CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tips buat SURPRISE!!!

Sunday, February 27, 2011

Crab Ragoon

Hari ni mama nak kongsi 1 lagi resepi...resepi ni sesuai dijadikan appetizer ataupun boleh gak utk sarapan dan minum petang....
Resepi yang SIMPLE, LAZAT dan HIGH CLASS...kenapa high class? sebab selalunya kat hotel2 suka sediakan resepi begini..

Bahan2nya..


1 peket kecil Filamen ketam (dipotong halus)
1 peket wantan
1 batang carrot ( disagat halus)
Lada besar merah (dicincang halus) -ikut suka..kalau suka pedas letak banyak..
2 ulas bawang putih (dicincang)
50 gram krim keju (kalau guna PHILADEPLPHIA cream cheese..korang kena penyek2 sikit..biar dia jgn ketul2 sebelum masukkkan dlm kuali..kalau KRAFT cream cheese yg dlm botol tu..korang boleh terus letak dlm kuali)
Sedikit daun sup (dipotong halus)
Sedikit perisa atau kiub ayam (kalau tak suka letak pun tak pe)
Sedikit garam

Carrot yg disagat halus

Filamen ketam yg dicincang halus

Cara membuatnya..
1. Tumis dengan minyaksedikit bawang putih sehingga naik bau..
2. Masukkan filamen ketam...kacau-kacau biar mesra..
3. Masukkan carrot.. kacau-kacau lagi biar mesra dengan filamen ketam tadi...sehingga nampak masak
4. Masukkan daun sup, perisa dan garam
5. Bila dah nampak masak, masukkan cream cheese..kacau sehingga sebati..)kena kacau dgn cepat..kalau lambat takut hangit.
6. Bila dah serata, angkat...sejukkan dalam suhu bilik...
7. Bila dah sejuk sedikit..isikan dalam kulit wantan..buat bentuk ala2 bunjut...mama tak ikat pun bunjut tu...tp kalau korang rajin..leh ikat dgn daun kucai tau gamkan dgn kuning telur...
8. Goreng dalam minyak yang banyak..
9. Hidangkan dan makan dengan sos pencicah...(dijadikan pencicah MH MOHD sebab lebih sedap)


Ketika menggoreng, korang kena pegang dulu dekat ikatan dia..hold dulu dlm minyak..bila dah kuning baru lepaskan dlm minyak..

Korang boleh simpan inti ini lama..ada pernah tu mama simpan sampai sebulan..tapi syaratnya masak dgn betul2..kalau korang busy..siapkan awal2 inti..ataupun korang leh masukkan terus dalam kulit wantan..simpan dalam tupperware ...boleh goreng bila2 masa je...
Senangkan.....selamat mencubaaaaaaaaaaa....
Kalau dah try...dun forget bagitau mama...

3 comments :

juelee said...

nk try.. selalu sy buat camni gak tp bungkus cam popia.. kira popia ketam la...

Simplemama said...

Try la..nnt bgtau mama...

♥MAMASYAZA♥ said...

kena try la lepas ni, mesti anak2 sukakan, rangup, pastu ada rasa ketam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan