Dalam kebanyakan ceramah motivasi yg mama dgr ...yg disampaikan Prof Dr Muhaya.. mesti beliau akan menekankan yg kita jgn bazir masa ubah org lain..tp teruskan berusaha ubah diri sendiri..ubah ke arah yg lebih positif..
Memang diakui itulah yg sepatutnya..mmg tepat.. bila direnung kembali kita mmg banyak habiskan masa kerana ingin membentuk orang lain menjadi seperti yg kita mahu... mama tak nak cakap pasal org lain... mama sendiri mengalaminya...
Mama seorang yg suka berimaginasi dan terlalu byk perancangan dlm hidup..hidup mama ni boleh dikatakan kompleks... namun mama sedar mama yang membuat hidup mama kompleks... mama membiarkan emosi kesempurnaan merajai hati ... dari hati akan naik ke minda dan turun hingga ke perbuatan..
Tapi bila direnung kembali.. itulah yg merobek hati mama...membuatkan mama lalai...membuatkan papa resah.. iyalah bimbang mama akan merajuk, sakit hati dan memberontak jika tak sampai tahap SIRIM ciptaan mama...
Sebenarnya niat sebenar mama bukanlah ingin merancang dan membina standard untuk mengawal keadaan dan org sekeliling mama tp kerana ingin memastikan semuanya berjalan lancar dan tidak menyusahkan mereka..
Tapi mungkin kerana kadang2 mama tak dpt mengawal ke'over'an itu... mama kelihatan seolah2 mengongkong, mendesak dan perasan bagus. Atau mungkin mereka tidak biasa mempunyai tekanan tersebut.
Demi utk memulihkan hati mama, menjaga perasaan org lain.. mama kembali kepada asas.. mama akan mengubah diri mama ke arah yang lebih positif..
TAPI.. itu bukan bermakna kita tak boleh menegur dan memberi pandangan kepada org lain terutama org yg kita yg kita sayang..cuma bagi pendapat mama.. kita hanya perlu memberi pandangan selebihnya terserahlah kepada empunya diri utk berfikir dan meletakkan dirinya di tempat yg sepatutnya.. Jika mereka masih tak mahu berubah..jgn bazirkan masa kita kerana kita sendiri kesuntukan masa utk menghambakan diri pada ALLAH SWT..
Semoga kita semua akan lebih positif... lebih yakin ..lebih beramal..
Segala yang baik itu dari Allah.. dan yang buruk itu datang dr salah tafsiran mama sendiri...
Mood gembira bila dapat award
6 hours ago
0 comments :
Post a Comment