CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, June 23, 2013

Tips KAYA cepat...

Mesti korang terkejut punya sebab tetiba je mama bagi tips kaya.. hahaha.. mana la mama ni layak.. siapa yg tak nak kaya... tapi bagi mama kalau nak kaya biarlah dgn cara yg betul agar REZEKI kita nanti diberkati Allah s.w.t...

Mama pun selalu aje tertanya..kenapa aku tak dipilih oleh Allah utk memiliki kekayaan?? mama bukan nak kaya raya macam Ananda Krishnan..seperti legacy Dato' NAZA.. seperti Siti Nurhaliza..atau sesiapa sahaja.. mama cuma ingin agar bebas dr hutang, anak2 ada perlindungan, mama boleh bersedekah, boleh bantu keluarga.. Tapi kenapa Allah belum memakbulkan doa mama????

Ya Allah...ampunilah hambamu ini..mama terlalu byk mempersoalkan apa yg tidak Allah berikan.. sedang terlalu byk sudah Allah berikan pada mama.. mama lupa yg mama lah yg selalu alpa dlm menjalankan tanggungjawab sebagai hamba.. Malunya diri ini...

Jom kita bersama muhasabah diri..sebelum terus hanyut...Ini mama petik drpd FB ASK MANIE

Ada kalanya rezeki kita susah nak masuk.
Business kita kurang lancar.
Business nak jalan, tiba2 tak jadi.
Project tak berapa licin.
Macam ada je halangan2 yang timbul.
Asyik tak jadi je.
Hutang semakin sendat.
Poket semakin nipis.
Bil2 banyak tertunggak.
Nak makan pun semput.

Ada orang senang je dapat.
Business dia menjadi2 je.
Asyik naik pangkat dengarnya.
Rezeki mudah masuk.
Business menjadi2.
Lepas satu cawangan buka lagi cawangan kedai lain.
Meletup2 jadinya.
Asyik beli rumah dan tanah baru.
Kereta bertukar saban tahun.
Tengok kat fb asyik makan angin je.
Lepas tu naik haji.

Kenapa gitu?
Cuba semak dan nilai semula.
Mungkin kita terlepas pandang
kerana semuanya ada sangkut paut dengan urusan mudah atau susahnya kita mencari rezeki.

Solat kita cukup ke tak?
Solat kita di awal waktu atau sering dilewat2kan.
Ada bangun malam untuk solat tahajjud atau hajat atau taubat untuk mohon kemudahan dariNya?
Ada buat solat duha sebagai penarik rezeki?
Ada amalkan bacaan surah al waqiah setiap hari yg disahkan sebagai usaha utk memudahkan pencarian hidup.
Berapa banyak sedekah yg kita berikan untuk anak yatim, fakir dan orang miskin?
Ada kita berikan sumbangan seringgit dua ke dalam tabung masjid setiap kali kita singgah di masjid dan surau?
Berapa % pendapatan kita diberi kepada dua ibu bapa kita setiap bulan?
Zakat perniagaan kita bayar ke tak?

Bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa kita? Ingat, keramat hidup kita ada pada mereka.
Bagaimana pula hubungan kita dengan suami @ isteri? Tanggungjawab kita pada mereka adalah berkatnya hidup..
Adakah kita banyak dengki dan irihati dengan ipar duai, sahabat handai atau jiran tetangga?
Adakah kita termasuk dlm golongan yg mengeratkan silaturrahim atau
kita memutuskan silaturrahim dgn mereka.
Apakah kita seorang yg pemaaf atau seorang pendendam yg sukar menerima kesilapan/kemaafan orang lain?
Adakah kita terlalu kedekut dan berkira dalam urusan hidup dengan orang lain?

Banyaknya perkara yg tidak lancar dalam hidup kita.
Itulah puncanya rezeki kita tidak lancar.
Hubungan kita dengan Allah tidak beres.
Sebab itu rezeki kita tersangkut2.
Hubungan kita dengan ibu bapa juga tidak murni.
Itu sebabnya rezeki kita juga tidak senang.
Silaturrahim kita sesama manusia masih belum sempurna.
Itu sebabnya rezeki kita juga terhegeh2, susah dan peritnya walaupun kita sehabis daya bekerja dan berusaha.

Mari kita muhasabah diri sendiri.
Moga bermanfaat untuk semua.

kite byk terlepas pandang kan..

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan