CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

IM SUPER SYSTEM...tlg click ekkkk....

JantungKU BerDEGUP...if you pun sama...CLICK kat BANNER...

MaMa's CliCks..Love U All....

Tips buat SURPRISE!!!

Monday, December 19, 2011

Drama Korea: God of Study

Mama baru aje habis menonton cerita yang agak best dan bisa mengalirkan airmata dan air hidung sekali...riang ria remaja pun ada..tajuk dia GOD OF STUDY...


Drama ni menceritakan tentang seorang peguam yang bernama KANG SEOK HO yang boleh dianggap tidak begitu berjaya dalam kerjaya telah ditawarkan untuk mengurus 1 sekolah yang hampir ditutup kerana tidak berpotensi..Dia perlu memastikan sekurang-kurangnya 5 pelajar sekolah tersebut berjaya ke Universiti Chun Ha iaitu universiti yang paling top di Korea. Kang menerima tawaran itu kerana dia merasakan gaji dari pekerjaan itu boleh menampung sewa ofisnya yg dah tertunggak..walaubagaimanapun jauh di dasar hatinya dia tidak mahu sekolah itu diambil oleh sebuah syarikat pembinaan yang berminat untuk membina bangunan di situ.

Demi untuk memastikan pihak Directors tidak menjual sekolah itu, dia telah berusaha untuk memartabatkan sekolah itu dgn memberi target bahawa 5 pelajar akan berjaya memasuki Chun Ha University. Dia telah menubuhkan kelas khas dgn bantuan seorang guru perempuan ( Han Soo Jung) yang pada mula telah terperangkap dengan taktik Kang. Dengan bersusah-payah dan banyak cubaan dan dugaan demi meyakinkan pelajar dan ibu bapa. Setiap pelajar tersebut mempunyai masalah peribadi tersendiri.

Dia juga meminta guru matematiknya dahulu yang terkenal dgn garangnya untuk mengajar matematik krn kelima-lima pelajar tersebut terlalu lemah dlm matematik. Dia meminta guru2 yang pernah dikenali dan terbaik.

Perjalanan cerita menjadi menarik tatkala melihat kegigihan Kang untuk menyelesaikan semua masalah. Kita akan juga dihidangkan tentang sejarah hidup Kang..Apa yang paling best kita diajar untuk menyayangi diri dahulu kemudian menyebarkan cinta untuk menyayangi orang lain....Malah tip-tip pelajaran dan menyelesaikan masalah pun diajar...

Drama ini bagus untuk ditonton oleh pelajar sekolah kerana ia menitikberatkan persahatan, pendidikan dan kekeluargaan...penuh motivasi dan boleh menaikkan keyakinan diri....terlalu indah dan berilmu...

So..bagi mama drama ini penuh pengisian dan bermaklumat...dalam masa yang sama tidak melupakan unsur hiburan..PERFECT!!!!! Selamat menonton....saranghae......

1 comments :

Irfan said...

Saya dah tgk cite ni kt KBS 391
sebagai seorang pelajar, cite ni mmg memberi motivasi.. go Chanduu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MaMa's BloG HisToRy

PAPAnMAMAs' CHECKPOINT

Daisypath Anniversary tickers

Iklan