CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, May 16, 2013

Sudah-sudahlah Afiq Muiz...

Mama tak tahu pun pasal cerita sensasi Afiq ni selain drpd dia masuk Masterchef Selebriti Musim Kedua.. iyalah sejak dlm tempoh berpantang ni..mama tak layan sgt ruangan gossip2 ni..tak sempat..nak layan puteri cilik lagi... hah 2 org putera lagi tu pun nak dimanjakan juga...
Rupanya dia ada masalah dgn ibunya...katanya ibunya telah mengusirnya dr rumah dan menghubungi hanya kerana pentingkan duit..dia juga mengatakan ibunya sudah tak sayangkannya lagi.. walaupun ada penafian drpd pihak ibunya yg mengatakan dia tidak pernah mengusir Afiq..


Kehangatan masalah itu brtambah bila mana Eina Azman yg digossipkan dgn Afiq tampil mengatakan ibu Afiq mengugutnya dan mengatakannya menggunakan duit Afiq..Eina meminta ibu Afiq meminta maaf kpdnya..

Sebagai org luar..mama tak tau cerita sebenar..tp bagi mama usahlah dihebohkan keaiban dalam family kita... Masalah akan menjadi lebih besar dan mungkin lebih ramai yg akan terluka...

Mama masih ingat bait2 dialog dlm cerita "Ampunkan Dosaku" lakonan Ezani, Fauziah Nawi, dan Zamarul..Dialog yg dilafazkan oleh Ezani begitu terkesan dihati mama sampai sekarang..walaupun sudah lebih 15 tahun mama menontonnya... katanya, " SEORANG IBU TAKKAN PERNAH BERDOSA DGN ANAKNYA, APA YANG ADA HANYALAH DOSANYA DENGAN ALLAH"...
Ini bermakna seteruk mana pun seorg ibu itu..walau dia pernah melakukan kezaliman kpd anaknya..dia tak berdosa kpd anaknya kerana sebenar2nya dia berdosa dgn Allah krn tidak menjaga amanah Allah dgn sempurna.. Jadi seorang anak haruslah sentiasa berlembut dan berbuat baik dgn ibunya... Ingatlah jasa-jasanya selama ini..takkan pernah seorang anak mampu membalas jasa seorang ibu... takkanlah hanya kerana sedikit kekasaran drpd seorg ibu, seorg anak sudah menganggap ibu sebagai seorg musuh..

Jadi tak salah sebagai seorang anak, Afiq berbincang dan memohon maaf dgn ibunya... rendahkanlah ego di depan ibu... usah persoal siapa yg salah..beralah tak semestinya kalah... sebelum terlambat, buatlah keputusan dgn bijak.. usah dgr cakap org luar.Afiq dah cukup dewasa dan bijak utk membuat keputusan...
Kepada Eina, sudah2lah.. jgn menambahkan kekeruhan... kadang2 diam lebih baik drpd bersuara..bukan semua benda kita perlu buat press conference..

Maafkan mama sekiranya mama tersalh dlm memberi pandangan....

Wednesday, May 15, 2013

Jangan selalu meminta...

Pepatah ada mengatakan yang tangan yg memberi lebih baik drpd yang menerima.. itu sebenarnya suatu motivasi bagi kita semua utk selalu bersedekah dan mengeluarkan zakat.. zakat bermakna SUBUR.. jadi apabila kita berzakat, Insya-Allah akan semakin suburlah harta kita...

Mengapa mama mengeluarkan topik ini??? Ini semua kerana mama baru aje sembang2 dgn mak mentua mama (Ma).. Ma cakap esok dia dapat tempahan makaroni bakar sebanyak tujuh biji daripada org yg dah tempah dgn dia dua hari lepas... Org tu ialah cucu kpd seorg makcik yg selalu buat tempahan makaroni dgn Ma... Ma ckp makcik tu suruh buat 1 biji makaroni bakar percuma buat dia...
Mama pun mcm terkejut sbb seingat mama dua hari lepas dia dah minta... esok minta lagi...
Sekarang bukan isu Ma tak nak buat utk dia dan beri secara percuma..bukan juga Ma tak ikhlas.. tapi sepatutnya makcik tu agak2 la sebab tak kan setiap kali buat order nak yg percuma...  Untuk pengetahuan semua, setiap kali makcik tu buat order mesti dia tanya... ada lebih tak, ada yg free tak...rgSepatutnya makcik fahamlah Ma kan berniaga... Kalau ada lebih, tak perlu minta..Ma mesti baginya..

Bukankah lebih elok sekiranya org memberi secara ikhlas tanpa perlu kita meminta.. kerana sifat itu akan menjadi tabiat... mengaibkan diri sendiri... sekali dua takpe la..lama2 siapa yg tak tension.. rupa-rupanya makcik tu mmg selalu menjadi bualan.. ini kerana dia sentiasa aje cuba nak meminta kat mana sahaja dia pergi...

Niat mama bukan nak membuka aib org tapi sekadar utk sama2 mengingatkan diri sendiri dan kwn2 mama yg mama syg... jgn sesekali suka meminta walaupun dgn seseorg yg kita rapat... kerana ia akan menjadi tabiat yg boleh menjatuhkan maruah kita.. semaikanlah perasaan malu dlm diri..kerana Rasulullah s.a.w juga seorang yg pemalu.... Ukhuwah sesama kita juga akan tercemar sekiranya sikap itu menjadi amalan..

Kepada yg berkemampuan..teruskan memberi dgn ikhlas..krn ganjaran Allah itu cukup besar..

Tuesday, May 14, 2013

Dahlia oh Dahlia!

Selepas hebat dgn Adam & Hawa ..diikuti hangatnya Sehangat Asmara... kini Kak Ton dan anaknya Zetty Adila terus menghasilkan satu lagi drama rantaian yg hebat dan menyayat hati... DAHLIA...


Sinopsis:
Dahlia lakonan Dira Abu Zahar mengisahkan seorang wanita yg cekal ...yang terlalu sibuk dgn kerjayanya dan mengurus rumahtangga... Dahlia merasakan hidup cukup bahagia kerana dianugerahkan suami yg penyayang dan 2 org anak. Namun takdir telah menentukan segalanya di sebalik kebaikan suaminya, Razman lakonan Hans Isaac.. Razman mempunyai hubungan terlarang dgn sahabat baik Dahlia sendiri iaitu Haliza lakonan Raja Ilya.. Haliza sebenar kekasih pertama Razman.. setelah mereka berpisah barulah Dahlia dan Razman berkahwin. Apabila berjumpa kembali, Haliza bekerja bersama di syarikat milik Dahlia dan Razman..kerana cemburu dgn kebahagiaan Dahlia, Haliza telah menggoda Razman kembali.. malah agenda jahat Haliza semakin berkembang, dia juga berniat utk merampas harta dan anak2 Dahlia.. Setelah mengetahuinya Razman dan Dahlia telah bercerai..kerana terlalu sedih, Dalia sudah mengambil jalan utk membunuh diri..Namun dia telah diselamatkan oleh seseorang yg telah dia kenali sebelum ini iaitu Fuad..lakonan Faizal Hussien..

Ermmm utk tahu lebih lanjut kena tgklah ya..mesti best punyer....Kenapa mama suka citer ni??? kerana mama mmg peminat Dira dan Faizal.. dan mama juga peminat Dayang Norfaizah.. Dayang ialah penyanyi OST drama tu , tajuk dia Bisikan Rinduku...mmg best lagu tu..dengar je..terus meresap ke kalbu....



Drama ni mmg hebat sebab dia boleh memerangkap emosi kita agar bersatu dlm kesedihan Dahlia.. merasa jijik dgn perangai Razman yg dayus.. merasa nak cekik aje Haliza yg terlalu kejam...dan merasa tenang dgn keikhlasan Fuad....

Mama percaya kepada yg pernah mengalami kenangan seperti Dahlia..anda akan lebih beremosi...

Jom..selamat menonton...


Saturday, April 20, 2013

Rezeki dari Allah swt...

Hai semua....mama rindu giler nak update blog mama...nmpknya sekarang ni baru berjaya...
Alhamdulillah, mama,papa dan keluarga telah dikurniakan rezeki drpd Allah swt.. rezeki yg tiada tolok bandingnya...

Pada 23 Mac 2013 yg lalu bertepatan jam 3.19 pagi waktu Malaysia, mama telah selamat melahirkan seorang baby girl...sesuatu yg mmg diharapkan oleh papa dan mama...baby girl yg dilahirkan sihat sejahtera dgn berat 2.85kg...

Sekarang dah berada di dunia selama 29 hari... baby diberi nama QYSYA AMALYN. yang membawa maksud kehidupan yg lebih baik yg berterusan...semoga kelahirannya memberikan kehidupan yg lebih baik kpd kami sekeluarga dan terutama dirinya...

Photo: My 1st Princess Qysya Amalyn Bt Noor Amrie ( 2.85 kg, 3.20 a.m, 23.03.2013)
time baru lahir..

Photo: ‎Hari ni genapla 1 mggu umur puteriku Qysya Amalyn.. Smoga dik qysya cpt mmbesar n jd ank yg solehah.. أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.‎
time umur 1 minggu..belum dibotakkan...rambut masih lebat..

Qysya di usia 29 hari...
nak tau tak.....time mama tulis entry ni... mama dok riba dia la....dia yg dok tgh tersengih2 sendiri..tp mata maintain tutup... dalam bulan pertama ni...baby memang malam tak tido....nak buat cam ner...hrp2 bila mama dah start kerja, dia akan tukar la ye..kalau tak habis la mama...hehe...demi anak...nak buat camner...syg baby mama...

Thursday, March 21, 2013

Ketuban Darah

Hari ni merupakan hari kedua mama MC sebab mama terseliuh kaki..tak sangka terseliuh sikit je tapi bengkaknya agak teruk la..may be mama dalam proses kehamilan...
Pagi ni, tokma (my lovely mother-in-law) yg hantar Uyeeh ke sekolah..mama takut bengkak mama semakin teruk kalau masih drive kereta..

Rasa mengantuk la pulak..selepas makan roti canai, mama pun taking short nap.. sebenarnya nak relax2 je, tp biasalah..bila dah baring...terlelap la..
Tapi asyik tersedar aje...
Mama sebenarnya berkira2 nak solat Dhuha..mama ingat dalam pukul 11 pagi nak buat la...
Jam baru je menunjukkan 10.30 pagi.. eh rasa nak terbuang air la... kekerapan buang air mmg dah biasa bagi org yg mengandung dan nak sampai due macam mama ni..

Mama bangun perlahan2..iyalah..kaki dah la sakit..huhuhu..  tetiba je macam sesuatu keluar...Ya Allah tak menyempat la pulak...dah terbuang air ke... adoyaiiii...

Pergi aje ke bilik air...agak terkejut...bukan terbuang air tapi ada kesan sedikit darah pada seluar mama...
Ermmm ini mesti kes ketuban darah... ohhhh..it's the time... so mama kena get ready...bila2 masa je ni..
Tp perut belum sakit apa2... time Uyeeh mama pernah ketuban darah tapi time Iqy, doktor yg pecahkan...

Saat begini mama cek balik beg baby, beg mama, dan segala yg perlu dibawa ke hospital..

Dah telefon papa yg dok kat opis... anytime ni papa...

Di sini mama minta maaf kalau ada salah dan silap..mama manusia biasa..mesti ada punya...
Mama harap mama dan baby akan selamat dan sihat...nanti kita jumpa lagi ye....Insya-Allah...

Love you all...

Monday, March 18, 2013

That Winter, The Wind Blows

That winter, the wind blows... satu lagi cerita Korea yg best tahap wajib tonton..

Cerita yg bisa membuai sesiapa sahaja..of coz la sebab jln ceritanya dan hero heroin yg cun... heroinnya mmg feveret mama.. Song Hye Gyo.. pelakon drama No.1 Korea..


Song Hye Gyo
Jo In-Sung
Sinopsis:
Drama yg berkisar tentang seorang lelaki yg macho dan hensem, Oh Soo.. dia merupakan anak yg ditinggalkan di bwh pokok ketika musim salji.. mempunyai 2 org bestfriend, Jin Sung dan seorg lagi yg juga bernama Oh Soo.. dia menjadi penjudi dan tidak percaya lg pada cinta selepas kematian kekasihnya.. dia mula menjadi player..
Kwnnya yg juga bernama Oh Soo merupakan sebenarnya anak org kaya tp terpaksa hidup susah krn penceraian ibu bapa.. dia hidup bersama ibunya dan adiknya hidup bersama ayahnya yg kaya-raya. ibunya meninggal dunia menyebabkan hidupnya lebih derita..krn amanat ibunya dia tidak mencari ayahnya w/pun dia mengenali ayahnya. dia sentiasa menghantar surat pd adiknya.. tp tiada balasan. adiknya tidak mengetahui tentang surat itu krn adiknya telah menjadi buta. tp takdir menentukannya krn akhirnya adiknya mengetahui dan berusaha mencari abgnya krn ayah mereka sudah tenat.. abgnya menggunakan alamat hero yg juga bernama Oh Soo..jd adiknya yg bernama Young telah mencari abgnya di situ..berlaku sedikit  kekacauan pd hari itu..menyebabkan abgnya dilanggar kereta dan meninggal dunia. Oh Soo ditangkap polis krn dituduh menyeleweng..dia diperangkap oleh perempuan yg ditolak cintanya.. pada hr yg sama juga ayah Young dan Oh Soo meninggal dunia.
Oh Soo (hero) dipenjara selama setahun.. apabila dia keluar dr penjara, dia sudah tak nak menjadi penjudi lagi dan ingin berubah, namun nasibnya malang krn dia perlu membayar kembali wang yg kononya diseleweng olehnya.. pada masa yg sama peguam keluarga mendiang Oh Soo mencarinya Oh Soo yg telah mati.. kerana terdesak Oh Soo (hero) menyamar sbg Oh Soo yg telah mati. byk peristiwa yg berlaku dan konflik yg melanda hidup Oh Soo.. pertemuannya dgn Young menghidupkan kembali kepercayaan cinta dlm dirinya..bagaimanakah kehidupannya??? kena la tgk smpai habis ye..

Cerita ni ada disiarkan di ONE TV ASIA...saluran Astro 393..setiap hari Rabu dan Khamis jam 8.55 malam. baru je main kat tv bermula 13 Mac 2013 yg lalu... tp mama ni kan seorang yg tak boleh sabar..mama suka tgk online.. kat online sampai ke hari ni dah episod 11. dan mmg ternyata best..mama tengok kat dramacrazy.net.. korang boleh je taip dia punya tajuk... dan boleh la menonton...byk elemen cinta, kekeluargaan, lucu la jugak..dan yg paling byk romantik dan sedih.....ohhhh....

Ini linknya http://www.dramacrazy.net/korean-drama/that-winter-the-wind-blows/ 

Selamat Menonton..

Sunday, March 17, 2013

Isteri buat salah, suami yg tanggung!!!

Mama pernah dgr yg kebanyakan lelaki yg terjerumus ke dalam neraka adalah disebabkan oleh wanita....
Mama sentiasa berdoa agar mama tidak akan menyusahkan lelaki2 kesayangan mama seperti ayah, papa dan anak2 lelaki mama..Dalam setiap doa mama, sentiasa mama berdoa agar segala dosa yg mama lakukan biarlah mama yg menanggungnya... jgnlah mereka dibebani dosa mama....semoga Allah memakbulkan doa mama....

Mama juga tak mahu org2 kesayangan mama bersedih kerana mama... mama yg buat, diorg yg derita dan tension..tapi mama juga manusia biasa, mama kdg2 alpa.. mama terlanjur kata dan perbuatan sehinggakan org sekeliling mama terutama papa yg terpaksa menghadapinya..Untuk itu maafkan mama...

Mama byk buat salah kerana mama agak cerewet..itu adalah sifat mama...mama byk memikirkan rasional dlm membuat pertimbangan.. mama fikir asalkan hati mama ikhlas mama dah buat yg terbaik..
contohnya dlm menasihati adik2 mama, mama hanya fikirkan yg terbaik buat mereka... mama ingat sebagai kakak, mama boleh mengeluarkan pendapat dan teguran.. dan mereka akan menilai dan tidak melenting....tapi sebenarnya mama silap sebab, adik2 zaman sekarang sudah tak berapa nak terima yg seorang kakak boleh menasihati mereka.. dan seorang kakak sudah tak boleh menunjukkan seniority mereka.. adakah kerana org zaman sekarang terlalu memikirkan kesamarataan dlm setiap sudut...
oooohhh, rupanya mama masih seorg yg konservatif...

Rupanya susah utk menjadi seorang kakak..lebih2 lagi kalau kita ialah seorang kakak ipar..sebab di kala ketidakpuasan hati hadir, kata kunci 'orang luar' itu akan menggamit kembali... mama mmg baru belajar menjadi seorang kakak.. mama adalah anak bongsu dan mama punya 5 org kakak..bila dah berkahwin, mama dihadiahkan ALLAH enam org adik ipar yg semuanya perempuan..
Mama tak tau nak ckp mcm mana, di kala mama rasa diorg ada buat silap, mama tak dpt tegur dgn berkesan krn mama dpt rasakan mereka seolah2 tidak mahu mendengarnya..mungkin krn mentua mama pun pasangan yg tidak suka berleter kpd anak2 mereka..jd bila mana tetiba sahaja ada yg menegur, sukar utk adik2 menerimanya..mereka mmg adik2 yg baik tp kerana budaya tegur-menegur bukanlah budaya mereka, mereka seakan tertekan jika ada yg menegur mereka...

Yang paling menyedihkan jika ada konflik kerana teguran itu, papa yg merasa tertekan...kesian papa...sepatutnya sebagai isteri, mama kena membahagiakan papa.. untuk itu maafkan mama... kadang2 terfikir juga, lebih baik mama pejamkan mata dan zipkan mulut.... adakah itu yg sebaiknya? adakah mama hanya boleh membiarkan segala yg tak berapa baik berlaku tanpa berbuat apa2...

Terasa juga hati ini bila mana niat baik disalaherti... mama tahu mama tidak sempurna.. tp sampai bila kita harus menunggu kesempurnaan diri sebelum kita layak menegur dan menasihati org lain... jika kesempurnaan yg kita tunggu, sampai ke mati lah kita hanya perlu menguncikan mulut kerana sampai bila2 pun manusia biasa tak akan sempurna. Tiadalah guna Allah menurunkan surah Al-Asr...jika tidak kita mengamalkannya...
Mama tak marah jika mama ditegur... mama tak kisah jika ada yg membenci... kerana mama sememangnya memerlukan bimbingan.....

Pengalaman akan mendewasakan kita, Insya-Allah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan