CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, January 13, 2013

Air dan manusia

Sekarang jenuh dok dengar org2 kat Selangor ygmerungut kerana tak de air.... dan tak terlepas yg menjadi mangsa kepada situasi tersebut kwn 2rapat mama yg bermaustautin di sana...ohhhh bila kwn2 kita yg kita kenal mengalaminya kita akan lebih tersentuh dan lebih mengikuti perkembangan... terbaru berita mengatakan krisi air ni akan berlanjutan hingga ke Tahun Baru Cina...


Mama yg mendengar pun tak sanggup apalagi mereka yg memikul beban... kebanyakan kwn2 mama duduk di pangsapuri..so of coz la kena punggah air..ermmm ada yg tak payah pergi gym sebab muscle yg cantik dah terbentuk.. mmg kelakar bunyinya tapi hanya gurauan macam tu yg dapat mengurangkan kesedihan.... lebih menyedihkan pada yg baru bersalin dan punyai anak ramai.. perbelanjaan pun semakin bertambah kerana bekalan air terpaksa dibeli..khususnya utk memasak dan minuman...

Dek kerana itu mama masih rasa bersyukur walaupun di ketika ini opis mama pun mangalami ketiadaan air..tiada kaitan dengan bekalan air krn sebenarnya enjin air terpaksa ditutup utk proses penyelengaraan..itu pun hanya di toilet bilik pensyarah dan kitchen aje...kesulitannya kami terpaksa ke bahagian surau utk basuh pinggan, dan urusan peribadi...perjalanan yg hanya memakan masa 1 minit lebih... jd itu bukanlah ukuran kepada kesusahan yg ditanggung oleh kwn2 di sekitar Selangor...kerana itu mama tidak lagi merungut walaupun dgn keadaan perut yg memboyot....kekerapan ke bilik air semakin bertambah.... ooooo itu mmg salah satu yg biasa bagi org mengandung.....kerap nak terbuang air...

Mama kdg2 merasakan..mama rela takde elektrik asalkan ada air.... menunjukkan terlalu bergantung mama kepada air....tp kalau kat rumah kg mama..kena ada elektrik la..sbb bekalan air di rumah mama kat kg sumbernya daripada telaga yg digunakan enjin untuk mengepam air....so elektrik amat penting utk menghidupkan enjin....

Semoga Allah mempermudahkan urusan bagi kwn2 dan semua yg tinggal di sana.. sekurang2nya masih ada tempat dan bekalan air yg boleh didamba....masih boleh mandi dan bersuci....cuba bayangkan kita berada di kawasan perkampungan di Afghanistan dan Pakistan... oooo lagilah menyedihkan..bersyukur dgn apa yg diberikan oleh Allah...di saat kita merasakan diri kita terbeban...ramai lagi yg menanggung kesedihan melebihi diri kita..kita mungkin merasa sedih dgn diri mereka..tp percaya mereka boleh melaluinya kerana setiap bebanan dan ujian itu telah Allah peruntukkan dalam bentuk tersendiri kepada setiap hamba-Nya... jadikan segala yg berlaku sebagai iktibar dan pedoman agar lebih mensyukuri nikmat Allah s.w.t...




0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan