CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Monday, October 22, 2012

Perjalanan penyokong The Red Warriors...

Semalam, Ahad 21/12/2012...seluruh Kelantan bercuti sempena Piala Malaysia 2012..cuti ni mmg dah diberi..kalau kami kalah pun cuti ada gak sbb Tok Guru takut nanti semua rush nak balik...bahaya plak...thanks atas keprihatinan pemimpin...

Mama petang tu pergi la mkn2 dgn papa dan Uyeeh..adik Qi ikut Mak Ngah dia jln2...niat hati nak gi mkn kat dekat tepi2 jln Kuala Krai-Kota Bharu sbb time2 macam ni mesti rombongan peminat dr Stadium Shah Alam pulang.. Mama syok la kalau bertembung dgn diorg...mesti hon-hon...itulah semangatnya org Kelantan...hahaha...

Ramai gak yg lalu dgn bendera TRW berkibar kat kereta.... macam2 jenis kereta ada... dalam banyak kereta ada jugak terselit kereta2 yg sudah agak uzur...

Papa terus bersuara " Ganas, berani la diorg naik keta gitu je sampai Shah Alam... Tawakal la tu"

Mama hanya tersenyum..betul lah kata papa tu..kebiasaannya kami selalu bimbang nak ke mana2 sbb kereta mcm tak best la..lama tak servis la..bukan apa takutlah kalau tetiba break down ke ape ke...Tapi bila melihat  keadaan kereta makhluk Allah itu..mama rasa sayu dan terharu...mereka tawakal ke Shah Alam dlm keadaan kereta yg uzur...mereka hanya berbekal semangat...

Hari ni mama baca satu lagi kisah di Facebook I Love Kelantan...cerita perjalanan satu keluarga ke Stadium Shah Alam....

Inilah momen terbaik bagi seluruh rakyat Kelantan untuk edisi Piala Malaysia 2012. 3 beranak bertolak dari Kota Bharu pada hari Jumaat malam dan selamat sampai ke Stadium Shah Alam pada jam 7 pagi di stadium Shah Alam.

Perjalanan dengan menggunakan duit sendiri, minyak kereta RM70, tiket untuk 3orang RM120, makan dan minum RM50 . Jumlah keseluruhan hampir RM240 untuk keluarga ini. Namun, ia tidak sedikit pun menghalang 3 beranak ini untuk turut hadir memberi sokongan demi The Red Warrior tercinta. Sampai seawal jam 7pagi, solat subuh di Masjid Seksyen 13 dan terus menunggu di persekitaran Stadium untuk menyaksikan perlawanan pada jam 8.45malam.

Mungkin keletihan agaknya, mereka mengambil ruang untuk merehatkan mata dan penat memandu 8 jam dari Kota Bharu . Hanya tidur beralaskan kain pelikat dan berbantalkan jersi The Red Warrior. Mungkin ini antara salah satu dari puluhan ribu cerita bagaimana rakyat Kelantan dari seluruh pelusok Malaysia bert
andang ke Stadium dengan pelbagai cara , halangan mahupun cabaran.

Yang pasti, mereka ini tidak mengharapkan apa-apa subsidi ataupun tiket percuma yang selalu digunakan oleh penyokong negeri lain. Mereka datang dari jauh atas matlamat yang satu, menyokong pasukan TRW tanpa ada penat dan jemu. Mereka tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk datang memberi sokongan.

Kini, selepas hampir 4tahun membina sebuah jenama. Bolasepak Kelantan telah berada pada tahapnya yang tersendiri. Mempunyai jenama pakaian sukan sendiri, penyokong yang paling ramai, penaja pasukan yang paling banyak, mempunyai album Dikir Warrior dan pelbagai lagi meletakkan Kelantan dihapan maju 5tahun daripada negeri-negeri lain. Jika pemimpin no 1 Malaysia menghina Kelantan negeri paling miskin, beliau sendiri pun masih tercari-cari identiti sendiri dan tidak mampu menyatukan rakyat negerinya sendiri untuk berdiri sama tinggi dengan penyokong The Red Warrior. Memang benar, ada rakyat negeri kami miskin tapi itu tidak bermakna rakyat miskin tidak mampu memenuhkan setiap inci ruang Stadium Shah Alam. Mungkin rakyat negeri kaya dah terlupa 'jalan' untuk ke stadium.

Kami rakyat Kelantan datang ke negeri anda bukan untuk merempat, tetapi menguasai.

Saat Pok Dogo menulis rencana realti ini, laju jah airmata Pok Dogo turun. Sekuat-kuat hati lelaki Pok Dogo, sero sayu,kagum dan terharu atas semangat yang ditunjukkan oleh semua rakyat Kelantan.

Nukilan : Pok Dogo
Untuk I ♥ KELANTAN.




Sayu rasa hati..inikah pengorbanan org Kelantan??? mereka tidak mengharapkan balasan...mereka cuma mengharapkan permainan yg bersemangat dari para pemain.... Kepada pemain semua...cubalah bermain sebaik mungkin..kemenangan dah jadi No 2.... semangat perjuangan yg utama...

Jangan hampa kami semua..jauhi rasuah...dan jangan mudah lupa diri....

Kepada pembaca blog mama yg berasal dr negeri lain..ini bukan bingkisan yg nak menunjuk2..mama cuma memaparkan apa yg terjadi....pasti ada yg lebih hebat di negeri kalian kerana kalian lebih mengenali dan mencintai negeri kalian...jadi jgn lah menyampah dgn coretan mama, ye..ini hanya perkongsian biasa....sekiranaya kalian tak suka tak apa....

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan