Salam..
Macam yg pernah mama gi tau dlm entry sebelum ni yg mama kena pergi ke Jabatan O&G pada 3/3/2013..So mama pun pergi la ke sana...pergi dengan papa..
Kebetulan..ramai sgt hari tu preggy mama yg ada masalah... iyalah kan..kalau ke situ semuanya mesti ada masalah atau disyaki ada masalah.
Mama dalam penuh debar menunggu utk berjumpa dgn pakar O&G...dalam hati tak putus2 berdoa agar semuanya selamat..
Selepas pendaftaran, mama kena jalani regular checking utk ibu mengandung...selepas tu baru la mama berjumpa dgn pakarnya....
Ermmm..seorang doktor yg nmpk tenang dan penuh keibuan..tenang sikit tgk wajahnya..dia tgk semula fail mama dan hasil laporan scan sebelum ni...dia putuskan mama kena jalani ujian scan sekali lagi kat situ...lepas ada result baru masuk balik jumpa dgn dia...
Alhamdulillah setelah di'scan', doktor memutuskan yg perkembangan baby mama normal dan mengikut yg seperti diharapkan... cuma mungkin tarikh 'due' sahaja yg salah ... dia pun menukar tarikh due mama daripada 16 Mac 2013 kepada 28 Mac 2013..
Namun doktor tetap juga menasihati mama agar sentiasa memantau pergerakan baby dan sekiranya ada tanda2 kelahiran..segeralah ke hospital....
Mama rasa bersyukur dan berdoa agar baby sentiasa dilindungi Allah s.w.t..
Dalam pada mama menunggu giliran utk menjalani rawatan di situ..mama sedar yg lebih ramai lagi yg mempunyai masalah yg lebih drpd mama..mama berasa insaf dan berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kami semua..
Untuk repeat test, mama dikehendaki ke O&G pada Ahad depan....sekadar nak melihat perkembangan baby.....Insya-Allah selamat...
1 comments :
Alhamdulillah...sihat semuanya...good luck dear..
Post a Comment