Dr MAZA |
Menurut Dr MAZA, Nabi SAW berhijrah pada bulan Rabiul Awwal dan penetapan Muharram sebagai bulan pertama dalam Islam bukanlah kerana ia bulan Nabi SAW berhijrah ke Madinah.
Masjid Nabawi, Madinah |
Penetapan tahun Islam iaitu Hijarah dilakukan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Penetapan itu berlaku kerana untuk memudahkan urus tadbir umat.. Ia adalah untuk memudahkan sistem pengurusan dan pentadbiran umat sepanjang zaman. Langkah dan idea penetapan diambil apabila melihat kepada keberkesanan tahun bukan Islam iaitu tahun MASIHI.. menurut Saidina Umar, tidak salah meniru atau mengikut cara org bukan Islam selagi tidak menjejaskan AKIDAH dan sekiranya cara dan idea itu boleh memberikan kebaikan dan manfaat yg besar.
Untuk mengetahui ulasan yg lebih tepat dan bernas silalah ke blog MINDA TAJDID milik Dr MAZA.. mama sekadar memberikan laluan agar maklumat ini boleh dikongsi bersama..Menurut Dr MAZA, usah gusar sekira berlaku salah faham krn Insya-ALLAH ia tidak menjejaskan rukun Islam dan rukun Iman umat Islam..Apa yg lebih penting kita kena sentiasa memastikan kehidupan kita sehari2 akan menjadi lebih baik dari semalam dan sentiasa memastikan amalan yg dilakukan cukup sebagai bekalan dalam pengembaraan menuju ke sisi ALLAH SWT.
Namun tak salah juga kiranya kita lebih mengetahui sejarah Islam, kan... Jadi lagu SATU MUHARRAM tu dah tak berapa sesuai la..haha...
0 comments :
Post a Comment