CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tips buat SURPRISE!!!

Wednesday, November 7, 2012

Istanbul Aku Datang....

Pagi ni para pelakon utama Istanbul Aku Datang ...BETO, LISA dan TOMOK ke konti HOT.FM.. Havoc jadinya..hahaha..


Mama adalah tgk trailer dan 'The Making of.. Istanbul Aku Datang'...
Dan...mama tgk mcm happening je.. dah Lisa, Beto dan Tomok adalah antara feveret artis mama....

Scenery dia mmg la cantik kan... you all sedia maklumlah kan..Istanbul tu mcm mn.... mama pun pernah pergi Istanbul..tapi dalam mimpi laaaa..hehehe....

Esok 8 Nov 2012 bermula tayangan kat pawagam..

Tak sabar nak tgk lakonan Tomok....
Tapi...mama kena tunggu ASTRO FIRST kot... al-maklumlah kat sini takde pawagam...

Kiut aje poster ni....

8,000 km mencari cinta
Sinopsisnya....

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.

Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Azad tidak membenarkan Dian menginap di rumahnya dan menyuruhnya mencari rumah sewa sendiri. Dian terpaksa menyuruh seorang lelaki Turki untuk menyewa sebuah bilik tapi telah ditipu...

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto. Dian terpaksa berkongsi rumah dgn Harris.

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.


Aizat pun ada tu......




Nak tgk lakonan comel dan manja Lisa..sila la tgk 'ISTANBUL AKU DATANG'... Enjoy!!!! Selamat menonton filem yg penuh warna-warni...

2 comments :

SURIA AMANDA said...

Hero dia mcm x kena la...

Simplemama said...

Dia nak ketengah muka baru le tu..Beto pulak kan tgk glame la jugak skrg ni...hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan