Pagi2 lagi dah berpeluh......air-cond pun tak terasa sejuknya...
Sekarang ni dah pukul 12 lebih...ermm ingat nak basuh kereta.. al-maklumlah kereta tu dah teruk sgt..
Al-kisahnya kawasan rumah in-law mama ni tak luas..nak parking bawah garaj mmg tak dapatnya...kat bawah garaj tu dah ada kereta maother-in-law, kereta myvi kami, dan of coz motor yg tiga bijik tu....mana nak muatnya 1 lagi..terpaksa la parking kat luar...kat situ pulak bawah pokok mangga..getah2 mangga tu memercik halus kat kereta...kena sental bagai jugak tu....
Tapi sebaik aje mama melangkah ke pintu ofis...barulah mama perasan....hujan rintik2 sudah memenuhi bumi...
itulah kan..baru pagi tadi mama terasa panas yg sgt terik..kejap aje perubahan berlaku....tanpa kita sangka..
Teringat pulak peribahasa 'KUSANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI'...
Pandai nenek moyang kita create peribahasa begitu.....melihat perubahan alam..mengaitkan dengan diri...
Tetiba je dalam berjalan ke kereta lagu 'GERIMIS MENGUNDANG' nyanyian Slam bermain2 di benak...
Lirik2nya boleh dijadikan panduan..mengingatkan juga diri supaya sentiasa mendoakan yg terbaik untuk diri dan semua orang kerana perkara yg tak terjangka pasti akan mengundang dalam kehidupan kita...sesungguhnya ALLAH sahaja YANG MAHA MENGETAHUI...
Dan bila dah hujan datang menjengah..kita pun tak tahu bila akan reda... bersabar dan terus bersabar...pepatah lama,'sediakan payung sebelum hujan' ....eermmmm...sesuatu yg boleh dijadikan pegangan hidup juga...
2 comments :
suka hujan sebab sejuk
tu ar badan pun tak berpeluh..tp kain lmbt kering la pulop...
Post a Comment