CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Friday, February 8, 2013

Setia Hujung Nyawa...

Nampak cerita yang menjadi fenomena di TV3 sejak sebulan lebih yg lalu dah melabuhkan tirai...pelakon yg banyak membariskan pelakon yg masih SEGAR ni...mampu menyuntik rasa penonton utk menontonnya..


Mama bukanlah salah seorang yg fanatik...mama tak sempat nak tgk..lagipun timing dia main tu tak berapa kena...time tu la nak mandikan anak..nak prepare solat...nak kemas2 sikit bilik,,,

Namun adik2 mama tak ketinggalan menontonnya..dan kepada yg tak sempat menontonnya bolehlah menonton di TONTON.COM.MY...sekarang ni semuanya di hujung jari....sama ada nak atau sempat ke tidak aje menjadi jawapannya...

Walaupun mama tak tgk..mama boleh agak dan faham keseluruhan cerita...semua ni hasil drpd penerangan adik mama la....

Errmm..cerita kisah remaja (El) yg dah terlanjur dgn kekasihnya.. disuruh berkahwin dgn seorang lelaki lain (Zain) yg tunangan yg telah melarikan diri sebelum majlis pernikahan ...perkahwinan yg pada dasarnya adalah utkmenutup malu kedua2 belah pihak mencetuskan konflik dalam diri mereka berdua yg terpaksa tinggal sebumbung...namun merka bermula dgn mencuba menjadi kawan.. sebenarnya sebelum perkahwinan yg dirancang, mereka pernah bertembung dan seolah terpegun di antara satu sama lain...kiranya terdorong drpd persaan itu..cinta mula menyemai dari dlm diri sedikit demi sedikit walaupun tanpa luahan rasa...
Kehamilan Ersalina hanya diketahui oleh ibunya dan doktor peribadi sahaja..El sendiri tidak mengetahuinya..
Namun rahsia kehamilan terbongkar bila El jatuh dan keguguran.. Zain yg tak pernah menyentuh El terpana seketika dan mula memberikan layanan yg buruk buat El..
Ditambah pula ada sahabat karib Zain iaitu Hadi yg menjadi batu api demi menjarakkan hubungan El dan Zain..
Mummy Zain yg tidak dpt menerima kekurangan El mula menghalang hubungan mereka... El dan Zain menjadi menjauh bila Zain kemalangan dan koma..
Namun pastinya drama ini happy ending bila aje mummy Zain dpt menerima segalanya kerana menyedari Zain juga bukanlah insan yg baik dahulu..Zain juga pernah terlanjur... dan dia juga mengetahui semua ini menjadi parah bila ada pihak yg bermulut longkang seperti Hadi...

Lakonan Nelydia Senrose semakin meningkat..Amar Asyraf memang hebat...Zila dan Raja Ema tak usah cerita la..penuh pengalaman...

Persoalannya kenapa baru sekarang mama review cerita ni?

  1. sebab mama tak tgk..so mama rasa malas nak share
  2. sebab mama baca komen sahabat mama..
So korang nak baca tak komen sahabat mama tu....??? drpd FB Hasniza Ibrahim

Sikit 'review' untuk cerita Setia Hujung Nyawa (SHN) 

Saya tak tengok full episod, ini sekadar pandangan saya yang tak seberapa. 

Pada saya, cerita ini cuma ada satu mesej/contoh positif per sebelas.. Sepuluh daripadanya adalah negatif. 

Pertama. Cinta yang 'menghalalkan' zina antara El dan Ikram adalah salah dan tak wajar dijadikan teladan. Wajib dijauhi.

Kedua.. Sikap ibu El yang tidak jujur dengan mengahwinkan anaknya yang telah hamil anak luar nikah adalah tidak wajar dan menganiaya orang lain.

Ketiga.. Sikap Sofea yang membatalkan perkahwinan pada saat awal adalah tidak wajar dan menjatuhkan maruah.

Keempat.. Eliza dan Zain. Minum arak untuk berhibur dan lepaskan tekanan adalah haram.

Kelima... Setelah mabuk, Eliza dan Zain hampir melakukan zina. Haram.

Keenam.. Sikap Hadi dan Ikram yang mengganggu isteri orang, sekaligus merobohkan rumah tangga orang adalah tidak wajar. Berdosa.

Ketujuh.. Sikap Zain dan El yang membuka aib rumahtangga, cerita rahsia suami isteri pada orang luar adalah salah di sisi agama.

Kelapan.. Sikap El yang lari dari rumah... Menumpang rumah Zehra yang juga rumah Ikram adalah keterlaluan.

Kesembilan dan kesepuluh.. Hadi dan Eliza minum arak (dalam cerita ni Eliza mabuk tiga kali atau lebih) mabuk kemudian berzina.. Ini adalah dosa besar, haram dan haram.

Buat masa ini, ini saja yang larat saya kongsi.

Saya menyeru tv3 dan Suhan movies supaya tidak hanya memikirkan keuntungan material semata-mata di kemudian hari... Mohon tayangkan cerita yang bermanfaat atau setidak nya tidak memudaratkan.

Cerita Setia Hujung Nyawa adalah contoh drama yang rosak lagi merosakkan.. Semoga lebih sensitif dan... Bertakwalah kepada Allah.. Takutlah pada hari akhirat

Mama secara peribadi bersetuju dgn pendapat kwn mama....iyalah zaman sekarang ni ramai penerbit drama dan filem terlalu ingin menceritakan apa yg sebenar berlaku dlm masyarakat secara terang-terangan namun mengaitkannya dgn sesutu yg boleh membuai perasaan penonton..sehingga penonton yg menonton merasakan yg negatif itu pasti ada happy ending...

Sepatutnya skrip perlu diubah agar segala permasalahan itu sentiasa dpt diakhiri dgn penyelesaian secara Islam.... contohnya di dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih..cerita itu pun pernah menunjukkan seorang gadis yg menerima pelajaran luar negara yg mengamalkan cara pemikiran bebas yg tersasar dr landasan Islam...namun   kerana pendekatan yg bagus dan cara olahan yg cukup menampilkan keperibadian Islam...penulis skrip, pengarah cerita tersebut dapat menunjukkan kepada penonton bagaimana Islam menjadikan gadisitu kembali ke landasan Islam sejati..namun nilai kebudayaan dan pemikiran masyarakat setempat tetap tidak diabaikan...

Ini hanya pandangan seorang mama yg bimbang dgn pengaruh media dalam membesarkan anak2..sebab susah juga utk kita menerangkan satu persatu kepada anak2 ni... mohon ampun jika tersalah kata...

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan