CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, March 17, 2013

Isteri buat salah, suami yg tanggung!!!

Mama pernah dgr yg kebanyakan lelaki yg terjerumus ke dalam neraka adalah disebabkan oleh wanita....
Mama sentiasa berdoa agar mama tidak akan menyusahkan lelaki2 kesayangan mama seperti ayah, papa dan anak2 lelaki mama..Dalam setiap doa mama, sentiasa mama berdoa agar segala dosa yg mama lakukan biarlah mama yg menanggungnya... jgnlah mereka dibebani dosa mama....semoga Allah memakbulkan doa mama....

Mama juga tak mahu org2 kesayangan mama bersedih kerana mama... mama yg buat, diorg yg derita dan tension..tapi mama juga manusia biasa, mama kdg2 alpa.. mama terlanjur kata dan perbuatan sehinggakan org sekeliling mama terutama papa yg terpaksa menghadapinya..Untuk itu maafkan mama...

Mama byk buat salah kerana mama agak cerewet..itu adalah sifat mama...mama byk memikirkan rasional dlm membuat pertimbangan.. mama fikir asalkan hati mama ikhlas mama dah buat yg terbaik..
contohnya dlm menasihati adik2 mama, mama hanya fikirkan yg terbaik buat mereka... mama ingat sebagai kakak, mama boleh mengeluarkan pendapat dan teguran.. dan mereka akan menilai dan tidak melenting....tapi sebenarnya mama silap sebab, adik2 zaman sekarang sudah tak berapa nak terima yg seorang kakak boleh menasihati mereka.. dan seorang kakak sudah tak boleh menunjukkan seniority mereka.. adakah kerana org zaman sekarang terlalu memikirkan kesamarataan dlm setiap sudut...
oooohhh, rupanya mama masih seorg yg konservatif...

Rupanya susah utk menjadi seorang kakak..lebih2 lagi kalau kita ialah seorang kakak ipar..sebab di kala ketidakpuasan hati hadir, kata kunci 'orang luar' itu akan menggamit kembali... mama mmg baru belajar menjadi seorang kakak.. mama adalah anak bongsu dan mama punya 5 org kakak..bila dah berkahwin, mama dihadiahkan ALLAH enam org adik ipar yg semuanya perempuan..
Mama tak tau nak ckp mcm mana, di kala mama rasa diorg ada buat silap, mama tak dpt tegur dgn berkesan krn mama dpt rasakan mereka seolah2 tidak mahu mendengarnya..mungkin krn mentua mama pun pasangan yg tidak suka berleter kpd anak2 mereka..jd bila mana tetiba sahaja ada yg menegur, sukar utk adik2 menerimanya..mereka mmg adik2 yg baik tp kerana budaya tegur-menegur bukanlah budaya mereka, mereka seakan tertekan jika ada yg menegur mereka...

Yang paling menyedihkan jika ada konflik kerana teguran itu, papa yg merasa tertekan...kesian papa...sepatutnya sebagai isteri, mama kena membahagiakan papa.. untuk itu maafkan mama... kadang2 terfikir juga, lebih baik mama pejamkan mata dan zipkan mulut.... adakah itu yg sebaiknya? adakah mama hanya boleh membiarkan segala yg tak berapa baik berlaku tanpa berbuat apa2...

Terasa juga hati ini bila mana niat baik disalaherti... mama tahu mama tidak sempurna.. tp sampai bila kita harus menunggu kesempurnaan diri sebelum kita layak menegur dan menasihati org lain... jika kesempurnaan yg kita tunggu, sampai ke mati lah kita hanya perlu menguncikan mulut kerana sampai bila2 pun manusia biasa tak akan sempurna. Tiadalah guna Allah menurunkan surah Al-Asr...jika tidak kita mengamalkannya...
Mama tak marah jika mama ditegur... mama tak kisah jika ada yg membenci... kerana mama sememangnya memerlukan bimbingan.....

Pengalaman akan mendewasakan kita, Insya-Allah.....

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan