Mama sebenarnya dok pendam dr semalam lagi.. mama sebenarnya sedih dgn sesetengah pihak yg mengambil remeh tentang perubahan seseorang.. Mungkin juga mereka tak sedar atau terlupa kerana terlalu memikirkan berita yg best utk dikeluarkan...
Sebagai contoh nasib yg terkena dek Fiza.. Dia elok2 nak berubah ke arah yg lebih baik..ade ke patut ada pihak yg membuat perbandingan penampilannya dahulu dan sekarang.. of coz la yg dahulu tu auratnya terdedah.. lepas tu sebelah gmbar yg terdedah aurat tu, diorg letak gambar bertudung yg baru... Astaghfirullah al 'adzim... elok2 dah Fiza tu dah bertudung...so please la..jgn la didedahkan lagi gmbarnya yg dahulu tu...
Mama pun tak pasti apa niat pihak tersebut...tp kalaulah sekadar nak bikin cerita best...tak payah la nak buat analisis bagai... bila aje seseorang tu dah bertaubat, usahlah disebut lagi kesalahannya yg dahulu.. biarlah dia mulakan hidup baru..
Sebagai artis memang la mereka terpaksa redha kerana gambar ada di merata-rata...nak buat mcm mana.. tp jgn la sampai dgn sengaja mengeluarkan kembali gambar diorg tu.. apatah lagi buat perbandingan bagai... elok2 artis tu dah bertaubat..kita yg tukang sampai berita tak pasal2 dapat dosa... So wake up la... sebagai rakan seagama bersama2 la kita membantu mereka yg ingin berubah... sebab kita tak tahu bila waktu kita... Mungkin sekarang ni kita rasa kita dah ok, tutup aurat, sembahyang tak tinggal, byk buat ibadat... tp jgn lupa bila2 masa aje Allah boleh balikkan hati kita... jadi kita tak boleh riak dan ego...
Ala tomei-tomei... sejuk je mata memandang..... Alhamdulillah.....
0 comments :
Post a Comment