CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, January 1, 2013

Doa Agar Dicukupkan Keperluan Rumahtangga..

Merenung nasib org yg lebih berkemampuan..terkadang membuatkan kita cemburu...bagi mama itu lumrah biasa manusia..namun harus diingat kepada hati..usahlah merajakan perasaan itu..jadikan ia positif..jadikan diiri kita lebih bersemangat.. rezeki setiap makhluk telah ditetapkan oleh Allah... rezeki Allah cukup luas...jangan mudah merasa lemah bila mana harta dan wang ringgit kita tidak banyak kerana rezeki yg Allah kurniakan bukan sekadar dalam bentuk kebendaan..

Mungkin senang memperkatakan semua itu...hati tetap bergolak...tetap menetapkan rezeki itu harus dipandang dr sudut kebendaan sahaja..jika itu masih ada di hati setiap kita..jom sentiasa berdoa kepada Allah..semoga Allah memperbetulkan niat dan pemikiran kita.... mama mengakui..mama juga seorang yg begitu..Jesteru itu mama cuba sedaya upaya supaya sentiasa bersyukur dgn setiap kurniaan Allah....sentiasa cuba membuka minda dan bergembira di atas setiap kelebihan org lain...

Tiada tempat yg bleh kita adukan gundah gulana jiwa terbaik pengaduan kepada Allah..berdoalah.... mama sentiasa berkata kepada diri sendiri...Allah Maha Mengetahui apa keperluan setiap hamba-Nya..sebagai hamba teruslah meminta.. sememang itulah selayaknya tugas seorang hamba... Allah mencintai hamba-Nya yg berdoa dan meminta hanya kepada-Nya...


Antara doa yg boleh diamalkan ialah doa agar dicukupkan keperluan rumahtangga... Doa ni mama ambil dr Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

Hasbiyallahu la ila ha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsyil 'azim

Maksudnya: "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakl dan Dia ialah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." (surah al-Taubah 9:129)

*sekiranya ada kesukaran utk membaca doa di atas..sila rujuk Al-Quran ye..kerana laptop mama takde tulisan Arab...

Abu Daud dan Ibn al-Sunni meriwayatkan daripada Abu al-Darda' r.a secara mauquf bahawa Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud: " Sesiapa yang membaca ayat ini pada waktu pagi dan petang, sebanyak 7 kali, makan Allah s.w.t akan mencukupkansemua urusan dunia dan akhiratnya." (al-Dur al-Manthur)

Tapi harus diingat doa ini amalan yg baik..namun suruhan Allah yg diwajibkan kepada kita jangan sekali dilupakan....sempurnakan yg WAJIB dahulu.... keberkatan hidup Insya-Allah akan menyusul...Amin....

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan