CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Wednesday, December 3, 2014

Benci ORANG curang!!!!

Assalamualaikum..

Ni nak story sikit...

Dulu...
Mama sikit punya kesian kat Dahlia (ni cerita bersiri lakonan Dira Abu Zahar, Hans Isaac dan Raja Ilya) sebab punya la teruk suami dia..time anniversary diorang..boleh dia pi mengaku curang.. curang pulak bukan curang biasa.. siap ke alam fana cinta dah laaa (faham naaaa)
Punya la baiknya Dahlia berkorban apa saja..even sempena anniversary Dahlia siap belikan rumah impian mereka..kononnya nak habiskan waktu cuti kat situ..tepi pantai... romantik...tapi hubby dia bagi pengisytiharan curang sebagai hadiah....gerammmm rasanya..geram bertambah geram bila curang dengan best friend sendiri..

Hari ni..
Mama tgk lagi cerita yg lebih kurang sama.. tajuknya Satu Hari (lakonan Remy Ishak, Sara Ali dan Rita Rudaini).. bezanya kali ni..si isteri yang curang..
Plot hampir sama..cuma tak tau la macam mana lagi sebab baru episod pertama. Tapi kejadian pengisytiharan curang ni pun terjadi pada hari anniversary..dan si suami iaitu Remy Ishak ni pun baru je beli rumah impian isterinya..dan menurut isterinya Rita Rudaini.. mmg dia dah curang to the max..dan pasangan curang pun kawan baik mereka..

Perasaan mama:
Mama mmg geram dan beremosi kalau tgk citer gini... dulu time mama marah lelaki yg curang pada isteri..ada member tanya..macam mn kalau isteri yg curang.. now.. mama yakin mama bukan memihak pada gender tapi mama memihak pada keadilan.. kalau wanita yg curang pun..mama mmg geram..
Jadi ini semua atas individu..

Walaupun jalan cerita melayu lebih kurang... tapi mama ambil tu sebagai isu biasa sbb apa yg ada dalam drama kebanyakannya adalah diambil dari isu masyarakat..

Jadi:

  1. sekarang ni mmg ramai yg curang dan tak setia
  2. sekarang dah kurang semangat setia kawan.. semua nak penting diri..
  3. setiap orang anggap material dapat membahagiakan hidup
  4. kurang komunikasi antara pasangan
  5. bertindak ikut nafsu...bila dah terlanjur baru gigit jari..
  6. bila hati dah tak sayang dan tidak menghargai.. segala yg baik yg diberikan oleh pasangan sudah tidak nampak nilainya
Ya Allah hebatnya godaan dunia... semoga Allah jauhkan kita daripada fitnah dunia..

Sekian untuk kali ini..nak gi beli minyak rambut papa... kbai...

Wassalam..

1 comments :

Vitamin Terbaik said...

Minyak jauh la family kita mal..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Uyeeh's Checkpoint....

Iklan