CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, March 14, 2017

Fitrah Seorang Isteri...

Assalamualaikum..

Hari ni...di ptg yg syahdu...cheewah..
nak la bagi tau peel atau dlm bahasa baiknya fitrah pompuan... kebanyakannya terjadi utk yg dah bergelar seorang isteri...

Isteri ni tak kisah sebenarnya si suami tak dan nak mesej atau wassap dia seharian sekiranya si suami tu bagi alasan "busy la ayang, tak dan nak main mesej atau wassap"...
Tak kisah...langsunggggg ok....

Dengan syarat...hari tu mmg si suami tu betul2 tak bermesej atau berwassap dengan org lain...
Sebabbbbbb.... dah kenapa bagi alasan tak sempat la...tak dan la sbb busy tapi wassap group dia yg berjela taip... sempat lagi berfb meseenger... uiiiiihhhh...itu pantangggg...

Bagi isteri...if suami kata busy tak dan nak mesej, wassap atau sewaktu dgnnya...so terbuka utk semua ok... jgn la dengan isteri busy...dgn org lain ok jerrrrr.... 

Ini adalah kerana, jauh di sudut hati isteri yg selalu bergolak tu..dia terasa dia tidak diberi keutamaan..dia ni hanya diperlukan time senggang...

Alasan si suami..."dah org tanya, karang apa pulak katanya kalau tak balas"... ermmmm
Soalan mama "habis tu, kalau boleh fikir perasaan org lain, kenapa perasaan isteri yg patut didahulukan itu tidak difikirkan?"

Ermmm... mama tau...sbb isteri kan...kerjanya seorg isteri kena faham suami...bersabarrrrr je laaa...
Tapi tahukah wahai suami2 semua..lelaki yg baik ialah seorang yg berbuat baik dan melayan isterinya dengan berhemah....

So, begitu laaaa yeee..setiap org ada alasan tersendiri, ada opinion tersendiri.. so ini adalah opinion mama..babaiiiiii..hihi... wassalam...

Wednesday, March 8, 2017

SEGMEN HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET

Assalamualaikum

Pagi tadi tgk status Abg Hasrul Hassan pasal nak bantu mencanakkan traffic blog kami yg suam2 kuku ni...wooooowwww..ini sudah baik...tajuk segmen pun baik punyerrr.. "SEGMEN HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET"

Tq Abg HH coz sudilah kiranya bantu kami..

Jom la kawan2 semua join slot ni...Insha Allah ada perubahan la ye dalam traffic blog kita...



Senang sangat nak join segmen ni...just follow a few simple rules:
  1. Kena ada blog sendiri
  2. WAJIB buat satu entry dalam blog kita dan tepek banner Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket'
  3. Lepas tu cari lah ye satu entry yang kita rasa nak roketkan dia sampai ke bintang langit ke tujuh...hihihi.. tepekkan url entry tersebut  
  4. WAJIB untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (sila klik dan LIKE nowwwww)
  5. WAJIB untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (sila KLIK dan LIKE sekarang)
  6. WAJIB untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (KLIK dan FOLLOW)
Ok....now mama dah buat semua syarat kat atas cuma satu jer lagi....iaitu entry pilihan mama yang mama nak sangat ia mencanak2 gitu....
ini dia....

http://mama-havoc.blogspot.com/2017/02/foundation-gebu.html

Bila dah siap tulis post penyertaan..silalah la comment dekat ruangan komen kat entry segmen kat blog Abg HH...

Harap Abg HH sudilah ye bantu mama.... tq in advance.. sebab trafik kat blog mama ni memang merudum dum dum dum.... aduhhh sakit tak tertahan dah ni......

Kepada yang nak join..masih ada banyak masa lagi.... cepat2... segmen dibuka sehingga HARI JUMAAT (10 MAC 2017) sehingga jam 12 tengah hari jer.....

Segmen ini ditaja oleh Lynk.my - Cara Naikkan Trafik Mencanak

Tq very much......semoga murah rezeki Abg HH....

Wassalam.....

Resipi Atkins: Zucini Cheese

Assalamualaikum..

Hari ni mama nak kongsi satu Resipi Diet Atkins...iyalah bila dah terjebak diet ala atkins ni mama kena byk masuk dapur la....hihihi

Resepi ni namanya ...ZUCINI CHEESE.. korang leh je tukar kepada Mentimun...taraaaa ada hal..mana yg ada kat dapur je....





ZUCINI CHEESE

Bahan2



Zucini (diparut atau dipotong halus)
Isi ayam dicincang atau didadu kecil
(boleh letak daging cincang atau udang)
Daun sup dipotong halus
Bawang holland (didadu halus)
2 biji telur
Serbuk lada hitam
Mix herbs
Cheddar cheese (diparut atau dipotong kecil) - anggarkan je banyaknya


Cara2
Korang campurkan semua bahan di atas termasuk sebahagian dari cheese.. kacau sehingga sebati..
masukkan dalam bekas kaserol...if tak de bekas tu..letak je dalam acuan mcm bahulu atau kuih cara...
Panaskan oven dalam 10 minit sebelum bakar dengan suhu lebih kurang 200 darjah celcius..sebelum bakar, tabur cheese kat bahagian atas pulak
Lepas tu bakar dlm 20 minit dengan suhu yg sama.. tapi korang tgk2 la jugak sbb kdg2 oven ni lain2 dia punya tahap kepanasan...




Selamat mencuba ye....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan