CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tips buat SURPRISE!!!

Friday, March 27, 2015

Hikmah perpisahan

Assalamualaikum wbt

Dah lama mama tak check-in kat sini.. mama tak de la busy tp bila kat umah sewa..line internet tak berapa ok la..

Mama akhirnya faham bagaimana perasaan bila berjauhan dengan anak, suami dan keluarga. Alhamdulillah kerana Allah beri mama lalui ujian ini..bukan semua orang dapat merasainya.

Syukur kerana melalui ujian ini..mama jadi makin mengerti ERTI PINJAMAN DALAM HIDUP.

Ya... segala yang kita ada dalam hidup ini hanya pinjaman dari Allah.. Allah terlalu sayang pada hamba-hamba-Nya lantas segala perkara yang diberikan kepada hambaNya mengikut perkadaran yg hanya Dia sahaja yang tahu.

Lantaran terlalu banyak kurniaan dari Allah manusia sehingga lupa bahawa kita tiada hak ke atas setiap sesuatu.. kita ego menyatakan apa yg kita miliki adalah hak mutlak kita. begitu juga dgn mama. Mama terlalu banyak melakukan kesilapan.. banyak yg mama lupa..banyak yg mama sengaja abaikan walaupun mmg mama sedar.

Ternyata pemisahan jarak dgn org yg mama sayang mengajar erti kesyukuran yg banyak.. bersyukur kerana mama hanya dipisahkan dgn jarak bukannya dgn dunia.. Insha Allah ada kelapangan dan rezeki dari Allah mama akan dapat berjumpa mereka...
Cuba bayangkan mereka yg terpisah antara dunia dgn org yg mereka sayang. berpisah dunia bermakna perpisahan kerana kematian.. usah fikirkan org lain kerana mama juga pernah mengalaminya..berpisah dgn ibu kandung.. terlalu sedih kerana kita tahu takkan bersua lagi melainkan jika diizinkan Allah di akhirat kelak.

Mama juga bersyukur kerana mama lebih menghargai org yg mama sayang.. mama jadi lebih banyak bersabar dgn karenah anak2.. mama byk bersabar dgn papa..

Apa yg paling penting mama dapat membuang sedikit ego mama..mama semakin sedar keterbatasan upaya mama..mama tak boleh melakukan semua benda sendirian. sebagai contoh.. mama berterima kasih kerana papa dan seluruh keluarga bersusah payah menjaga anak2.. Terima kasih semua...
Mama termalu sendiri memikirkan yang selama ini mama mmg tak begitu percaya pada orang lain utk menjaga anak mama untuk tempoh waktu yg lama.. akhirnya mama tunduk.. Alhamdulillah ya Allah atas kesedaran ini...

Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusan mama, papa, anak2, kaum keluarga, sahabat-handai dan umat Islam semua..

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan