Begini bunyinya (lebih kurang); 'Saya nak buat bandar terancang, nanti di sekeliling kolej akan ada fast food restaurant. Dan yang paling penting saya akan buat kawasan rumah lecturer jauhhh dari kolej'....
Ermmm daripada statement tu mama tau yg penyumbang idea bandar terancang itu seorang yg selalu lambat datang ke kelas..jadi dia begitu mengharap lecturernya akan datang lambat juga ke kolej agar dia tidak akan ditegur kerana kelewatannya... dan pastinya dia seorang yg begitu menggemari fast food...
Kelakar ada...geram pun ada..tapi itu luahan tulus drpdnya... tapi bagi mama azam dan ideanya agak berbunyi negatif...kerana:
- dia terlalu menyukai fast food..sedangkan makanan itu tidak baik utk kesihatan
- kenapa dia imagine di kelilingi restoren fast food...bukankah lebih baik dia berangan agar kolej di kelilingi pusat2 ilmu, pusat maklumat dan bangunan2 kerajaan yg penting atau sekurang2nya kawasan yg boleh menyegarkan minda
- dia tidak mahu berubah..sebaliknya dia lebih suka merubah org lain...kenapa dia nak merancang menjauhkan rumah lecturer..kenapa tidak dia cuba mendekatkan rumahnya dgn kolej...
- dia suka meletakkan kesalahan dirinya terhadap org lain dan mengharapkan hanya kesenangan dan kegembiraan hatinya sahaja yg dpt dipenuhi..
- dia seolah-olah tidak menggemari ilmu kerana dia mengharapkan penyumbang ilmu (lecturer) jauh daripada persekitarannya
Mungkin itu hanya gurauan atau interpretasi idea secara spontan drpd seorang student yg bergelut dgn krisis merancang masa... namun harus diingat dgn idea sebegitu..ia mencerminkan ideologinya terhadap kehidupannya..
Mama cuma berharap dia takkan berpegang pada idea dan perancangan yg condong ke arah negatif.. mulakan dgn merubah diri kita jika kita ingin merubah dunia...
Cermin diri dan perkasakan minda... kerana sekiranya ada rasa TANGGUNGJAWAB di dalam diri setiap kita... Insya-Allah segala rintangan dan halangan akan dpt diatasi kerana tanggungjawab itu AMANAH daripada ALLAH...
Ini hanya pandangan peribadi mama.... tidak marah..tidak tersentap..cuma sekadar bingkisan daripada hati...
0 comments :
Post a Comment