CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Sunday, November 23, 2014

Mahar di Kelantan

Assalamualaikum

Cuti sekolah bermula...maka bermulalah edisi menyempurnakan senarai undangan perkahwinan..
Memang dah jadi trend..cuti sekolah la time paling famous utk buat kenduri.. senang nk kumpul kaum kerabat..

Macam biasa.. benda yg ramai orang nak tahu dan nak dengar time akad nikah ialah tentang mahar..
Kalau kat negeri lain..org tak ambil kisah pun sebab mmg sama je..tapi istimewanya di Kelantan.. mahar yang disebut dalam akad berbeza sikit.. bagi kita di Kelantan ..wang hantaran adalah mahar..
Jadi dalam akad..akan kedengaran banyak la jumlah RM yang akan disebut..

Ada lagi sebenar orang luar Kelantan yang tak dapat terima cara ni..diorang terkejut kena bagi banyak..hihi
Sebenarnya bagi mama tak de banyaknya kerana bagi kami di Kelantan.. apa yang disebut mahar itu..itulah yang wajib diberi oleh suami.. keluarga perempuan tidak lagi meminta wang pendahuluan utk majlis perkahwinan seperti mana yg diamalkan oleh masyarakat di luar Kelantan..kiranya majlis kawin akan diurus sendiri tanpa bantuan daripada pihak lelaki.. kecualilah pihak lelaki nak sponsor..lagi bagussss..hihi

Bagi mama..antara hikmahnya wang hantaran dijadikan mahar adalah untuk kesenangan perempuan.. semoga perempuan yang dikahwini itu ada bekalan dalam meneruskan kehidupan selepas menjadi isteri...
Kerana wang mahar adalah hak mutlak isteri..sesiapa pun tak boleh menyentuh mahar itu..semoga para isteri memanfaatkan mahar itu sebaik mungkin..agar keberkatan berterusan..

Namun yang mendukacitakan ialah...tetap jua ada perlumbaan dan perbandingan di situ.. memandangkan jumlah mahar disebut ketika akad...ramai yg meletakkan harga yg tinggi atau cuba melebihi antara satu sama lain.. kononnya malu jika kedengaran mahar yg rendah.. kononnya tak syok jika anak kita rendah maharnya dari anak jiran atau saudara kita yg lain...
Ya Allah..matlamat utk menjaga anak perempuan kita dah semakin lari dari asasnya..kita lebih kepada niat untuk menunjuk.
Bila aje satu perkahwinan dimulakan dengan wujudnya riak.. apakah lagi nilai yg tinggal..
Susahnya nak membetulkan paradigma masyarakat kita.. kadang2 mak ayah pengantin perempuan dah tak kisah dgn jumlah mahar anaknya...tapi still juga ada mulut2 yg menjaja cerita.. suara sumbang yang menyesakkan...

Tinggi dan rendah mahar tidak boleh dibanding begitu saja kerana setiap daripada kita punyai tahap materialiti yang berbeza.. terkadang jika sesorang lelaki yg memang berkemampuan..dia nak bagi mahar yang agak tinggi jika dilihat dalam pasaran perkahwinan..itu adalah hak dia..mungkin jumlah itu biasa baginya.. janganlah sewenang dituduh dia nk menunjuk..
Jika seseorang lelaki yg sederhana dan dia tak mampu utk bagi mahar yg tinggi..jgn dipaksa dia berbuat begitu..berilah dia peluang utk memberi yang seikhlas mungkin..

Bagi mama... yang penting kita lebih tahu apa yang kita rasa.. apa yang kita buat.. fikirlah sebelum bertindak..kerana segala akibatnya kita dan anak2 kita yang akan tanggung...berpegang pada prinsip.. jika ada orang lain yang nak bagi pendapat..ambillah jika selari dgn hukum Allah dan memberi kebaikan..jika pendapat mereka hanya menambah keburukan.. berikanlah senyuman yang paling manis buat mereka dan doakan mereka..





0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan