CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, June 18, 2013

Pesanan Buat Lelaki Yang Digilai..

Mama baru aje terbaca dalam Majalah Mingguan Wanita yg terbaru yg menampilkan lelaki idaman Malaya buat masa sekarang Izzue Islam bersama cinta hatinya..so kepada yg minaaaatttt sgt kat dia..sudah2 la..doakan kebahagiaan...baru kita ni ada kelasssss.... jgn kecoh...ramai lagi yg baik dan hensem...

Tapi sekarang ni mama bukan nak cerita pasal Izzue... mama cuma tertarik bila baca tulisan DR HM TUAH....tajuk artikel dia..Pesanan Buat Lelaki Digilai...

Mendalam sungguh tajuk  artikel tu... ceritanya pasal konflik yg dialami lelaki2 sekarang ni terutama yg telah berkahwin iaitu digilai oleh kaum wanita... bukan takat pendam dlm hati...tapi ramai wanita sekarang terlalu berani utk meluahkan dan menawarkan diri utk menjadi kekasih dan isteri.. walaupun diorang mmg dah tahu yg lelaki tersebut sudah berumahtangga.. dan may be dah tua...

Yupppp... mama setuju sangat bila Dr menyatakan yg itu adalah sebahagian drpd ujian untuk menilai iman... dan kata2 yg bestnya ialah.."salah satu punca mengapa BUAYA semakin berani adalah kerana wanita terlalu mudah merasa berahi"..

Malah ramai lelaki yg baik pada asalnya menjadi tidak baik hujung.. Maklumlah kerap berfacebook... hari2 dok chatting..hari2 dok send gambar..tagging... macam2 hal lah... bila asyik menatap benda2 yg berunsurkan maksiat... nafsu pun membuak... akal dan iman mula diketepikan.... Tapi heran kan.. kalau dengan isteri tak sempat nak berchatting pun kat facebook tp dgn wanita lain..fuhhhh panjang berjela2.. pernah tak terfikir yg sebenarnya rasa syiokk tu didorong oleh syaitan... tapi kita tak boleh salahkan syaitan..itu mmg janji mereka..mereka mmg nak menyesatkan anak2 Nabi Adam.. kita lah yg salah kerana cuba bersahabat dan mendengar godaannya..

Jadi tak usah hairan kalau sekiranya korang adalah seorang lelaki yg kurang hensemnya..kurang hartanya tapi still menjadi kegilaan.. usahlah terbuai dgn pujuk rayu wanita yg mempunyai unsur utk menggoda korang kerana itu mungkin ujian Allah untk menilai tahap keimanan korang dan itu mungkin strategi syaitan untuk menjahanamkan korang... usahlah biarkan wanita yg telah digoda oleh syaitan itu mengheret korang bersama supaya termasuk dlm godaan syaitan.. bila aje ada unsur godaan.. anggaplah itu ujian dan gurauan semata... remove lah mereka dr friend list korang.. tutup mata kejap...ingat isteri dan ank2 yg dah berderet tu.. daripada buang masa merosakkan diri..baik bersama2 isteri menjaga segala amanah Allah... Usahlah meletakkan sebab korang lelaki dan korang boleh berkahwin lebih...so korang boleh berkenalan dgn perempuan sebarangan ...itu bukan alasan utk mengHALALkan tindakan anda... sekiranya telah termaktub di Luth Mahfuz yg anda seorang lelaki yg dikurniakan beristeri lebih drpd satu... tiada sebarang kuasa di dunia yg mampu menghalangnya... jadi korang tidak perlu menempah tiket ke neraka dahulu dalam usaha menambah isteri...Ingatlah korang adalah IMAM dlm keluarga korang, wajarkah seorang imam berkiblatkan kemungkaran???.. Ingatlah korang mungkin akan menjadi WALI pada anak perempuan korang...adakah korang fikir korang layak utk menjadi wali sekiranya byk melakukan maksiat?? Ingatlah korang juga seorang anak yg akan mendoakan ibu bapa korang terutama apabila mereka telah tiada, adakah wajar ibu bapa yg tidak berdosa menanggung bersama dosa yg dilakukan oleh seorang anak??.. berubahlah sekiranya korang pernah terjerumus...Allah Maha Penyayang dan Pengasih.. tak pernah ada waktu yg terlewat utk bertaubat... segerakanlah sebelum kita menutup mata.

Pada seorang lelaki..godaan yg paling berat adalah daripada wanita tetapi lelaki SEJATI tidak mudah luntur dan jatuh. SYABAS, jika korang lelaki sejati itu...

Pada seorang yg bergelar isteri tangani masalah dgn bijak.. tarik nafas......berdoa dan layan lah suami sedaya mungkin..jika si suami masih mempersoalkan.. redha dan berserahlah pada Allah.. kerana kita bukan dilahirkan utk menghambakan diri pada suami tapi sebagai peneman kpd suami..

Wahai suami.. layanlah isteri sesuai pada tempatnya... dikala korang mendambakan kesempurnaan padanya...terimalah kekurangannya... Hidup perlu saling melengkapi....



*dgr drpd cerita papa, mmg ada wanita yg menawarkan diri utk berkenalan dgnnya di Facebook... sob..sob..sob.. Mama berdoa agar papa adalah lelaki SEJATI.. selebihnya berserah kpd ALLAH.. dan nmpknya papa kena lah remove atau jgn main accept aje friend.. bkn apa..nak elak drpd timbul bykkkkk masalah... mencegah lebih baik drpd merawat.. (ini amaran keras..hahaha)

Maaf kiranya ada yg terasa atau tidak bersetuju.. mungkin anda terlalu byk makan cili...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan