CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, June 4, 2015

Aku Bukan Bidadari

Assalamualaikum

Perumpamaan selalu menyatakan.."cantik umpama bidadari"

Cantikkah bidadari?
Al-quran juga ada menyebut tentang bidadari..pastinya bidadari syurga.. kejelitaan yg tiada bandingan dgn manusia di dunia..
Jesteru wujudlah perumpamaan di atas..untuk menggambarkan kecantikkan yg tiada cela..
Cantiknya seorang bidadari bukan hanya pada rupa, gerak gaya, budi bahasa tp cantiknya dari segala sudut..

Setiap isteri mendambakan takhta menjadi bidadari buat suaminya di syurga nanti..insha Allah..
Mama pun begitu..

Namun persoalannya apakah yg mama lakukan utk mencapai impian itu?

Usah impikan menjadi bidadari.. tapi impikan syurga Allah..kerana itulah matlamat kita... berusaha menggapai tempat di sisi Allah..

Insha Allah segala apa yg baik pasti akan kita dapat seandainya syurga milik kita..

Jadi pasakkan niat menuju syurga Allah..

Amin..

Wednesday, June 3, 2015

Cinta Jarak Jauh - Episod 2

Assalamualaikum

Cerita cinta yang tak berkesudahan..

Jika kita berjauhan dengan orang yang kita sayang..apakah yag paling buat hati kita sedih?

Jika mama... mama paling sedih jika papa atau sesiapa yg kat kampung cerita pasal moment bahagia mereka..sebagai contoh...adik Qysya dah begitu petah berbicara... ye mama tahu..sebab hari2 mama telefon..tapi mama telah terlepas banyak aksi mereka..

Mungkin nampak enteng..tapi itu adalah antara moment yg seorang ibu ingin rasai..

Lepas tu mama jadi lebih sedih bila papa bagitahu yg adik Qysya seolah-olah kurang kasih sayang dan macam tak terurus..
Hati mama mana yg tak tersayat..

Tapi papa cepat2 bagitahu yang dia akan berusaha meluangkan masa dan buat anak2 gembira..

Perkara yang sama timbul di fikiran mama...wajarkah mama di sini??

Ya Allah teguhkan hati hamba-Mu...aku ke sini atas takdir-Mu.. aku serahkan segalanya pada-Mu..kerana kedatanganku dan kepergian jauhku dari keluarga adalah atas redha suamiku..

Maafkan mama wahai semua kesayangan mama...







Monday, June 1, 2015

PUTRAJAYA Magic Of The Night 2016

Assalamualaikum

Minggu lalu berlangsung Magic Of The Night di Putrajaya anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia bagi tahun 2016..

Kiranya ini adalh tahun kedua penganjurannya..

Dan ini juga tahun kedua Majlis Daerah Tumpat diberikan kepercayaan oleh Tourim Kelantan untuk mempersiapkan BOT BERHIAS....

Of coz papa terlibat...dalam dua minggu papa and the gang berkampung kat sini...Happy???
of coz laaaa... tapi bukan boleh jumpa selalu sebab papa banyak kerja...
dan paling sedih anak2 syurga kami berada kat kampung..semestinya diorang terlalu sedih.. Maafkan mama dan papa..

Tahun ni..since mama duduk kat sini..boleh la lihat proses pembuatan bot berhias... dan paling best...design nya adalah dari idea papa...caya la papa....

Proses pembuatan bermula di Kelantan lagi... tapi masih banyak lagi yang perlu ditambah setibanya di Putrajaya..terutama dari segi lighting dan susun atur...malah ada juga arca seperti Al-Quran bersama rehalnya dibuat di sini..









Melihat ketekunan mereka semua membuatkan mama rasa nak tabik...sebab setiap proses memang meletihkan.. dan memerlukan tahap kreativiti yang tinggi...

Selepas dua minggu di sini..mereka berjaya menghasilkan bot berhias yang memang mempunyai tahap yang bagus berbanding tahun lepas..tahun lepas mereka mmg masih mencari identiti dan kehendak pertandingan pun masih samar...






Cantik tak?????????????
Ternyata pada tahun ini sedikit sebanyak usaha mereka terbalas...Kelantan berjaya meraih Naib Johan bagi kategori Pencahayaan Terbaik...

Sesuatu yang tak dijangka....sesuatu yang amat indah... terbayarlah jua penat lelah mereka....

Tahniah Kelantan..next time cuba lagiiiii.....

Hari Ibu buat MAMA

Assalamualaikum..

Hari Ibu dah berlalu...
Namun sebenarnya setiap hari adalah hari Ibu..
Tapi mungkin sebab dah jadi budaya..kita mmg happy aje nak sambut hari Ibu..bagi mama selagi tak taksub dan tidak melakukan sesuatu yg melanggar akidah kepada Allah...dan tidak mengabaikan tanggungjawab kita pada ibu pada hari2 yang lain.. sambutlah.. macam hari lahir kita la kan...
Maaf jika ada yang tak setuju...

Anak mama yang sulung dan yang kedua memang dah tahu pasal Hari Ibu.. Cikgu-cikgu di sekolah yang beri info..
Actually si abang iaitu Uyeeh dah lama tahu...
Tapi tahun ni mmg berbeza kerana tahun ini mama berjauhan dari anak2 syurga mama..berjauhan dari peneman mama di syurga nanti.

Sehari sebelum Hari Ibu, mama sudah kena pulang kembali ke Putrajaya..jadi anak2 mama ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mama..

Sungguh menyentuh hati...



Abang Uyeeh mewakili adik2 memberikan mama bungkusan di atas... of coz la dari rupa mama dah tau bentuk hadiahnya... tapi mama cuba berteka-teki dengannya..
Berkali-kali dia meminta maaf kerana tidak menyediakan hadiah yang lebih elok pada pandangan.. dia mengatakan tak punya waktu untuk ajak papa pergi membeli...


Apabila dibuka terdapat sebatang pen merah dan utusan cinta teragung yang bisa membuatkan hati mama meruntun..

Ya Allah..anakku..

Terima kasih sayang... bukan hadiah yang mama pinta... mama hanya pinta doa dari anak2 mama..


Terima kasih sayang atas ingatan..Maafkan mama kerana tidak dapat bersama kalian...maafkan mama.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan