CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, July 28, 2009

SOALNYA HATI...

Sukarnya kalau perlu menangani benda yang bersangkutan dengan hati.... Boleh buat diri rasa tak tentu arah.Yang paling teruk bila ia mampu menyebabkan kita jadi buntu dan timbul penyesalan yang amat sangat..Itulah yang paling dibimbangkan. Bimbang kalau hati jadi tak mampu lagi menilai mana yang baik dan mana yang buruk... Di kala ini kematangan fikiran amat diperlukan.. Kerana kalau ikut hati, mati...ikut rasa, binasa..
Di saat fikiran kacau dan hati meronta... hanya doa dan beristighfar kepada Allah yang mampu menyelamatkan diri...Tapi itu bukan bermaksud kita hanya perlu ingat pada Allah di kala hati gundah...

Jadi tips from mama...
  1. tenangkan diri (ambil masa untuk bertenang dan berfikir)
  2. cuba nilai setiap keputusan yang diambil
  3. ingat pada orang tersayang
  4. cuba tanya pendapat orang yang dipercayai
  5. jangan terlalu membebani fikiran
  6. buat sembahyang istiqarah
  7. mengaji Al-Quran
  8. motivasi diri sendiri
  9. jangan lari daripada masalah



AKU BUKAN SUPERMAN

First time dengar mama kata tah apa2 tah lagu....Tapi mama salah...kerana lagu ni memang mesra pendengar coz semakin lama kita dengar semakin best.. Mama tak tau la orang lain macam mana tapi kalau mama this is my current favourite song...so cool... Congrats to Al,El and Dul....anak2 Ahmad Dhani (one of my favourite's artist)... So mama downloadkan lagu....

Here is...The Lucky Laki - Aku Bukan Superman



THE LUCKY LAKI- Aku Bukan Superman@ - Click here for more free videos



Monday, July 27, 2009

YASMIN AHMAD...PERGINYA SEORANG PEJUANG SENI...


Sabtu lalu seluruh Malaysia digemparkan dengan pemergian pejuang seni tanahair...Yasmin Ahmad... Mama memang minat sangat dengan Yasmin..semua iklan and of coz her movies...memang memikat hati mama... Mama suka tengok sebab every scene yang beliau create bisa membuatkan kita berfikir....
Namun sebagai umat Islam kita harus redha dengan pemergiannya...namun karyanya tak akan bersemadi... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu...
Al-Fatihah buat roh Yasmin Ahmad..


Sunday, July 26, 2009

MY BEST FRIEND'S WEDDING....


At last...mama's best friend, Hasrell is getting married. Agak kurang ajar ke bila mama kata at last....kuang3x...saja je gurau dengan Seray(nama glamer dia). Alhamdulillah..bertemu jodohnya gak....dengan Suhaiza Hanim....Diorang ni kawin dalam bulan Jun lg tapi majlis menyambut menantu baru je diadakan semalam (25.07.09). Mama, papa n Muyih pegi la makan. Dek kerana lapar,papa siap tambah lg nasi....Hebat papa..Kami pergi dah petang.Rancang nak gi lepas Zohor tp mama ni byk sangat kerja rumah yg nak disiapkan...so last2 lepas Asar la sudahnya..Tp ok gak so boleh borak ngan pengantin lama2 skit....


Seray ni kononnya pada awalnya tak nak bgtau dia dia kawin ngan sapa....Masa majlis dia yang bulan Jun hari mama tak gi coz dia buat kat rumah Hanim kat KL...Seray ni kononnya nak bg surprise kat mama...Tp mama tanya gak nama wife dia...Seray hanya cakap Hanim...Mama ni plak macam CSI skit...so mama selidik lah...mama masuk dia punya friendster...mama cari kot2 ada ada member dia yang nama Hanim...and mama memang bernasib baik...ada sorang nama Hanim...Eh...macam kenal jer... Mama terus telefon Seray...Memang sah..Hanim is my junior....


Kecilnya dunia......


So takde masalah mama nak berckp coz mama mmg kenal Hanim....Happy for Seray....Semoga diorang akan bahagia selama-lamanya...n ramai anak.... LOL.
Lepas tu..one of Seray's friend tu merupakan member papa...so papa jumpa geng la jugak semalam..


Hasrell & Hanim

Muyih..kalau tak naik meja...memang tak sah.... Yang baju belang kat belakang ialah kawan papa yang juga merupakan kawan Seray..Wadi...dtg bersama isteri dan anak yang comey...Amni...

Monday, July 20, 2009

jauh berjalan banyak pengalaman..LAMA HIDUP BANYAK DIRASA...

Sememang semakin lama kita hidup lg byk yang dpt kita rasa..Mama pun tanpa disedari dah hidup di dunia ni dah 27 tahun. Ada pepatah yang mengatakan.. jauh berjalan byk pengalaman, lama hidup banyak dirasa..... (hrp2 betul la ye pepatah ni, mama pun konfius).
Mungkin pernah org bertanya... apa pengalaman dan rasa yang mama telah perolehi sepanjang hidup mama... Bagi mama banyak... Tapi kadang2 mama tak boleh nak huraikan secara terperinci. Namun mama boleh katakan pengalaman dan rasa itu bersatu... Dari pengalaman ia membentuk suatu perasaan... Perjalanan menuntut kita untuk mengkaji, meneroka, memerhati, memantau dan menganalisa. Kita tidak harus hanya duduk di dalam kepompong yang sama.. Kita perlu ada semangat meneroka dan ingin tahu baru kita lebih mengenali kehendak hati kita.
Walaubagaimanapun di dalam hati mama, sejauh mana pun kita berjalan..Kita harus berjalan denagan pedoman..Pedoman bagi umat Islam ialah Quran dan Sunnah...Jangan jadikan semangat ingin tahu yang melampau dan perasaan ingin meneroka sesuatu yg lain, hingga kita sanggup menggadai maruah dan Nur Islam kita. Dek kerana itu, kadang2 mama terfikir, mungkin org yg convert agama Islam kepada agama lain (murtad) beranggapan mereka perlu berbuat sesuatu demi memenuhi satu anjakan dalam hidup..mereka mahu meneroka dan cuba meneruskan kelansungan hidup di bawah payungan agama lain. Bagi mama itu perjalanan yang sia2 dan hanya kesengsaraan yg akan diperolehi...
Hidup yang panjang anugerah Ilahi... jesteru itu perlu ada pengisian..Bila ada pengisian barulah wujudnya suatu rasa....Mengapa pepatah mengatakan "lama hidup banyak dirasa"? Bagi mama di dalam meneruskan kelangsungan hidup, kita akan mengalami macam2 peristiwa dan pengalaman. Sebagai contoh...mungkin semalam kita berduka....kita menangis..Hari ini kita bergembira...Emosi kita akan sentiasa berubah..Dalam sehari kita boleh mengalami pelbagai emosi...Terserah kepada takdir Qada' dan Qadar kita....
Emosi dan perasaan itu tidak kiralah baik atau buruk, tetap akan meninggalkan kesan kepada kita...Apabila kita sudah berjaya melaluinya, pengalaman kali kedua bukan lagi sesuatu yang sukar...Selama anda hidup di dunia, mama pasti tentu sudah tak terkira perasaan dan pengalaman yang dialami...Semua itu akan mematangkan kita..
Selama 27 tahun mama di dunia ini...macam2 yang telah mama lalui...Sedih, gembira, takut, sakit...Itu antara rasa yang pernah mama alami dan pastinya itu hanyalah pengkelasan secara kasar kerana setiap rasa itu mempunyai degree dan level yang berbeza.. Sebagai contoh perasaan sedih...apabila kita sudah mempunyai pengalaman dan lama hidup, kita mulai tahu bahawa ada sesetengah perkara itu terlalu sedih, atau ada juga yg hanya sedih atau sedih ala-ala aje...Kita sendiri akan memberi ranking tahap perasaan kita...Dan mama pasti kanak2 masih belum berupaya untuk membuat ranking seperti yang orang dewasa lakukan...
Percaya atau tidak...daripada perjalanan dan kehidupan kita itu...tahap kematangan kita akan teruji...
Mama pernah terbaca suatu artikel tentangan kematangan.. penulisnya ada memberitahu, sekiranya seseorang menyesali kesilapannya yang lalu dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi...suatu tahap kematangan telah berjaya ditempuhinya....
Sesungguhnya hidup ini indah untuk dinikmati... dan cukup azab kalau hidup ini disalaherti....

Sunday, July 19, 2009

Weekend yang SYOK bersama PAPA n MUYIH...

Actually tak gi mana2 pun...kami gi makan2 je....tapi bila bersama Papa n Muyih...hidup sentiasa syokkk...Kami gi Mc D je...coz kami semua memang suka Mc D.....especially bubur ayam n nugget....n of coz Prosperity...Muyih suka friesnya...Satu large fries pun dia boley habis...tapi ada lah yang bertaburan menghiasi lantai......


Muyih memang ligat..susah gak control dier..so hyper active...


Muyih cuba ushar kakak.....


Mama letak air ribena dalam botol Muyih..Untuk menyelamatkan baju....

cuba ushar burger papa...

papa n muyih...

nampak je sopan.....


COOKING COMPETITION....

Event management students kat kolej mama anjurkan cooking competution...Actually lebih kepada decorate cup cakes and preparing salad....
Emmm...best. Actually penganjur ada jemput mama masuk...but time tu mama ada kelas la....huhuhu...actually mama memang tak de bakat......
tapi mama ada la attend that ceramony....meriah gak...semua sporting....Ni ada lah mama upload sikit gambar majlis tu..Untuk yang menjemput mama....thank u so much....





semua bertungkus lumus nak siapkan cup cakes and salad......emmmmm...yummy for my tummy...

inilah pemenangnya......Kak Ila dan Kak Ain.............dapat portable dapur gas sorang satu....



Inilah salad yang menang tu,,Memang best...

Ini plak cupcakes nyer......memang comei..sayang plak nak makan...



Thursday, July 9, 2009

PERUT MERAGAM.......LETIH SANGAT...

Adalah dalam seminggu mama tak tulis apa2 dalam blog...mama letih sangat coz mama cirit birit...kali ni mama letih sangat2.....mama hilang segala tenaga....3 hari mama tak gi keja. mula2 mama ingat nak rehat kat umah dan hantar muyih macam biasa kat Tok Ma dia tapi muyih meragam gak...dia macam tau mama tak gi kijo...so dia tak nak gi umah tok ma..mama kesian tengok dia nangis so papa tak jd hantar dia.... mama kena jaga dia dan dia sangatlah hyperactive...mama tak larat...last2 mama paksa papa halfday..so sorry pa, mama dah tak larat sangat.....bila pa balik kije kami g klinik...mama kena inject....ayoyo...dah lama tak kena inject.....masa mama masuk bilik doktor, muyih nangis...ala muyih takut doktor apa2 kan mama kan? sayang anak mama....Lepas kena inject mama dah tak muntah n tak berulang ke tandas lg...tapi tenaga mama belum pulih sampai la hari ni...letih sangat2..........

Sunday, July 5, 2009

Makan2 with my OFFICEMATES....

Dah lama kami tak kuar makan sama2....iyalah kdg2 tu kami tak kuar lunch pun coz dah kenyang makan nasi pg.......tapi hari tu kami decide nak g makan pizza...lgpn sambil meraikan sorang practical student kami yang dah habis.....Kami memang rapat dengan dia may be kerana dia friendly n tau hormat org....Akak doakan Na akan berjaya....Selamat Belajar balik....setelah berpractical sambil berhibur kat opis kami....ceh..ceh...jgn nakal2 tau..
Sambil2 sempat la mama capture 2, 3 kpg gambar....hua..hua..hua...



Mama with Na (practical student)


Kak Yah n Mira...kuat teh make...

Pok Noh.... control jer.......


Meatball in Carbonara sauce..so delicious...


Ni lah hidangan kami...... Hari tu masa order rasa macam nak makan smua tp bila dah makan...help me... i'm full..... habis musnah program diet mama....kuang3x...

ehmmmmmmmm....lepas ni nak g lunch mana ek.......?


Thursday, July 2, 2009

ADUHAI...BUDAK2 ZAMAN SEKARANG..

Pagi ni cuaca mendung dan hujan renyai2.........macam biasa la mama pergi opis dengan papa..Sebenarnya mama dan papa masih tinggal ngan family lagi..Belum cukup duit nak beli rumah...huhuhu....
Selalunya kami tiga beranak ni tinggal kat umah family papa sebab dekat dgn tempat kerja.Lagipun Tokma (ma papa) yang jaga Muyih.. Tapi dalam 2, 3 minggu ni kami duduk kat umah mama pulak sebab kakak mama yang jaga ayah tak de kat umah...so kami la take over jaga ayah... iyalah kesian ayah dok sorang2...Thanks papa coz sporting w/pun selalu lambat masuk opis...
Ondaway nak g kijo tu kami lalu sebuah sekolah menengah....Kami berdua tersentak bila tengok 3 budak sekolah lelaki berjalan dengan berlagaknya kat luar sekolah tp dah dekat la dengan pintu pagar sekolah sambil diiringi oleh kepulan asap... of coz la asap rokok...Kami menggeleng kepala...Ya Allah...begitu bebasnya adik2 sekarang hisap rokok...Mungkin mama konservatif...tapi mama rasa..itu memang dah melampau...seolah2 dah takde perasaan malu atau bersalah dalam diri...sedih mama rasa..
Dulu masa mama sekolah, ada jugak member mama hisap rokok tapi diorang akan sorok2 dah takde yang berani hisap depan pagar sekolah..beruniform lg tu. Memanglah tak elok merokok tp sekurang2nya mereka tau itu sesuatu yg salah so dorang pun sorok2...tp adik2 skrg dah tak reti nak jaga adab..Mungkin bukan semua tp mama rasa semakin menular skrg....
Nampaknya pagi mama hari terganggu oleh sikap adik2 tu..Mama sedih...kesian mak ayah diorang...
Ya Allah...memang banyak cabarannya untuk mendidik anak... Muyih, mama berdoa agar Muyih akan jadi anak yang soleh dan beradab. Mama dan papa pun berdoa agar kami boleh membentuk dan menjaga amanah Allah itu dengan sebaik mungkin...Insya-Allah..Amin...



Wednesday, July 1, 2009

PUDING TRIFFLES ...... ERMMMM SEDAPNYA..



PUDING TRIFFLES

BAHAN-BAHAN



1 BIJI KEK GULUNG (ATAU SEBARANG KEK)
1 TIN SUSU CAIR (ATAU 2 TIN IKUT KEPERLUAN)
2 ATAU 3 SUDU BESAR TEPUNG KASTAD
1 PEKET JELI KRISTAL
1 TIN KOKTAIL


CARA MEMBUATNYA


POTONG KEK DAN SUSUN DI DALAM BEKAS (bekas up yo you...dalam bekas yg transparent lg cantik)



UTK KASTAD - 2 ATAU 3 SUDU BESAR TEPUNG KASTAD
1 TIN SUSU CAIR , SIRAP KOKTAIL, GULA,
(SUSU /KASTAD/GULA/SIRAP KOKTAIL DICAMPUR BERSAMA DAN DI KACAU SEHINGGA PEKAT DI ATAS KEPANASAN YANG SEDERHANA)
(macam gambar kat bawah)

BIARKAN KASTARD SEJUK 1 -2 MINIT.

TUANGKAN KEATAS KEK GULUNG SBG LAPISAN KE 2.

SUSUNKAN BUAH KOKTAIL DI ATAS LAPISAN KASTAD.


MASAK JELI KRISTAL - ikut arahan pada kotak kristal jelly...senang je campu air je...KENA KACAU SAMPAI SEMUA LARUT....


TUNGGU SEJUK DAHULU DI TUANGKAN SEBAGAI LAPISAN PLG ATAS).



SEJUKKAN DI DALAM PETI 2 -3 JAM...
JENG..JENG..JENG..INILAH HASILNYA...



SELAMAT MENCUBA....BILA DAH CUBA JGN LUPA BG KOMEN EK....HAPPY COOKING...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan