CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, January 31, 2013

Laksa buat sakit urat????

Laksa???? mama rasa ramai orag Malaysia yg menggemarinya...

From Google

Kalau mengikut petua org lama2 (mama dgr dr arwah ibu mama) kalau makan laksa akan jadi sakit urat... sebab tu la perempuan mengandung tak digalakkan untuk makan time berpantang sbb time tu, segala urat saraf baru nak recover...

Sebagai anak yg patuh (hehehe)..mama ikut aje...iyalah kalau kena sakit urat...susah gak..tak boleh nak tidur selagi tak berurut walaupun sekadar urutan manja....

Laksa mmg feveret mama..tak kira laksa negeri mana pun... tu yg susah sikit nak kekal pantang..kalau ikut arwah ibu mama, ermmm dalam setahun lepas pantang pun dia takkasi...tp mama yg degil juga..cuba la try jugak..ermmmm mmg ada betulnya... sakit urat mcm mencucuk2... insaf la kejap... bila dah ok...kalau ada laksa mkn jugak....

Malam td malam keempat bacaan tahlil untuk nenek papa...so menunya Laksa Penang, Laksa Kelantan dan Laksam... itu mmg package utk hidangan dia la....

Mama tak makan byk..semangkuk aje..mama mkn Laksa Penang... ingatnak tambah Laksa Kelantan ..tp mcm takut gak..iyalah kan ..mama kan tgk pregnant..dah la skrg ni selalu aje lenguh sini...lenguh sana....mkn pulak Laksa...

Dan hasilnya..sejak dr nak tidur semalam sampai ke detik ini..di pagi hari...mama rasa penangan Laksa dah mengena mama..mama rasa lenguh dan letih....tapi nasib la kan..siapa suruh mkn...malas nak mengadu dgn papa..nnt papa berleter pulak...

Tapi kejadian macam ni mungkin tak dialami oleh semua org.... mungkin org2 yg terpilih aje....hehehe...Alhamdulillah kepada sesiapa yg tak mengalami sebarang komplikasi dgn makanan...
Kepada yg senasib dgn mama, bersyukur la ye...sebab takde la memudaratkan sgt... ada lagi yg mengalami komplikasi yg lebih teruk.... anggap aje itu ujian drpd Allah..agar kita tidak leka dgn nikmat dunia... sekurang2nya apabila kita sakit..kita akan lebih dekat dgn Allah....

Selamat bersarapan...


Wednesday, January 30, 2013

Emosi Perempuan Mengandung!!

Assalamualaikum......

Memang tak dinafikan selain terlebih berat badan dan saiz, kebanyakan perempuan mengandung akan dicop terlebih emosi, terlebih garang dan segalanya lebih...

Kenapa ye????

Begitu lah jua nasib mama...ermmm..ramai student mama kata.."ermmm, biasa la puan marah..dia kan mengandung"....
padahal sebelum mengandung pun mama ni memang jenis yg suka bebel2... tapi mereka cuma komen perihal garang2 ni time pregnant aje....

Iya, mama memang marah dgn diorang...dan mama rasa kalau dgn perangai diorang tu... orang yg tak mengandung, org yg tak mungkin mengandung (lecturer lelaki) pun akan marah.. ia la kan..kita suruh buat tutorial..tak buat....suruh fotostat nota..tak buat...bila tanya kenapa...semua tunduk menyembah ke bumi....
Oooo..time gelak2 tak ingat dunia...ketawa muka ke langit semuanya....

Haaa...kan dah membebel ibu mengandung ni.... 

Betul ke orang mengandung terlebih emosi dan garang??? mama rasa ibu2 mengandung ni marah masih kena pada tempatnya...dia akan marah bila ada kesilapan aje...bukannya marah tak tentu pasal..cuma mungkin nampak macam lebih sikit sebab dia dah letih..iyalah dlm mengandung ni ketenangan amat penting sebab setiap ibu mengandung kena membawa kandungan yg berat...kat situ dah letih..tetiba aje emosi marah dtg...lagi la...harus diketahui apabila kita marah seseorang....kita akan menjadi letih....dan kurang waras...jesteru, Islam amat menganjurkan umatnya menahan perasan marah..dan jihad yg paling berjaya ialah apabila kita berjaya mengawal perasaan marah kita....

Kalau nak diikutkan hati..mau saja mama pot pet pot pet lagi..tp ialah la kan sebagai yg lebih matang kita kena tahu mengawal emosi...so mama cuba bertenang bila berdepan dgn students yg sengaja mencabar kewarasan mama....kebanyakan apa yg mama lontarkan lebih kepada nasihat...dan mama rasa mama bertanggungjawab utk memberitahu students mama apa yg betul, apa yg salah... isu penerimaan mama serahkan pada mereka...jika mereka sayangkan masa depan mereka..mereka akan ambil sedikit sebanyak apa yg mama ckp...kalau tak..mama tak mampu lagi...mama hanya mampu berdoa......

Korang mcm mana???? Jom kawal emosi kita khususnya ibu2 mengandung mcm mama ni sebab segala emosi kita kan berkait rapat dgn baby dlm kandungan kita..... 

Lapangkan dada...tarik nafas..tenangkan diri.....Alhamdulillah....

Tuesday, January 29, 2013

Part Time Jobs



Cara mudah utk buat part time jobs.. tak perlu la keluarkan modal atau apa2 ...cuma usaha dan masa sedikit utk promote...
Korang sebenarnya diperlukan utk isi data.. tp for the beginning kena la bagi referral dulu...lepas dapat ist cheque..korang boleh teruskan bekerja isi data..
Mama dapat link ni pun dr member..so mama pun tak pasti lagi..dah orang minta bgtau..mama bgtau je la... semua tu bergantung pada kita...tapi mana la tau kalau nak berhasill..yg penting berdoa agar benda ni betul dan jgn terlalu fikirkan wang, ok...sebab setiap rezeki tu akan hadir jika kita berusaha..
Kalau korang berminat sila la ke link ini..

EARN PART TIME - online jobs


Monday, January 28, 2013

AMARAN DRPD PIHAK POLIS:Berhati2 dgn kertas yang melekat pada cermin belakang kenderaan!!!

Amaran ni mama ambil drpd blog ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN..

Kaedah dan cara terbaru yg dilakukan oleh penjenayah ialah meletakkan kertas pada cermin belakang kenderaan.
Apabila kita masuk kereta dan kita pasti kurang menyedari kewujudan kertas sebab ia berada di belakang..bila kita nak memandu barulah perasan melalui cermin pandang belakang... kita pun ternampak la sehelai kertas di tengah2 cermin belakang kenderaan kita.. of coz la kita nak pergi buang sebab kertas tu akan menghalang pandangan kita...
Pada masa kita keluar utk buang kertas tu la...penjenayah mengambil kesempatan utk menyerbu ke dlm kenderaan kita dan melarikannya...
Musibahnya:

  1. kita mungkin tercedera kerana penjenayah ni dia hanya fikir dia je..dia tak fikir kita yg dok kat belakang tu..bila aje dia cepat2 nak pergi..kita may be tersungkur atau mcm2 lg kemungkinan akan berlaku.. itu kalau dia terus pergi..cuba fikir kalau dia mmg rancang nak cederakan kita..terus diundurnya kenderaan tu..fuh mama tak boleh bayangkan..tak sanggup
  2. selain drpd kenderaan dirampas..ada byk lagi harta lain..kalau org pompuan mesti ada handbag..iyalah..nak pergi buang kertas kat belakang..of coz la kita akan tinggal je handbag kat dlm kereta...ermmm kalau baru balik kerja...laptop la...i-pad la...or maybe document penting
  3. dlm handbag kita mesti ada alamat kita dan kunci rumah...probability diorang nak ke rumah kita mesti ada... jenayah dah jd berantai... boleh membahayakan seluruh keluarga dan harta benda
  4. Trauma dalam diri mesti ada..kita akan jadi mudah terkejut dan takut nak keluar rumah...
ermm..byk lg kot kesannya...
Minta dijauhkan drpd kita semua menjadi mangsa jenayah... kita kena lebih berhati2 keran penjenayah hari ini lebih bijak dan mempunyai perancangan yg mcm2.. kdg2 tak terfikir oleh kita... mereka kebanyakan dah tak fikir keadaan mangsa...

Antara langkah pencegahan:
  1. Pandu aje dgn berhati2 kereta tu...tanggalkan kemudian..mama rasa kita masih boleh memandu dgn hanya ada sehelai kertas...bila dah confirm selamat..tanggalkan la ia...
  2. dalam masa yg sama kena banyakkan berdoa agar Allah sentiasa melindungi kita semua....Insya-Allah

Thursday, January 24, 2013

Dr Sheikh Muzaphar dan Dr Halina dapat PUTERI ke-2!

Pada awalnya Dr Halina dijangka bersalin sekitar Februari 2013..namun kehendak Ilahi..siapa yg tahu kan... Alhamdulillah pasangan yg sama cantik sama padan ini selamat melahirkan cahaya mata yg kedua mereka pada hari 20 Januari 2013 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sekitar jam 7.53 mlm..

Tahniah ye .....

Baby Kedua Dr Sheikh Muszaphar

Dalam komen Dr kat FBnya..dia kata dia seakan mungkin dikelilingi oleh puteri2..he dun wori Dr...next time baby boy pulak ye.....  mama pun dua-dua hero...
Pasti ada hikmah-Nya tu...


Sunday, January 20, 2013

Hijrah Pierre Andre..

Mama tahu mama mmg lambat dalam mendapat perkembangan terbaru... ini pun mama tahu dr papa..hehehe...dua tiga hari lepas ada tgk lakonan Pierre kat TV...mama pun cakap lah yg dah lama tak tgk Pierre kat TV..maksudnya utk cerita terbaru la..papa pun ckp yg imej Pierre dah berubah...dah berhijrah..

La...iya ke ?? mama ingatkan dia sibuk di belakang pentas..iya la kan Pierre lebih berminat dgn kerja2 belakang pentas drpd berlakon...

Ermmm rupa2nya Pierre dah mula nak mendalami agama Islam..Alhamdulillah... time dia di Anugerah Skrin hari tu mama perasan yg ucapan yg disampaikan Pierre time dpt Anugerah Yasmin Ahmad tu..tp mama tak rasa apa2 sebab sebelum ni pun Pierre mmg puitis dan berjiwa orgnya...

Semoga Pierre akan mendapat apa yg dicari ...semoga Allah memberkati usaha Pierre..semoga Allah menjaga dan melindungi mama dan semua umat Islam juga...



Ustaz Azhar dlm diri Zizan...

Membawa imej seakan2 Ustaz Azhar Idrus memang kepada Zizan...malah lawak itulah yg menyelamatkanZizan ketika ketiadaan Johan di pentas MLM 2012 pada minggu ke tujuh lalu...

Kelakar..dah la jubah MERAH...hehehe..

Ustaz Azhar yg sporting bagi komen  yg sporting jugak dgn penampilan Zizan...geng kamceng la katakan.. Antara respons dr Ustaz bila ditanya peminat tentang penampilan Zizan...




Mama mmg tabik la kepada yg tak berapa ambil kisah kalau perwatakannya ditiru oleh pelawak...mcm Datuk Yusof Haslam dan anaknya Shamsul pun sporting... di bahagian pelawak pulak..kena pandai pilih lawak2 tu agar semua pihak berpuas hati dan tidak mengaibkan ikon yg ditiru..be profesional....

JOZAN menjadi JOHAN!!!

Maharaja Lawak Mega 2012 telah melabuhkan tirainya Jumaat malam yg lalu.. semuanya telah terungkai ..penantian telah berakhir dan JOZAN menjadi JOHAN...


Pada awalnya sedikit bimbang kerana kemungkinan kedudukan teratas JOZAN boleh dipintas oleh JAMBU memandangkan Zizan keseorangan dan seolah2 tidak bermaya utk berlawan seorang diri....namun kejutan yg menggembirakan kesemua peminat JOZAN apabila Johan tampil utk sama2 beraksi...jelas terpancar kegembiraan di wajah Zizan...walaupun masih dalam proses rawatanJohan membuktikan tahap profesional dlm dirinya.....suka mama...

JAMBU mendapat tempat kedua dan membawa pulang wang berjumlah RM250,000, SHIRO yg menunjukkan prestasi yg memberangsangkan membuktikan dia mampu bersaing dgn otai2 lawak mendapat tempat ketiga dgn wang tunai berjumlahRM150,000. Tempat keempat BOBOI hadiahnya wang tunai RM50,000 dan SAY WHO membawa pulang RM15,000 apabila berada di tempat kelima..BOBOI berjaya memintas SAY WHO pada pusingan akhir itu... kerana sebelum ini BOBOI mendapat undian yg paling rendah...


Pada mama..malam akhir baru2 ni memang menghiburkan walaupun kdg2 kelihatan ada juga persembahan pada minggu2 biasa lebih menonjol... contohnya SAY WHO..kurang menyengat pada malam final tersebut...

Tahniah kepada JOZAN... kerana membuktikan POPULARITI mereka seiring dgn PRESTASI mereka...



Friday, January 18, 2013

Siti Nurhaliza bertudung litup sempena 34 tahun..

Ermmm Alhamdulillah ...akhirnya Datuk Sitidah membuat keputusan yg tepat dalam hidupnya...dia telah memilih utntuk memakai tudung secara penuh sempena hari lahirnya yg ke-34 tahun pada 11 Januari yg lalu..

Datuk Siti melahirkan rasa bersyukur kerana akhirnya pintu hatinya menerima hidayah daripada Allah..rasa terima kasih kepada semua peminat yg sentiasa berdoa agar dirinya memakai tudung dgn sempurna... Sekaligus katanya dia telah mengotakan janjinya dahulu...

Semoga Datuk Siti istiqamah...semua tu memerlukan proses..lebih2 lagi dlm melakukan perkara yg baik...
Mama rasa semua tu kan menjejaskan karier Datuk..malah semakin berkat ..Insya-Allah...



Cantikkan...malah jauh lebih cantik dan nmpk muda....

erm lepas ni Datuk Siti kena try longgarkan sikit baju... baru sesuai dgn imej bertudung...

ermm..mama ni mcm2 kan...byk komen la...sorry...

Monday, January 14, 2013

Mama Signature at Batu Gajah.....

Hai..hari ni mama nak cerita pasal 1 kedai yg bagi mama boleh dikatakan kedai macam2 ada.....
Nama kedainya ialah 'MAMA SIGNATURE BG'....

Mama Signature - Batu Gajah, Malaysia

Kedai ni ada kat Batu Gajah Perak..... ermm nak beli online pun boleh.... ada mcm2 servis dan barangan...
Lebih2 lagi handmade cenderahati...contohnya penanda buku, penanda Quran, kiranya kalau kasi kat sesiapa...ermmm memang melekat kat hati la... tempahan hamper diterima juga ..cakap je nak gaya yg macam mana...harga tu mama tak tau la..... korang kena runding ngan empunya kedai la....

Baju2 utk anak2 yg baru dan yg bundle pun ada......

Terbaru set untuk naik buai pun boleh disewa kat sini... 

Haaa..lupa lak..tempahan untuk hantaran kawin,tunang dan segala jenis majlis pun boleh.....

Untuk apa2 pertanyaan boleh contact owner diorg ler ye...

Yar (012-9351970)
Ruz (017-5820010)

Kalau nak tengok lebih detail leh la ke FB page diorg...

click aje kat sini  Mamasignature Bg .... boleh tgk dan like page diorg...

Photo: baju kanak2 watak kartun dengan pelbagai gambar & warna yg menarik


Photo: servis baru dr mama sisnature:
sewaan lapik nikah rm50/2pcs
sewaan buaian  majlis naik buai rm200
sewaan mini pelamin

Photo: Hantaran Cinta Barzati buat suami


* ini hanya khidmat masyarakat dari mama..takde sebarang bayaran iklan pun....saje je nak berkongsi tempat belian yg bagus dgn korang....hehehe.... 

Sunday, January 13, 2013

Air dan manusia

Sekarang jenuh dok dengar org2 kat Selangor ygmerungut kerana tak de air.... dan tak terlepas yg menjadi mangsa kepada situasi tersebut kwn 2rapat mama yg bermaustautin di sana...ohhhh bila kwn2 kita yg kita kenal mengalaminya kita akan lebih tersentuh dan lebih mengikuti perkembangan... terbaru berita mengatakan krisi air ni akan berlanjutan hingga ke Tahun Baru Cina...


Mama yg mendengar pun tak sanggup apalagi mereka yg memikul beban... kebanyakan kwn2 mama duduk di pangsapuri..so of coz la kena punggah air..ermmm ada yg tak payah pergi gym sebab muscle yg cantik dah terbentuk.. mmg kelakar bunyinya tapi hanya gurauan macam tu yg dapat mengurangkan kesedihan.... lebih menyedihkan pada yg baru bersalin dan punyai anak ramai.. perbelanjaan pun semakin bertambah kerana bekalan air terpaksa dibeli..khususnya utk memasak dan minuman...

Dek kerana itu mama masih rasa bersyukur walaupun di ketika ini opis mama pun mangalami ketiadaan air..tiada kaitan dengan bekalan air krn sebenarnya enjin air terpaksa ditutup utk proses penyelengaraan..itu pun hanya di toilet bilik pensyarah dan kitchen aje...kesulitannya kami terpaksa ke bahagian surau utk basuh pinggan, dan urusan peribadi...perjalanan yg hanya memakan masa 1 minit lebih... jd itu bukanlah ukuran kepada kesusahan yg ditanggung oleh kwn2 di sekitar Selangor...kerana itu mama tidak lagi merungut walaupun dgn keadaan perut yg memboyot....kekerapan ke bilik air semakin bertambah.... ooooo itu mmg salah satu yg biasa bagi org mengandung.....kerap nak terbuang air...

Mama kdg2 merasakan..mama rela takde elektrik asalkan ada air.... menunjukkan terlalu bergantung mama kepada air....tp kalau kat rumah kg mama..kena ada elektrik la..sbb bekalan air di rumah mama kat kg sumbernya daripada telaga yg digunakan enjin untuk mengepam air....so elektrik amat penting utk menghidupkan enjin....

Semoga Allah mempermudahkan urusan bagi kwn2 dan semua yg tinggal di sana.. sekurang2nya masih ada tempat dan bekalan air yg boleh didamba....masih boleh mandi dan bersuci....cuba bayangkan kita berada di kawasan perkampungan di Afghanistan dan Pakistan... oooo lagilah menyedihkan..bersyukur dgn apa yg diberikan oleh Allah...di saat kita merasakan diri kita terbeban...ramai lagi yg menanggung kesedihan melebihi diri kita..kita mungkin merasa sedih dgn diri mereka..tp percaya mereka boleh melaluinya kerana setiap bebanan dan ujian itu telah Allah peruntukkan dalam bentuk tersendiri kepada setiap hamba-Nya... jadikan segala yg berlaku sebagai iktibar dan pedoman agar lebih mensyukuri nikmat Allah s.w.t...




Sehangat Asmara

Ouchhhh..sekali lagi novel Aisya Sofea dijadikan drama....


ooooooooooooo..bertuahnya badan....jelesnya...novel mama hanya dipasarkan dalam minda mama ..hahaha..nak tau tak??? mama ni sejak dr sekolah lagi berangan nak publish novel..konon....tapi hanya impian kot....
kelakar kannnnn.....

Kali ni Sehangat Asmara menggandingkan Rita Rudaini dan Ady Putra..semakin cantik Rita ni....walaupun dah beranak 2....jeles buat kali yg seterusnya....


Kalau Adam& Hawa dulu mama pernah baca...yg ni mama tak pernah baca pun ....so mama takleh predict ceritanya....tapi bila tgk iklan kat Astro ...ermmm macam menarik...sinematografi dia lawa.....

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, dendam rindunya terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Segalanya terjawab apabila Kamilia mengetahui perpisahannya dan suaminya adalah percaturan dari bapanya sendiri..persoalannya adakah konflik cinta mereka berakhir di situ atau ada lagi dugaan yg menyusul??? itu kena tgklah ye..sebab seperti Adam dan Hawa...mama yakin.. pasti ada rombakan dan kelainan dalam jalan cerita..walaupun of coz takkan tersasar tp semestinya pembikin drama ini ingin mencetuskan perasaan yg berbeza kpd para penonton..lebih2 lagi yg dah khatam novel Sehangat Asmara ini....baru lah fresh sikit...

Kiranya macam cerita marah2 lepas tu sayang le ni kot....hehehe..

Drama yg menggantikan Adam & Hawa ini akan dimulakan tayangannya pada 21 Januari 2013 di Astro Mustika HD saluran 134.... ermmm harap boleh mencetuskan fenomena mcm Adam dan Hawa la ye......

Zizan oh Zizan...

sebenarnya mama satu family mmg suka sangat tgk benda komedi ni... siri2 raja lawak mmg tak pernah miss... dah Maharaja Lawak Mega 2012 kali ni mmg tak pernah miss la... siap record..tgk ulang2...
of cos mama paling suka JOZAN...
alahai dalam 2 minggu Johan pulak sakit kaki..kena bedah..kena rehat..baca dalam paper hari selama 6 bulan....

kita yg menonton ni pun rasa sedih dan tak puas..apalagi perasaan Zizan..partner Johan yg terchenta itu...
kita boleh nmpk dr setiap persembahannya sejak Johan takde...macam tak selesa aje... yg minggu ke-7, time kat Terengganu... mama rasa ok ..sebab time macam menjadi jugak..lagipun baru aje Johan takde..rasa kesian begitu menebal...

Tapi mama minta maaf la..yg baru2 ni ..yg buat kat Perak tu...oopppsss...mama macam rasa tak nak tgk aje...yg tajuk peribahasa tu..mama jadi naik menyampah dgn sikap spastik Zizan yg melampau...


Tau la dia tertekan dgn ketiadaan Johan...tp kawal la sikit sikap tu... bukannya tak biasa buat sendirian... Zizan sepatutnya lebih bersedia dan jgn tonjolkan kekurangan akibat ketiadaan Johan..benda tu simpan kat belakang la dulu...

Nanti bukan simpati yg dapat tp cacian pulak yg menyusul.... Zizan kena tonjolkan profesionalisme dan berdikari..tunjukkan tanpa Johan dia still yg terbaik....pastu bila Wulan ala2 menegur...dia byk la menjawabnya... kenapa perlu byk menjawab?  kenapa perlu nmpk resah...
Sebagai penonton mama dpt rasakan Zizan dah tak tentu arah tanpa Johan..begitu besarnya impak Johan pada JOZAN...


Mama dapat rasakan yg Zizan mampu.....entah kenapa tetiba aje mama predict yg kalaulah Johan yg berada di tempat Zizan sekarang ni.....mama rasa Johan boleh handle... tapi tak tau la kan..itu hanya andaian...
Mama jadi frust sebab mama mmg nak JOZAN yg menang....Nasib Zizan telah buat silent comedy dgn agakbaik..jadi dapatlah cover kekurangan pusingan peribahasa....
Apakah final nanti Johan akan datang???? boleh kah...rindu rasanya dgn lawak Johan tu....sekiranya Zizan terpaksa mengharunginya sendirian..mama doakan Zizan lebih bersedia dan menerima kekurangan yg ada dan menggunakan peluang utk mencipta kemenangan... kerana mama tau Zizan BOLEH......

Suka tgk lawak guna imej Ustaz Azhar Idrus tu...kelakar....


Thursday, January 10, 2013

Semua perempuan dilahirkan CANTIK!!!

Perempuan yang CANTIK adalah perempuan yang disebut cantik oleh SUAMInya 
- Ustaz Azhar Idrus...

Begitu menarik ulasan Ustaz Azhar dalam menyampaikan intipati nasihatnya dan dakwahnya agar semua perempuan menyedari mereka sememangnya dijadikan Allah cantik secara azalinya dan tidak perlu melakukan segalaperubahan yg tak perlu... berhias hanya utk lelaki yg bergelar suami..

Jom layan video ceramah ni....mmg best.. byk kali tau mama tgk....

Selamat berilmu....

Wednesday, January 9, 2013

Nenek GAYUNG!!!

Kepada yg suka cerita seram yg lucu leh la menonton satu cerita yg best di Saluran 952 Astro Box Office.... hehehe... ada cerita dr seberang..tajuknya Nenek Gayung...  dr tajuknya mesti bunyi macam pelik kan.... tapi cuba la tgk....


Ceritanya pasal sepasang suami isteri yg sudah tua...Isterinya seorang pemandi mayat..manakala suaminya seorang penggali kubur... suatu hari nenek tu meninggal dunia...suaminya yg terlalu cintakannya ingin memandikannya sendiri..tp kerana sudah keuzuran, suaminya meninggal tanpa sempat memandikannya..disebabkan mereka duduk jauh drpd org kg yg lain.... mayat mereka lambat dijumpai..bila dah jumpa mayat sudah berbau busuk..kerana kurang kesedaran dr org kg..mayat nenek hanya ditanam begitu sahaja tanpa dimandi dgn sempurna....kerana itu roh nenek mula merayau2 ke pelusuk kg...misinya hanya satu iaitu mencari org yg sanggup memandikannya.. nenek gayung akan membawa bersama sebiji gayung dan sehelai tikar..tp nenek juga akan membunuh sekiranya mereka yg dijumpainya tidak melayan kehendaknya dan bersikap kurang ajar...sebagai balasan dia akan memandikan org tersebut dgn air panas..

Namun pada suatu mlm nenek gayung telah bertemu dgn seorg anak muda yg baik hati bernama Duta... Duta  menunjukkan rasa hormat kpdnya.. Kerana itu nenek telah menjelmakan dirinya dalam rupa seorg gadis yg cantik bernama Dewi... Duta yg baru putus cinta mula jatuh hati kepada Dewi... lantaran itu byk kisah yg lucu dan mengejutkan terjadi ....paling best part Duta dan kwn2nya berjumpa dgn tok bomoh utk menghalau roh nenek gayung..mereka diajar mantera yg dilagukan ala dangdut..hehe...

Nanti kalau ada kesempatan leh la tgk..tp sebenarnya cerita ini hanyalah utk hiburan semata2 sebab bagi mama takde unsur pengurusan jenazah mengikut Islam..ini mungkin terjadi kerana berkemungkinan besar cerita ini bukan ditujukan utk memberi pendedahan mengikut syariat Islam...dan mungkin juga mereka bukan Islam.biasalah Indonesia...rupa dan percakapan belum menggambarkan agama mereka....dan yg paling penting cerita ni tak sesuai utk anak2 kecil sbb ada byk pelakon yg seksi2.. dan takut salah pemahaman dr segi akidah...

Dan pastinya baru aje semalam, mama tgk sequel cerita Nenek Gayung ni..iaitu Kakek Cangkul...cerita suami kpd nenek gayung itu.....kakek itu samalah macam datuk...

SALAM SEMUA kisah benar Aaron Aziz?????

Hai...korang dah dengar ke lagu Sleeq yg ada penampilan khas Aaron Aziz tu? Tajuknya 'SALAM SEMUA'....


Photo: Pernah dengar lagu "Salam Semua"? Jom tengok #MeleTOP kerana Aaron Aziz @Aaron535Aziz (Pengacara #FearFactorMY) dan Sleeq @sleeQmovement akan berada di studio. Saksikan #MeleTOP jam 10 malam ini di Astro RIA (104)
www.facebook.com/MyMeleTOP
#MeleTOP

Mama baru aje ada kesempatan nak tgk dan dgr.....
ermmm...rupa2nya lagu tu kisah hidup perjalanan seni Aaron Aziz.... sedih.... menceritakan tentang jerit perihnya dalam melakar nama sebagai anak seni... pengorbanan meninggalkan family di Singapura utk mencari peluang kerjaya di Malaysia..

Dalam lagu ni Aaron menceritakan isi hatinya terhadap semua org yg dia sayangi... mengungkap segala semangatnya utk bekerja adalah demi membela nasib diri, keluarga...

Mama ingatkan Aaron akan menyanyi tapi sebenarnya just ada sedikit penceritaan..kiranya peminat leh dgr suara Aaron bercakap dlm serangkap gitu la dlm lagu ni.......

Lagu yg baik dan menariklah jugak.... suara Sleeq yg merdu dan mesra pendengar banyak membantu menyedapkan lagu ni...

So kepada yg berminat nak dgr silalah ke laman YouTube..taip aje tajuk lagu 'SALAM SEMUA'..mesti keluarnya video klip yg di'post' oleh peminat2 mereka... tapi setakat mama jenguk2..belum ada lagi official video dr mereka..just ada yg dibuat oleh peminat....walaubagaimanapun still boleh menghayati lagu tersebut....bye......

Isham dan Didie ..bye..bye

Hot mommy yg sentiasa ceria Didie Alias dan suaminya yg cool, Isham merupakan pasangan kedua yg meninggalkan arena Fear Factor.... huhuhu...bagi mama mereka berdua cukup sporting dan saling bergandingan...

Photo: Dengarkan SINAR FM jam 4 petang ini bersama peserta #FearFactorMY tersingkir minggu ini.. Didie Alias dan Isham!

Sebenarnya cabaran baru2 ni yg melibatkan ular bagai tu bkn hanya mencabar peserta tp juga mama yg mmg tak boleh nak menatap reptilia tersebut.....rasa gerun menguasai....

Paling best bila tgk Johan yg membaca segala ayat time nak pegang ular..hehehehe...

Apa2 pun mama salute la diorg... sebab mama mmg tak sanggup...

Tuesday, January 1, 2013

Doa Agar Dicukupkan Keperluan Rumahtangga..

Merenung nasib org yg lebih berkemampuan..terkadang membuatkan kita cemburu...bagi mama itu lumrah biasa manusia..namun harus diingat kepada hati..usahlah merajakan perasaan itu..jadikan ia positif..jadikan diiri kita lebih bersemangat.. rezeki setiap makhluk telah ditetapkan oleh Allah... rezeki Allah cukup luas...jangan mudah merasa lemah bila mana harta dan wang ringgit kita tidak banyak kerana rezeki yg Allah kurniakan bukan sekadar dalam bentuk kebendaan..

Mungkin senang memperkatakan semua itu...hati tetap bergolak...tetap menetapkan rezeki itu harus dipandang dr sudut kebendaan sahaja..jika itu masih ada di hati setiap kita..jom sentiasa berdoa kepada Allah..semoga Allah memperbetulkan niat dan pemikiran kita.... mama mengakui..mama juga seorang yg begitu..Jesteru itu mama cuba sedaya upaya supaya sentiasa bersyukur dgn setiap kurniaan Allah....sentiasa cuba membuka minda dan bergembira di atas setiap kelebihan org lain...

Tiada tempat yg bleh kita adukan gundah gulana jiwa terbaik pengaduan kepada Allah..berdoalah.... mama sentiasa berkata kepada diri sendiri...Allah Maha Mengetahui apa keperluan setiap hamba-Nya..sebagai hamba teruslah meminta.. sememang itulah selayaknya tugas seorang hamba... Allah mencintai hamba-Nya yg berdoa dan meminta hanya kepada-Nya...


Antara doa yg boleh diamalkan ialah doa agar dicukupkan keperluan rumahtangga... Doa ni mama ambil dr Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

Hasbiyallahu la ila ha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsyil 'azim

Maksudnya: "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakl dan Dia ialah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (surah al-Taubah 9:129)

*sekiranya ada kesukaran utk membaca doa di atas..sila rujuk Al-Quran ye..kerana laptop mama takde tulisan Arab...

Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu al-Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud: " Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang, sebanyak 7 kali, makan Allah s.w.t akan mencukupkansemua urusan dunia dan akhiratnya." (al-Dur al-Manthur)

Tapi harus diingat doa ini amalan yg baik..namun suruhan Allah yg diwajibkan kepada kita jangan sekali dilupakan....sempurnakan yg WAJIB dahulu.... keberkatan hidup Insya-Allah akan menyusul...Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan