CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Saturday, August 22, 2015

Kepulangan yang dinanti

Assalamualaikum

Selepas kahwin, mama tinggal dgn famili mentua...Alhamdulillah famili mentua mmg baik... tapi setiap ptg Khamis smama mmg dah gelisah utk pulang ke kg mama..tak jd hal sbb dlm 20 minit dah sampai..
Ramai yg tanya "memang balik tiap minggu ke?"
Atau juga yg ckp "ooo..kalau hr cuti tak jumpa la dia sini (kat umah mentua)"
Tapi sebenarnya ada juga masa yg mama tak balik.. lebih2 lg kalau ada event atau ada sesuatu yg penting di rumah mentua..
Awal-awal kahwin pun papa ada jugak ckp "kenapa selalu tak sabar nk balik, bknnya jauh pun lgpun tiap2 minggu balik?"
Jawapan yg mama pun tak tau nk jawab. Tapi yg pasti waktu itu mama rindu mek (kini arwah Al-fatihah), ayah dan rumah. Mama rindu wajah mek yg pasti duduk di pintu rumah setiap petang Khamis walaupun mama tak call pun cakap nak pulang..
"Kenapa mek dok sini?" tanya mama..
"Dok eh..sajo ambik angin" atau mcm2 lagi alasannya..
Tapi mama tahu dia tunggu mama..dia mmg hrp mama balik.. ayah yg gemar membaca kat meja makan akan segera ke muka pintu dgn wajah yg ceria.. Ya..mama tahu mereka mengharap kami pulang..tapi mereka tak pernah telefon suruh balik sbb mereka tahu mama sudah jadi isteri orang..
Mama terlalu rindu seraut wajah mek..
Kini bila pulang..selepas mek telah 'pergi' seraut wajah ayah yg tersenyum riang sahaja yg tinggal.

Saat yg paling sedih ketika mek masih ada ialah ketika kami anak2nya ingin pulang...dia akan duduk di birai tangga dan tersenyum nipis.. seolah sengaja menenangkan diri walhal dia merasa sedih.. lambaian mek sentiasa meruntun hati mama..pastinya hati kakak2 mama yg lain..

Dan kini sampai sekarang...setiap kali nak tinggalkan rumah..mama sentiasa membayangkan mek melambai-lambaikan tangan..

Dan sekarang mama tak berpeluang lagi bertemu mek..insha Allah di syurga kita bersua..semoga kita insan terpilih..

Jadi bagi sesiapa saja..selagi berpeluang..telefon lah ibu. pulanglah ke kampung kerana kita tak tahu apa akan terjadi nanti.. adakah kepulangan dulu sama dgn kepulangan hari ini..

Semoga Allah memberkati dan mengampunkan dosa ibu bapaku ..ibu bapa mentuaku..suamiku..kaum keluarga..anak2 dan seluruh umat Islam...


Thursday, August 20, 2015

Hati yang tersakiti

Assalamualaikum ..

Berbicara soal hati ni memang tak pernah habis. Tak akan habis..

Daripada perkataan HATI.. terlalu banyak interpretasi yang dapat kita huraikan.

Soal hati memang rumit..

Bagi mama hati ni sesuatu yang cepat bagi reaksi.. apatah lagi jika dicuit oleh sesuatu yg bermakna..

Jadi hati ni memang mempunyai hubungan yang cukup kuat dengan fikiran dan iman kita.

Apa akan jadi jika hati disakiti... tahap kesakitan pada hati dikawal oleh oleh fikiran.. sebagai contoh jika orang yang menyakiti itu ialah orang yg kita sayang..sakit yang kita rasai bertambah.. jika terlalu kejam diperlaku...kesakitan hati akan kuat terasa.
Di saat itu keimanan dalam diri amat didambakan agar kita dapat membuat keputusan berdasarkan iman.

too much to tell.. suddenly i'm totally out...sorry...





Wednesday, August 19, 2015

Raya yang lalu...

Assalamualaikum...

Lamanyaaa ya Allah tidak menulis kat sini... lupa? jemu?
Oh tidakkkk..mana mungkin.
Inilah satu-satunya tempat mama berkongsi masalah..luahan.. dan ideal..kat sini je segala itu bersemadi dan terus terukir..kalau nak luah kat tempat lain..mungkin ada yang tak nak dengar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri..hahaha

Baru berkesempatan....sorriiiiii..

Untuk kenangan di hari tua..mama tepekkan gambar raya kami kat sini...


Ni raya pertama..berjubah kami tahun ni

Ni raya kedua...

Soo..ampuni dosa mama ye...

Kosong-kosong temanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan