Bila terbaca pasal sabar...mama teringat mama pernah membaca entry berkaitan dengan SABAR ni di Majalah Solusi Isu No.31 tahun 2011..
Menurut penulisnya..."Sabar ganjarannya SYURGA...penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Sesungguhnya sabar itu INDAH.."
Yuppp..memang indah sekiranya kita mampu bersabar...dengan bersabar banyak musibah dan kekecewaan dapat diatasi...Insya-Allah..mama akui cepat naik marah dan sukar bersabar dgn keadaan sekeliling terutama dgn anak2..
Dek kerana itulah sabar sentiasa dikaitkan dengan IMAN..Sabar itu separuh daripada iman...kerana orang yang beriman akan mendapat KEKUATAN daripada bersabar. Hatinya mampu mengaitkan apa yang sedang dihadapi dengan ketentuan Allah...Kenapa begitu? Sebabnya dia menyedari HAKIKAT berikut:
- Yakin akan mendapat PAHALA tanpa batas daripada Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan." (Surah al-Zumar 39:10)
- Mendapat berita gembira dengan rahmat dan petunjuk daripada Allah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami akan dikembalikan. Mereka itulah orang yang mendapat rahmat daripada Tuhannya dan merekalah orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah 2: 155-157)
- Diampunkan segala dosa. Dia memahami segala ujian yang didatangkan olah Allah ialah satu jalan pembersihan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya. Jadi, dia tahu kepahitan ujian itu hakikatnya ubat kepada penyakit2 hatinya. Orang yang beriman berasa lega diuji dengan kesusahan keran mendapat ubat kepada penyakit rohaninya.
- Mendapat syurga di hari Akhirat kelak. Firman Allah yang bermaksud: "Dan para malaikat masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu (sambil mengucapkannya), keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Suarah al-Ra'd 13: 23-24)
Dalam melatih diri untuk bersabar,kita perlu mempraktiskannya dalam kehidupan seharian. sebagai muslim kita harus:
- Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu musibah. Jangan sesekali menyalahkan orang lain lebih2 lagi menyalahkan Allah atas kesusahan yang dialami. Setiap musibah yang berlaku pasti mempunyai maksud yang baik daripada Allah, cuma belum mampu difikirkan ketika itu kerana Allah tak akan membebani hamba-Nya dengan bebanan yang tidak layak utk ditanggung oleh mereka.
- Segera mengingati Allah dan memohon keampunan-Nya kerana Rasullullah s.a.w apabila diuji, terus bangun mendirikan solat dan berdoa kpd Allah (walaupun Baginda tidak berdosa)
- Tidak tergesa-gesa menampakkan musibah itu kepada orang lain. segera mengadu kepada Allah, bukan kepada manusia. Tidak salah berkongsi dgn manusia tetapi keutamaan pengaduan hati adalah kepada Allah.
- Cari punca masalah, sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah untuk menyelesaikannya. Kesabaran dalamIslambukan bermaksud berdiam diri dan hanya menongkat dagu tanpamelakukan apa-apa. Sabar dalam Islam bersifat pro-aktif, dinamik dan produktif. Kesabaran menuntut kita berfikir secara bijaksana dan rasional. Dengan bersabar bukan bermakna kita senang dieksplotasi tetapi menjadikan kita lebih dihormati.
0 comments :
Post a Comment