Rupa2 nya selama ini kita semua telah memBENARkan sesuatu yang SALAH....
Dulu mama ingat lagi mama pernh tanya cikgu mama mengenai peribahasa 'HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI'....macam mana pagar boleh makan padi cikgu? Pagar tak de mulut...(so naif)
Cikgu mama ckp..'oooo, itu kan peribahasa, org dulu2 selalu buat andaian'...
dan mama time tu..cuma meng'oooo'kan aje...menerima sepenuhnya....Kalau terus mempersoalkan sampai bila2 pun tak habis....akhirnya benda tu tertinggal begitu aje....pemahaman itu berterusan dan peribahasa itu sentiasa digunakan....
Tidak pernah menyalahkan guru BM mama dulu kerana dia juga diajar begitu oleh gurunya...
Kesimpulannya mama buat..dek kerana dulu pembelajaran byk menggunakan lisan tanpa rekod data lengkap, sebutan atau omputih kata pronounciation telah mengubahnya...menyebabkan ketika hendak mula direkod, kesalahan ejaan telah berlaku...aduhai...kesannya...kita telah menggunakan peribahasa yg salah..
Terima kasih kepada pengkaji bahasa yang sentiasa berpandangan luas dan cuba menganalisa bahasa agar kita tidak buta bahasa..kerana BAHASA JIWA BANGSA...salah bahasa, imej bangsa tercalar....
Sebenarnya perkataan PAGAR dlm peribahasa tersebut salah...yang dimaksudkan sebenarnya ialah PEGAR...pegar ialah sejenis burung yg kecil...kalau org dahulu panggil dia ayam pegar kerana dia kecil aje mcm ayam..kenapa pemerhatian nenek moyang mengatakan pegar tidak boleh diharap? kerana alkisahnya pegar ni dia makan segala perosak padi macam siput, belalang ...dia seumpama penjaga padi...tapi yang sadisnya..dia juga makan padi...so dia mengkhianati tugasnya....dulu burung ni byk di kampung tp skrg dah hampir pupus....
sesuai sgt lah PEGAR dilantik sebagai duta peribahasa 'harapkan pegar, pegar makan padi'....
so sekarang..cikgu2 BM dah ada jawapan logik apabila anak murid bertanya...hehehe...(alhamdulillah)
Sekarang pihak kementerian kena hantar pekeliling tentang ralat ni agar boleh digunapakai secara rasmi...
hehehe...supaya kesilapan bahasa ini tidak terus diwarisi...
Sebelum apa2 keputusan dibuat jom kita berkenalan dgn ayam/burung pegar...ni...dah glamer dah dia skrg...
Comelkan.....sekarang ni banyak menghuni dekat zoo-zoo aje la..kat PAYA INDAH WETLANDS pun adooo....ala2 merak gitu...nak tau pasal biodata dia click SINI...
Untuk berita penuh credit kepada BERITA HARIAN ONLINE: Mewah bahasa: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'
Gambar: Mr Google...
0 comments :
Post a Comment