Malam ni mama nangis lagi...bila mama tgk citer kat ASTRO RIA..tajuk dier special skit...LA IKRO HA FIDDIN...{tak ada paksaan dalam beragama...(Islam)} ...petikan dari ayat 256 surah al-BAQARAH...
Macam2 tajuk citer zaman sekarang..tapi ada perubahan dan menarik jugak...
Drama ni dilakonkan dgn jayanya oleh Sharifah Amani (sebagai Norlia)..Zach X-Factor (sebagai Dr Edward)..dibantu oleh Fauzi Nawawi (Samiri), Razak Ahmad (Hj Toha, ayah kpd Norlia) dan Susan Lankester (Sister Maria)..
Ceritanya berkisar tentang Edward yang menemui cintanya semasa belajar di Indonesia..Dia mencintai Nurlisa, seorang doktor yang berbangsa Indonesia dan beragama Islam....mereka memilih untuk berkahwin..kerana undang2 Indonesia membenarkan kahwin berlainan agama tanpa menukar agama, semua itu memudahkan persetujuan ibubapa Edward..
Namun malang menimpa, Nurlisa meninggal dunia dalam kemalangan pada hari pernikahan mereka..Nurlisa meninggal di hadapan pintu pagar gereja..(petunjuk dari Allah.tanda Allah tidak mengkehendaki hamba-Nya melangkah lebih jauh ke dalam agama lain selain Islam)..
Edward kecewa dan berduka...Dia mengambil keputusan meneruskan kehidupan dan kariernya sebagai doktor di daerah terpencil..Di daerah itu dia telah membantu Dorai, seorang lelaki buta yang menjaga adik2nya..ketabahan Dorai menyentuh hati Edward..Hadir juga ibu malang. Madam Wong yang menderita sakit buah pinggang..yang berdepan dengan konflik dengan menantu..
Pintu hati Edward tertutup utk wanita..Sehinggalah pada suatu hari..dia menemui Norlia, seorg lepasan Universiti Al-Azhar...anak tunggal Imam Hj Toha..
Bagi Edward, Norlia telah membuka kunci pintu hatinya..Norlia yang telah 2 tahun putus tunang dengan Samiri..dalam tak sedar turut mengagumi kebaikan hati Edward..dan mulai jatuh cinta..Samiri mendendami Edward kerana dapat merebut cinta Norlia..
Namun Norlia menolak cinta Edward kerana dia tak mau Edward kecewa..Norlia merahsiakan penyakit hati yang dihadapi..namun keprihatinan Imam Toha telah membongkar segala rahsia..Edward berjanji akan sentiasa bersama Norlia..
Malang menimpa Edward, ibubapanya maut kerana kemalangan..bagi meredakan kesedihan kerana merasakan sedih dek kerana satu persatu insan kesayangan meninggalkannnya..dia telah ke atas bukit utk melepaskan perasaan..Namun, Samiri telah datang dan memukulnya..lalu menolaknya ke dalam cerunam..dia jatuh dan meninggal...Samiri ditangkap polis..
Sekarang misteri telah terungkai...semasa dia masih hidup, dia pernah berjumpa dgn Sister Maria..untuk menyatakan keislamannya ...Edward telah jatuh hati dgn Islam dan telah memeluk agama Islam..dan menukarkan namanya kepada Daud...dia juga telah mendermakan HATInya kepada Norlia, MATA kpd Dorai, BUAH PINGGANG kpd Madam Wong...
Betullah katanya..dia akan sentiasa bersama Norlia...selama-lamanya..kerana HATInya ada bersama Norlia..
Ohhh..begitu indah cinta Daud (Edward) kepada Islam, ibubapa, kekasih dan masyarakat sekeliling...
Mama menangis dengan teruk sekali..mungkin agak over..tp lantaklah..hati mama dah tercuit..nasib baik papa je ada kat situ..Thanks papa coz memahami..mama ingat papa nak ketawakan mama sb nangis...tp papa biasa je..ala2 memahami...actually bukan ala2 tp memang memahami...LOVE YOU.....
Sedikit gambar yang mama songlap dr GOOGLE images...
Cerita yang hebat dari pengarah FAIRUZ LOY..harap menang Anugerah Skrin..tahun depan...we'll see,ok...
2 comments :
akak pun memang nak tgk citer nie, tp tok umi lak sibuk nak tgk citer trilogi cinta kat tv1, so terpaksa mengalah...hehehe
xtengok pun.. biasa pkul 10 mmg time nak tidorkan anak, sambil maknya tido skali.. hehehe...
Post a Comment