CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, February 10, 2015

Pimpin dengan HIKMAH

Assalamualaikum semua..

Pernah tak korang rasa nak marah atau meluat yg teramat sangat sehingga terfikir..

"Ya Allah..kenapa la dia mcm tu..tak kan tak boleh fikir yg benda tu salah?"

ATAU

"Aku tak kan buat macam tu kat dia..terang2 lg benda tu berdosa..kenapa la dia pendek akal?"

ATAU

"Aku tak boleh bersama dia lagi..dia jijik...dia jahat.."


Dikala itu mmg totally dia salah... tanyalah pada siapa pun..mmg dia yg membuat onar...lebih parah onar itu membibitkan dosa..

Nasihat mama ketika masih waras ni... tarik nafas dulu...pejam mata...gambarkan yg baik2 aje.. istighfar... SEBELUM nak melempiaskan segala macam cacian..kutukan..kemarahan...tekanan atau rasa sedih..

Andainya pada pandangan mata hati kita..dia terlalu jahat..dia terlalu lalai..dia terlalu sebal.. JADI..jangan kita jadikan diri kita begitu juga..

Sedarkah kita..dgn sewenangnya melepaskan kemarahan..ketidakpuasan hati.. kita juga melakukan yg sia2 ..sesuatu yg tak baik...sesuatu yg negatif..seperti tanggapan kita terhadap dia..

RENUNGKAN..

NEGATIF  +  NEGATIF  =  NEGATIF

Andainya bagi kita...dia SALAH. Jadi manfaatkan apa saja yg BENAR dalam diri kita utk membetulkan atau merangsang perubahan dirinya ke arah yg POSITIF..

Jesteru..

Dalam hidup berumahtangga..jika kita sedar pasangan kita terpesong drpd syariat Islam..jauh dari norma hidup bermoral.. UBAH DIRI KITA DULU..pancarkan perubahan kita...semoga aura POSITIF meresap ke dalam diri kita dan pasangan kita..

Bersyukurlah kerana Allah memberi kita idea, hidayah dan pengetahuan yg baik sehingga kita mampu membezakan baik buruk...halal dan haram.. dek kerana itu, kita sedar..kita tahu jika pasangan kita berbuat salah...jadi pandu dia dgn HIKMAH bukan terus memberi TOHMAHAN..
Rawat hatinya yg sakit dgn terlebih dahulu merawat hati kita...

Dalam perkahwinan bukan semua yg indah akan terjadi.. bukan sesempurna coretan dalam novel..
Namun kita boleh mencipta mawaddah dgn terus berpegang kpd Al-Quran dan As-sunnah..

Apa guna jika punyai 1000 kebaikan..tetapi tidak dimanfaatkan..

Wassalam...

P/s: sahabat sekalian..tolong ingatkan mama dikala hati ini tidak mampu bertahan...segala yg baik hanya milik Allah..


Thursday, February 5, 2015

Sukarnya memaafkan..

Assalamualaikum..

Susah tak kalau nak memaafkan orang yg buat salah dgn kita? dan orang tu dah berkali-kali buat salah dgn kita?

Bagi mama setiap orang wajar diberi peluang utk berubah dan kemaafan.. cuma sekiranya kita adalah orang yang sentiasa mengulangi kesalahan yang sama...cuba renungkan adakah kita layak untuk diberi peluang?

Kita kena ingat manusia ni ada banyak kelemahan.. kesabaran ada hadnya..
Kadang2 kita selalu gunakan alasan yang kita ni manusia yg tak sempurna utk merayu kemaafan dari manusia lain.. tanpa kita sedar yg mereka juga adalah manusia yg juga serba kekurangan.. mereka juga ampuh..

Jesteru itu, sebelum meminta kemaafan dari manusia...pintalah keampunan dari Allah SWT dahulu...pohonlah agar Allah betulkan hati kita...bersihkan segala dosa kita...tingkatkan iman kita..jauhkan kita dari terus terjerumus ke dalam lembah dosa.. moga-moga dengan taubat kita kepadaNya..Allah akan subur rasa cinta ke dalam hati orang yg kita sakiti...moga mereka akan memaafkan kita dan silaturrahim akan kembali menguntum..

Jangan biarkan permohonan maaf hanya hiasan di bibir demi melepaskan diri dari tersepit dalam ranjau masalah..

Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Ilahi..

Sebaik pengaduan hanya pada Allah..di saat kita buntu untuk membuat keputusan.. hanya Allah tempat berserah..

Memaafkan org lain..bukan ganjaran utk mereka tapi ketenangan utk kita..

Wassalam..

Wednesday, February 4, 2015

My way...

Assalamualaikum..

Dalam bulan ni mama didatangi rezeki yang tak disangka...
Biasalah mama hanyalah manusia yang lemah..kala diberi rezeki yang baik.. masih ada kegusaran yg bertaman dihati..terlalu memikirkan kemungkinan yg tak baik berlaku sekiranya rezeki itu disambut..sehingga membuatkan mama lupa utk terus mengucapkan Alhamdulillah... ya Allah.. kerdilnya mama..
Alhamdulillah papa menyedarkan mama...

Benar...setiap apa yg diberikan Allah pasti tiada kepuasan dihati manusia yang lemah ini..kenapa?
Kerana kita penuh ketamakan..

Kenapa pantas mengeluh?
Sewajarnya ucaplah Alhamdulillah terlebih dahulu..
Selebihnya barulah dibuat pertimbangan..

Ampunilah aku Ya Allah..
Aku lupa kerana dalam diriku terlalu menuntut segala yg baik buat diriku..
Egonya aku...

Membuat pertimbangan untuk memilih jalan hidup adalah terlalu sukar..
Kerana kita tak mampu menilik dan melihat masa depan kita..
Kerana keterbatasan upaya kita..
Namun Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang membekalkan kita otak untuk berfikir, hati untuk merasa perasaan, iman untuk dijadikan asas dan agama untuk dijadikan panduan...
Terlalu banyak bantuan Ilahi namun kita tetap jua buntu dan masih meraba-raba..
Kenapa???
Kerana kita sentiasa tak pernah puas dan ingin yg terbaik..

Di saat lemah.. hanya bersujud..bertafakur dan mengangkat tangan menadah doa kepada Allah SWT pengubat kebimbangan..

Ada yang bertanya... "tak menyesal ke?"

Mama hanya mampu tersenyum.. mama tak berani nak cakap apa2..sebab belum terjadi apa2..
Apa yg mampu mama jawab..

"Saya cuma berharap Allah tempatkan saya di tempat yg Dia redhai.. seandainya itu adalah pilihanNya..Insha Allah segala urusan akan dipermudahkan.. sekiranya di kemudian hari ada masalah yg timbul..moga Allah kuatkan hati dan iman saya... kerana sepanjang hidup kita pasti akan sentiasa diuji"

Mohon doa dari semua..
Satu perjalanan baru bakal bermula..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan