Salam semua...
Pernah korang concern tentang jenis2 syaitan? Kalau tanya mama...ermmm mama sendiri tak pernah concern..sehinggalah baru2 ni dalam tazkirah kat pejabat, ustaz suruh selidik jugak jenis2 syaitan ni..bukan apa..kita perlu tahu sebab utk melindungi diri kita.. Sebelum ni kita hanya ditekankan dgn nama Malaikat... jadi apa salahnya kita tahu jenis2 syaitan pula..dalam usaha menghalang diri kita dari terus dibelenggu syaitan..Nauzubillahi min zhalik...
Tapi kerana banyak alasan yg direka sendiri oleh mama, mama yg lalai ini tak meneruskan niat utk menggali maklumat tentang jenis2 syaitan itu... jangan ditiru sikap mama ini..
Alhamdulillah..seorang sahabat mama yg amat mama kagumi telah buat satu menulis kat statusnya kat facebook tentang 9 jenis anak syaitan... Thanks KAK YAH atas perkongsian ilmiah itu...
Bismillahirahmanirahim,
Perkongsian hari ini semuga dapat menambah ilmu tentang mengapa kita selalu melakukan dosa w/pun sejak alam rahim sudah berjanji dengan Allah untuk patuh kepada suruhanNya:
Antara sebabnya adalah kerana :
9 Jenis Anak Syaitan YANG BAKAL MENGHANCURKAN HIDUP ANDA
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat/boros.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. Ini boleh mengurangkan peluang untuk berzakat dan bersedekah atau yang lebih teruk terjebat dengan hutang dan terpaksa berhutang.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut dan sentiasa mengeluarkan perkataan yang menyakitkan dan boleh memutuskan siraturahim. Menjadi mulut jahat yang membawa ke neraka.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, isteri mencari jantan lain untuk berkongsi masalah dan menjadi isteri nusyuz dan tidak bersyukur dengan jodoh yg dikurniakan, suami berkawan dengan isteri orang menyebabkan cerai berai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?.
Semoga kita tidak pernah jemu mencari maklumat, belajar dan menyebarkannya..buat bekalan di akhirat..
Mood gembira bila dapat award
6 hours ago
0 comments :
Post a Comment