CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tuesday, November 17, 2015

Some Things Are Better Left Unsaid

Assalamualaikum..

Siapa suka main sorok-sorok.. hide and seek.. hihi.. uihhhh kita kalau zaman dulu agenda wajib la tu petang-petang..awal-awal lagi janji ngan member.. biasanya lepas asar la kan.. kalau time cuti sekolah..pagi2 lagi pun ada yg dah start main..
Kali time jadi si pencari tu..fuhhhh stressnya tuhan je tau kalau susah nk jumpa yg menyorok..

Apa yg kita dpt dari main sorok-sorok tu?
Kita dpt peluang utk sorokkan diri kita..sembunyikan diri kita.. sedaya upaya cari tempat yg baik punyerrrr...
Dan si pencari tu dgn sedaya upayanya mencari..
Kebiasaannya dpt la jumpa..kalau si pencari tu surrender pun.. kita tetap akan keluar dr tempat kita sembunyi..dan org akan tahu juga..
Iyalah...boring juga atau paling tak boleh blah...lama2 nanti kena sorok dek hantu baru tauuuu..hihi

Begitulah dalam hidup kita... kita terkadang cuba menyorokkan sesuatu.. tanpa kita sedar.. bukan selamanya kita mampu sembunyikannya..suatu hr nanti pasti ada org yg tahu.. atau lebih teruk lagi..kita yg mendedahkannya sendiri tanpa tidak disengajakan atau disengajakan..
Tak mustahil kita akan terlepas cakap..jd secara tak sengaja kita mendedahkan..
Dan kita mungkin akan directly bagi tahu semuanya bila kita sendiri dah tak mampu menanggungnya lagi..

Sebagai manusia yang lemah kita sentiasa lupa..kita terlalu ingin menyembunyikan sesuatu kerana perasaan bimbang, takut, malu dan lain2 kepada manusia..
Jesteru itulah..org yg tak mahu berpuasa di bulan Ramadhan secara sengaja sanggup mkn bawah katil, dlm semak dan tempat yg tragis lg hanya krn tak mahu org tahu..takut org tangkap..takut kena usung dlm van jenazah..takut mak marah...malu dgn org...

Kita lupa ada Yang Maha Berkuasa yang sentiasa memantau kita.. tp kenapa kita hanya takut pada manusia? Kenapa kita tidak takut langsung pada Allah..temanya senang..ini adalah kerana mata kasar takkan pernah dapat melihat kewujudan Allah..Nafsu di dalam hati dan diri telah menutup segala mata hati..

Tapi pernah dengar tak satu quote "Some Things Are Better Left Unsaid" --------> biarkan terus terbuku di situ..usah diberitahu, usah dirungkai seandainya jika kita tahu pendedahannya hanya akan menambah derita..

Terkadang kita tak mampu nak luah apa yg tersirat kerana bimbang lebih memudaratkan.. jika itu ketentuan, satu pertimbangan yang jitu perlu dilakukan.. kerana banyak aspek perlu difikirkan.. adakah itu bersifat menutup pekung di dada atau bersifat pembelaan.

Mohonlah petunjuk dari Allah... sekiranya menyembunyikan itu adalah yang terbaik.. mohonlah agar Allah menjaga setiap sudut peluang rahsia itu akan terdedah. Mohon Allah pelihara setiap aib yang terbentang.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui....

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan