CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, June 30, 2013

KB Burger Bakar!

Sebelum papa ke KL.. kami sefamili pergi mkn burger bakar..makan kat KB burger bakar.. ini first time mama mkn kat kedai baru diorang..
Kalau korang yg kat KB nk mkn boleh la pergi kedai diorg kat depan JKR KB. Selamat makan..






Achey Bintang Mencari Bintang jadi hos Melodi?

Hari ni mama berpeluang la nak tgk live Melodi..iya la kan Kelantan cuti sbb menang Piala FA.. so mcm terkejut sbb pasangan pengacara Zizan ialah Achey, juara Bintang Mencari Bintang..
Wah mcm bagus jugak Achey ni jd hos. Tapi adakah Achey hanya gantikan Awal utk kali ni aje atau Achey dah jd pengacara tetap? So wait n see je.. apa2 cubaan yg bagus.. biasalah ada mistake sikit tp dia mmg pandailah juga cover dgn lawaknya...
Apa2 pun tahniah atas cubaan..




Pierre Andre dah kawin..

Tahniah diucapkan kpd Pierre dan isterinya Nor Hidayah. Mama mmg dah tau dia dah selamat diijabkabulkan tp hr ni baru sempat tgk dlm Melodi. Tahniah kak Khatijah Tan.. dah dpt menantu la ye.
Semoga kekal bahagia selamanya!




Kelantan Juara Piala FA 2013!!!


Alhamdulillah..Kelantan menang Piala Fa 2013.. Walaupun menang 1-0.. Tapi still menang kan...Tahniah kepada semua rakyat Kelantan... terutama pemain dan team sokongan TRW.. korang buat kerja dgn baik malam ni... semua pemain konsisten.. Peluang byk tp penyudah tak berapa menjadi..bukan rezeki kita nak kenduri gol.. Bersyukurlah dgn apa yg kita dapat...

Papa ke Bukit Jalil..Puas hati dia.. hehehe..tapi papa ada janji nak ditunaikan kalau Kelantan menang...tapi mama tak leh nak discover lagi.. tunggu je la ye...

Kami yg ditinggalkan kat umah tak melepaskan peluang juga merasai kemeriahan Piala FA.. Satu family malam ni pakai baju TRW dan kaler merah...semangat tu..

Tapi Qysya pulak yg mengamuk je malam ni..may be sebab suasana riuh dan bunyi letupan bunga api.. Kebiasaan di Kelantan kalau dapat gol..ermmmm bunyi tung tang tung tang... kalau menang apa lagi...hehehe.. begitu meriah...

Mama gembira TRW menang kerana:

  • Memang la suruh menang dah team negeri mama
  • Kesian sebab tgk penonton setia yg lain
  • Papa ke Bukit Jalil... kesian la kalau kalah... love papa...
Tahniah dr mama utk Piya sebab dpt jadi best player malam ni..memang layak...

Tahniah THE RED WARRIORS... Mama love you..muahhhh....


Wednesday, June 26, 2013

Cemburu wanita...

Hai..
Pernah tak korang rasa cemburu?????? hahaha... sebagai wanita normal cemburu mmg tak boleh elak...kalau yg belum kahwin..cemburu kat boyfriend..kalau yg dah berkahwin ni..ermmm pada suaminya la...
Perlukah cemburu? haaa... yg ni tak boleh jawab..sebab kdg2 cemburu bukan sesuatu yg dirancang.. cemburu datang dgn sendiri.. cuma macam mana kita nak mengawal cemburu tu yg penting... kiranya mcm mn nak handle cemburu tu...
Mama mmg seorg yg cemburu..standard la kan...

Dari pemerhatian mama dan pengalaman..wanita cemburu kerana:-

  • bila tgk kemesraan suami atau boyfriend dgn wanita lain
  • bila sms atau call suami/boyfriend tak angkat
  • bila suami/ boyfriend puji org lain
  • bila tgk wanita lain ada baju2 dan beg cantik
  • bila mak atau ayah sayang adik-beradik yg lain
  • bila tgk org lain ada body cantik..kita plak tayar berlapis-lapis
Ermmm byk lagi sebenarnya..tak larat la mama nak senaraikan... tau2 sendiri la ye...hehehe

Apa2 pun pandai2 la kawal cemburu...mmg cemburu tu tanda sayang... tp kalau melampau-lampau, cemburu juga boleh buat hilang rasa sayangnya...
Eh..mama ni tau je.. mmg la tau..tp nak mengamalkan tu yg suuuuuusahhhhhh tu..

So... peringatan utk semua termasuk mama... perangi dan tangani cemburu dgn bijak...ok...dah..
Bye...

Tuesday, June 25, 2013

9 Jenis anak SYAITAN!

Salam semua...

Pernah korang concern tentang jenis2 syaitan? Kalau tanya mama...ermmm mama sendiri tak pernah concern..sehinggalah baru2 ni dalam tazkirah kat pejabat, ustaz suruh selidik jugak jenis2 syaitan ni..bukan apa..kita perlu tahu sebab utk melindungi diri kita.. Sebelum ni kita hanya ditekankan dgn nama Malaikat... jadi apa salahnya kita tahu jenis2 syaitan pula..dalam usaha menghalang diri kita dari terus dibelenggu syaitan..Nauzubillahi min zhalik...

Tapi kerana banyak alasan yg direka sendiri oleh mama, mama yg lalai ini tak meneruskan niat utk menggali maklumat tentang jenis2 syaitan itu... jangan ditiru sikap mama ini..

Alhamdulillah..seorang sahabat mama yg amat mama kagumi telah buat satu menulis kat statusnya kat facebook tentang 9 jenis anak syaitan... Thanks KAK YAH atas perkongsian ilmiah itu...


Bismillahirahmanirahim,

Perkongsian hari ini semuga dapat menambah ilmu tentang mengapa kita selalu melakukan dosa w/pun sejak alam rahim sudah berjanji dengan Allah untuk patuh kepada suruhanNya:

Antara sebabnya adalah kerana :

9 Jenis Anak Syaitan YANG BAKAL MENGHANCURKAN HIDUP ANDA

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat/boros.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. Ini boleh mengurangkan peluang untuk berzakat dan bersedekah atau yang lebih teruk terjebat dengan hutang dan terpaksa berhutang.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut dan sentiasa mengeluarkan perkataan yang menyakitkan dan boleh memutuskan siraturahim. Menjadi mulut jahat yang membawa ke neraka.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, isteri mencari jantan lain untuk berkongsi masalah dan menjadi isteri nusyuz dan tidak bersyukur dengan jodoh yg dikurniakan, suami berkawan dengan isteri orang menyebabkan cerai berai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?.


Semoga kita tidak pernah jemu mencari maklumat, belajar dan menyebarkannya..buat bekalan di akhirat..

Ubah diri!!!

Dalam kebanyakan ceramah motivasi yg mama dgr ...yg disampaikan Prof Dr Muhaya.. mesti beliau akan menekankan yg kita jgn bazir masa ubah org lain..tp teruskan berusaha ubah diri sendiri..ubah ke arah yg lebih positif..

Memang diakui itulah yg sepatutnya..mmg tepat.. bila direnung kembali kita mmg banyak habiskan masa kerana ingin membentuk orang lain menjadi seperti yg kita mahu... mama tak nak cakap pasal org lain... mama sendiri mengalaminya...

Mama seorang yg suka berimaginasi dan terlalu byk perancangan dlm hidup..hidup mama ni boleh dikatakan kompleks... namun mama sedar mama yang membuat hidup mama kompleks... mama membiarkan emosi kesempurnaan merajai hati ... dari hati akan naik ke minda dan turun hingga ke perbuatan..
Tapi bila direnung kembali.. itulah yg merobek hati mama...membuatkan mama lalai...membuatkan papa resah.. iyalah bimbang mama akan merajuk, sakit hati dan memberontak jika tak sampai tahap SIRIM ciptaan mama...
Sebenarnya niat sebenar mama bukanlah ingin merancang dan membina standard untuk mengawal keadaan dan org sekeliling mama tp kerana ingin memastikan semuanya berjalan lancar dan tidak menyusahkan mereka..
Tapi mungkin kerana kadang2 mama tak dpt mengawal ke'over'an itu... mama kelihatan seolah2 mengongkong, mendesak dan perasan bagus. Atau mungkin mereka tidak biasa mempunyai tekanan tersebut.
Demi utk memulihkan hati mama, menjaga perasaan org lain.. mama kembali kepada asas.. mama akan mengubah diri mama ke arah yang lebih positif..

TAPI.. itu bukan bermakna kita tak boleh menegur dan memberi pandangan kepada org lain terutama org yg kita yg kita sayang..cuma bagi pendapat mama.. kita hanya perlu memberi pandangan selebihnya terserahlah kepada empunya diri utk berfikir dan meletakkan dirinya di tempat yg sepatutnya.. Jika mereka masih tak mahu berubah..jgn bazirkan masa kita kerana kita sendiri kesuntukan masa utk menghambakan diri pada ALLAH SWT..

Semoga kita semua akan lebih positif... lebih yakin ..lebih beramal..

Segala yang baik itu dari Allah.. dan yang buruk itu datang dr salah tafsiran mama sendiri...

Kek Burger Bakar...

Pagi2 ni rasa lapar... belum makan lagi..dalam bermisi nak diet ni kena ambil sarapan...tak boleh skip..
Tapi kita mulakan hari dgn buka FB dulu..hahaha... tabiat yg susah nak elak...

Bila buka aje..mata mama terpana pada satu gambar kat HOME WALL... sungguh unik..gambar tu di'share'kan oleh member mama..so mama mohon share...

Pasangan pengantin Ery dan Saloma telah memilih sesuatu yg baru utk menggantikan kek... kiranya tak de kek pengantin la... tapi ada lagi special... BURGER BAKAR bertingkat... cayalah..meleleh air liur mama..dah la perut mama ni masih kosoooooonggggg... mula2 mama tgk gambar ni..mama ingat burger tu adalah kek tapi diorg buat fondant ala2 burger bakar..tapi tak sangka itu mmg betul2 BURGER BAKAR..

Wah ni mesti peminat Burger Bakar ni...sepanjang pengetahuan mama..ini first time mama tgk org buat cam ni..memang kreatif dan inovatif...



Mama mendoakan pasangan pengantin akan sentiasa diberkati Allah s.w.t..bahagia sampai syurga abadi...Semoga moment indah dan special ini adalah permulaan dalam meraih kebahagiaan dlm berumah tangga.. Korang dan family memang best... Bikin HAVOC dan class gitu... mama suka sangat...

Credit picture: Redzuan Mukhtar


Monday, June 24, 2013

Keputusan Bintang Mencari Bintang Akhir...Achey Juara!

Semalam dah terjawab.. segala persoalan..siapa yg akan ke bintang... Mama tak de la setiap episod tgk..tp tetap juga la mengikuti.. sebab lawak dlm BMB ni ada byk yg cerdiknya.. terutama dr group Sabri Yunus iaitu TITAN (bias sbb org Kelantan ke?) ...tak de bias atau pilih kasih..mmg lawak TITAN berilmu... tapi peserta lain pun bagus..
Achey memang tak menghampakan.. sebelum ni pun mmg dia yg terbaik..cuma dlm masa separuh akhir..dia agak menurun...tp di final semalam...dia all out.. bimbang gak tgk Harun Salim Bachik semput kat atas pentas... tp kerana semangat demi protege tercinta...Abg Harun cuba buat steady..tp mmg nmpk la dia tahan sakit..
Kami mmg tengok dr awal lg...sambil2 time iklan tgk Masterchef... sebab teruja jugak nk tgk siapa tersingkir.
Bila dah habis semua persembahan.. tetiba aje papa tukar channel lain pulak... pada mulanya saja2 je... papa tukar channel 431..jeng..jeng.. The Amazing Spiderman...
ermmm ...mmg sah la..tak boleh dah nak kembali tgk BMB.. iyalah Mr Reefqy tak beraksi bersama Spiderman ... kami pun cuba la negotiate sikit..iyalah kan nak la jugak tgk org umum pemenang BMB... ermmmm mmg tak bolehnya....
Bila tukar aje TV3... org dah baca berita...nasib la ye..

Tapi seperti dijangka Achey memenangi BMB.... selamat ke bintang ye.... kedua kumpulan Bochik, anak didik Afdlin..ketiga TITAN...keempat anak didik Faizal Ismail iaitu TAPAW..\


Achey

Bocik

Titan

Tapaw

Keseluruhannya mmg best... ada mesej dan menghiburkan..

Kata-kata akhir dr Sabri Yunus memikat hati ramai org... kata beliau.." BENDA YG BETUL TAK SEMESTNYA ORANG ANGGUK..DAN BENDA YANG SALAH TAK SEMESTINYA ORANG GELENG".... Sabri Yunus mmg legend...seniman berilmu..

Credit picture: Gua.com.my


Sunday, June 23, 2013

Tips KAYA cepat...

Mesti korang terkejut punya sebab tetiba je mama bagi tips kaya.. hahaha.. mana la mama ni layak.. siapa yg tak nak kaya... tapi bagi mama kalau nak kaya biarlah dgn cara yg betul agar REZEKI kita nanti diberkati Allah s.w.t...

Mama pun selalu aje tertanya..kenapa aku tak dipilih oleh Allah utk memiliki kekayaan?? mama bukan nak kaya raya macam Ananda Krishnan..seperti legacy Dato' NAZA.. seperti Siti Nurhaliza..atau sesiapa sahaja.. mama cuma ingin agar bebas dr hutang, anak2 ada perlindungan, mama boleh bersedekah, boleh bantu keluarga.. Tapi kenapa Allah belum memakbulkan doa mama????

Ya Allah...ampunilah hambamu ini..mama terlalu byk mempersoalkan apa yg tidak Allah berikan.. sedang terlalu byk sudah Allah berikan pada mama.. mama lupa yg mama lah yg selalu alpa dlm menjalankan tanggungjawab sebagai hamba.. Malunya diri ini...

Jom kita bersama muhasabah diri..sebelum terus hanyut...Ini mama petik drpd FB ASK MANIE

Ada kalanya rezeki kita susah nak masuk.
Business kita kurang lancar.
Business nak jalan, tiba2 tak jadi.
Project tak berapa licin.
Macam ada je halangan2 yang timbul.
Asyik tak jadi je.
Hutang semakin sendat.
Poket semakin nipis.
Bil2 banyak tertunggak.
Nak makan pun semput.

Ada orang senang je dapat.
Business dia menjadi2 je.
Asyik naik pangkat dengarnya.
Rezeki mudah masuk.
Business menjadi2.
Lepas satu cawangan buka lagi cawangan kedai lain.
Meletup2 jadinya.
Asyik beli rumah dan tanah baru.
Kereta bertukar saban tahun.
Tengok kat fb asyik makan angin je.
Lepas tu naik haji.

Kenapa gitu?
Cuba semak dan nilai semula.
Mungkin kita terlepas pandang
kerana semuanya ada sangkut paut dengan urusan mudah atau susahnya kita mencari rezeki.

Solat kita cukup ke tak?
Solat kita di awal waktu atau sering dilewat2kan.
Ada bangun malam untuk solat tahajjud atau hajat atau taubat untuk mohon kemudahan dariNya?
Ada buat solat duha sebagai penarik rezeki?
Ada amalkan bacaan surah al waqiah setiap hari yg disahkan sebagai usaha utk memudahkan pencarian hidup.
Berapa banyak sedekah yg kita berikan untuk anak yatim, fakir dan orang miskin?
Ada kita berikan sumbangan seringgit dua ke dalam tabung masjid setiap kali kita singgah di masjid dan surau?
Berapa % pendapatan kita diberi kepada dua ibu bapa kita setiap bulan?
Zakat perniagaan kita bayar ke tak?

Bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa kita? Ingat, keramat hidup kita ada pada mereka.
Bagaimana pula hubungan kita dengan suami @ isteri? Tanggungjawab kita pada mereka adalah berkatnya hidup..
Adakah kita banyak dengki dan irihati dengan ipar duai, sahabat handai atau jiran tetangga?
Adakah kita termasuk dlm golongan yg mengeratkan silaturrahim atau
kita memutuskan silaturrahim dgn mereka.
Apakah kita seorang yg pemaaf atau seorang pendendam yg sukar menerima kesilapan/kemaafan orang lain?
Adakah kita terlalu kedekut dan berkira dalam urusan hidup dengan orang lain?

Banyaknya perkara yg tidak lancar dalam hidup kita.
Itulah puncanya rezeki kita tidak lancar.
Hubungan kita dengan Allah tidak beres.
Sebab itu rezeki kita tersangkut2.
Hubungan kita dengan ibu bapa juga tidak murni.
Itu sebabnya rezeki kita juga tidak senang.
Silaturrahim kita sesama manusia masih belum sempurna.
Itu sebabnya rezeki kita juga terhegeh2, susah dan peritnya walaupun kita sehabis daya bekerja dan berusaha.

Mari kita muhasabah diri sendiri.
Moga bermanfaat untuk semua.

kite byk terlepas pandang kan..

Potato Salad

Hari ni mama nak kongsi resepi yg cukup senang dan cukup baik utk sesiapa yg sedang diet...(macam mama..hahaha) kiranya diet nasi la...
Bak kata papa.. mama ni diet je nasi..tp benda lain selamat je mama hentam..
Memandangkan papa yg berkeinginan nak sgt tgk mama achieve 50kg... mama sebagai isteri yg patuh... cuba la sedaya upaya..maklum la nak puaskan hati suami.... asalkan niat tu lari ... semuanya ok..Insya-Allah...
Tapi bila papa tgk mama tak makan nasi..dia pulak yg ckp.."mama makan la sikit nasi, jgn makan time malam je la".. maybe papa takut mama pengsan... hehehe..

Jadi bermula hari Rabu yg lalu..dah 4 hari mama tak makan nasi... mama ambil karbohidrat yg lain....mcm mee, bihun, kentang dan lain2...

Jadi bila dah boring ..asyik2 mee...asyik2 roti.. mama pun ambil inisiatif..buat salad.. takde benda lain pun kat rumah... nak ke kedai..agak susah al-maklumlah papa pergi bercuti (jeles)... jadi buat la apa yg adooooo....

Ini la hasilnya...


Cukup mudah..

Bahan2
2 biji Ubi kentang (didadu)
2 btg Sosej (direbus dan didadu)
1 biji tomato (dipotong kecil2)
2 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah
Sedikit garam

Cara2nya
Rebus kentang yg didadu sehingga empuk.. masukkan sedikit garam bila empuk.. mama rebus dgn air biasa je.. kalau nak best lagi boleh rebus pakai susu segar..

Bila dah empuk keluarkan dan sejat seketika... nak elakkan dari berair...
Kemudian gaulkan bersama sosej dan tomato.. masukkan Mayonis.. gaulkan sehingga sebati.. perisakan dgn lada sulah... gaul lagi...

Kalau ada mixed herbs..boleh la ditaburkan sedikit.... lagi beraroma....
Kemudian boleh la makan.. 

*sosej boleh diganti dgn protien lagi seperti isi dada ayam.. udang yg direbus ..itu pun best.. mama mmg suka makan lauk jadi sbb tu la potato salad mama mcm byk je sosej..hehe..

Selamat mencuba....


Thursday, June 20, 2013

PASTI berjaya...

Semalam papa tersenyum lebar... kenapa ye?
Tentu aje sebab anaknya telah mencipta kejayaan... hahahaha..
Sebenarnya abg Uyeeh dapat no 2 dalam periksa dia kat PASTI.. hehehe..
No 2 pun tak pe la.. asalkan nmpk hasilnya...sebabnya mama tak nampak pun dia study.. Mama dan papa yg risau macam anak ambil periksa dekat Universiti.. Sebenarnya 2 lagi sepupu Uyeeh pun belajar kkat PASTI.. tapi satu kat Perak..satu lagi kat kampung... kiranya diorang semua dok tertunggu result la terrr...
Bila tgk diorg dok buat latihan terasa lucu pulak..kalau zaman mama dulu..tak de nya budak tadika buat latihan...Kakak mama lagi best..siap fotostat soalan past year PASTI... sampaikan budak yg tukang fotostat tu pun tersenyum.. tentu tak sangka..hahaha..
Tapi itulah usaha seorang ibu.. mama mmg salute dgn kakak mama tu sebab dlm kesibukan..dia masih sempat buat mcm2..kdg2 time cuti dia siap buat soalan sendiri utk melatih anak2 dia dan anak2 buah... tu yg semua sayang kat dia...

Tahniah abg Uyeeh..mama dan papa doakan abg akan lebih cemerlang..bukan sahaja di dunia tapi lebih2 lagi di akhirat.. semoga mama dan papa boleh menerima pahala drpd doa anak yg soleh di akhirat kelak..aminnnn...



Usaha lagi......

Tuesday, June 18, 2013

LINE memang syioookkkk!!!

Mama rasa mama dah jatuh hati dgn aplikasi LINE ni... mmg best dan boleh buat kita tersenyum sendiri..hahaha..iyalah stickers yg ada dlm aplikasi tu mmg byk jenis dan kelakar giler..

Jom la try ber'LINE'... Hidup LINE...hahaha....

Pesanan Buat Lelaki Yang Digilai..

Mama baru aje terbaca dalam Majalah Mingguan Wanita yg terbaru yg menampilkan lelaki idaman Malaya buat masa sekarang Izzue Islam bersama cinta hatinya..so kepada yg minaaaatttt sgt kat dia..sudah2 la..doakan kebahagiaan...baru kita ni ada kelasssss.... jgn kecoh...ramai lagi yg baik dan hensem...

Tapi sekarang ni mama bukan nak cerita pasal Izzue... mama cuma tertarik bila baca tulisan DR HM TUAH....tajuk artikel dia..Pesanan Buat Lelaki Digilai...

Mendalam sungguh tajuk  artikel tu... ceritanya pasal konflik yg dialami lelaki2 sekarang ni terutama yg telah berkahwin iaitu digilai oleh kaum wanita... bukan takat pendam dlm hati...tapi ramai wanita sekarang terlalu berani utk meluahkan dan menawarkan diri utk menjadi kekasih dan isteri.. walaupun diorang mmg dah tahu yg lelaki tersebut sudah berumahtangga.. dan may be dah tua...

Yupppp... mama setuju sangat bila Dr menyatakan yg itu adalah sebahagian drpd ujian untuk menilai iman... dan kata2 yg bestnya ialah.."salah satu punca mengapa BUAYA semakin berani adalah kerana wanita terlalu mudah merasa berahi"..

Malah ramai lelaki yg baik pada asalnya menjadi tidak baik hujung.. Maklumlah kerap berfacebook... hari2 dok chatting..hari2 dok send gambar..tagging... macam2 hal lah... bila asyik menatap benda2 yg berunsurkan maksiat... nafsu pun membuak... akal dan iman mula diketepikan.... Tapi heran kan.. kalau dengan isteri tak sempat nak berchatting pun kat facebook tp dgn wanita lain..fuhhhh panjang berjela2.. pernah tak terfikir yg sebenarnya rasa syiokk tu didorong oleh syaitan... tapi kita tak boleh salahkan syaitan..itu mmg janji mereka..mereka mmg nak menyesatkan anak2 Nabi Adam.. kita lah yg salah kerana cuba bersahabat dan mendengar godaannya..

Jadi tak usah hairan kalau sekiranya korang adalah seorang lelaki yg kurang hensemnya..kurang hartanya tapi still menjadi kegilaan.. usahlah terbuai dgn pujuk rayu wanita yg mempunyai unsur utk menggoda korang kerana itu mungkin ujian Allah untk menilai tahap keimanan korang dan itu mungkin strategi syaitan untuk menjahanamkan korang... usahlah biarkan wanita yg telah digoda oleh syaitan itu mengheret korang bersama supaya termasuk dlm godaan syaitan.. bila aje ada unsur godaan.. anggaplah itu ujian dan gurauan semata... remove lah mereka dr friend list korang.. tutup mata kejap...ingat isteri dan ank2 yg dah berderet tu.. daripada buang masa merosakkan diri..baik bersama2 isteri menjaga segala amanah Allah... Usahlah meletakkan sebab korang lelaki dan korang boleh berkahwin lebih...so korang boleh berkenalan dgn perempuan sebarangan ...itu bukan alasan utk mengHALALkan tindakan anda... sekiranya telah termaktub di Luth Mahfuz yg anda seorang lelaki yg dikurniakan beristeri lebih drpd satu... tiada sebarang kuasa di dunia yg mampu menghalangnya... jadi korang tidak perlu menempah tiket ke neraka dahulu dalam usaha menambah isteri...Ingatlah korang adalah IMAM dlm keluarga korang, wajarkah seorang imam berkiblatkan kemungkaran???.. Ingatlah korang mungkin akan menjadi WALI pada anak perempuan korang...adakah korang fikir korang layak utk menjadi wali sekiranya byk melakukan maksiat?? Ingatlah korang juga seorang anak yg akan mendoakan ibu bapa korang terutama apabila mereka telah tiada, adakah wajar ibu bapa yg tidak berdosa menanggung bersama dosa yg dilakukan oleh seorang anak??.. berubahlah sekiranya korang pernah terjerumus...Allah Maha Penyayang dan Pengasih.. tak pernah ada waktu yg terlewat utk bertaubat... segerakanlah sebelum kita menutup mata.

Pada seorang lelaki..godaan yg paling berat adalah daripada wanita tetapi lelaki SEJATI tidak mudah luntur dan jatuh. SYABAS, jika korang lelaki sejati itu...

Pada seorang yg bergelar isteri tangani masalah dgn bijak.. tarik nafas......berdoa dan layan lah suami sedaya mungkin..jika si suami masih mempersoalkan.. redha dan berserahlah pada Allah.. kerana kita bukan dilahirkan utk menghambakan diri pada suami tapi sebagai peneman kpd suami..

Wahai suami.. layanlah isteri sesuai pada tempatnya... dikala korang mendambakan kesempurnaan padanya...terimalah kekurangannya... Hidup perlu saling melengkapi....



*dgr drpd cerita papa, mmg ada wanita yg menawarkan diri utk berkenalan dgnnya di Facebook... sob..sob..sob.. Mama berdoa agar papa adalah lelaki SEJATI.. selebihnya berserah kpd ALLAH.. dan nmpknya papa kena lah remove atau jgn main accept aje friend.. bkn apa..nak elak drpd timbul bykkkkk masalah... mencegah lebih baik drpd merawat.. (ini amaran keras..hahaha)

Maaf kiranya ada yg terasa atau tidak bersetuju.. mungkin anda terlalu byk makan cili...

Monday, June 17, 2013

Gambar paling cute????

Kat FB sekarang ni...apa sahaja yg kita baca, komen, tukar profile atau apa aje mesti semua org tahu kan....
Mama tak de la fanatik dgn FB sgt..tp kalau time kerja mmg FB mama ter'on' aje..sbb mama mmg buka je..kdg2 mama tak tgk pun FB..lebih2 lagi kalau kerja atau kelas byk...tp org akan nmpk mama online aje...

Tadi mama upload la gmbar yg mama kontrol ayu..mama ambil sendiri..ala ayu pun sebab guna Camera 360..kalau kamera biasa entah2 layuuuu....di hujung mekar...

Tak sangka ramai aje yg LIKE dan puji cantik la..cute la...hahaha...biar betul... dah nak meletup dah ni hidung.... alahai shy2 la pulak mama ni... kenapa ye teruja...sebabnya tak pernah ramai gitu LIKE gambar mama...hahaha..entah apa2 la korang ni..saje la tu nak menyakat mama ye.....Astaghfirullahal adzim...

Terima kasih la pada yg LIKE..mama ni biasa aje..tu semua teknologi.... harap kalau jumpa kat luar..jgn frust la ye...hahahaha....

Dah la..malas dah nak mengarut...mama nak gi solat Asar pulak ni..kejap lagi nak balik umah.... kena berbedak, berlipstik dan pakai wangi2 sikit sebab tak lama lg nak jumpa kekasih hati... papa la tu...

Ini lah gmbr mama tu....hehehe...malu la pulak..sebab tak ade apanya cute..

Tak macam Nora Danish pun.....

Hehehe..alahai gelak sakan pulop mama ni..tutup mulut sikit...ketawa tak hengat dunia..tak baik tau...
Mama ni mmg kuat gelak apalagi kalau ada benda yg lucu ntah apa-apa...
Citernya gini...ada la sorang rakan FB mama ni jual satu jenis bedak... ala2 bedak sejuk gitu... dia pun buat la baikkkkk punya marketing kat FB... kiranya kalau nak dapatkan rahsia kecantikan Nora Danish..kena la guna bedak yg dia jual tu... alahai mak oooi...sapa la yg tak nak secantik, segebu dan semulus Nora Danish...
Tapi itu tak pe la..dah iklan dia lagu tu..baca je la... sapa yg berminat sila la beli...
Dalam pada tu ada la lelaki ni komen..mama rasa lelaki tu dan kawan FB mama tu rapat kot sebab dia berani je menyakat kawan mama tu..
katanya " aku tgk kau tak macam Nora Danish pun"...
Alamak...nak tergelak mama...opppss..bukan nak tapi dah tergelak... jahat tau lelaki... kesian la pulak....Kawan mama tak balas mesej lelaki tu..
Jadi pedomannya:

  1. Kalau nak jual produk kecantikan ke atau apa...pastikan kita guna dahulu...bila dah diyakini ok dan ada perubahan positif pada kita.. barulah orang tak menyangkal..kiranya kena khatam la bab produk kita...
  2. Kalau nak berjaya dlm perniagaan kena kuat semangat..sebab dlm bisnes ni mcm2 dugaan yg akan dtg... ada aje yg cuba nak jatuhkan kita...malukan kita
  3. Kalau kita tak nak beli atau tak suka barang tu, sebagai manusia...tlg la jgn terlalu direct mengata org...jagalah aib org..kerana Insya-Allah ...Allah akan melindungi aib kita juga..
Ok la... selamat berniaga kepada semua peniaga...mama pun minat gak ..tp belum ada keberanian...

EBM dalam Apple Lady???

Ermmm..mama pun tak faham la...kenapa mama boleh lupa nak bawa peralatan nak simpan susu badan. Tapi sebenarnya buat aje tak faham..hehehe..alkisahnya mama mmg seorang yg pelupa...

Kebiasaannya mama akan perah susu dalam pukul 12 tghari lebih... mama cakap perah sebab mama mmg hasilkan EBM secara manual... Kakak mama mmg ada sponsor Electric Breast Pump tapi mama tak tahan la...sakit... jadi mama guna tangan je la..picit..picit...hehehe..

Alhamdulillah Qysya masih belum putus bekalan..walaupun bekalan susu mama tak sekencang member2 yg guna breast pump.... tapi mama tetap nekad nak juga cuba kasi Qysya fully breast feed utk 6 bulan..kalau dpt lebih lagi..lagi la mama suka...

Dek kerana mama lupa..mama pun tercari bekas nak isi susu... ermmm mama pun terpandang bekas Apple Lady..hehehe... mama tahu kalau la geng penyusuan ibu yg beretika tahu..mau diorg marah mama... tapi bekas tu belum lagi digunakan... mama harap mama tak memudaratkan Qysya...

Mama perah susu ... sebelumnya mama tak nak je perah utk hari ni..tapi alahai macam bengkak la pulak..mama takut gak susu mama tu bertukar menjadi KEJU..hahaha..gurau je....

Lepas ni mama kena berjaga2 utk sentiasa memastikan  mama sentiasa membawa kelengkapan utk memerah susu....


Selamat Hari Papa...Love don't cost a thing!!!

Semalam merupakan hari bapa..so mama ucapkan Selamat Hari Ayah buat ayah mama yg tercinta dan Selamat Hari Papa buat hubby mama yg tersayang juga.... tak lupa juga Selamat Hari Abah buat bapa mentua yg tercinta juga..

So...semalam mama ingat nak buat just a simple surprise for papa... not costly tp bagi mama sesuatu yg mempunyai sentimental value....

Mama nak semuanya terjadi dgn naturally.... kata LOVE DON'T COST A THING kan... (padahal tak de budget..hehehe)

So mama come out dgn satu idea....

Mama pun pergi la supermarket kat sebelah opis mama dan mama beli satu ais krim yg sedap....
Balik aje ke opis mama pun buat la kad deko sikit...memandangkan masa nak balik tinggal lagi dalam 15 minit..mama just buat yg simple aje...

Ini dia......




Pastu bila sampai aje kat umah...alhamdulillah papa belum sampai lagi...tapi nak buat macam mana mama tak boleh teruskan agenda sebab Princess mama macam dah kelaparan sgttt.... so mama breastfeed Princess dulu... bila dah nmpk ok... mama pun teruskan agenda..

Agendanya..

Mama letakkan ais krim dan kad itu kat dlm freezer... 

kemudian bila aje papa balik..mama pun kononnya minta la tolong dia pergi ambil ais kat dlm freezer..kononnya plastik ais tu melekat kat freezer dan dah beku....mama kononnya tak kuat nak tarik...

Papa pun menonong pergi ambil plastik ais..."eh, ni ok je..tak de melekat pun"...
Ya Allah.... boleh papa tak perasan yg mama ada letak kad dan ais krim kat situ...dua kali mama suruh dia pergi buka freezer..dua kali dia tak nmpk.... tensionnnnnn...tak menjadi la surprise mama... last2 mama yg tunjuk...iyalah kan dr dia tak nmpk langsung.... mama ingatkan dia nak menyakat mama..rupa2nya mmg dia tak nmpk........papaaaaaaaaaaaa geramnya mama....

Tapi tak pe lepas tu papa datang cakap thanks and kiss mama... hehehe... adik2 mama semua gelak sebab surprise tak menjadi dan papa yg tak nmpk kad tu... diorg pun geram sbb diorang dah nmpk awal2 lg...

So kami pun makan sama2.. mama beli satay..bukankah keriangan akan bertambah jika dikongsi bersama... jom makan ais krim sama-sama... 

Love you papa..you are such a beautiful miracle that Allah sent to me...Thanks for your love dan care...Love you till Jannah...


p/s: korang berminat tak dgn idea mama...boleh je try pada yg tersayang..tak perlu sesuatu yg mahal utk membuat yg tersayang tersenyum....

Sunday, June 16, 2013

Hidangan best!!

Mama just nak kongsi hidangan berkonsepkan citarasa Pulau Pinang yg disediakan oleh students mama...
Best tau...

Ayam Pandan

Mee Pasembor

Cendol
Student mama ni... Reza  Amani

Yg ni pulak Mira dan Fatin..

Kami makan dengan syiokkk nya..nak belajar masak mai la masuk kolej kami ...Twintech University College...

Fiza Elite dah bertudung!

Pg semalam mama ada la terbaca kt FB tentang Fiza Elite yg dh bertudung .. ermmm mama tumpang gembira la ye. Iyalah kan menutup aurat itu WAJIB..

Mama sebenarnya dok pendam dr semalam lagi.. mama sebenarnya sedih dgn sesetengah pihak yg mengambil remeh tentang perubahan seseorang.. Mungkin juga mereka tak sedar atau terlupa kerana terlalu memikirkan berita yg best utk dikeluarkan...
Sebagai contoh nasib yg terkena dek Fiza.. Dia elok2 nak berubah ke arah yg lebih baik..ade ke patut ada pihak yg membuat perbandingan penampilannya dahulu dan sekarang.. of coz la yg dahulu tu auratnya terdedah.. lepas tu sebelah gmbar yg terdedah aurat tu, diorg letak gambar bertudung yg baru... Astaghfirullah al 'adzim... elok2 dah Fiza tu dah bertudung...so please la..jgn la didedahkan lagi gmbarnya yg dahulu tu...
Mama pun tak pasti apa niat pihak tersebut...tp kalaulah sekadar nak bikin cerita best...tak payah la nak buat analisis bagai... bila aje seseorang tu dah bertaubat, usahlah disebut lagi kesalahannya yg dahulu.. biarlah dia mulakan hidup baru..

Sebagai artis memang la mereka terpaksa redha kerana gambar ada di merata-rata...nak buat mcm mana.. tp jgn la sampai dgn sengaja mengeluarkan kembali gambar diorg tu.. apatah lagi buat perbandingan bagai... elok2 artis tu dah bertaubat..kita yg tukang sampai berita tak pasal2 dapat dosa... So wake up la... sebagai rakan seagama bersama2 la kita membantu mereka yg ingin berubah... sebab kita tak tahu bila waktu kita... Mungkin sekarang ni kita rasa kita dah ok, tutup aurat, sembahyang tak tinggal, byk buat ibadat... tp jgn lupa bila2 masa aje Allah boleh balikkan hati kita... jadi kita tak boleh riak dan ego...



Ala tomei-tomei... sejuk je mata memandang..... Alhamdulillah.....

Thursday, June 13, 2013

Walk With Me 2013!

Hari ni akan berlangsung Walk With Me 2013..



Satu agenda utk mendekatkan warga istana dgn rakyat jelata... tahun lepas mama join tp tahun tak lah kot..al-maklum la baru aje lepas pantang... hehe

Macam tahun lepas mama ber'walk with me' dgn papa..



Tahun ni papa 'walk with out me' la... So papa jagalah pandangan ye..maklum la ramai sungguh yg keluar utk berjalan-jalan nanti....(jeles mood..hehehe)

Walaupun kita tak dapat ber'walk with me' bersama tahun ni tapi mama tahu dalam hidup ni papa tak kan pernah membiarkan mama 'walk alone'...

So kepada semua selama menjayakan 'Walk With Me 2013'...selamat berjalan bersama Al-Sultan kita yg kita cintai....

Wednesday, June 12, 2013

CLENX TEA ..Ubat kurus???

Lepas aje bersalin, benda yg plg dirisaukan oleh kebanyakan wanita ialah bagaimana nak menurunkan berat badan ke satu berat yg ideal...cheewah
Mama ialah salah seorg yg nk kurus. Sebenarnya mama bkn lah mempunyai berat bdn yg ideal walaupun sebelum hamil. Mama ni kategori chubby..hahaha..(tak nak mengaku gemoookkk)
Tapi dlm gurau2 papa ckp yg dia nk berat badan mama 50kg. Biar betul papa ni. 
Secara jujur selepas aje berat badan melewati 50kg dulu..mama tak pernah pun pernah kembali ke 50kg
Mama mmg dr remaja lg berat mama dlm 60kg lebih. Time kat Uni dulu berat bdn mama pernah mencecah 65kg. Dgn ketinggian 150cm, mama adalah slh seorg yg gemokkkk...oh tak sanggup ..tp itulah kebenarannya. Tp krn mama seorg yg aktif, mama tk pernah rasa risau..
Bila dah start kerja krn keinginan nk pakai baju lawa, mama berjaya trnkan berat sehingga 54kg. Tp bkn 50kg ok.
Walaupun papa tak bg tekanan tp mama akn cuba cabar diri mama
Tak salah buat demi suami.
Salah satu usaha mama ialah mama minum Clenx Tea. Clenx Tea mmg bagus utk pencernaan. Dan mama rasa badan mama lebih ringan. Plg penting no more sembelit.
Feedback dr family, diorg ckp mama lebih kurus.. entahlah..hrp betul la ye. 
Walaupun belum mencapai target mama akan terus berusaha. Kalau menjadi, nnt mama share ok. Wish me luck!


Kenapa aku????

Pernah tak bila kita didatangi musibah atau perkara yg bukan kemahuan fikiran kita... kita akan cakap
"why me?" 

Iya kita menangis meraung2... seolah2 mengharap masa boleh diputar dan kita mampu utk menghalang  apa yg kita tidak ingini daripada berlaku...meratapi kenapa kita dizalimi.. kenapa kita yg dizalimi tapi kita yg menderita...adilkah Ya Allah....

Kenapa kita boleh meluahkan persoalan itu? Kenapa aku...kenapa bukan orang lain?
Mama pernah dan mama selalu berfikiran begitu... di saat mama terasa sedih..dipersiakan...dikhianati..ditipu.. mama sentiasa mempersoalkan kenapa mama yg mengalaminya.. kenapa Allah menguji mama begini dan kenapa bukan orang lain....

Ya Allah, terlalu egonya mama kerana mempersoalkan takdir drpd Allah... bukankah itu sebahagian drpd ujian Allah buat hamba-Nya..dan mama sebagai hamba tak kan dapat lari dari terus diuji...
Betapa zalimnya mama kerana memohon keburukan itu berlaku kepada orang lain... kejam sungguh hati mama ini... Apakah mama dilahirkan hanya untuk melihat perkara yg buruk berlaku pada orang lain dan mama hanya menerima segala yang baik??? Apakah keadilan hanya perlu diberikan kepada mama dan org lain sahaja yg terus menerima kezaliman...??

Dikala kesedihan menguasai diri, mama lupa yg Rasullullah s.a.w yg maksum dan merupakan kekasih Allah s.w.t pun sentiasa diuji...apatah lagi mama yg tersangat kerdil ini utk dibandingkan dgn Rasulullah s.a.w.. malah tak layak langsung utk dibandingkan... pastinya mama akan juga diuji...
Ujian yg dilalui oleh Rasulullah s.a.w terlalu hebat... tak tertanggung sekiranya ia berlaku kepada kita...
Namun Rasulullah tak pernah berdoa dan memohon agar org lain yg menanggung keperitannya..malah baginda yg bersedia menawarkan diri baginda utk menelan kepahitan umat baginda... Mulianya dirimu Ya Rasulullah...
Sewajarnya mama sebagai umatmu mengikutimu Ya Rasulullah... namun mama membiarkan diri mama hanyut dalam godaan syaitan.. mama terus meletakkan ego di tempat tertinggi...

Ya Allah, jadilah mama manusia yg kuat utk menghadapi ujian drpd-Mu... sesungguhnya Engkau sahaja Yang Maha Mengetahui hikmat di sebalik ujian-Mu.. lapangkanlah dada mama dan teguhkanlah iman mama.. sesungguhnya mama hanyalah menumpang di dunia ni dan tiada satu pun di dunia ini milik mama.. segalanya adalah pinjaman daripada Allah..

Mama ambil Quote drpd wall seorang kawan yg mama anggap seperti adik sendiri.. sedikit sebanyak membantu mama memperkasakan diri...
Walaupun mengambil masa utk membaiki diri... mama akan terus berusaha..kerana impian mama adalah Jannah....

Photo


Insya-Allah....

Monday, June 10, 2013

F&N Clearly Citrus.....



Perisa minuman terbaru dr F&N... Clearly Citrus... mmg best... mama begitu menyukainya...
Rasa menyegarkan dan menyamankan...  First time mama try, time pegi supermarket... salesgirl tu suruh try...ermmmm memang memikat..rasa dia ala2 Sprite dan Mountain Dew... kiranya best la... 

Kepada yg menggemari minuman ala2 limau dan berkarbonat..boleh la try tapi jgn la minum selalu..sebab minuman berkarbonat byk kandungan gulanya.. kalau rasa nak lepas gian boleh la ye... 

F&N Clearly Citrus tak rasa keras sgt dia punya gas....so kira ok la ye...

Selamat mencuba... dan harus diingat...ini hanya perkongsian pengalaman mama...bukannya iklan berbayar..iya la kan..sapa la mama utk dapat tajaan...hahaha....

Sunday, June 9, 2013

I Love Surprise!!!

Tanya lah dalam dunia ni...wanita mana yg tak gumbira bila aje ada surprise....  lebih2 lagi org yg tersayang buat surprise...

Bagi mama yg mmg suka surprise dan buat surprise kat orang... walaupun surprise tu bukan utk mama..mama yg ter'over' excited ...hehehe...

Alhamdulillah rezeki Qysya, ada yg buat surprise utknya..tp mama dia la yg gumbiraaaa...hahaha...

Hahhhh..cantik kan ...yg ni diberikan olah opismate mama Kak Nik...lepas hampir seminggu baru mama tahu..mmg surprise..

Yg ni pulak from my students...tak tau dgn detail lagi siapa...tengah nak siasat  ni..... tempat duduk baby yg cantikkkk...

Apa kata Qysya?? Tima aceh shumua......muahhhhh..
Thanks ye pada yg memberi...mama suka sgttt.... hehehe toceii..toceii....
Tapi yg musykilnya kenapa tak de yg nak surprise kan mama Qysya...hahahaha... sedihnya.....

Our 6th Anniversary!!!!

Pada 2 Jun lalu genaplah 6 tahun kami berkahwin...emmmmm ..
Thanks papa sebab sentiasa support mama...sentiasa bersabar dgn mama..mama mmg akui banyak ranjau telah kita lalui..namun alhamdulillah setakat ini kita masih mampu untuk bertaut...dan mama harapkan sampai ke Jannah....

Mama harus akui berkahwin nmpk senang tp mempertahankannya memerlukan usaha dan kesungguhan... walau apapun kita harus sentiasa ingat matlamat kita..sentiasa perbetulkan niat kita...niat kita adalah kerana Allah... Mama berharap kita akan sentiasa saling bergandingan dan melengkapi di antara satu sama lain..agar jalan dan laluan ke Jannah terbentang luas buat kita sekeluarga...

Semoga kita akan 'reset' kehidupan kita.... sebagai manusia biasa kita tak dpt lari dr melakukan kesilapan.. dari kesilapan kita punya peluang utk berubah..semoga kita akan berubah ke arah yg lebih baik...

Terlalu byk yg ingin diperkatakan...tp tak terluah di sini... hanya dlm doa mampu mama luahkan... tp sesungguhnya hanya papa bertakhta di hati mama..Insya-Allah utk selamanya... semoga Allah menetapkan hati kita agar kita kekal setia bersama....

Mama sayaaaaaaaaaaaaaaaaanggggg papa...


Majlis KAHWIN Double Version!

Pada 31 Mei 2013 yg lalu dua org adik ipar mama kahwin...aduyaiiiii... hepi la Ma dan Abah dapat dua org menantu sekaligus..... bertambah la ahli keluarga kami...
Tahniah Kak Emma dan Kak Effa....
Kak Emma yg mesra dipanggil Nyoh oleh anak2 sedaranya selamat diakadnikahkan dgn Epul a.k.a Pok Nyoh pada 30 Mei selepas waktu Zohor dan pada malamnya pula Kak Effa atau Cik Pa pula dinikahkan bersama pasangannya Ren atau mesra dipanggil Ayoh oleh anak2 sedara..

Bagi Uyeeh dan Reefqy...mereka paling suka la sbb mereka memang rapat ngan Pok Nyoh dan Ayoh mereka tu.... sebabnya dr time diorg bercintan-cintun... Uyeeh dan Reefqy sentiasa aje kacau daun nak mengikut gi dating....hehehe....

Tahniah adik-adikku...semoga bahagia sampai ke syurga...semoga memperolehi anak2 yg soleh dan solehah...

Diorang kawin...mama yg demam .....sob...sob..sob...

Photo: SELAMAT PENGANTIN BARU EMMA N EPUL.. MOGA BAHAGIA KE HUJUNG NYAWA..
Nyoh dan Pok Nyoh


Photo: Sebenarnya saya isteri.....dia!
Cik Pa dan Ayoh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan