CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Thursday, October 18, 2012

Adab-adab Bermusafir


Insya-Allah tak lama lagi iaitu pada 26/10/2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H, kita akan menyambut Aidil Adha...atau pun dikenali juga Hari Raya Haji a.k.a Hari Raya Korban....

Tentunya ada dikalangan kita yang nak balik kampung.... tentu ini masa yg ditunggu2....yg sememangnya menetap di kampung macam mama ni tak sabar tunggu kepulangan adik-beradik, saudara-mara, rakan-taulan yg duduk kat luar..hehehe..segala menu yang nak dimasak pun dah dirancang.....itulah tanda excited...hehe

Dalam mama dok tunggu nak solat Zohor ni, mama sambung balik baca Majalah Anis keluaran Oktober 2012 yg menampilkan Masterchef pertama Malaysia iaitu Dr Ezani Farhana....sejuk je tgk wajah Dr yg tersenyum manis...

Dalam kolum adab pada keluaran ni, Ustaz Abd. Wahab Ali menulis tentang adab2 sebelum musafir...mungkin ada yg dah tahu dan jelas tentangnya..Alhamdulillah....tapi pada yg belum mengetahuinya atau terlupa...kat sini mama nak tolong sampaikan segala yg telah ditulis oleh ustaz tersebut  menikut olahan mama ..diharap memberi manfaat....

ADAB-ADAB SEBELUM MUSAFIR..

  1. Tujuan yang baik - kita bermaksud utk bermusafir ke tempat2 yg baik dan berniat baik..sebagai cth nak balik kg sebab nak tgk mak ayah..perjalanan akan lebih berkat..selain tu berniat nak sambung silaturrahim pun niat yg baik...
  2. Solat dua rakaat - Nabi Muhammad SAW berpesan bahawa perkara yg terbaik yg ditinggalkan oleh seorang lelaki kpd keluarganya sebelum musafir adalah solat dua rakaat. Kita akan merasa lebih yakin dan lebih selamat krn kita telah memohon keberkatan drpd Allah...
  3. Hari Khamis bukan Jumaat - Sunat bermusafir pada hari Khamis. Nabi SAW tidak menggalakkan bermusafir pada hari Jumaat krn itu akan menyebabkan tertinggal solat Jumaat..sekiranya boleh dielakkan, hendaklah sedaya upaya mengelakkannya.
  4. Musafir pada waktu malam - Nabi SAW juga menggalakkan supaya bermusafir pada malam hari kerana lazimnya perjalanan pada waktu malam lebih mudah dan cuaca pun nyaman. Perjalanan seumpama menjadi singkat. Seperti dalam pesanan baginda, "bermusafirlah pada malam hari kerana ia memendekkan perjalanan". 
ADAB-ADAB KETIKA MUSAFIR
  1. Bawa beg kecil berisi barang peribadi - Ketika bermusafir Nabi SAW pun ada satu beg kecil yg diisikan siwak, sikat, cermin dan celak. Ini akan memudahkan kita utk bersuci.. Nabi SAW telah menganjurkan sifat peribadi yg tersusun..Ada jugak kaum lelaki yg merasakan benda ni remeh dan macam pompuan..ha...skrg tgklah Nabi SAW pun buat tau...ini bkn soal remeh lg tau..
  2. Takbir dan tasbih - Ketika kenderaan menaiki bukit, melalui tempat tinggi, atau ketika kapal terbang akan berlepas, sunat menyebut Allahu Aknar beberapa kali. Apabila kenderaan menuruni bukit atau kapal terbang mendarat, ucapkanlah Subhanallah.
  3. Banyakkan berdoa dan memohon doa - Doa org yg bermusafir ini berkat kerana Nabi SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar yg ingin bermusafir supaya tidak lupa mendoakan baginda dan sekalian yg ada..
  4. Sunnah al-Huda (nyanyian musafir) - Bagi menghilangkan ketegangan dan keletihan dlm perjalanan, disunatkan juga mendengar nyanyian.Nabi SAW sukakan nyanyian. Ketika bermusafir, Nabi menyuruh sahabt yg pandai bersyair seperti Kaab bin Zuhair utk mengalunkan syairnya.. Tapi nasihat mama jgn pilih lagu yg melalaikan..hehehe...ermmmm syair..lepas ni mama nk bersyair la dlm kereta ketika bermusafir dgn papa....tapi satu je mama takut papa tak mampu nak drive sbb terkesima..hehehe 

So..apalagi..jom balik kampung... Perjalanan yg biasa akan menjadi LUAR BIASA jika kita amalkan adab-adabnya...selamat bermusafir......opps selain drpd tu jgn lupa bawa balik OLE-OLE atau hadiah..walaupun ianya kecil tetapi memberi makna yg besar bagi yg menerimanya.. kepada yg menerimanya pula kena menghargai setiap pemberian....barulah kemesraan akan lebih terjalin..oh indahnya....


P/s: jgn lupa baca doa naik kenderaan......Insya-Allah selamat....

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan