Kek yg simple..tak perlu bakar2...
BAHAN2
Biskut Cheese .. jenama Julie's atau Hwa Tai... kalau biskut jenama Hwa Tai bentuk 4 segi...utk 4 lapis satu dalam tray 7 inci persegi dah cukup beli satu bungkus... tapi kalau jenama Julie's kena beli 2 bungkus sbb biskut dia lebih kecil..atau beli je apa2 jenama...asalkan cheese cracker kosong..
1/2 tin Susu pekat (kalau tin rendah tu boleh la pakai semua)
250 gram cream cheese (sebarang jenama.. yg glamernya Philadelphia..tp mama kdg2 guna yg Anchor)
Milo atau apa2 mcm Vico atau Cadbury Chocolate... tabur ikut suka..tp tabur byk la sedap kan...hehe
Nestum
Oat
(korang boleh je nak tabur apa2 yg logik ditabur... utk menyenangkan mama guna tg instant Nestum Oat..sbb mcm dah lengkap..dalam dua sachet dah ok..tp kalau korang nak tabur byk lg la sedap.)
CARA MEMBUATNYA
- Putar cream cheese bersama susu pekat. Pastikan cream cheese tersebut dlm suhu bilik...kiranya keluarkan cream cheese tu lebih awal sebelum nak buat..yeee sayangku...
- Pastikan kedua2 bahan bersatu dan sebati... berdua bersatu macam lagu Forteen..
- Kemudian ambil bekas.. susun biskut cheese kat dalamnya...
- Bila dah susun..lapiskan dengan adunan cream cheese bersama susu tadi...
- Bila dan menutupi biskut (jgn tebal sgt.).. taburkan dgn milo, nestum dan oat..
- Ulangi lagi langkah di atas.. lapisan teratas mestilah ditutupi dgn adunan cream cheese bersama susu, ditaburi milo, nestum dan oat... (mama cadang dalam 3 atau 4 lapis sahaja.. tinggi sangat macam tak ngam nak potong)
- Sejukkan dalam peti... bila dah set atau keras sikit... boleh menjamu selera...
Mudah kan... tak percaya?? sila percaya.. Anak2 mmg suka makan biskut cheese ni.. mak budak..bapak budak pun join.. sehingga menjilat jari... Mama suka buat sebab dia senang dan tak remeh.. sesuai utk dibawa ke majlis pot luck....
Sebenarnya kek biskut cheese ni macam variasi lain utk kek batik..
Cubalah ye... tak akan menyesal... tp jgn selalu..nanti gebu la pulak.. habis diet mak.....
Selamat mencuba.....
0 comments :
Post a Comment