CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Monday, July 20, 2009

jauh berjalan banyak pengalaman..LAMA HIDUP BANYAK DIRASA...

Sememang semakin lama kita hidup lg byk yang dpt kita rasa..Mama pun tanpa disedari dah hidup di dunia ni dah 27 tahun. Ada pepatah yang mengatakan.. jauh berjalan byk pengalaman, lama hidup banyak dirasa..... (hrp2 betul la ye pepatah ni, mama pun konfius).
Mungkin pernah org bertanya... apa pengalaman dan rasa yang mama telah perolehi sepanjang hidup mama... Bagi mama banyak... Tapi kadang2 mama tak boleh nak huraikan secara terperinci. Namun mama boleh katakan pengalaman dan rasa itu bersatu... Dari pengalaman ia membentuk suatu perasaan... Perjalanan menuntut kita untuk mengkaji, meneroka, memerhati, memantau dan menganalisa. Kita tidak harus hanya duduk di dalam kepompong yang sama.. Kita perlu ada semangat meneroka dan ingin tahu baru kita lebih mengenali kehendak hati kita.
Walaubagaimanapun di dalam hati mama, sejauh mana pun kita berjalan..Kita harus berjalan denagan pedoman..Pedoman bagi umat Islam ialah Quran dan Sunnah...Jangan jadikan semangat ingin tahu yang melampau dan perasaan ingin meneroka sesuatu yg lain, hingga kita sanggup menggadai maruah dan Nur Islam kita. Dek kerana itu, kadang2 mama terfikir, mungkin org yg convert agama Islam kepada agama lain (murtad) beranggapan mereka perlu berbuat sesuatu demi memenuhi satu anjakan dalam hidup..mereka mahu meneroka dan cuba meneruskan kelansungan hidup di bawah payungan agama lain. Bagi mama itu perjalanan yang sia2 dan hanya kesengsaraan yg akan diperolehi...
Hidup yang panjang anugerah Ilahi... jesteru itu perlu ada pengisian..Bila ada pengisian barulah wujudnya suatu rasa....Mengapa pepatah mengatakan "lama hidup banyak dirasa"? Bagi mama di dalam meneruskan kelangsungan hidup, kita akan mengalami macam2 peristiwa dan pengalaman. Sebagai contoh...mungkin semalam kita berduka....kita menangis..Hari ini kita bergembira...Emosi kita akan sentiasa berubah..Dalam sehari kita boleh mengalami pelbagai emosi...Terserah kepada takdir Qada' dan Qadar kita....
Emosi dan perasaan itu tidak kiralah baik atau buruk, tetap akan meninggalkan kesan kepada kita...Apabila kita sudah berjaya melaluinya, pengalaman kali kedua bukan lagi sesuatu yang sukar...Selama anda hidup di dunia, mama pasti tentu sudah tak terkira perasaan dan pengalaman yang dialami...Semua itu akan mematangkan kita..
Selama 27 tahun mama di dunia ini...macam2 yang telah mama lalui...Sedih, gembira, takut, sakit...Itu antara rasa yang pernah mama alami dan pastinya itu hanyalah pengkelasan secara kasar kerana setiap rasa itu mempunyai degree dan level yang berbeza.. Sebagai contoh perasaan sedih...apabila kita sudah mempunyai pengalaman dan lama hidup, kita mulai tahu bahawa ada sesetengah perkara itu terlalu sedih, atau ada juga yg hanya sedih atau sedih ala-ala aje...Kita sendiri akan memberi ranking tahap perasaan kita...Dan mama pasti kanak2 masih belum berupaya untuk membuat ranking seperti yang orang dewasa lakukan...
Percaya atau tidak...daripada perjalanan dan kehidupan kita itu...tahap kematangan kita akan teruji...
Mama pernah terbaca suatu artikel tentangan kematangan.. penulisnya ada memberitahu, sekiranya seseorang menyesali kesilapannya yang lalu dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi...suatu tahap kematangan telah berjaya ditempuhinya....
Sesungguhnya hidup ini indah untuk dinikmati... dan cukup azab kalau hidup ini disalaherti....

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan