa Apek keluar sedikit untuk menyelamatkan gawang. Kata Gopal, ini salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Gol Kedua : Apek sedaya upaya menumbuk bola yang meluncur laju ke arah gawang, kita kena waras bola itu masih belum gol. TAPI , Bunyamin yang duduk berhampiran Shahril cuma sekadar berdiri dan tengok sahaja Shahril menanduk bola muntah tersebut. Kata Gopal, ini salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Gol Ketiga : Ketika gol ini, defend tidak berada di posisi asal, 2 pemain Singapore bebas dihadapan gol sehinggalah Duric menghasilkan gol. Kata Gopal, ini juga salah Apek bukan defend kesayangan dia.

Hasilnya, dikhabarkan Apek tidak diturunkan untuk perlawanan menentang Laos esok dan Gopal tetap menyalahkan Apek tentang prestasi lemah Skuad nya.




Bagi mama sekarang ni bukan masanya nak menyalahkan sesiapa..bila aje permainan itu dimainkan secara berpasukan, setiap yg terlibat seharusnya tidak boleh lepas tgn ..semuanya bertanggungjawab dan mempunyai saham ...begitu juga dgn jurulatih dah mereka yg terlibat secara langsung...
Kenapa nak disalahkan Apex..dia merupakan org terakhir menerima bola...sepatutnya pemain pertahanan dan pemain tengah pun wajar disalahkan kerana tak berupaya menepis bola dan melarikan bola jauh dari pintu gol...

Sekiranya setiap pemain dinilai secara individu..jadi sekiranya beroleh kemenangan berikan sahaja medal kpd pemain yg berjaya menjaringkan gol krn secara jelas kita nmpk dr gol dia kita beroleh kemenangan...pemain lain, jurulatih, pengurus, pembantu perubatan dan pembantu lain2 jgn dok beria naik podium nak ambil medal jugak...

Time menang semua nak merasa..time kalah menuding jari pada seorang..sungguh tak profesional... mungkin pihak pengurusan yg membuatkan pemain bermain dlm tak tenang... kenapa hanya Apek yang dinilai..kenapa diri sendiri tidak pernah menerima kesalahan...
Bagi mama FAM terlalu byk bagi muka pada Rajagopal.. sebelum ni org tak berani nak tegur dia sbb takut digantung dan didenda oleh FAM..setakat ni hanya Datuk Seri Annuar Musa saja yg berani mengur FAM dan Rajagopal...tp lihatlah kesannya..Datuk Seri digantung jawatan dan didenda..usahlah dimanjakan lagi Rajagopal ni...kalau tak Harimau Malaya akan pupus...

Kesian Apex.....sabar ye...

2 comments :

pengakap said...

raja gopal yang bahlol

Unknown said...

hurm..saya sayangkan Harimau Malaya..and it really hurt 2 see apex gifted the 2nd goal..and rajagopal is right,its apex and rajagopal fault..Farizal Marlias is way better than apex in term of form..malaysia dah jadi lauk mcm liverpool.sejarah 2010 xmungkin akan berulang..thx rajagopal,ko dah hancurkan imej harimau malaya dan menghancurkan harapan seluruh rakyat malaysia

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan