CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, May 31, 2012

Rooftop Prince

Hari ni mama nak cerita pasal sebuah drama Korea yg mama baru habis tengok... tajuk dia ROOFTOP PRINCE..
Ceritanya????? Iya agak lumayan... kiranya best laaaaa.... actually buat masa ni...mama rasa syiokkkkkk habis setiap kali menonton...
Pelakonnya MICKY Yoochun dari kumpulan JYJ.... mama mmg feveret dia...opppps....mama mmg feveret dgn dia.... huhuhu...



Sinopsis:
Menceritakan pasal seorg Putera Mahkota daripada zaman JOSEON (Korea zaman dulu2) telah merentasi masa secara tak sengaja ke zaman sekarang bersama2 dgn pengikut setia baginda.



Kejadian tu berlaku ketika dia diserang oleh musuh dlm perjalanan untuk menyiasat kematian isteri baginda...
Mereka semua terjadi ke dalam rumah seorang perempuan. Rumah tu terletak kat bahagian bumbung.


Pelbagai peristiwa lucu terjadi dlm proses penyesuaian diri... plg mengejutkan apabila baginda mengetahui ada seseorg di bumi ini yg mempunyai raut wajah seperti baginda.. Baginda juga mulai jatuh hati dgn perempuan itu..



Nanti tgk la ye.........best sesangat...mama sampai mengalirkan air mata...sob..sob..sob....


Adakah mereka dapat bersatu?????

Sekarang ni ada ditayangkan di ONE HD channel 393.. tapi mama ni kan jenis yg tak sabar soooooooo..mama tgk aje kat KIMCHIDRAMA...

Tengok tau................

Monday, May 28, 2012

Berpakaian SEDONDON panjangkan jodoh?????

Korang suka tak pakai baju sedondon dgn partner.. dgn hubby???
Kalau tanya kat mama ...mama terlalu suka...walaupun corak tak sama tp warna yg seakan2 sama pun tak pa...Macam ada rasa happy gitu..

Percaya atau tidak..papa lebih teruja utk cari sesuatu yg sedondon..papa ni bukan ajer nak sedondon ngan mama..dgn anak2 sekali dia pulun habis....

Hari ni mama ada baca satu artikel dekat wall member mama....ada satu pasangan omputih tu cakap tips utk panjangkan jodoh dia dan suami...salah satunya pakai pakaian yg sedondon....dan diorg dah berpakaian gitu sejak 35 tahun yg lalu...diorg tak akan keluar rumah tanpa berpakaian sedondon...diorg dah melayarui bahtera perkahwinan selama 65 tahun.....wow...lamanya....

Korang boleh la baca isah MEL dan Joey ni...

Wah...tapi bila difikirkan logik gak...sbb dlm kita sama2 suami isteri ni bersetuju dan menerima utk pakai sedondon..tanpa kita sedar kita telah cuba memahami satu sama lain, sanggup berkongsi moment indah, tak kisah apa org kata asal kita bahagia, bertolak-ansur, berkongsi idea.....ehhhhh byk la pulak benda positifnya.....tak tertulis mama rasanya...betulkan...???? DANNNN..nila bnyk unsur positif dlm perhubungan.....Insya-Allah perhubungan akan lebih terjaga......

So...apasalahnya kan mencuba....sbb dalam pada kita terlalu ingin mencari keserasian dan mengimpikan akan hadirnya keserasian..tak salah jika kita cuba untuk mencipta keserasian itu....

Apa2 pun kerjasama,kasih syg dan saling menghormati amat penting dlm mengukuhkan rumah tangga... of coz doa kpd ALLAH....

Salammmmm....

Kelantan juara PIALA FA...

Ini lagi satu entry yg terakam jiwa mama,,,

YEAYYYYYYYYYYYYYYYYY... <3 <3 <3

THE RED WARRIORS menjuarai PIALA FA...
Kemenangan ke atas pasukan kelab pertama yg layak ke Final FA ialaitu Sime Darby FC...


Actually tak pernah menang...sebab tu la kemeriahan pun lama skit....walaupun kemenangan hanya 1-0 dan melalui sepakan penalti yg diambil oleh Muhammad Ghaddar....tapi kemenangan tetap NYATA...kami penyokong puas hati...THANK YOU TRW....


So...persoalannya di mana mama pada mlm kemenangan itu?????? Adooooo di depan TV la....
Chettttt...tension...jaga anak la...sebab papa dah wakil gi sana... sob..sob..sob...

Geng papa...

Bergambar dgn stars..

Kenal tak ni???? ni lah Pok Chu XN3 Raja Lawak....


Puas hati rasanya................. senyum panjangggggggggggggggggg...Alhamdulillah....

Fasha Kahwin ...opppps dah preggie pun.....

Mama ni one of the BIG FAN of FASHA SANDHA..may be ada yg tak berapa puas hati....may be ada suka....biasalah... jika ada click mama kat sini tak suka Fasha...sorry ye syg .... mama tak berniat apa2 ...cuma mama pun tak tau..kenapa mama suka sgt kat dia... hehehe... biasalah kan setiap org ada minat tersendiri....

Oppss dah lama mama tak update blog mama...setiap hari mama berazam nak tulis sesuatu tp... terlalu busy dgn kerja... so mama cuma mencoretkan apa yg mama nak tulis kat minda mama je la...

So mama rasa belum terlewat mama nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU kepada FASHA dan JEJAI...


Hehehe...sori...terlewat sedikit.... Fasha dah preggie pun.....tahniah sekali lagi.....


Semestinya itu bukan berita yg indah buat Fasha dan Jejai aje..tp juga utk kami peminat semua.....

Sekarang ni dok layan SEINDAH SAKURA....terlalu best citer ini....go go go FASHA..
Mama harap Fasha akan menjadi lebih baik.....


Sunday, May 13, 2012

Hukum Merayakan Hari Ibu...

Petikan ni mama cilok dari blog ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN.... Mama really hope that ok sebab mama cuma ingin memanjangkan benda yg elok untuk dikongsi bersama rakan2 mama juga....oraitt la kira ni ye...

Sejujurnya baru tahun ni mama terdengar dan terbaca tentang pengharaman hari ibu...or may be dah lama cuma mama yg terlambat..hehehe...

So..bila ada kenyataan haram2 ni..mama sedikit kecut la...tapi bila baca petikan HUKUM MERAYAKAN HARI IBU dari blog AANS... ada legaaaa la sikit....
So..sila lah baca kalau berminat..



HUKUM MERAYAKAN HARI IBU....


Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu.

Maka lahirlah beberapa hari Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Hari Ibu disambut di sesetengah negara pada 21 Mac setiap tahun dan di sesetengah negara lain seperti Malaysia pada 10 Mei setiap tahun. Sambutan ini sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.

2. Ulama’ berselisih pendapat dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .


3. Pandangan kelompok pertama adalah cukup mudah untuk difahami dan saya tidak berhasrat memanjangkan di sini.

4. Pandangan kelompok kedua boleh diperhatikan pada pendapat-pendapat beberapa ulama’ kontemporari. Sheikh Faisal Mawlawi, Timbalan Pengerusi Majlis Fatwa dan Pengkajian Hukum Eropah (Majlis ini dipengerusikan oleh Sheikh Professor Dr Yusuf Abdullah al-Qaradawi) yang juga seorang pemimpin gerakan Islam di Lubnan (seangkatan dengan Sheikh Dr Fathi Yakan) berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu tetapi dengan dua syarat:

1. Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.
2. Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

5. Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:

“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”

6. Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:

Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.

7. Sheikh Hamid al-Athar, ahli Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (yang dipengerusikan oleh Sheikh al-Qaradawi) memberikan pendapat seperti berikut:

Perayaan Hari Ibu pada suatu pada suatu hari yang dikhususkan (iaitu 21 Mac) pada pendapatku adalah makruh dan tidak jauh hukumnya dengan haram, bukan disebabkan bid’ah tetapi kerana mengikut orang-orang bukan Islam pada adat kebiasaan dan perayaan-perayaan mereka. Telah datang beberapa hadith Rasulullah SAW yang melarang umatnya daripada menyerupai Ahli Kitab antara lainnya ialah yang didatangkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangan mereka.”

8. Dr Muhammad al-Banna berpendapat bahawa tiada halangan untuk menyambut Hari Ibu dengan syarat:

1. Tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang diharamkan oleh Syariah seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
2. Tidak dimaksudkan untuk menyerupai orang-orang Barat dan bukan Islam.
3. Hendaklah kandungan perayaan itu diteruskan sepanjang tahun iaitu tidak terbatas kepada hari tersebut sahaja.(Sumber: UBM)

- KENYATAAN JABATAN MUFTI SELANGOR -


SAMBUTAN YANG DI ANJURKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik adalah dengancaramengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah.

123. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat, dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.

PENUTUP.

Harus diingat, mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran

kerana perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak bahkan keimanan dan akidah, serta menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Umat Islam diseru agar tidak sesekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. Adalah diharapkan semoga dengan adanya garis panduan seperti ini akan dapat membantu umat Islam bagaimana untuk meraikan sambutanHariBapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut perspektif Islam yang sebenar.

Disediakan oleh:

Jabatan Mufti Negeri Selangor.

(www.muftiselangor.gov.my)

Wallahu ‘alam.







Tuesday, May 8, 2012

WALK with ME 2012 - Al-Sultan Kami....

Macam yg mama janji kan ini dia gambar Al-Sultan Kelantan yang berkjalan2 bersama rakyat jelata...dalam 7 kilometer gak berjalan..pastu baginda siap request tambah 1 round..wah perkasa sungguh sultan kita....






WALK with ME 2012!!!!

Ini bukan jalan2 biasa tau....jalan2 round bandar KB bersama DYMM Al-Sultan Kelantan ...SULTAN MUHAMMAD V ....
Sebenarnya kalau tak silap mama ini tahun kedua penganjuran WALK WITH ME ni...
Tahun lepas mama tak masuk..tapi tahun ni mama macam bersemangat sedikit nak masuk...lagipun papa dok ajak...teringin gak nak buat aktiviti berfaedah dengan papa...
So pada hari KHAMIS 3/5/2012 yg lalu mama pun menyahut cabaran itu....walaupun mama demam..sob..sob..sob..ohhhh begitu tegarnya mama..kalau lah sultan tahu..mahu menangis baginda sebab terlalu terharu...hehehe (just my imagination)....







Nak tgk gambar Sultan kami????? the next entry okkkk....

Thursday, May 3, 2012

To GOLOK with L.O.V.E

So....apa citer korang sepanjang LABOUR DAY hari tu....mama dan papa...only ok...without our heroes....telah ke Thailand...chetttt..tp dekat je la...ke WILAYAH SUNGAI GOLOK....

Tanpa dirancang...kami pergi ke sana...papa mmg dah ada Border Pass..dia selalu ke san....mama je belum....mujurlah KASTAM  still bukak hari cuti umum...tp setakat pukul 12 tghhari je la...

Kami sampai dekat sempadan Rantau Panjang - Sg Golok pukul 11.30 pg dah.....rush giler pergi buat Border Pass..Alhamdulillah ada dua keping gambar passport dlm ...so tak payah ambil gambar lg..tp dun wori ok kalau takde pun takpe..perkhimatan ambil gambar passport ada ditawarkan dekat KASTAM..

Kejap je..dlm 5 minit dah siap pass tu...pass tu boleh digunakan selama 6 bulan...so kalau dlm 6 bulan nak gi Golok hari2 pun boleh....hehehe..



 Bendera Thailand berkibar di angkasa.....

 Makan tomyam putih dekat Restoran Haji Hussin King...tempat papa selalu makan ngan kawan2...

 Shopping sikit2..tp tak beli pun beg..saje tgk2...

 Sebelum balik..makan steamboat bakar...mmg syiooookkk...

 Posing...dan syhhhhh...mama tau mama gemok...hehehe..

Dah nak balik......thanks papa.........Macam pergi honeymoon plak..hehehe...


Lenkali harap boleh dtg lagi...best gak round2 kat sini....

oppppsss... lupa cakap kami kena saman parking....500 baht.....hehehe..kiranya kami ke balai la hari tu....dah di situ la terjadinya LOST IN TRANSLATION....polis2 kat situ tak pandai ckp Melayu...cakap Inggeris lagi laaaaa....ketat je muka polis2 sebab tension ..hahaha....

Inilah surat saman kat sana....hehe...susahnya tgk abang polis tu nak tulis nama papa......

Apa2 pun thanks papa...love you....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan