CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, February 4, 2015

My way...

Assalamualaikum..

Dalam bulan ni mama didatangi rezeki yang tak disangka...
Biasalah mama hanyalah manusia yang lemah..kala diberi rezeki yang baik.. masih ada kegusaran yg bertaman dihati..terlalu memikirkan kemungkinan yg tak baik berlaku sekiranya rezeki itu disambut..sehingga membuatkan mama lupa utk terus mengucapkan Alhamdulillah... ya Allah.. kerdilnya mama..
Alhamdulillah papa menyedarkan mama...

Benar...setiap apa yg diberikan Allah pasti tiada kepuasan dihati manusia yang lemah ini..kenapa?
Kerana kita penuh ketamakan..

Kenapa pantas mengeluh?
Sewajarnya ucaplah Alhamdulillah terlebih dahulu..
Selebihnya barulah dibuat pertimbangan..

Ampunilah aku Ya Allah..
Aku lupa kerana dalam diriku terlalu menuntut segala yg baik buat diriku..
Egonya aku...

Membuat pertimbangan untuk memilih jalan hidup adalah terlalu sukar..
Kerana kita tak mampu menilik dan melihat masa depan kita..
Kerana keterbatasan upaya kita..
Namun Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang membekalkan kita otak untuk berfikir, hati untuk merasa perasaan, iman untuk dijadikan asas dan agama untuk dijadikan panduan...
Terlalu banyak bantuan Ilahi namun kita tetap jua buntu dan masih meraba-raba..
Kenapa???
Kerana kita sentiasa tak pernah puas dan ingin yg terbaik..

Di saat lemah.. hanya bersujud..bertafakur dan mengangkat tangan menadah doa kepada Allah SWT pengubat kebimbangan..

Ada yang bertanya... "tak menyesal ke?"

Mama hanya mampu tersenyum.. mama tak berani nak cakap apa2..sebab belum terjadi apa2..
Apa yg mampu mama jawab..

"Saya cuma berharap Allah tempatkan saya di tempat yg Dia redhai.. seandainya itu adalah pilihanNya..Insha Allah segala urusan akan dipermudahkan.. sekiranya di kemudian hari ada masalah yg timbul..moga Allah kuatkan hati dan iman saya... kerana sepanjang hidup kita pasti akan sentiasa diuji"

Mohon doa dari semua..
Satu perjalanan baru bakal bermula..





0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan