CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, November 4, 2012

Ustazah Khasif Fadzilah Yg Vogue..

Sebut aje Ustazah Sharifah Khasif..mesti ramai yg kenal..beliau merupakan pemenang tempat ke-2 Akademi Al-Quram musim ke-3 dan merupakan Johan Majlis Tilawah al-Quran peringkat Malaysia dan Naib Johan peringkat Antarabangsa...Kehebatan tarunnum dan bacaannya mmg tiada tandingan..malah beliau sendiri mengakui terlalu cintakan al-Quran dan beliau dalam usaha untuk menarik lebih ramai belia2 dan org Islam mencintai Islam dan mengetahui keindahan al-Quran... sungguh suci niat hati ustazah...

Mama pun suka dgr setiap kali ustazah berkomentar..bernas dan jelas...bila mengaji, bulu roma ni menegak aje...

Dulu mama tak lah begitu memandang sgt fesyen usatazah...iyalah..nmpk biasa aje..tapi baru2 ni mama ada menonton siaran Al-quran interaktif dan ustazah adalah panel jemputan...Masya-Allah sudah bergaya ustazah ni rupanya....dgn pilihan warna pakaian yg menarik..olesan lipstik dan make-up yg sempurna menampakkan ustazah lebih muda dari segi penampilan berbanding yg pernah mama tgk dulu...

Terbaru mama membaca Majalah Harmoni keluaran 1-15 November 2012..menampilkan Noryn Aziz dan ustazah sebagai penghias muka depan...Ya Allah wajah dan gaya mereka setanding..Noryn tu mama takde la pelik ..dia kan artis..tp ustazah tu...dah setanding artis..dgn gaya tudung terkini, pemilihan warna merahdan pink menyerlahkan penampilan ustazah...Sekiranya kita tak pernah tau beliau seorg ustazah, pasti kita akan menganggap beliau model busana muslimah...


Terus-terang mama bukan nak mengkritik atau memuji gaya ustazah..tapi mama kurang berkenan kerana kebanyakan tudung yg digayakan tidak melepasi dada...macam tak sesuai aje....


Malah semasa majlis perkahwinannya juga beliau menggayakan baju yg menampakkan susuk tubuh...


Mama sedar tak baik mama menceritakan perihal org tapi mama cuma ingin berkongsi pendapat...
tiada manusia yg sempurna... segala yg baik padanya jadikan teladan dan segala yg buruk jadikan sempadan...Harap ustazah lebih peka tentang pemakaian...demi menjaga imej ustazah di mata dunia...
Sesungguhnya ustazah lebih arif soal aurat dan adab...Lagipun ustazah sememang telah bersedia dalam menggayakan fesyen pilihannya...



Segala yg baik milik Allah...semoga Allah memelihara iman kita...

1 comments :

Anonymous said...

Mencintai al-Quran bererti mengerti kandungannya. Sudah terang lagi bersuluh, Allah telah berfirman untuk menyuruh wanita itu menjaga aurat. Sesungguhnya ustazah moden tahu surahnya. Ini bukan soal fesyen dan akidah. Niat keikhlasan tidak dapat menghalalkan apa yang ditegah oleh Allah. Tepuk dada tanya iman.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan